Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

TINDAKAN PERUSAHAAN (PIKET DAN MOGOK) Di Malaysia, penubuhan kesatuan sekerja semakin meningkat saban tahun rentetan daripada

peningkatan dalam kesedaran terhadap kepentingan hak yang dimiliki oleh setiap pekerja. Sebagai seorang pekerja yang turut mempunyai pengaruh dalam kumpulan pekerjaan yang sama iaitu bahagian pengeluaran di Syarikat Global Ventures Sdn Bhd yang berasaskan pembinaan, penubuhan kesatuan sekerja telah dicadangkan bagi membela nasib para pekerja dalam kumpulan pekerjaan ini. Justeru, Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Penubuhan Kesatuan Sekerja telah dijalankan bagi memberikan kefahaman yang jelas mengenai kesatuan sekerja. Dalam mesyuarat tersebut, salah satu aspek penting dalam penubuhan kesatuan sekerja adalah tindakan perusahaan yang dijalankan oleh pihak pekerja. Tindakan perusahaan akan berlaku apabila proses penyelesaian pertikaian yang gagal mencapai penyelesaian secara damai sehingga menyebabkan pihak yang terlibat akan menggunakan cara yang lebih agresif sebagai tanda protes mereka terhadap pihak majikan. Di Malaysia, dua jenis tindakan perusahaan yang dibenarkan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 adalah piket dan mogok. Justeru, penerangan yang rinci akan diberikan kepada semua pekerja mengenai prosedur kedua-dua bentuk tindakan perusahaan ini. Tindakan perusahaan jenis piket di bawah Seksyen 40 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 telah membenarkan seorang atau lebih pekerja untuk hadir ke tempat kerja atas alasanalasan yang berikut iaitu mendapat atau menyampaikan maklumat dan mendorong manamana pekerja supaya bekerja atau tidak bekerja apabila wujudnya pertikaian perusahaan. Namun demikian, setiap pekerja perlu sentiasa ingat bahawa terdapat beberapa peraturan yang perlu untuk dipatuhi semasa piket dijalankan iaitu ia perlulah dilakukan secara aman, tidak mengancam mana-mana individu, jalan atau pintu masuk dan keluar pihak majikan tidak dihalang oleh pekerja yang terlibat dalam piket dan pegawai atau pekerja kesatuan sekerja hanya bertindak dalam mengekalkan keamanan, disiplin serta pematuhan arahan oleh pekerja yang terlibat dalam piket. Setiap arahan yang telah dikenakan di atas adalah wajar untuk dipatuhi oleh semua pekerja yang menjalankan piket. Sekiranya mereka ingkar, pekerja akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 40 (3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang menyatakan bahawa sekiranya pekerja bertindak melampaui syarat dan tujuan berpiket sehingga disabitkan di mahkamah, maka hukuman akan dikenakan kepada mereka iaitu penjara kurang daripada setahun, denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. Tindakan perusahaan yang kedua adalah mogok. Mogok diletakkan di bawah kawalan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959. Antara tindakantindakan yang berbentuk mogok adalah seperti melambatkan kerja, bekerja mengikut peraturan dan enggan membuat kerja lebih masa. Ketiga-tiga tindakan di atas akan menyebabkan pengurangan dalam pengeluaran secara sengaja dan ia dianggap sebagai mogok. Terdapat beberapa prosedur yang perlu untuk dipatuhi oleh pihak kesatuan atau pekerja yang ingin menjalankan mogok. Sebelum mogok dijalankan, pihak yang terlibat perlulah memastikan agar mereka mematuhi peraturan yang telah digariskan dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan juga Seksyen 43 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 yang telah menetapkan bahawa notis perlulah diserahkan kepada majikan selama 42 hari sebelum mogok dilaksanakan, tidak melancarkan mogok dalam tempoh 21 hari selepas notis diberikan

dan melancarkan mogok sebelum luput tarikh yang ditetapkan dalam notis tersebut. Di bawah Seksyen 45 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, telah dinyatakan bahawa mogok akan dianggap haram sekiranya didapati telah melanggar Seksyen 43 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, wujud tujuan lain untuk mengadakan mogok selain daripada ketidakpuasan hati sehingga berlanjutan kepada tindakan perusahaan dan ahli-ahli yang bukan terdiri daripada kesatuan sekerja turut sama menyertai mogok yang dilancarkan. Sebelum tindakan mogok dilaksanakan, Seksyen 25 A(1) menyatakan bahawa undian sulit akan dijalankan dalam kalangan ahli yang berhak untuk mengundi untuk melancarkan mogok dan sekurang-kurangnya perlu mendapat sokongan 2/3 majoriti daripada ahli yang mengundi. Pihak kesatuan perlu menyatakan dengan rinci mengenai isu yang dibawa oleh kesatuan sehingga membawa kepada tindakan mogok serta bentuk tindakan mogok yang akan diambil oleh mereka. Keputusan undi sulit pula akan diserahkan oleh Setiausaha Kesatuan kepada Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja dalam 3 salinan dalam masa 14 hari tarikh undian dijalankan. Seterusnya, dalam tempoh masa 7 hari pula, keputusan tersebut perlu dihantar kepada Ketua Pengarah. Seterusnya, Seksyen 44 dalam akta yang sama juga telah menerangkan bahawa mogok adalah ditegah untuk dilancarkan sekiranya berada dalam situasi berikut iaitu penyiasatan masih sedang dijalankan oleh Lembaga Penyiasat yang dilantik di Seksyen 34 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan dalam tempoh 7 hari penyiasatan selesai dijalankan. Seterusnya, sebarang perkara yang diliputi oleh perjanjian kolektif yang telah diambil perhatian oleh Mahkamah Perusahaan, hak-hak majikan (Management prerogatives) yang terkandung dalam Seksyen 13(3) akta yang sama dan semasa tempoh tuntutan pengiktirafan oleh kesatuan masih sedang dalam proses. Kesemua perkara di atas merupakan peraturan yang menghalang daripada tindakan perusahaan untuk dijalankan. Terdapat beberapa jenis mogok yang dianggap sebagai menyalahi undang-undang iaitu mogok simpati iaitu mogok yang dilancarkan oleh pekerja yang tidak terlibat dalam pertikaian perusahaan, mogok politik iaitu mogok ditujukan kepada pihak kerajaan dan bukannya kepada pihak majikan dengan menuntut kerajaan untuk memenuhi tuntutan mereka dan mogok kilat iaitu mogok yang dilakukan secara terus tanpa mengikuti prosedur mogok yang telah ditetapkan. Di bawah Seksyen 46 APP 1967, sekiranya pekerja dalam kesatuan gagal mematuhi peraturan-peraturan yang telah dinyatakan, mereka boleh dikenakan tindakan seperti piket iaitu dipenjarakan tidak melebihi tempoh setahun, denda tidak melebihi RM1000 atau kedua-duanya sekali. Kesimpulannya, piket dan mogok merupakan tindakan perusahaan yang boleh diambil oleh pekerja dalam memperjuangkan hak dan kepentingan yang layak untuk mereka nikmati. Namun begitu, pertimbangan dan keputusan kolektif perlulah dibuat dengan wajar sebelum menjalankan tindakan perusahaan ini kerana tindakan ini akan memberi kesan secara tidak langsung seperti menjejaskan nama organisasi, merenggangkan hubungan antara pihak majikan dan pekerja, mengurangkan produktiviti pekerja dan organisasi dan sebagainya.

You might also like