Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SIK,Jumaat- Seramai 42 orang murid Sekolah Kebangsaan Taman Damai telah mengalami muntah-muntah dan cirit-birit akibat keracunan

makanan selepas makan di kantin sekolah. Semua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sik untuk menerima rawatan.Seramai 25 orang pelajar telah dimasukkan ke dalam wad sementara yang lain hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Guru Besar sekolah itu,Encik Azam b Azmi memberitahu bahawa murid-murid tersebut mengalami sakit perut selepas mereka makan di kantin .Ini diikuti dengan muntah dan cirit-birit yang serius.Beliau telah membuat laporan tentang kejadian tersebut kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan juga kepada Pejabat Kesihatan Daerah Sik untuk tindakan selanjutnya.

Pegawai Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Sik,Encik Jamal b Razali berkata,siasatan mengenai kejadian itu akan dilakukan.Menurut beliau ,sampel makanan dari kantin tersebut telah diambil.Laporan mengenai hasil siasatan kejadian akan siap dalam masa beberapa hari lagi. Berikutan kejadian itu,kantin Sekolah Kebangsaan Taman Damai telah ditutup buat sementara waktu.Ibu bapa dinasihatkan supaya menyediakan bekal makanan untuk anak-anak mereka. Pegawai Kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Sik berharap agar semua pengusaha kantin memastikan keadaan kantin dan makanan yang dijual sentiasa bersih.Beliau juga berharap kejadian ini tidak akan berulang lagi.

You might also like