Manual Penggunaan Boneka

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MANUAL PENGGUNAAN BONEKA (BONEKA ULAR) Boneka ular yang saya hasilkan merupakan jenis boneka sarung tangan.

Boneka sarung tangan senang digunakan. Untuk menggunakan boneka ini pemain hanya perlu masukan lima jari tangan ke dalam boneka ular sambil menggerakan jari tangan untuk mempersembahkan watak boneka ular yang dengan lakonan yang menarik. Sambil itu,suara juga dikeluarkan untuk menarik perhatian penonton. Bagi mendapatkan persembahan yang menarik dan berkesan persembahan boneka, persekitaran tempat pertunjukan boneka mestilah perlu lapang. Seboleh-bolehnya tempat persembahan boneka yang menarik mestilah dihamparkan sebidang permaidani untuk membolehkan kanak-kanak duduk dengan selesa sambil menghadap kepada pentas boneka. Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak disampaikan. Manakala pentas boneka dicadangkan menggunakan pentas kerusi, pentas tingkap, pentas meja, pentas pintu, pentas papan lipat, OHP dan tanpa menggunakan pentas. Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Boneka ular yang saya hasilkan boleh menggunakan teknik pencerita, iaitu pemain perlu menggerakkan lakonan boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan pendengar tanpa menggunakan pentas. Teknik yang kedua pula ialah pencerita atau pemain boleh juga mendapatkan khidmat pembantu dalam menggerak lakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-olah boneka berkomunikasi dengan pendengar. Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas , jarak serta pertukaran masa dan waktu. Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik. Dengan menggunakan boneka selain aktiviti bercerita Aktiviti-aktiviti lain yang boleh digunakan sebagai aktiviti susulan ialah

menggerak lakonkan semula cerita, membina boneka dan menyanyi menggunakan boneka. Selain memberikan keseronokan kepada pelajar, bercerita dengan menggunakan boneka dapat juga merangsang minda pelajar untuk memahami sesuatu pelajar itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan.

You might also like