Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

LAPORAN PENANDA ARASAN

PENDAFTARAN, TAKLIMAT DAN PERASMIAN MAJLIS

Pada 2 Oktober 2013 (Rabu) baru-baru ini, saya bersama rakan-rakan daripada PISMP ambilan Januari 2011 telah pergi ke SK Saujana Impian yang terletak di Kajang. Kami pergi ke sekolah tersebut untuk menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 dimana aktivitinya adalah penanda arasan atau benchmarking. Berdasarkan perancangan yang telah dijalankan oleh pihak Unit Gerko, kami dipecahkan kepada dua kumpulan dimana separuh diantara kami pergi ke SK Convent, Kajang dan separuh lagi pergi ke SK Saujana Impian, Kajang dimana saya bersama rakan-rakan dari kelas yang terlibat diarahkan untuk menjalankan program penanda arasan di SK Saujana Impian, Kajang. Pada hari tersebut, saya bersama rakan-rakan yang terlibat telah bertolak dari IPG Kampus Pendidikan Islam ke SK Saujana Impian, Kajang pada pukul 8.00 pagi. Perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk tiba di sekolah tersebut. Setibanya kami disana, pihak sekolah telah menyambut kedatangan kami semua dengan meriah sekali. Pada masa yang sama juga, kami telah disuruh untuk mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran yang telah disediakan oleh pihak sekolah. Sejurus sahaja selesai mendaftarkan diri, kami diarahkan untuk berkumpul di Dewan Besar sekolah tersebut yang terletak di tingkat 3 untuk sesi taklimat ringkas yang telah diberikan oleh Dr Hussin selaku ketua rombongan bagi program penanda arasan ini. Berdasarkan taklimat secara ringkas yang diberikan oleh Dr Hussin, beliau terlebih dahulu menyatakan hasrat dan tujuan kami datang ke sekolah tersebut dengan harapan pihak sekolah akan memberikan kerjasama dalam memberikan input-input yang berguna untuk dijadikan sebagai penanda arasan. Majlis bermula tidak lama kemudian dan ianya telah dibuka dan dirasmikan oleh Pegawai PPD Hulu Langat. Beliau ada menyatakan perasaan gembira kerana berpeluang dating ke SK Saujana Impian bagi sama-sama menjayakan program

penanda arasan ini walaupun hanya sekejap. Selain itu, beliau ada juga memberitahu kami bahawa pihak PPD telah mencadangkan SK Saujana Impian dijadikan sebagai benchmark untuk program kami memandangkan pihak Unit Gerko iatu Puan Nor Anisa binti Kadri ada menghubungi beliau untuk mendapatkan serba sedikit maklumat tentang sekolah mana yang patut dijadikan sebagai benchmark bagi menjayakan program BIG kami. Walaubagaimanapun, beliau tidak dapat bersama kami sepanjang program penanda arasan dijalankan disebabkan atas urusan tertentu yang perlu diselesaikan. Namun begitu, saya berasa bangga kerana dapat bertemu dengan beliau dan kagum dengan sikap beliau yang telah ditunjukkan kepada kami.

You might also like