Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Sejarah Perkembangan Linguistik Ilmu kajian bahasa atau juga dikenali sebagai ilmu linguistik telah berkembang sejak

dari zaman Yunani sehinggalah ke hari ini seperti yang kita semua lihat. Jelas bahawa ilmu kajian bahasa sudah bermula sejak bermulanya tamadun manusia di muka bumi ini. Ilmu bahasa telah berkembang dalam pebagai tamadun termasuklah tamadun Cina, tamadun India, tamadun Barat dan tamadun Islam. Zaman Yunani Menurut Robins (1984), titik mulanya kajian ilmu linguistik ialah pada 500 SM oleh orang-orang Yunani. Pada masa itu, telah lahir ramai ahli falsafah seperti Socrates, Plato dan Aristotle. Falsafah bahasa menjadi teras kepada permulaan suatu falsafah yang menjadi pegangan masyarakat ketika itu. Plato merupakan ahli falsafah pertama yang telah mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah melalui karyanya iaitu Cratylus yang berbentuk dialog. Namun, karyanya ini telah menimbulkan kontroversi antara kumpulan analogis yang yakin bahawa bahasa bersifat tidak berkembang. Plato telah menyelidik tentang tatabahasa yang membezakan kata nama dengan kata kerja. Ilmu linguistik terus mengalami pengembangannya pada zaman Aristotle yang berada pada sekitar tahun 384-322 sebelum masihi dengan menambah satu lagi pembahagaian dalam ilmu tatabahasa. Ilmu tatabahasa yang dimaksudkan ialah kata hubung. Beliau telah memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah bahasa yang diasaskan oleh Plato sebelumnya. Beliau telah mengakui tentang wujudnya sistem kala dalam bahasa Yunani. Artistotle merupakan sarjana yang mula-mula mengakui tentang adanya sistem kala atau dikenali sebagai tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain yang telah dikembangkan oleh Aristotle sendiri ialah fungsi bahasa sebagai alat untuk penghasilan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa merupakan suatu juzuk dunia, bersifat tetap dan mampu diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa serta sebagai cara untuk menunjukkan apa-apa sahaja di dunia yang menjadi subjek logika. Zaman Romawi Pada Zaman Rom pula, tidak ada perkembangan ilmu baharu tentang bahasa. Menurut Campbell (2001), orang-orang Rom telah mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani mengalami keruntuhan. Selepas itu, orang-orang Rom telah mengambil ilmu-ilmu

linguistik Yunani dan melakukan kajian dalam bahasa Latin. Banyak bahasa Yunani yang telah diterjemahkan kepada bahasa Latin. Zaman Pertengahan Pada zaman pertengahan atau dikenali sebagai zaman Renaissance, ahli-ahli linguistik telah meneroka bahasa termasuklah tatabahasa vernakular. Mereka telah menggunakan ilmu linguistik sebagai medium untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Mereka beranggapan bahawa hasil tulisan itu akan menjadi baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan tidak mengandungi banyak kesalahan tatabahasa. Bahasa pada zaman ini digunakan sebagai fungsi kesusasteraan. Pada zaman Renaissance juga, para ahli linguistik telah menolak bahasa luar dan bahasa pinjaman. Zaman Arab Pada Zaman Arab pula, perkembangan ilmu linguistik telah berlaku dengan pesat di kota Bahgdad yang berfungsi sebagai pusat ilmu dunia. Hal ini berlaku apabila Eropah

mengalami zaman gelap. Kajian ahli linguistik Arab tertumpu kepada sumber Al-Quran. Kesannya, ilmu-ilmu linguistik terutamanya ilmu fonetik telah berkembang dengan pesatnya. Pada waktu ini, sarjana Islam yang muncul pada waktu itu dan terkenal termasuklah Al-Khalil dan Al-Masri. Zaman India Tradisi ilmu bahasa India tidak kurang pengaruhnya terhadap perkembangan ilmu linguistik moden. Pengetahuan linguistik di India adalah lebih awal jika dibandingkan dengan Yunani dan berkembang bebas daripada perkembagan di Yunani. Bidang linguistik pada masa ini dikaji agak luas berbanding dengan Zaman Yunani dan Romawi. Ahli bahasa India juga melebihi kejayaan ahli linguistik Yunani dan Romawi dalam bidang fonetik dan morfologi. Dalam bidang morfologi, Padini tidak hanya mengkaji teks agama tetapi juga bahasa sebutan semasa yang diketepikan oleh orang Yunani. Kejayaan ahli tatabahasa India didapati melebihi daripada kejayaan ahli tatabahasa tradisi linguistik Yunani dan Romawi. Kejayaan yang dicapai oleh mereka bukan sahaja dalam bidang fonetik malahan dalam bidang morfologi krususnya melibatkan kajian struktur kata.

