Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2011

HBHE 3103: Gaya Hidup Sihat

NO. MATRIKS: 650622085761002 NO. KAD PENGENALAN :650622-08-5761 NO. TELEFON : 012-4536861 / 05-5279324 E-MEL : muddin65@ymail.com

PUSAT PEMBELAJARAN: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (IPGM) KAMPUS IPOH, PERAK.

ISI KANDUNGAN

Tajuk

Halaman

1.0 PENGENALAN : "THE 3 FIVES"

13

2.0 KESESUAIAN CADANGAN-CADANGAN THE 3 FIVES UNTUK RAKYAT BIASA

4-9

3.0 KESIMPULAN

10 - 11

RUJUKAN

12

1.0 PENGENALAN : "THE 3 FIVES"

Konsep The 3 Fives ini telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Konsep ini sebenarnya dibahagikan kepada tiga konsep asas utama iaitu five keys to safer food, five keys to a healthy diet dan five keys to appropriate physical activity. Pada tahun 2001 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memperkenalkan five keys to safer food. Ia telah dicetak secara komersial di seluruh dunia dalam 50 bahasa-bahasa utama dunia. Sasaran konsep ini adalah untuk memberi pendedahan kepada masyarakat dunia yang terdiri dari pelbagai sektor mengenai latihan menguruskan makanan. Seterusnya pada tahun 2006. pihak WHO telah menerbitkan pula konsep Five Keys to Safer Food Manual. Buku pengguna ini direka khas bertujuan bagi mendedahkan kepada masyarakat dunia mengenai kepentingan memilih dan menguruskan makanan secara selamat bagi memastikan kesihatan sentiasa terjamin. Semasa tahun 2007 pula berlandaskan kepada konsep tersebut pihak WHO telah memperkenalkan sebuah panduan makanan yang sihat bagi pelancong-pelancong di seluruh dunia. Konsep five keys to safer food tersebut telah banyak membantu masyarakat dunia dalam pengurusan makanan dengan baik. Hasil daripada kejayaan konsep tersebut, pihak WHO telah membuat beberapa sesi kajian bagi meluaskan lagi konsep tersebut supaya dapat meningkatkan taraf kesihatan masyarakat berpandukan kepada maklumat ringkas yang meliputi aspek yang lebih luas iaitu aspek pemakanan, aktiviti fizikal serta diet yang seimbang. Oleh hal yang demikian pihak WHO bersama dengan Food safety, Zoonoses dan Foodbome Diseases, Nutrition for Health and Development and Chronic Disease and Health Promotion telah memperincikan lagi konsep Five Keys to Safer Food tersebut menjadi 3 bahagian utama yang lebih padat dan lengkap. Maka terhasillah The 3 Fives yang terdiri daripada five keys to safer food, five keys to a healthy diet dan five keys to appropriate physical activity

Konsep The 3 Fives yang telah diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) beserta dua badan lagi ini adalah bertujuan untuk diaplikasikan dalam kejohanan-kejohanan besar sukan. Konsep ini dirasmikan semasa sukan Olimpik Beijing 10 March 2008. Kampen The 3 Fives ini dijayakan oleh pihak WHO dengan kerjasama jabatan kesihatan Beijing dan badan pengurusan Sukan Olimpik Beijing.

Kempen ini diperkenalkan semasa sukan olimpik secara menyeluruh bertujuan untuk mempromosikan peranan makanan sihat,diet yang seimbang serta aktiviti fizikal terhadap gaya hidup dan kesihatan atlet dan masyarakat. Konsep ini juga digunakan sempena

Perlawanan Piala Dunia 2010 di Afrika selatan atas tujuan yang sama.

Secara keseluruhannya, The 3 Fives ini merupakan konsep yang terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu five keys to safer food, five keys to a healthy diet dan five keys to appropriate physical activity. Setiap satunya mempunyai 5 aspek penting yang perlu

dipatuhi bagi memastikan keberkesanan setiap satu konsep itu terlaksana dengan berkesan. Five keys to safer food menerangkan kepada kita mengenai cara-cara menguruskan makanan secara sihat. Terdapat 5 aspek perlu diikuti iaitu memastikan kebersihan diutamakan, asingkan makanan mentah dengan makanan sudah masak, masak dengan cara yang betul, simpan makanan pada suhu yang selamat dan gunakan air dan bahan mentah yang selamat. Five Keys to Healthy Diet pula menjelaskan kepada kita mengenai bagaimana pengurusan diet yang seimbang. Antara 5 aspek yang ditekankan ialah memberikan bayi susu badan semasa awal 6 bulan, memakan makanan yang pelbagai kombinasi nutrien, lebihkan memakan sayur dan buah-buahan, kurangkan memakan makanan berlemak dan berminyak dan yang terakhir ialah kurangkan gula dan garam.

