Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

MOHD HAFZI SHARIN BIN SAININ ISL : Tamadun India mempunyai hubungan yang kuat dengan agama.

Dengan contoh-contoh yang jelas. Bincangkan kenyataan ini.

PENDIDIKAN

Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada Zaman Vedik. Pendidikan pada zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan Hindu menjadi terasnya. Pendidikan pada zaman ini hanya didominasi oleh kaum lelaki. Golongan wanita pada masa itu tidak mempunyai ruang untuk menerima pendidikan. Pendidikan pula memberikan perhatian kepada pembelajaran kitabkitab Veda dan bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting. Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda tersebut.

Pendidikan yang berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati. Tumpuan pendidikan ialah agama. Segala hukum agama harus dipelajari supaya mereka dapat hidup sempurna dengan nilai-nilai murni yang diajar oleh agama. Pendidikan tinggi telah diberikan di Kolej Brahman. Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin tang berpendidikan, seseorang harus menghafal pelbagai buku agama khususnya Veda yang mengandungi peraturan ritual, mantera, dan lagu-lagu agama.

FALSAFAH

Falsafah wujud dalam 2 bentuk pemikiran yang besar, iaitu kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda. Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda, dan Atharva Veda. Upanishad, Mahabharata, dan Bhagavad Gita merupakan antara sumber falsafah yang terdapat dalam Veda. Sementara falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainismedan Buddhisme.

SAINS DAN TEKNOLOGI

Sains dan teknologi ialah cabang kepada pengetahuan Vedik. Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda. Ilmu matematik telah wujud dalam tamadun India dan berkembang pest pada Zaman Gupta. Ahli matematik India telah mengetahui tentang konsep geometri dan telah memperkenalkansistem nombor, iaitu angka Brahmin dan angka Kharosti. Sistem angka juga telah wujud dalam tamadun Yunani, iaitu herodianicdan ionic. Ilmu perubatan berkembang disebabkan kecendurungan masyarakatnya dalam fisiologi kerana kaitannya dengan yoga.

SENI BINA

Masyarakat telah berupaya untuk membina binaan yang sangat baik. Hal ini dapat dilihat pada binaan Great Bath. Oleh sebab kehidupan masyarakat India sangat erat hubungannya dengan agama, maka bidang seni bina turut berkembang berdasarkan keagamaan. Oleh itu, terlihat binaan yang berteraskan agama Buddha dan Hindu. Antara binaan yang mengagumkan termasuklah binaan kompleks kuil di Gua Ajanta. Kompleks ini mempunyai 20 buah kuil. Sementara itu kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil-gua dan dibina antara abad kelima hingga abad kelapan Masihi.

BAHASA DAN KESUSASTERAAN

Kelompok Dravidia dan Indo- Arya mempunyai budaya serta bahasa yang berbeza. Bagi masyarakat Dravidia di bahagian selatan India bahasanya adalah seperti Telegu, Malayalam, Kannada dan sebagainya. Bahasa utama pada Zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit.

Tamadun India turut menghasilkan satera agama Hindu dan Buddha, antaranya termasuklah epik Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata

menceritakan peperangan antara dua tentera, iaitu yang baik dan yang jahat. Ramayana pula ialah cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhannya dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita.

SISTEM SOSIAL

Dalam tamadun India, salah satu perkara penting yang harus diperhatikan dalam sistem sosial ialah kewuujudan sistem kasta. Sistem ini merupakan sebuah institusi yang sangat unik dan tidak ditemui dalam manamana tamadun dunia yang lain. Sistem ini mempunyai empat kasta utama, iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra. Keempat-empat kasta ini mempunyai tangggungjawabyang berbeza. Sistem kasta ini menjadi darah daging kepada sistem sosial India dan sistem ini diikuti dengan ketat. Berdasarkan sistem ini, abtara lainnya, seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza dan tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yang berbeza.

ISL : Dengan melayari Internet, sila dapatkan maklumat tentang isu-isu semasa mengenai Tamadun Islam dan Barat.

Multaqa Staf ABIM Dan Agensi

Pada 7 Mac yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan majlis multaqa membabitkan staf sepenuh masa ABIM serta agensi-agensi berkaitan seperti Koperasi Belia Islam Malaysia (KBI), Yayasan Takmir Pendidikan, Islamic Outreach ABIM, Hospital Al-Islam, serta Kolej Darul Hikmah.Multaqa ini diadakan untuk menghargai jasa -jasa staf sepenuh masa ABIM serta agensi-agensi yang telah mencurahkan segala keringat, idea serta masa untuk memastikan usaha dakwah ABIM di setiap lapangan kehidupan dapat dijalankan dengan lancar, di samping memperbaharui tekad serta menyegarkan kembali visi dan misi untuk membangun Khayra Ummah melalui pembacaan deklarasi-deklarasi oleh wakil-wakil agensi, serta majlis bacaan ikrar oleh Pemangku Setiausaha Agung ABIM, Dr Amran Muhammad.

