Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

_________________________________________________________________________________

IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK JALAN YAACOB LATIF 56000 CHERAS WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS TUGASAN A : PEMEROLEHAN ILMU ILLEY IZYANI BINTI IBRAHIM 901206-06-5052 5PISMP SAINS 1

Awan 1a. Terangkan jenis-jenis awan dan ciri-cirinya. Terdapat tiga jenis awan iaitu cumulus, startus dan juga cirrus. Nama nama awan ini diberi berdasarkan kedudukan awan ini terbentuk pada aras yang tertentu. Dengan kata nama lain, awan diklasifikasikan berdasarkan ketinggian dan tekstur awan tersebut yanf dapat dilihat daripada permukaan bumi. Sebagai contoh, awan yang terbentuk di aras yang tinggi iaitu berada diatas 20,00 kaki dan diberi nama cirro. Manakala awan yang berada pada ketinggian sederhana diberinama alto yang kelihatan dalam ketinggian antara 6,500 dan 20,000 kaki. Dari segi tekstur pula, dapat di rumuskan beberapa komponen awan dalam system klasifikasi ini iaitu, cirro mempunyai bentuk seperti rambutt, strato pula yang berjalurjalur, nimbo yang menandakan hari hendak hujan dan cumulo yang berbentuk seperti himpunan awan besar. Secara terperinci awan yang mempunyai bentuk cumulus adalam dalam bentuk heap atau timbunan. Awan ini boleh didapati dalam ketinggian mencecah 50,000 kaki dari tanah. Secara amnya awan ini berbentuk seperti kapas yang gebu. Terdapat beberapa jenis awan yang berbentuk cumulus antaranya adalah cirrocumulus iaitu awan gebu yang kecil,cumulus iaitu awan gebu besar, awan gebu yang lebar dan flat dibawahnya yang dipanggil stratocumulus, altocumulus iaitu awan gebu bersaiz serdahana dan cumulusnimbus iaitu awan yang besar dan gelap. Bentuk-bentuk dan saiz-saiz awan cumulus ini adalah bergantung kepada daya pergerakan tujahan keatas daripada udara panas dan juga bergantung kepada tahap kelembapan air. Awan cumulus besar terbentuk apabila udara panas bergerak keatas dengan sangat cepat dan awan ini boleh memanjang keatas sehingga beratus meter. Manakala, cumulus kecil pula terhasil dalam keadaan cuaca yang cerah.

Rajah: awan cumulus

Rajah : Awan cumulunimbus Seterusnya adalah altocumulus. Panggal nama awan ini iaitu alto bermaksud awan ini berada pada aras ketinggian sederhana iaitu diantara 2000 dan 7000m. disebabkan awan ini berada pada altitude yang rendah, awan ini terdiri daripada daripada titisan air, namun begitu boleh juga terdiri daripada Kristal ais apabila suhu menjadi terlalu sejuk. Kebisaannya awan ini terbentuk dalam kumpulan. Awan ini juga dikategorikan kepada awan yang berbrntik globular yang mana lebih besar daripada cirrocumulus dan lebih kecil daripada stratocumulus. Seperti juga awan cumulus, altocumulus terhasil daripada konveksi. Kebiasaanya awan ini berwarna putih dan kelabu. Malah awan ini juga seringkali dilihat dalam bentuk fragmen atau berpecah-pecah di belakang system hadapan bersama-sama dengan awan startus serta awan stratocumulus. Selain itu, awan ini juga biasa dijumpai diantara peringkat panas dan sejuk walaupun jenis awan ini sering kali terlindung oleh awan yang lebih rendah. Kehadiran awan ini pada waktu pagi boleh memberi petanda atau isyarat akan berlakunya petir pada waktu petang. Hal ini terjadi kerana ini menunjukkan ketidakstabilan konveksi atau olokan di peringkat pertengahan troposfera. Isyarat petir seperti ini amat berguna kepada mana mana industry penerbangan di seluruh dunia. Tambahan lagi, salah satu bentuk awan altocumulus iaitu

altocumulus lenticularis adalah menyerupai seperyi piring terbang dan sering kali disalah anggap seperti objek yang tidak dikenali unknown object.

