Prinsip Prinsip Memasak

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 22

Prinsip-prinsip

Memasak
Pengurusan Teknologi Makanan

AHLI-AHLI DALAM KUMPULAN.........

NORAINI BINTI MOHD APANDI ( DB 100005 )

SAIDATUL SAFINAR BT ABD RAHMAN ( DB 100007 )

HANIZAH BT SAIBANI ( DB 100258)

CHE WAN ROZIZAWATI BT CHE WAN GHAZALI ( DB 100143)

TAN SIEOK CHENG ( DB 100470 )

Kandungan
Prinsip Memasak Makanan Kaedah Memasak

NAMA PENSYARAH:

ENCIK WAFI BIN ABD. RAHMAN

AHLI KUMPULAN: NORAINI BINTI MOHD. APANDI DB100005 TAN SIEOK CHENG HANIZAH BINTI SAIBANI SAIDATUL SAFINAR BINTI ABD. RAHM CHE WAN BINTI ROZITA

DB100470 DB100258 DB100007 DB100143

Prinsip Memasak Makanan


Prinsip memasak ialah penyediaan makanan dengan kaedah memasak yang sesuai. Kesan haba terhadap makanan melalui kaedah memasak yang berbeza dapat memperbaiki rupa, warna, tekstur,rasa dan meminimumkan kehilangan nutrien dalam makanan.

Melembutkan makanan supaya mudah dihadam

Mempelbagaikan sajian

Tujuantujuan makanan dimasak

Membunuh kuman dan bakteria

Supaya makanan tahan lama

Menyedapkan rasa dan membaiki rupa makanan

Kaedah Memasak

- Menggoreng minyak penuh


- Menggoreng minyak tohor

Haba Kering

- Menggoreng kering - Menggril - Memanggang

Prinsip Memasak Makanan

- Membakar
Kaedah Memasak

- Mengukus

Haba Lembap

- Mencelur - Mereneh - Merendidih

- Merebus

Kaedah Memasak dengan Haba Kering


Kaedah memasak dengan haba kering bermaksud makanan dimasak dalam media udara yang telah dipanaskan atau dalam minyak panas.
Contohnya: Menggoreng, Menggril, Memanggang, Membakar.
* Terdapat 3 cara menggoreng,iaitu goreng minyak penuh,goreng tohor dan goreng kering.

Memasak dengan haba kering


Kelebihan
Tekstur rangup dan garing. Berwarna kuning keemasan. Cepat dimasak. Warnanya menarik.

Kelemahan Mudah hangus. Mengandungi minyak yang banyak. Sukar dicernakan.

Menggoreng Minyak Penuh


Definisi Makanan digoreng di dalam minyak masak yang banyak atau sehingga makanan tenggelam di dalam minyak tersebut. Contoh Makanan yang Digoreng degan Minyak Penuh Pisang goreng Ayam goreng Jejari kentang Donut Kebaikan Menggoreng Minyak Penuh Makanan cepat masak. Rasa makanan enak. Pelbagai jenis makanan dapat disediakan. Keburukan Menggoreng Minyak Penuh Penjagaan yang rapi diperlukan. Makanan lebih berminyak.

minyak

ayam

penunu

kuali

Menggoreng Minyak Tohor


Definisi Makanan dimasak dengan menggunakan minyak masak yang sedikit, cukup setakat meliputi dasar kuali atau pan penggoreng. Contoh Makanan yang Digoreng Tohor Telur dadar Sosej Penkek

minyak
Kebaikan Menggoreng Tohor Makanan cepat masak. Rasa makanan enak. Pelbagai jenis makanan dapat disediakan. Keburukan Menggoreng Tohor Penjagaan yang rapi diperlukan. Makanan susah hadam. Makanan lebih berminyak.

telur

penunu

pan penggoreng

Menggoreng Kering
Definisi Makanan dimasak tanpa menggunakan minyak masak atau lemak dan perlu dibalik-balikkan selalu supaya tidak hangus. Contoh Makanan yang Digoreng Kering Capati Kacang tanah Kelapa parut Ketumbar Kebaikan Menggoreng Kering Makanan tidak berminyak. Keburukan Menggoreng Kering Penjagaan yang rapi diperlukan. Makanan susah hadam.

capati

penunu

kuali leper

Menggril
Definisi Makanan dimasak dengan menggunakan api terbuka yang terhasil daripada bara api atau gril dapur gas atau elektrik. Contoh Makanan yang Digril Daging lembu atau kambing yang lembut Daging ayam Makanan laut seperti ikan, sotong, udang Cendawan Tomato Kebaikan Menggril Makanan cepat masak. Makanan kurang berminyak dan mudah dihadam. Keburukan Menggril Penjagaan yang rapi diperlukan supaya makanan tidak hangus. Makanan perlu dimakan segera kerana akan cepat kering.

