Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Kemahiran-kemahiran asas menunggang kuda

1.Mounting ( Naik kuda) Kemahiran pertama yang perlu diberikan perhatian semasa menunggang kuda ialah penunggang haruslah mengetahui cara bagaimana untuk menaiki kuda ( Mount ). Sebelum menaiki kuda (Mount) penunggang haruslah tahu cara bagaimana untuk mendapatkan keselesaan semasa menunggang kuda. Penunggang haruslah tahu cara bagaimana untuk mendapatkan kesesuaian pemijak kaki (stirrup), setelah itu berdiri di dekat sisi kiri kuda. Letakkan kaki kiri di stirrup, dan berpegang pada tali, (memegang pelana ketika melonjak ke atas kuda akan menyebabkan tergelongsor). Letakkan kedua tangan dalam keadaan sedia di depan kuda. Pegang bahagian pelana (kembali atau kerusi) dengan tangan kanan ketika menaiki kuda). Rujuk gambar dibawah.

2.Kedudukan yang betul diatas kuda(The correct position)


Semasa penunggang berada di atas kuda kedudukan penunggang perlulah duduk dan menegakkan badan.Tulang belakang penunggang selari dengan tulang belakang kuda, Ini bagi membantu kuda menetapkan keseimbangan dirinya dan bergerak dengan selesa. Sekiranya kedudukan penunggang tidak berada dalam posisi yang betul pergerakan kuda mungkin terjejas dan tidak lancar. Rujuk gambar dibawah.

Bahagian tubuh penunggang dari pinggang ke atas perlu sentiasa tegak tetapi sentiasa fleksibal dengan pergerakan semasa menunggang. Pada masa yang sama wajah penunggang perlu sentiasa memandang ke hadapan dan penglihatan penunggang perlu sentiasa di atas kepala kuda. Ini penting bagi memastikan kestabilan dan graviti penunggang sentiasa seimbang. Jika penunggang sering memandang ke bahagian bawah ini boleh menyebabkan penunggang hilang keseimbangan dan terjatuh semasa menunggang kuda. Kedudukan kepala, bahu pinggul dan tumit perlu berada dalam satu garis lurus sepanjang masa seperti gambar yang disertakan.Rujuk gambar dibawah.

Semasa menunggang bahu perlu berada dalam keadaan rehat dan hanya bahagian siku dan lengan perlulah selari dengan tali kekang ( reins ) dan bit iaitu besi yang ada dalam mulut kuda. Penunggang harus fleksibal mengikut pergerakan tali kekang. Bahagian siku dan lengan perlu sentiasa memainkan peranan aktif mengikut situasi kuda. Tali kekang yang ditarik dengan tegang boleh menghentikan pergerakan kuda dan tali kekang yang dipegang secara longgar menyebabkan kuda terasa bebas dan berlari dengan pantas. Penunggang perlu peka dengan perubahan kuda dan tali kekang yang dipegang.Rujuk gambar dibawah.

3. Mengawal pergerakan kuda Kemahiran ini adalah penting untuk mengawal arah pergerakan kuda. Apabila penunggang ingin menunggang kuda kekiri penunggang haruslah menarik tali kekang (Reins) kekiri dan melonggarkan sedikit tali kekang (reins) kanan serta kanan kaki kanan menendang bahagian kanan perut kuda. Begitu juga sebaliknya jika ingin menunggang kuda kekanan, penunggang haruslah menarik tali kekang (Reins) kanan dan melonggarkan sedikit tali kekang kiri dan kaki kiri menendang bahagian kiri perut kuda.

Kekiri

Kekanan

Tarik ke kanan Tarik ke kiri

3. Menggerakan kuda (Walk) Kemahiran ini akan diajar kepada penunggang apabila penunggang telah dapat menguasai kemahiran mengawal pergerakan kuda. Setelah dapat menguasai kemahiran ini penunggang akan mula diajar cara untuk menggerakkan kuda (walk). Untuk menggerakkan kuda (walk) penunggang haruslah menendang bahagian perut kuda dengan menggunakan kedua-dua belah kaki secara serentak dan berulang-ulang sehingga kuda berjalan. Sekiranya kuda masih enggan bergerak penunggang boleh menggunakan alat bantuan yang lain seperti kayu pemukul kecil (whip).