Awan yang seterusnya adalah dari kumpulan stratus. Startus dalam bahasa latin bermaksud menyebarkan. Awan jenis ini berwarna kelabu yang sekata dan sering kali dilihat meliputi keseluruhan langit. Malah awan ini dilihat seperti kabus tetapi tidaklah mencapai ke permukaan bumi. Kebiasaannya apabila turunnya hujan, awal ini tidak menghasilkan mendapan tetapi dalam bentuk hujan renyai-renyai. Awan jenis ini juga berada pada ketinggian serdehana yang mana dipanggil sebagai altostratus. Awan ini berwarna kelabu atau kelabu kebiru-biruan yang terdiri daripada Kristal ais dan titisan air. Pada bahagian awan yang nipis yang mana menutupi matahari, matahari akan kelihatan kabur seperti cakera bulat. Altostratus juga boleh memberi isyarat akan berlakunya petir pada waktu yang berikutnya, Awan berbentuk stratus juga membentuk awan nimbostratus. Awan ini membentuk awan gelap, lebab dan diikuti hujan atau turunnya salji. Janis awan ini kadangkala membentuk mendakan yang berbentuk ringan ke serdahana.

Rajah: Awan stratus 4

Rajah : Awan Altostratus

Rajah : Awan Nimbostartus Terakhir sekali adalah awan cirrus. Cirrus dalam bahasa latin bermaksud awan berbentuk rambut ikal. Awan ini terhasil pada ketinggian atas 18000 kaki dan sangat nipis, ringan dan seperti bersayap. Awan ini juga berwarna putih. Malah, awan-awan ini adalah sangat tinggi dan mereka terdiri daripada komposisi ais Kristal serta boleh muncul dalam satu tata susunan warna yang indah apabila matahari berada pada horizon yang rendah. Awan ini juga kebiasaannya bergerak di langit dari barat ke timur.

Rajah : awan cirrus

1b. Terangkan faktor-faktor yang boleh digunakan untuk meramal hujan. Antara factor factor yang boleh digunakan untuk meramal cuaca adalah Arus udara sejuk , Arus udara panas, suhu, arah dan kekuatan angin, dan juga kelembapan udara. Pertamanya arus udara sejuk . Jisim udara ini bergerak an boleh dijejaki dari masa ke semasa. Jisim udara ini boleh menentukan suhu, tahap kelembapan serta tekanan air di sesuatu kawasan. Arus udara ini mempunyai beberapa jenis, pertamanya adalah arus udara sejuk. Arus udara sejuk ini berlaku apabila terdapat udara sejuk di bahagian belakang arus yang menolak masuk di bahagian bawah udara panas, dan menyebabkan udara panas naik ke bahagian atas lapisan udara, apabila udara panas ini dipaksa naik ke atas, wap air dalam udara panas ini akan termeluwap dan menjadi awan dan hujan yang mungkin akan lebat sepanjang laluan arus udara sejuk ini. Seterusnya adalah arus udara panas. Arus udara panas ini boleh digunakan untuk meramal hujan. Udara panas ini terhasil dimana jisin udara pans bergerak ke jisim udara sejuk. Disebabkan udara panas adalah kurang tumpat, ianya mudah tergelincir dan melalui udara sejuk. Pada mulanua, awan cirrus mungkin terbentuk. Kemudian diikuti oleh awan stratus dan beberapa mendapan sama ada hujan ataupun salji. Wpanila arus udara ini melaluinya, langit akan kembali cerah dan tekanan air meninggi. Suhu juha meninggi yang mana udara panas menggantikan udara sejuk. Faktor seterusnya adalah arus tetap, atau Stationary Front. Walaupun jisim udara bergerak dan kadangkala tidak dan menghasilkan arus tetap. Kebiasaanya pemendakan dan angin yang perlahan akan terhasil pada kawasan yang mempunyai arus tetap. Tekanan udara juga boleh digunakan untuk meramal hujan. Kawasan yang mempunyai tekanan yang tinggi mempunyai tekanan yang lebih tinggi daripada kawasan sekeliling. Perbezaan tekanan ini boleh menghasilkan angin. Pada kawasan ini, udara adalah lebih tumpat daripada kawasan yang mempunyai tekanan rendah. Hal ini menyebabkan udara akan bergerak daripada kawasan yang mempunyai tekanan yang tinggi ke kawasan yang tekanan rendah. Angina akan bertiup daripada kawasan yang bertekanan tinggi ke kawasan yang bertekanan rendah. Bagi kawasan yang pertekanan rendah, angin biasanya bertiup daripada kawasa yang rendah tekanan disebabkan udara, seperti gas yang mana bergerak dari kawasan yang tekanan tinggi ke tekanan rendah. Apabila angina bertiup di kawasan yang rendah