Pertemuan Peguam Pembela Islam

Pada 13 Februari yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerusi biro undang-undang, telah mengadakan pertemuan membabitkan wakil Peguam Pembela Islam, Saudara Abdul Rahim Sinwan, Naib Presiden Antarabangsa ABIM merangkap pengerusi Dewan Pembela ABIM,Saudara Azril Mohd Amin, Exco Undang-undang ABIM, Saudara Jufitri Joha, serta beberapa orang peguam. Sepanjang pertemuan ini, mereka yang hadir telah sama-sama

berbincang serta berkongsi pengalaman berkenaan dengan isu-isu semasa seperti murtad, penggunaan kalimah Allah, serta beberapa isu muktahir berkaitan dengan perundangan syariah serta kedudukan Islam dalam konteks

perlembagaan di negara ini. Kesimpulannya, mereka yang hadir telah memutuskan untuk membentuk barisan peguam muda pembela Islam untuk menangani isu-isu berkenaan dalam pelbagai kapasiti.*Barisan Peguam Muda Pembela Islam mengalu-ngalukan penyertaan dikalangan barisan para peguam muda Islam. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada

webmaster@abim.org.my

ABIM Anjurkan Bengkel Strategik Menangani Isu Palestin

14 Feb 2008 Sabtu, Ampang - ABIM telah menganjurkan Bengkel Strategik Menangani Isu Palestin bertempat di Islamic Outreach ABIM (IOA). Bengkel tertutup tersebut telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Kerja ABIM Pusat serta Setiausaha ABIM Negeri. Antara keputusan yang dicapai dalam bengkel tersebut termasuklah strategi jangka panjang untuk menangani isu Palestin yang melibatkan kerjasama pertubuhan di peringkat antarabangsa, selain

memperkemas kempen boikot produk Israel dan pro-Zionis. Turut dilancarkan dalam bengkel tersebut adalah buku 'Kebangkitan Generasi Salahuddin dan Kembalinya Al-Quds ke Pangkuan Islam' tulisan Dr. Majid Irsan Kailani.

ABIM Sertai Pameran Festival Perkembangan Ekonomi Islam (I-Fest)

Bermula daripada 22 januari sehingga 26 januari yang lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), telah menyertai Festival Perkembangan Ekonomi Islam Malaysia (I-Fest) anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM) di Mid Valley Megamall. Sepanjang program tersebut, gerai ABIM telah menerima kunjungan daripada pelbagai pihak termasuk daripada Ketua Pengarah YAPEIM sendiri, Datuk Abdul Malek Awang Kechil, yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ABIM di samping membeli beberapa buku serta penerbitan terkini keluaran ABIM,termasuk buku terbaru 'Isu-isu dalam pemikiran

Islam' yang ditulis oleh Dr Mohd Farid Shahran, Timbalan Presiden ABIM.Di samping itu, gerai ABIM juga turut membuka tabung sumbangan GAZA untuk membolehkan para pengunjung menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa kekejaman di GAZA. Ribuan terima kasih diucapkan di atas sumbangan yang diberikan dan sumbangan tuan-tuan dan puan-puan.

ABIM Serahkan Memorandum Bantahan Kepada Kedutaan A.S

Pada 9 hb Januari yang lalu, Naib Presiden Antarabangsa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Encik Azril Mohd Amin bersama dengan wakil-wakil NGO yang bernaung di bawah Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Menentang Penindasan Rakyat Palestin (Complete), semalam telah menyertai perhimpunan bantahan serangan tidak berperikemanusiaan Israel ke atas Gaza di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Di samping itu, beliau beserta wakil-wakil NGO tersebut juga turut menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil kedutaan Amerika Syarikat di atas sikap membisu negara kuasa besar dunia tersebut ke atas kekejaman yang dilakukan oleh Israel . Pada hari yang sama juga, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menghantar wakilnya, Saudara Muhd Raimi Abd Rahim untuk menyertai pelancaran kempen boikot barangan keluaran syarikat yang menyumbang kepada keganasan Israel, yang diadakan di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Kempen ini yang dilancarkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Presiden ABIM Sertai Perhimpunan Aman Palestin