Five Keys to Appropriate Physical Activity pula menjelaskan mengenai pendedahan aktiviti fizikal dalam gaya hidup dapat meningkatkan taraf kesihatan. Antara aspek yang diberi penekanan ialah memulakan aktivi fizikal harian, melakukan aktiviti fizikal setiap hari dengan pelbagai variasi aktiviti, melakukan aktiviti selama 30 minit setiap sesi sebanyak sekurang-kurangnya 5 kali seminggu, Melibatkan diri dalam aktiviti berat seperti sukan bertujuan meningkatkan kadar kecergasan dan kesihatan dan yang terakhir ialah bagi orang muda adalah perlu melibatkan diri dalam sukan sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari.

Kesimpulannya, brosur ini merupakan suatu garis panduan kesihatan yang meliputi aspek fizikal, pemakanan dan diet yang seimbang.Ia telah direka khas bagi memastikan seseorang atlet dan individu supaya dapat mengamalkan gaya hidup yang sihat bagi menjamin kesihatan diri.

2.0 KESESUAIAN CADANGAN-CADANGAN THE 3 FIVES UNTUK RAKYAT BIASA 2.1 Five keys to safer food

Five keys to safer food menerangkan kepada kita mengenai cara-cara menguruskan makanan secara sihat. Terdapat 5 aspek perlu diikuti iaitu memastikan kebersihan diutamakan, asingkan makanan mentah dengan makanan sudah masak, masak dengan cara yang betul, simpan makanan pada suhu yang selamat dan gunakan air dan bahan mentah yang selamat. Menurut Margeret Chan, Director-General Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) "Mesej dan langkah-langkah yang mudah boleh memberi kesan besar kepada perlindungan kesihatan. Lima kunci makanan selamat ini telah menyumbang kepada pencegahan penyakit bawaan makanan dan layak untuk disampaikan dengan lebih meluas."

Berdasarkan keterangan ini jelas menunjukkan bahawa penyakit bawaan makanan dapat dikurangkan dengan mengetahui maklumat daripada brosur ini. Pendapat ini juga menunjukkan bahawa kunci makanan selamat ini sangat baik dan berkesan untuk masyarakat dunia bukan sahaja atlet dalam usaha memastikan pengetahuan mengenai

pemakanan yang sihat dapat diselami seterusnya mendorong kearah sebuah gaya hidup yang sihat. Lima kunci kepada pemakanan yang sihat ini mempunyai banyak kebaikan yang perlu diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat dewasa kini. Misalnya kunci 1 dan 5 yang menjelaskan supaya perlu aspek kebersihan dan menggunakan bahan yang selamat dalam penyediaan bahan makanan. Penyediaan makanan dalam keadaan bersih perlu bagi memastikan mutu makanan tersebut sentiasa terhindar daripada virus atau kuman yang tidak diingini.

Menurut John B. Knigth & Lendal (1989) dalam kajian mereka, menyatakan bahawa orang yang mengendalikan makanan perlu memegang nilai kebersihan diri yang tinggi supaya tidak mengotorkan makanan. Maka hal ini jelaslah bahawa, kebersihan diri merupakan perkara penting dalam penyediaan makanan. Maka konsep ini adalah jalan terbaik memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan kebersihan diri dalam pengurusan makanan. Aspek kebersihan ini sangat perlu dititikberatkan oleh semua individu dari segenap lapisan masyarakat. Hal ini disokong oleh Meftahuddin & Osman 1996 yang menyatakan bahawa pengetahuan pengendalian makanan adalah amat penting dalam menjamin mutu dan kebersihan makanan tersebut. Kunci 2,3 dan 4 pula menerangkan kepada kita tatacara pengurusan semasa proses memasak dan mengendalikan makanan semasa dan selepas memasak. Pendedahan kepada masyarakat umum perlu terutamanya bagi premis-premis kantin di sekolah. Hal ini demikian kerana penyediaan makanan yang baik mampu memastikan kesihatan murid-murid sekolah lebih terjamin. Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Walker, Pritchard & Forysthe,2003 menyatakan bahawa penyimpanan bahan mentah dan bahan makan yang telah dimasak perlu diasingkan bagi mengelakkan berlakunya perpindahan bakteria. Hal ini bertepatan dengan kunci kedua dalam konsep safer food ini. Pengetahuan masyarakat mengenai hal ini dapat memastikan perpindahan bakteria dalam makanan dapat dielakkan. Konsep ini juga amat baik diaplikasikan bagi ibu-ibu yang menjadi suri rumah. Pengetahuan ini dapat menjamin sesebuah keluarga itu sentiasa memperoleh bekalan makanan yang sihat dan bersih seterusnya menjamin kesihatan sesebuah keluarga tersebut.

