Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ANALISIS PROGRAM

S Strength
Berdasarkan analisi SWOT yang dilakukan, terdapat banyak elemen kekuatan yang terdapat pada program yang dijalankan pada kali ini. Antara kekuatan yang ada pada program BIG pada kali ini ialah kerjasama antara ahli kelas Pemulihan Bahasa Melayu ambilan Januari 2011. Oleh kerana program BIG pada kali ini memerlukan setiap kumpulan melaksanakannya mengikut perancangan masing-masing, maka kami telah menubuhkan satu organisasi ahli jawatankuasa yang akan bekerjasama menjayakan rancangan kami. Di sini, kami dapat melihat bakat kepimpinan dan komitmen setiap ahli kelas dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang telah diamanahkan sehingga berjaya mengadakan seminar dan bengkel Guru Inovatif seperti yang dihasratkan. Selain itu juga, antara kekuatan lain ialah pemilihan penceramah yang menepati kehendak kursus iaitu dua orang guru pendidikan pemulihan yang sangat berpengalaman dalam bidang mereka. Sebagaimana yang diketahui, guru-guru yang telah kami jemput sebagai penceramah iaitu Puan Ruzita ialah seorang guru pemulihan dari Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi dan berliau merupakan salah seorang daripada jurulatih utama pendidikan pemulihan di peringkat daerah. Manakala, Puan Salmah pula merupakan seorang guru pemulihan yang mempunyai pengalaman yang sangat istimewa kerana telah beliau merupakan seorang guru pemulihan yang berkhidmat di sekolah jenis kebangsaan tamil yang pastinya kesemua murid beliau berbangsa india. Pemilihan guru yang cemerlang dan mempunyai kepakaran serta pengalaman yang luar biasa memberi peluang dan pededahan kepada guru pelatih untuk mengetahui hakikat sebenar menjadi seorang guru pemulihan di sekolah. Lebih-lebih lagi, kedua-dua penceramah banyak berkongsi pengalaman sebenar mereka menjalankan tanggungjawab sebagai seorang guru pemulihan dan memberi peluang kepada kami untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan idea baru untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dengan murid pemulihan. Begitu juga dari aspek social dan tanggungjawab lain guru pemulihan

yang terdapat di sekolah seperti mewujudkan interaksi dengan pelbagai pihak, memberi pendedahan dan maklumat berkenaan pendidikan pemulihan kepada masyarakat dan sebagainya.

You might also like