Nyatakan Jenis Dan Klasifikasi Media Pengajaran

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

NYATAKAN JENIS DAN KLASIFIKASI MEDIA PENGAJARAN Bidang Teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio visual yang

kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, adalah tidak keterlaluan jika dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi pendidikan. Hingga kini, media pengajaran masih menjadi salah satu domain utama dalam bidang ini. Media terbahagi kepada dua jenis media iaitu media bercetak dan media bukan bercetak. Media bercetak ialah media pengajaran yang hanya menggunakan gambar kaku, foto, lukisan dan cetakan. Antara contoh media bercetak ialah buku, surat khabar dan buletin. H.G. Andriese menyatakan bahawa buku merupakan informasi tercetak di atas kertas yang dijilid menjadi satu kesatuan. Unesco pada tahun 1964, dalam H.G. Andriese memberikan pengertian buku sebagai Publikasi tercetak, bukan berkala, sekurang-kurangnya sebanyak 48 halaman. Surat khabar pula merupakan media cetak yang diterbitkan dengan memuatkan informasi terkini sama ada di dalam atau luar negara. Buletin diterbitkan untuk kalangan tertentu atau kegunaan organisasi dalaman sahaja. Media ini biasanya terdiri daripada beberapa halaman dan berkonsep sederhana serta bukan untuk tujuan komersial. Manakala media bukan bercetak pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu media tayang dan media bukan tayang. Media tayang terdiri daripada beberapa contoh seperti transparensi dan slaid. Transparensi merupakan semua dokumen ditulis atau dilukis sama ada menggunakan tangan atau komputer secara terus di filem transparensi. Maklumat yang terdapat pada transparensi ditayangkan secara terus kepada penonton melalui projektor lutsinar atau lebih dikenali sebagai projektor OHP. Slaid adalah satu jenis media unjuran tanpa gerak yang merupakan sejenis transperansi positif berukuran kecil. Segala maklumat yang terdapat pada slaid boleh ditayangkan menggunakan projektor slaid untuk dipancarkan kepada skrin tayangan. Pita slaid mengandungi slaid (pandang/visual) dan pita rakaman (dengar/audio). Slaid boleh disediakan dengan menggunakan kamera, disalin atau dilukis dan sebagainya. Kebiasaannya pemidang slaid berukuran 2 inci x 2 inci atau berukuran 5 cm x 5 cm yang dimuatkan filem positif. Berbeza pula dengan media tayang gerak, maklumat direkodkan dalam bentuk video dan sebagainya.Video merupakan salah satu daripada media bergerak dan boleh menghasilkan imej yang realistik dan sangat bermanfaat dalam penyampaian sesuatu mesej kepada penonton. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, media ini mempunyai beberapa keistimewaan; Selain daripada keupayaannya menunjukkan imej yang bergerak seperti merakam seekor harimau bintang ketika berlari, media ini juga dapat mempercepatkan dan melambatkan pergerakan. Pergerakan harimau bintang yang terlalu laju boleh

diperlahankan dengan teknik gerak perlahan, malah pergerakan itu boleh dibekukan. Video juga berupaya membawa masuk peristiwa yang berlaku di luar bilik darjah atau peristiwaperistiwa berbahaya seperti letupan gunung berapi ke dalam bilik darjah. Video berupaya merakam imej dekat dan jauh. Hal ini bermakna video boleh memanipulasi ruang. Pergerakan sel-sel darah dalam tubuh badan juga boleh dilihat oleh penonton.

Terdapat pelbagai contoh media bukan tayang yang terdapat dalam era ini. Antara contoh media bukan tayang ialah grafik, gambar kaku, media pameran, media paparan dan media audio.

Grafik adalah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Hal ini bermakna fungsi utama grafik adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. Namun, sebahagian besar daripada kejayaan pengajaran , adalah berdasarkan kualiti yang ada pada grafik tersebut. Kualiti grafik terhasil daripada perancangan yang rapi dan kesesuaian teknik yang digunakan. Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.

Carta merupakan kumpulan gambarajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama iaitu melibatkan gambaran satu proses atau pun aliran perubahan sesuatu. Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan carta tersebut mempunyai tujuan pengajaran yang jelas. Amnya carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual. Terdapat pelbagai jenis carta, contohnya, carta organisasi, garis aliran (time lines), carta aliran (flow chart) dan graf.

Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang menggabungkan penggunaan garisan-garisan, huruf-huruf serta warna-warna dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan. Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna bagi menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesej dengan spontan. Guru harus berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus.

Kad Imbasan (Flash Card) merupakan satu kad yang mempunyai maklumat ringkas, contohnya, nombor, perkataan, huruf dan sebagainya. Maklumat pada kad imbasan perlu jelas, ringkas dan tepat. Ianya merupakan bahan yang sangat sesuai digunakan dalam bilik darjah pra sekolah. Kad imbasan tulisan selalunya berukuran 1/8 daripada kertas manila.

Kad Gambar merupakan kad imbasan yang mempunyai gambar. Pada kebiasaannya kad ini berukuran daripada kertas manila. Selalunya hanya satu gambar sahaja yang terdapat pada satu kad. Kad jenis ini juga sangat sesuai digunakan untuk murid-murid pra sekolah.

Papan pengajaran merupakan media bukan unjuran. Ianya mudah digunakan kerana tidak perlukan sebarang alat. Papan pengajaran boleh digunakan dalam pelbagai cara dan untuk semua peringkat pembelajaran. Ianya juga boleh digunakan untuk semua bidang pembelajaran.

Papan Tulis Para pendidik telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu.

Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.

Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut.

Papan Flip merupakan papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran. Beberapa helain kertas diklipkan pada bahagian atas papan untuk membolehkan helaian kertas yang berlaninan ditunjukkan mengikut keperluan.

Papan Pameran atau Papan Kenyataan secara umumnya diperbuat daripada papan lapis atau papan lembut untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk mempamerkan hasil kerja murid seperti lukisan karangan dan lain-lain. Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki. Papan Flanel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guruguru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel dengan mudah.

Papan Gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau disimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung. Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau perinsipperinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

Papan Slip ialah papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan lain.Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flanel.

Papan Elektronik lebih biasa dipanggil Smart Board atau Interactive White Board. Papan jenis ini berciri interaktif dan merupakan sejenis papan putih yang memaparkan imej daripada monitor komputer. Permukaan papan ini berfungsi sebagai satu papan sentuh (touch screen) yang besar. Papan elektronik ini mempunyai saiz yang berlainan. Komputer yang disambungkan kepada papan elektronik ini boleh dikawal melalui menyentuh permukaan papan elektronik ini. Hal ini boleh dilakukan dengan menggunakan jari kita ataupun dengan menggunakan elektronik pen yang khas untuk tujuan ini.

Audio bermaksud pendengaran atau penerimaan bunyi. Berkait rapat dengan audio visual sebagai alat komunikasi yang dapat di dengar dan dilihat. Media audio ialah media pengajaran yang hanya menggunakan kemampuan suara sahaja, seperti radio dan tape recorder. Media pengajaran ini sesuai untuk orang yang mempunyai masalah pendengaran.

You might also like