2.2 Five Keys to Healthy Diet Lima kunci diet yang sihat ini merupakan sub daripada konsep The 3 Fives. Kunci ini menerangkan kepada kita mengenai bagaimana pengurusan diet yang sihat. Brosur ini menjelaskan kepada kita tatacara pengurusan diet yang menyeluruh daripada bayi sehinggalah orang dewasa. Aplikasi brosur ini bukan sahaja baik untuk atlet malah untuk individu terutamanya bagi mereka yang terdedah kepada obesiti dan kesibukan kerjaya. Antara aspek yang didedahkan dalam konsep ini ialah memberikan bayi susu badan semasa awal 6 bulan, memakan makanan yang pelbagai kombinasi nutrien, lebihkan memakan sayur dan buah-buahan, kurangkan memakan makanan berlemak dan berminyak dan yang terakhir ialah kurangkan gula dan garam. Peraturan pemakanan yang dijelaskan dalam kunci diet sihat ini amat bersesuaian dengan piramid makanan yang telah dicadangkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA)(1993). Berdasarkan piramid makanan tersebut jelas menunjukkan makananmakanan yang perlu dikurangkan dan perlu dilebihkan. Misalnya makanan berlemak dan berminyak perlu dikurangkan dan makanan seperti serat dan bijirin perlu dilebihkan. Setiap individu perlu mengetahui diet seimbang yang sesuai dengan diri mereka. Antara aspek yang perlu ditikberatkan adalah seperti masa makan, jenis makanan yang diambil dan faktor kesihatan seseorang individu tersebut. Berdasarkan kunci kedua dalam konsep ini menjelaskan kepada kita bahawa individu perlu makan makanan yang terdiri daripada kombinasi nutrien yang pelbagai. Kunci ini disokong oleh pendapat Fatimah Arshad (1988) dalam kajian beliau yang menyatakan makanan yang seimbang harus mempunyai semua bahan makanan yang diperlukan oleh tubuh bagi memastikan berfungsi secara normal. Pendapat ini

menyatakan kepada kita bahawa pemakanan dari pelbagai kombinasi nutrien mampu menyediakan sumber diet yang baik untuk tubuh badan.

Dewasa kini, maklumat sebegini amat penting untuk diketahui bukan sahaja kepada golongan atlet malah untuk semua lapisan masyarakat. Hal ini demikian kerana arus permodenan membuatkan manusia sentiasa bekerja dengan lebih pantas. Lantas masa yang diperuntukkan untuk memikirkan soal pemakanan dan diet tidak diambil endah lagi. Oleh itu pengetahuan ini dapat memberi persediaan awal kepada individu-individu yang sentiasa sibuk dan mengejar masa supaya memastikan penyediaan makanan mereka tidak terganggu. Misalnya bagi menyediakan pemakanan yang mempunyai kombinasi nutrien mereka boleh membeli makanan yang telah dibungkus dan sedia untuk di makan seperti makanan bijirin horlics dan sebagainya. Pengetahuan ini memberi pendedahan kepada mereka supaya tidak mengabaikan hal-hal berkenaan diet yang seimbang. Lantaran dapat memastikan masyarakat dapat terus bekerja disamping kesihatan mereka sentiasa terjamin.