daging lembut

bara api

Memanggang
Definisi Makanan dimasak dengan menggunakan api terbuka yang terhasil daripada bara api atau haba yang panas di dalam ketuhar. Contoh Makanan yang Dipanggang Daging lembu atau kambing yang lembut Daging ayam Ikan, udang dan sotong (makanan laut) Kebaikan Memanggang Tidak banyak perhatian perlu diberikan. Makanan cepat masak. Rasa makanan lebih sedap. Makanan kurang berminyak dan mudah dihadam. Keburukan Memanggang Banyak bahan api digunakan. Hanya sesuai untuk makanan yang dipotong kecil. Peralatan memanggang agak mahal.

ketuhar

ayam

Membakar
Definisi Makanan yang dimasak dengan menggunakan gerakan arus udara yang panas daripada ketuhar. Contoh Makanan yang Dibakar Kek Biskut Pizza Pastri Kebaikan Membakar Makanan mudah dihadam. Rasa makanan lebih sedap. Tidak banyak nilai atau khasiat makanan yang hilang. Keburukan Membakar Bahan api yang banyak diperlukan. Suhu ketuhar mesti cekap dikawal.

ketuhar

kek

Kaedah Memasak dengan Haba Lembap


Kaedah memasak dengan haba lembab bermaksud makanan dimasak dalam cecair lembap atau wap air yang mendidih.

Contohnya: Mengukus, Mencelur, Mereneh, Merendidih, Merebus.

Memasak dengan haba lembap


Kelebihan
Mudah dicernakan. Tidak menggunaka minyak. Tekstur lembut. Kurang memerlukan perhatian. Kelemahan

Lambat masak.
Kurang menarik dari segi rupa dan warna. Tidak sesuai untuk semua makanan.

Mengukus
Definisi Makanan dimasak dalam wap yang terhasil daripada air yang mendidih. Contoh Makanan yang Dikukus Apam Pau Pulut kuning Ikan, ketam dan udang (makanan laut) Kebaikan Mengukus Perhatian rapi tidak diperlukan. Makanan lebih ringan dan lebih mudah dihadam. Kaedah yang menjimatkan kerana menggunakan api yang perlahan. Keburukan Mengukus Tempoh yang panjang diperlukan sebelum makanan masak. Perisa perlu ditambahkan kerana rasa makanan agak tawar.

penutup

wap air pengukus penunu

Mencelur
Definisi Makanan dimasak dengan cara memasukkannya ke dalam air yang mendidih dalam masa yang singkat. Contoh Makanan yang Dicelur Mi Sayur-sayuran

Kebaikan Mencelur Masa yang singkat saja diperlukan. Kaedah memasak yang mudah. Warna makanan terpelihara. Makanan bersih daripada kotoran.
Keburukan Mencelur Khasiat makanan hilang (kecuali air rebusan digunakan semula).

periuk

penapis makanan mi

penunu

Mereneh
Definisi Makanan dimasak di dalam cecair yang mendidih dengan menggunakan api yang perlahan dalam masa yang panjang. Contoh Makanan yang Direneh Sup Kari

Kebaikan Mereneh Khasiat makanan tidak hilang kerana air rebusan dijadikan kuah. Tidak memerlukan perhatian penuh semasa memasak. Kaedah memasak yang menjimatkan kerana menggunakan api yang perlahan. Keburukan Mereneh Tempoh yang panjang diperlukan.

periuk

kari ikan

penunu

Merendidih
Definisi Makanan dimasak di dalam cecair yang mendidih dengan menggunakan api yang sederhana dalam masa yang panjang. Contoh Makanan yang Direndidih Ketupat Rendang daging Dodol Kebaikan Merendidih Khasiat makanan tidak hilang kerana air rebusan dijadikan kuah. Kaedah memasak yang menjimatkan kerana menggunakan api yang perlahan. Keburukan Merendidih Tempoh yang panjang diperlukan.

periuk

ketupat

penunu

Merebus
Definisi Makanan dimasak di dalam air yang mendidih, iaitu bersuhu 100C. Contoh Makanan yang Direbus Telur Daging Sayur berakar Bijirin

penutup
Kebaikan Merebus Perhatian rapi tidak diperlukan. Pelbagai makanan boleh direbus pada satu masa. Keburukan Merebus Tempoh yang panjang diperlukan. Makanan boleh menjadi terlalu masak hingga kehilangan rasa dan khasiatnya. Makanan mudah pecah dan kelihatan tidak menarik.

periuk

telur

penunu

Sekian

Terima Kasih

You might also like