Kaki menendang

Kaki menendang

4. Kuda bergerak dan penunggang berdiri atas pemijak kaki (Walk stand up on the stirrup) Semasa ini melakukan kemahiran ini penunggang haruslah menunggang kuda dengan kelajuan yang konsisten, tidak terlalu perlahan dan laju. Setelah kuda berjalan (walk) dengan kelajuan yang konsisten penunggang haruslah berdiri diatas stirrup dengan kedudukan kaki yang lurus dan penunggang akan diminta untuk duduk semula diatas pelana (sadle).Perlakuan ini akan dilakukan beruang-ulang dalam jangkamasa tertentu. Dengan adanya latihan kemahiran ini penunggang akan dapat menstabilkan diri, menguatkan otot dibahagian kaki dan melatih penunggang untuk melakukan ansur maju bagi kemahiran rising trotting.

1. Berdiri diatas stirrup

2. Duduk semula diatas saddle

5. Kuda berlari anak ( troting ) Kemahiran kuda lari anak ( troting ) memerlukan penunggang mengawal pergerakan kuda tidak terlalu perlahan dan tidak terlalu laju. Penunggang haruslah menendang bahagian perut kuda dengan menggunakan kedua-dua belah kaki supaya kuda terus berjalan. Semasa kuda berjalan (walk) penunggang sekali lagi akan menendang pada bahagian perut kuda supaya kuda akan berlari anak (troting). Kaki penunggang memainkan peranan yang penting supaya kuda terus berlari anak(troting).

Walk

Troting

6.Turun dari kuda (Dismounting) Untuk turun dari kuda (dismount),keluarkan kedua-dua kaki dari stirrup ion, tangan kiri penunggang haruslah memegang pada tali kekang (reins), tangan kanan penunggang memegang pada bahagian hadapan saddle. Badan penunggang haruslah dicondongkan kehadapan dan kaki kanan diangkat atas melepasi bahagian atas punggung dan dibawa kesebelah kiri kuda. Penunggang haruslah turun secara mengelunsur disebelah kiri dan mendarat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki dengan perlahan.

B.Fasa-fasa pergerakan dalam pengajaran Sukan Kemahiran Ansur maju 1. Kedudukan Tulang belakang penunggang selari dengan tulang belakang kuda. : Equestrian : Drassage- Berdiri dan duduk semasa kuda berlari anak (Rising troting)

2. Kedudukan Telinga, bahu, pinggul dan tumit berada dalam keadaan selari.

3. kedudukan Siku, Pergelangan tangan, Tali kekang(reins) dan Besi dalam mulut kuda (Bit) selari.

4. Penunggang haruslah memastikan bahawa dirinya berada dalam keseimbangan yang baik.

5. .Penunggang berdiri di atas stirrup dan duduk di atas saddle secara berulang-ulang dalam keadaan kuda yang tidak bergerak (Statik).

6. Penunggang haruslah memastikan kuda berjalan (walk) pada kelajuan yang konsisten.

7 .Penunggang berdiri di atas stirrup dan duduk di atas saddle secara berulang-ulang dalam keadaan kuda yang sedang berjalan (walk).

8 .Penunggang berdiri di atas stirrup dan duduk di atas saddle secara berulang-ulang dalam keadaan kuda yang sedang berlari anak (Rising trotting).

C. Otot-otot utama yang terlibat dalam satu daripada fasa pergerakan. Otot-otot utama yang terlibat dalam (rising trotting) adalah terdiri daripada otot-otot pada bahagian kaki. Otot-otot tersebut terdiri daripada otot: 1. Gluteus maksimus 2. Hamstring 3. Kuadriceps femoris 4. Gastronemius 5. Soleus

GLUTEUS MAXIMUS KUADRICEPS HAMSTRING GASTRONEMIUS SOLEUS

PAHANG SCHOOL EQUESTRIAN CENTRE

KURSUS SAINS SUKAN TAHAP 1 SKIM PERSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN (SPKK)

TEMPAT: IKIP, KUBANG BUAYA

TARIKH: 07-11 MAC 2011

NAMA : MOHAMAD ZAKRI BIN MOHD JALI

SUKAN : EKUESTRIAN

SOALAN PILIHAN: 2

You might also like