2.3 Five Keys to Appropriate Physical Activities Lima perkara penting yang terdapat di dalam Five Keys to Appropriate Physical Activities ialah tidak ada istilah lewat untuk memulakan aktiviti fizikal dan mengurangkan aktivitiaktiviti yang tidak aktif, cuba menjadi aktif dari segi fizikal di dalam pelbagai aktiviti, melakukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk tempoh 5 hari atau lebih setiap minggu aktiviti yang memerlukan kekuatan fizikal yang sederhana, melakukan aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan minat atau hobi dan pelajar pelajar sekolah digalakkan untuk terlibat dalam aktiviti fizikal sekurang kurangnya 60 minit sehari. Antara kunci yang ditekankan dalam aktiviti fizikal yang sesuai ini ialah, tidak ada istilah lewat untuk memulakan aktiviti fizikal dan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak aktif. Powers ( 2003 ) pula menyatakan tidak ada terlalu tua atau muda untuk aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal ialah untuk semua dan adalah asas kesihatan. Kebanyakan orang melakukannya kerana mereka ingin menjadi cergas seumur hidup dan menikmati erti kesejahteraan yang sebenar. Adalah tidak mustahil untuk rakyat biasa mengamalkan kunci ini kerana apa yang penting ialah motivasi dan kemahuan diri sendiri. Dengan mentaliti dan pengetahuan yang mendalam tentang gaya hidup yang sihat, rakyat biasa boleh memulakan aktiviti fizikal dan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak aktif. Satu lagi kunci yang dinyatakan ialah cuba menjadi aktif dari segi fizikal di dalam pelbagai aktiviti dan juga melakukan sekurang-kurangnya 30 minit untuk tempoh 5 hari atau lebih setiap minggu. Menurut Hales ( 2001 ), penemuan terbaru menyatakan anda juga boleh menikmati faeadah-faedah kesihatan sekiranya anda melakukan aktiviti-aktiviti fizikal yang sederhana seperti melakukan kerjakerja rumah atau berjalan kaki selama 10 minit melakukan aktiviti-aktiviti ini anda sudah memenuhi kehendak senaman. Sebagai contoh, kita boleh melaksanakan aktiviti seperti membuat kerja rumah, menaiki tangga dan mengurangkan penggunaan lif, dan melakukan senaman ringgan sebelum memulakan sesuatu aktiviti. Kunci ini boleh diamalkan rakyat biasa kerana aktiviti aktiviti ini selalu dan mampu kita jalankan.

Selain dari itu, konsep ini juga menyarankan agar seseorang itu melakukan aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan minat atau hobinya. Menurut Wee Eng Hoe ( 2005 ), manusia

akan terangsang untuk menyertai aktiviti-aktiviti rekreasi dan terus bergiat cergas sepanjang hayat jika aktiviti itu mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka. Sebagai contoh, jika seseorang itu mempunyai hobi berbasikal, dia bukan sahaja dapat melakukan aktiviti fizikal yang dapat menyihatkan badan malah dia juga dapat melakukan aktiviti yang disukainya. Melalui penyertaan di dalam aktiviti fizikal yang melibatkan hobi dan minat seperti bermain bola sepak, bola keranjang, menyertai ekspedisi memanjat gunung dan sebagainya, seseorang itu juga dapat membentuk hubungan sosial dengan orang lain. Fizikal, emosi dan rohani yang baik dapat membentuk gaya hidup sihat dan mengelakkan daripada masalah penyakit. Oleh itu, memang terbukti yang konsep ini boleh diamalkan oleh rakyat biasa.

Kunci kelima yang terdapat di dalam konsep aktiviti fizikal yang sesuai ini ialah pelajar pelajar sekolah digalakkan untuk terlibat dalam aktiviti fizikal sekurang kurangnya 60 minit sehari. Kunci ini sangat sesuai untuk diaplikasikan kepada rakyat biasa kerana pelajar pelajar sekolah pada tahap umur kanak kanak dan remaja ini mempunyai tenaga yang lebih dari mencukupi untuk menjalankan aktiviti fizikal bagi tempoh sekurang kurangnya 60 minit sehari. Menurut Aris Fazil H.U., Borhan Y., & Abd. Halim M.S. (2003), kanakkanak di sekolah rendah aktif dan bertenaga. Masa inilah mereka paling berminat dalam alam sekeliling mereka dan keupayaan tubuh badan bergerak menerokai alam sekeliling. Mereka memerlukan peluang bagi meluahkan perasaan dan ekspresi kreatif mereka secara fizikal. Oleh itu, wajarlah sekiranya pelajar pelajar sekolah ini diberi galakan untuk terlibat dalam aktiviti fizikal dan disediakan kemudahan untuk membantu mereka melakukan aktivit ini seperti saranan yang terdapat di dalam konsep ini.

3.0 KESIMPULAN

Di dalam konsep Five Keys to Safety Food, ia menerangkan tentang cara cara menguruskan makanan dengan secara sihat, bersih dan selamat. Jika kita meniliti kunci kunci seperti memastikan kebersihan diutamakan, asingkan makanan mentah dengan makanan sudah masak, masak dengan cara yang betul, simpan makanan pada suhu yang selamat dan gunakan air dan bahan mentah yang selamat , kita akan mendapati yang kunci kunci ini adalah perkara yang selalu kita amalkan dalam penyediaan makanan harian kita. Perkara seperti memastikan kebersihan diutamakan, asingkan makanan mentah dengan makanan sudah masak, masak dengan cara yang betul, simpan makanan pada suhu yang selamat dan gunakan air dan bahan mentah yang selamat sebahagiannya sudah menjadi amalan dalam penyediaan makanan yang kita amalkan sehari hari. Melalui pengetahuan dan kefahaman tentang cara penyediaan makanan secara selamat, rakyat biasa dapat mengubah cara hidup ke arah yang lebih sihat.

