Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

Pendidikan Seni Visual (PSV 3108) TEMBIKAR

Nama Pensyarah : Pn. Mazlina Bt. Johari Nama Ahli Kumpulan : Mahfuzah binti Naseri Syafiqah Syuhada binti Mustafa Muhammad Syawallullah bin Abdul Rahman

PENGENALAN
Tembikar ialah barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat. Ia dikeringkan dengan cara mendedahkannya di bawah pancaran matahari, dan dibakar secara dedah atau dalam tanur. Seni tembikar wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu. Bukti penemuan barangan tembikar seperti di Gua Cha di Kelantan, Bukit Tengku Lembu di Perlis, Ulu Tembeling di Pahang,Bukit Tambun di Perak dan Gua Niah di Sarawak.

Tembikar digunakan dalam upacara perubatan atau upacara pertabalan Sultan, alat pengebumian di Sarawak dan Sabah selain daripada kegunaan harian.

Tembikar Sayong, Tembikar Mambong dan tembikar Sarawak merupakan tembikar tradisional yang paling terkenal.

Kawasan Penghasilan Tembikar : 1. Sayong, Kuala Kangsar, Perak. 2. Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan. 3. Pulau Tiga, Parit, Perak. 4. Kg.Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang. 5. Kuching, Sarawak. 6. Sungai Dua, Seberang Prai, Pulau Pinang.

TOKOH PENGHASILAN TEMBIKAR


1. Pn. Hasnah Adnan ( Perak ) 2. Pn. Sofia ( Perak ) 3. Pn. Hawa Bt Ngah Salam ( Perak ) 4. Hajjah Rogayah bt Salleh ( Perak ) 5. Ng. Lee Huat ( Sarawak )

JENIS-JENIS TEMBIKAR
a. b. c. d. e. f. g. h. i. Geluk Buyung Jambangan Labu Bekas bara / bekas perasapan Bekas menakung air Terenang Tembikar mambong Tembikar Sarawak

GELUK
Fungsi: Bekas air. Ciri-ciri : Ragam hias daripada motif yang ringkas dan kecil.

BUYUNG
Fungsi : Bekas air. Ciri-ciri : Mempunyai leher dan badan, Saiz besar, Badan berbentuk bulat penuh, Permukaan licin tanpa dihias.

JAMBANGAN
Fungsi : Meletak bunga. Ciri-ciri : Badan berbentuk labu yang ditinggikan.

LABU
Fungsi: Bekas air. Ciri-ciri: Berbentuk buah labu, Corak alam sekeliling dan geometri,banyak terdapat di Perak.

BEKAS BARA / BEKAS PERASAPAN


Fungsi: Membakar kemenyan. Ciri-ciri: Digunakan dalam upacara tertentu seperti pengubatan dan kematian.

BEKAS PEREMBUNAN
Fungsi: menakung air embun. Ciri-ciri: Berbentuk seperti batil, bahagian keliling diikat tali penyangkut, permukaan dicat merah atau putih.

TERENANG
Fungsi: bekas air tertutup. Ciri-ciri: Corak motif flora dan fauna, diusahakan di Kampung Pasir Durian, Pahang.

TEMBIKAR MAMBONG
Fungsi: peralatan dapur seperti periuk, belanga dan sebagainya. Ciri-ciri: berasal dari Kampung Mambong, Kelantan,tiada corak / corak mudah.

TEMBIKAR SARAWAK
Fungsi: menyimpan barang berharga, mengisi tuak atau jambangan bunga. Ciri-ciri: Corak motif tempatan ,Tembikar tradisional berbentuk tempayan ukir dengan hiasan kepala naga ,berwarna, bergerlis.

1. Tanah liat :

BAHAN-BAHAN

Bahan utama untuk membuat tembikar : - Pelbagai jenis tanah liat : tanah liat drpd tanah busut , tanah berhampiran sungai / di sungai, tanah sawah , berwarna kelabu dan kuning kemerah-merahan. 2. Damar : Bahan kemasan tembikar yang berupa getah keras yang digunakan sebagai bahan kalis air Diperolehi daripada jenis pokok damar laut, dan damar batu.

ALATAN
Ayak - Alat ini mempunyai jaring halus yang digunakan untuk menapis serbuk tanah liat dan sepuh (gerlis). Dawai pemotong - Alat ini untuk memotong tanah liat semasa menguli untuk memastikan tiada liang udara. Pinggan - Tempat membentuk tanah liat yang berfungsi sebagai meja.

Penggelek / Papan gelek / Pengukur - Papan gelek papan untuk menggelek tanah liat dalam proses membentuk. Ia juga dipanggil papan rata. Kayu pengukur digunakan untuk mendapatkan ketebalan yang dikehendaki, terutama bentuk tapak. Batu sungai - Digunakan untuk melicinkan dan mengilatkan permukaan tembikar yang telah siap. Alat ini juga dipanggil sebagai batu licin, batu kali atau batu luru.

Pengukir kayu / Kayu tera - Kayu kecil yang kedua-dua hujungnya bermotif, digunakan untuk membentuk corak dengan menekannya pada tembikar yang tidak begitu keras dan tidak begitu lembut. Span - Alat untuk mengemas dan melicinkan permukaan tembikar. Tong - Bekas untuk menyimpan tanah liat yang telah diproses. Tong perlu ditutup supaya tanah liat tidak mudah kering. Pengukir besi / Penepik kayu berukir / Pengukir dawaiAlat yang digunakan untuk menghias permukaan tembikar dengan cara tekanan ,turisan, menakik atau mengguris .

TEKNIK MEMBENTUK TEMBIKAR


1. Teknik picit - Dengan cara menekan dan memicit ketulan tanah liat dari bahagian tengah. Teknik ini merupakan teknik yang paling mudah. 2. Teknik lingkaran - Bahagian tapak disediakan terlebih dahulu kemudian tanah liat digelek dengan tangan sehingga menjadi lingkaran panjang seperti silinder dan dilingkar membentuk sebuah tembikar.

3.Teknik kepingan - Dihasilkan dengan cara mencantumkan kepingan tanah liat yang dipotong mengikut saiz tertentu. Bahagian tepi hujung kepingan tanah liat dipotong secara menyerong 45 darjah bagi tujuan penyambungan. Bahagian hujung kepingan disapu atau dicelup dengan slip(Lumpur tanah liat yang berfungsi sebagai pelekat / gam )
4.Teknik lempar alin/ putaran - Menggunakan mesin pemutar / roda pemutar. - Tembikar dibentuk semasa melakukan putaran. - Bentuk tembikar terhad kepada bentuk bulat dan selinder sahaja.

5.Teknik acuan - Dilakukan dengan menekan ke dalam acuan kayu atau logam bagi acuan plaster paris, slip ( tanah liat cair) dituang ke dalam acuan digunakan untuk perusahaan komersial.

KEMASAN & PERSEMBAHAN


1. Bentuk tembikar seimbang, rata dan kukuh.

2. Muncung tembikar halus dan tidak serpih.


3. Tapak tembikar sempurna dan tidak serpih. 4. Leher tembikar kemas dan bentuknya sesuai serta seimbang. 5. Ragam hias : Garisan dan lorek terang dan tersusun. Ukiran jelas. Kesan tekanan nyata dan teratur Panai dibentuk sekata dan kemas. Sambungan tampalan corak bunga timbul sesuai dengan keseluruhan bentuk.

SEKIAN, TERIMA KASIH

You might also like