Pandang Sebut

You might also like

Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 22

LITERASI BAHASA

Kaedah Pandang Sebut


ANGGOTA KUMPULAN: LEMAN HABIB B. CHE LEMAN DYANA BT DONALD UMI SAIDATUL ARRYENNAH BT. MADSAH

Tajuk :

PENGENALAN
Kaedah seluruhan perkataan kerana pelajaran dimulakan dengan mmperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata. Lebih memfokuskan murid untuk memandang dan menyebut apa yang dilihat oleh mereka. Pengajaran bacaan tidak dimulakan dengan mengenal dan menghafal huruf atau abjad secara satu persatu. tetapi akan diperkenalkan dengan perkataan atau ayat lengkap dan disertai dengan gambar. Mengikut kaedah ini, pada permulaannya murid-murid cuba mengenal lambang-lambang (abjad) secara keseluruhan, iaitu lambang-lambang yang membentuk sesuatu perkataan. Bagi membolehkan murid membaca suatu ayat yang pendek, mereka perlu mengenali banyak lambang.

Juriah Long et.al. (1994) Perkataan diperkenal kepada murid-murid dengan menggunakan kad-kad perkataan. Semasa kad diimbaskan, murid-murid menyebut perkataan-perkataan itu beberapa kali. Perkara yang dipandang ialah gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar, dan yang disebut ialah perkataan pada bahan yang ditunjukkan.

Pendekatan Seluruh Perkataan


Pendekatan ini dikenali juga sebagai : whole language word to sound: Look-and-say (Pandang dan sebut)

Fasa 1 Memperkenalkan Perkataan


Lima alternatif untuk memilih perkataan:
1. Guru menyuruh murid menamakan bendabenda yang terdapat dalam bilik darjah, seperti meja kerusi papan tulis pintu. 2. Memulakan dengan gambar . Murid melihat benda-benda dalam gambar, dan menyebutnya, misalnya kucing lembu,pokok,

3. Mula dengan membaca cerita kepada kanak-kanak, kemudian pilih perkataan untuk diajar; (Big Book) Marie Clay, New Zealand method) 4. Murid bercerita. Guru menulis cerita yang diceritakan secara lisan oleh seseorang murid. Kemudian guru mengguna beberapa perkataan dalam cerita itu untuk mengajar murid mengeja dan membacanya.

5. Mengguna tema: contoh - buah-buahan. Guru bincang dan mengajar murid membaca dan mengeja perkataan seperti betik durian.

Fasa 2 Mencerakinkan Perkataan


Guru menulis perkataan yang dipilih di papan tulis. Contohnya perkataan meja. Murid membaca bersama guru. Guru mencerakin perkataan meja, menjadi suku kata me + ja. Murid baca suku kata itu. Guru mencerakin lagi menjadi huruf yang terpisah-pisah: m + e + j + a. Murid mengeja. Murid menyalin perkataan dan huruf.

Fasa 3 Proses Mengulang


1. Perkataan baharu diperkenalkan, contohnya cawan . Murid ikut guru menyebutcawan 2. Guru mencerakin perkataan cawan menjadi suku kata ca + wan 3. Guru mencerakin lagi menjadi huruf c+ a+ w+ a+ n. 4.Murid sebut huruf dan salin.

Kebaikan menggunakan kaedah ini


Perkataan yang diperkenalkan bermakna. Mereka memahami apa yang dibaca dan ini akan dapat mengelakkan mereka daripada berasa bosan. Murid tidak perlu menghafal nama huruf yang abstrak, murid didedahkan dengan bahan konkrit atau bermakna dan murid memahami apa yang dibaca atau dilihat oleh mereka.

Kelemahan
Kanak-kanak cuba mengecam dan membaca perkataan dengan cara meneka dari bentuknya. Kemahiran mengenal huruf yang membentuk perkataan tidak muncul dengan cepat Murid lambat mengenali huruf-huruf Jadi murid perlu mengecam dan menghafal banyak perkataan sebelum ia boleh membaca sesuatu cerita. Murid hanya perlu menyebut nama gambar bukan membaca apa yang ditulis. Murid juga akan mudah keliru pada gambar yang tidak jelas dan lebih sesuai untuk bahasa yang mengamalkan system ejaan yang bersifat logografik seperti system tulisan Cina ( lambang khusus).

Rumusan
Murid diajar menyebut seluruh perkataan selepas guru menyebutnya dan menulisnya di papan tulis. Perkataan dicerakinkan menjadi suku kata. Murid membaca suku kata. Perkataan dicerakin menjadi huruf. Murid mengeja dan menulis huruf serta perkataan

Penyediaan Bahan Bantu Mengajar ( BBM )

Langkah 1 : Memapaparkan gambar bagi perkataan KV+KV

Langkah 2 : Menggabungkan abjad bagi membentuk perkataan

Langkah 3 : Menggabungkan suku kata KV bagi membentuk perkataan KV+KV

Langkah 4 : Memaparkan perkataan KV+KV bersuku kata terbuka yang lengkap

Langkah 5 : Mengajar ayat mudah dengan menggabungkan dua perkataan KV+KV

CONTOH ALAT PANDANG SEBUT

Sekian, terima kasih

You might also like