Abad ke-19 Pada abad ke-19, bahasa-bahasa latin tidak lagi diguna pakai dalam kehidupan seharian manusia mahupun dalam pemerintahan mahupun pendidikan. Pada abad ke-19 itu juga,kaedah-kaedah yang tertentu telah diperkenalkan bagi mengkaji ilmu linguistik. Salah satu kaedah yang digunakan ialah kaedah komparatif atau perbandingan. Berdasarkan kaedah komparatif ini, bahasa yang berbeza dapat digandingkan secara sistematik berdasarkan sistem bunyi, struktur nahu dan perbendaharaan kata. Dengan menggunakan kaedah ini, para ahli linguistik akan dapat mengklasifikasikan bahasa mengikut kumpulannya yang tersendiri. Terdapat juga beberapa rumpun bahasa yang berjaya dibina semula sehinggalah ke hari ini. Antaranya ialah: 1. Rumpun Indo-Eropa: bahasa Jerman, Indo-Iran, Armenia, Baltik, Slavis, Roman, Keltik, Gaulis. 2. Rumpun Semito-Hamit: bahasa Arab, Ibrani, Etiopia. 3. Rumpun Chari-Nil; bahasa Bantu, Khoisan. 4. Rumpun Dravida: bahasa Telugu, Tamil, Kanari, Malayalam. 5. Rumpun Austronesia atau Melayu-Polinesia: bahasa Melayu, Melanesia, Polinesia. 6. Rumpun Austro-Asiatik: bahasa Mon-Khmer, Palaung, Munda, Annam. 7. Rumpun Finno-Ugris: bahasa Ungar (Magyar), Samoyid. 8. Rumpun Altai: bahasa Turki, Mongol, Manchu, Jepang, Korea. 9. Rumpun Paleo-Asiatis: bahasa-bahasa di Siberia. 10. Rumpun Sino-Tibet: bahasa Cina, Thai, Tibeto-Burma. 11. Rumpun Kaukasus: bahasa Kaukasus Utara, Kaukasus Selatan. 12. Bahasa-bahasa Indian: bahasa Eskimo, Maya Sioux, Hokan 13. Bahasa-bahasa lain seperti bahasa di Papua, Australia dan Kadai. Terdapat beberapa ciri yang dapat dinyatakan berkenaan dengan ilmu linguistik pada abad yang ke-19 ini. Antara ciri-ciri tersebut ialah: 1) Penelitian bahasa dilakukan terhadap bahasa-bahasa di Eropah, sama ada bahasabahasa Roman mahu pun bukan Roman. 2) Bidang utama penelitian dalam bidang linguistik ialah linguistik historis komparatif. Perkara yang diteliti adalah hubungan kekerabatan dari bahasa-bahasa di Eropa untuk mengetahui bahasa-bahasa mana yang berasal dari induk yang sama. Dalam metode

komparatif itu diteliti perubahan bunyi kata-kata dari bahasa yang dianggap sebagai induk kepada bahasa yang dianggap sebagai keturunannya. Misalnya perubahan bunyi apa yang terjadi dari kata barang, yang dalam bahasa Latin berbunyi causa menjadi chose dalam bahasa Perancis, dan cosa dalam bahasa Italia dan Spanyol. Abad ke-20 Ferdinand de Saussure telah menggunakan pendekatan struktural yang diperkenalkan pada awal abad ke-20 iaitu pada zaman perkembangan linguistik moden untuk mengkaji ilmu bahasa. Beliau telah mengklasifikasikan pengetahuan linguistik kepada dua komponen iaitu langue yang merujuk kepada bahasa sebagai entiti yang bersistem dan parole yang merujuk kepada tingkah laku berbahasa oleh para penuturnya. Pada abad ke-20 juga, penelitian bahasa tidak hanya ditujukan kepada bahasa-bahasa Eropah saja, tetapi juga kepada bahasa-bahasa yang ada di dunia seperti di Amerika (bahasabahasa Indian), Afrika (bahasa-bahasa Afrika) dan Asia (bahasa-bahasa Papua dan bahasabahasa lain seluruh negara di Asia). Ciri-cirinya: 1) Penelitian yang meluas terhadap bahasa-bahasa di Amerika, Afrika, dan Asia. 2) Pendekatan dalam penelitian bersifat strukturalistis dan pada akhir abad ke-20 penelitian yang bersifat fungsionalis juga menyerlah. 3) Tatabahasa merupakan bahagian ilmu dengan pembidangan yang semakin rumit. Secara umumnya, ilmu linguistik dapat dibezakan atau diklasifikasikan kepada

mikrolinguistik, makrolinguistik, dan linguistik historis. 4) Autonomi ilmiah menyerlah apda waktu ini. 5) Prinsip dalam meneliti adalah secara deskripsi dan sinkronis. Seorang lagi ahli linguistik yang terkenal iaitu Leonard Bloomfield telah memberikan pandangannya mengenai ilmu lingusitik yang banyak dipengaruhi oleh psikologi behavioris. Ahli linguistik yang berpegang pada pendekatan behavioris selalunya akan menolak segala konsep yang berbentuk mentalistik. Mereka akan menolak segala pandangan yang mengaitkan ilmu linguistik dengan konsep-konsep yang terdapat dalam akal budi manusia. Menurut Bloomfield, sesuatu bahasa yang digunakan memerlukan ransangan yang akhirnya memberikan gerak balas terhadap penuturannya. Pendekatan yang berbentuk mentalis dikatakan bermula pada tahun 1957 apabila Chomsky menghasilkan bukunya yang berjudul Syntactic Structures. Segala pandangan yang

telah dikemukakan oleh Chomsky sendiri di dalam bukunya telah menghasilkan suatu pendekatan yang baharu dalam bidang kajian linguistik. Pendekatan baharu yang dimaksudkan ialah pendekatan transformasi generatif. Bagi beliau, seseorang yang menguasai pengetahuan mengenai sesuatu bahasa akan menguasai pengetahuan mengenai cara-cara untuk mengaplikasikannya dalam pertuturan seharian.

You might also like