Pada 10 hb Januari yang lalu, Aman Palestine telah menjemput Presiden ABIM, saudara Yusri Mohamad, untuk memberikan ucapan di Perhimpunan Palestine di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Dalam ucapannya itu, saudara presiden telah menyeru kepada para hadirin untuk sama-sama berdoa

agar

menjadi

generasi

ataupun

kelompok

yang

mampu

meneruskan

kesinambungan perjuangan suci Salahuddin Al-Ayyubi untuk membebaskan AlQuds dari cengkaman Zionis. Selain saudara presiden, ABIM juga diwakili oleh beberapa orang aktivis dari ABIM Pusat serta ABIM Selangor, yang sama-sama hadir untuk menzahirkan sokongan mereka ke atas usaha mengurangkan penderitaan serta kesengsaraan yang dialami oleh penduduk-penduduk di Gaza. ( Sila Lihat Rakaman Video Disini www.madanitv.net )

Misi Skuad Prihatin Ke Pahang Kuantan,10 Januari 2009/13 Muharam 1430H Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di bawah Skuad Prihatin(SP) melalui misi kemanusiaan Bencana Alam: Banjir di Pantai Timur telah menghantar seramai 7 orang aktivis yang diketuai oleh Dr.Saifullah Al-Hany Abd. Halim, Ketua Biro Kesihatan ABIM. Rombonan kali ini menuju ke Pusat Pemindahan banjir daerah Pekan yang terletak di balai raya Kg. Acheh.Sebanyak 6 keluarga yang terdiri 20 orang ahli keluarga telah menghuni pusat pemindhan tersebut. SP juga telah dibantu oleh Sdr. Mahadi Deraman, SU ABIM Pahang dan 9 orang sukarelawan ABIM Pahang ( pelajar perubatan dari UIA kampus Kuantan ) bagi membantu mangsa banjir.Misi kali ini telah dipecahkan kepada 3 skuad iaitu skuad pemeriksaan kesihatan yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan yang percuma kepada penduduk kampung. Skuad kedua,skuad agihan barangan(hygiene kit dan air mineral ABIM) yang diagih kepada lebih 25 buah rumah sekitar kg. Acheh dan Kg. Sg.Ganchong.Skuad ketida skuad kidmat masyarakat yang ditugaskan untuk membantu.

Siaran Media 21 Disember 2008/23 Zulhijjah 1429 - Penswastaan Institut Jantung Negara (IJN) Wajar Dibatalkan Sahaja.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), sebagai sebuah institusi rakyat yang prihatin, membantah keras cadangan menswastakan Institut Jantung Negara (IJN) kepada Sime Darby Sdn. Bhd. IJN merupakan satu-satunya pusat perubatan pesakit jantung di negara ini yang menawarkan perkhidmatan yang bermutu dengan kadar bayaran yang berpatutan. Penswastaan IJN yang bermotifkan keuntungan komersial dikhuatiri akan meningkatkan kos rawatan yang seterusnya membebankan pesakit. ABIM menegaskan bahawa

perkhidmatan kesihatan adalah berteraskan keperluan umum atau public need yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan secara percuma atau pada kadar yang berpatutan.

Hari Kedua Di Tamrin Nuqaba Kebangsaan ABIM

Bangi 20 Disember2008 - Tamrin Nuqaba Kebangsaan ABIM, diteruskan lagi pada pagi ini dengan sesi pembentangan Slot pertama oleh dua Tokoh ABIM iaitu Prof. Madya Dr Halim El-Muhammady dan Tuan Hj. Abd Halim Ismail. Sesi ini di pengerusikan oleh Sdr. Shirajuddin Sirat salah seorang peserta Tamrin. Dimulakan dengan pembentangan oleh Prof. Madya Dr Halim El-Muhammady dengan kertas kerja beliau yang bertajuk "Tarbiyyah Qur'aniyah Pemantap Kerohanian Dan Pengukuh Gerakan Islam Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini".

Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah Peringkat Kebangsaan

Pada 25 jun 2008 Seminar Isu-Isu Semasa Tamadun Ummah Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan

kerjasama Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (MUAFAKAT) dan Universiti Malaya (UM) telah diadakan bertempat di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.

Presiden ABIM, Tn.Hj. Yusri bin Mohammad telah diberi penghormatan dengan dijemput sebagai ahli panel forum yang bertajuk Isu-isu semasa Umat Islam dan Cabarannya. Turut sama dijemput untuk menjadi ahli panel di dalam forum tersebut adalah Prof. Dato Muhammad bin Abu Bakar dari Universiti Malaya. Forum tersebut dipengerusikan oleh Ustaz Ismail bin Noor dari JAKIM. Seminar ini dianjurkan khusus untuk membincangkan kepentingan menjaga survival umat Melayu di zaman ini, dengan tumpuan diberikan khusus kepada agenda Islam secara keseluruhannya. Seminar ini meliputi perbincangan membabitkan pelbagai mauduk penting, di samping merangka perencanaan secara sistematik dan keperluan untuk merubah sikap kaum Melayu.

You might also like