Konsep Five Keys to Healthy Diet pula menjelaskan kepada kita mengenai cara pengurusan diet yang seimbang. Kunci kunci seperti memberikan bayi susu badan semasa awal 6 bulan, memakan makanan yang pelbagai kombinasi nutrien, lebihkan memakan sayur dan buah-buahan, kurangkan memakan makanan berlemak dan berminyak dan mengurangkan gula dan garam mampu diamalkan oleh rakyat biasa sekiranya mereka diberikan pendedahan dan pengetahuan tentang amalan ini. Sekiranya rakyat biasa

mengamalkan kunci yang terdapat di dalam konsep ini, mereka dapat menjaga tubuh badan mereka daripada penyakit seperti obesiti, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya yang disebabkan pengambilan makanan secara berlebihan dan tidak seimbang. Oleh itu, sangatlah sesuai sekiranya rakyat biasa mengamalkan konsep ini kerana ia dapat membantu mereka menjalani kehidupan yang sihat.

10

Bagi konsep Five Keys to Appropriate Physical Activity pula, ia menjelaskan mengenai pelaksanaan aktiviti fizikal yang sesuai sebagai gaya hidup. Kunci kunci yang disarankan dalam konsep ini boleh dan mampu dilaksanakan rakyat biasa kerana saranan saranannya adalah mudah dan selalu dijalankan rakyat biasa. Sekiranya aktiviti fizikal yang dijalankan itu memerlukan tenaga ataupun masa yang banyak, konsep ini mencadangkan ia diselaraskan dengan melakukan aktviti yang berkaitan dengan minat sesorang dan aktiviti yang boleh mendatangkan faedah kepada seseorang itu. Contohnya berbasikal dan mencuci kereta. Jadi, tidak timbul masalah sekiranya rakyat biasa mengamalkan konsep ini sebagai sebahagian daripada cara hidup. Dari segi penyediaan brosur The 3 Fives ini pula, saya medapati yang isi kandungannya ringkas tetapi sarat dengan maklumat mengenai keseluruhan konsep ini. Pengunaan grafik dan simbol di dalam brosur ini dapat membantu untuk lebih memahami apa yang cuba disampaikan. Sebagai contoh penggunaan termometer untuk menggambarkan yang makanan perlu dimasak pada suhu tertentu. Selain itu, penggunaan tiga warna yang berlainan bagi membezakan konsep Five Keys to Safety Food, Five Keys to Healthy Diet dan Five Keys to Appropriate Physical Activity dapat membantu pembaca untuk lebih memahami kandungan dan mesej yang ingin disampaikan. Secara keseluruhannya, brosur ini mudah dibaca dan mesej yang hendak disampaikannya juga mudah difahami. Kesimpulannya, konsep The 3 Fives ini sesuai dilakukan oleh rakyat biasa kerana 3 konsep yang mempunyai lima kunci setiap satu ini adalah realistik dan mampu dilakukan oleh rakyat biasa. Apa yang diperlukan untuk ia menjadi amalan dalam gaya hidup rakyat biasa ialah perubahan sikap rakyat biasa dan kemudahan serta peluang diberikan kepada mereka untuk melaksanakannya sebagai satu cara hidup.

2578 patah perkataan

11

Rujukan Aris Fazil H.U., Borhan Y., & Abd. Halim M.S. (2003). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr.Fatimah Arshad (1988). Makanlah Sayang. Times Edition Pte.LTD. Selangor.

Hales, D. (2001). An invitation to fitness & wellness. USA: Thomson Learning.

Mohd Rizal B. Mohd Said & Nor Aini Binti Mohd Noor. ( 1998 ). Amalan Kebersihan makanan dalam kalangan pengendali kantin sekolah di zon Skudai. Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia

Powers, S. (2003). Total Fitness & Wellness. USA: Benjamin Cumming. Wee Eng Hoe (2005). Siri pendidikan perguruan: Pendidikan jasmani & pendidikan kesihatan. Selangor: Karisma Publications Sdn Bhd. Brosur The 3 Fives diambil pada 23 Jun 2011 di http://www.who.int/foodsafety/consumer/3x5_SA_en.pdf

12

You might also like