tekanan, udara akan akan bergerak ke atas. Pergerakan udara yang ditujah ke atas ini boleh menyebabkan bembentukan angina dan menghasilkan hujan. Seterusnya, kawasan yang mempunyai daya tekanan udaya yang rendah boleh menyebabkan udara ditiup ke kawasan yang bertekanan rendah. Seperti juga sifat gas yang lain, iaitu udara akan bergerak dari kawasan yang tinggi tekanan ke kawasan yang bertekanan rendah. Apabila angin bertiup, udara naik keatas. Pergerakan udara ke atas ini boleh menyebabkan pembentukan awal dan hujan akan turun. Kelembapan dan wap air diudara juga boleh digunakan untuk meramal hujan. Udara seperti juga gas akan mengembang dalam suhu yang tinggi. Jadi udara mampu memegang banyak wap air pada suhu yang tinggi. Jumlah kelembapan udara boleh memberi kesan betapa cepatnya air disejat daripada permukaan seperti di jalan, sungai, tasik, malah kulit kita sendiri. Jadi jika kelembapan udara adalah mencapai 100 %, kita akan dapat perhatikan bahawa keadaan diluar adalah lembab. Ini tidak bermaksud hari akan hujan. 100 peratus kelembapan udara adalah tepu dan udara memegang air serta kelembapan semaksimium yang mungkin. Atas sebab itulah, keadaan sekeliling aan kelihatan berkabus . tetapi udara tidak semestinya tepu untuk hujan turun. Sekiranya hujan, ini bermaksud bahawa titidan air adalah sangat berat berbanding udara di sekeliling. Secara amnya, hujan akan turun sekiranya kelembapan udara adalah kurang daripada 100 peratus. Angin juga boleh menyebabkan hujan. Angin boleh menyebabkan udara bergerak dari kawasan yang bertekanan tinggi ke kawasan yang bertekanan rendah. Semakin tinggi perubahan tekanan yang ada semakin kuat tiupan angin. Di Malaysia secara am nya,

taburan hujan di Malaysia diepengaruhi oleh angin. Ciri-ciri iklim Malaysia ialah mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Angin pada amnya lemah. Malaysia yang terletak di kawasan doldrum khatulistiwa amat jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung meski pun pada musim kemarau teruk. Malaysia juga jarang sekali mempunyai satu tempoh beberapa hari dengan tidak ada langsung cahaya matahari kecuali pada musim monsun timur laut. . Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di pantai timur Semenanjung Malaysia dan barat sarawak. Angin ini membawa hawa sejuk dari pergunungan dan angin serta hujan yang banyak. Selain itu faktor kadar sejatan juga mempengaruhi hujan. Keadaan berawan dan suhu merupakan dua faktor terpenting yang saling berkait. Hari yang berawan bermakna kurangnya cahaya matahari dan seterusnya, kekurangan sinaran matahari akan menyebabkan suhu yang rendah. Ujian daripada data-data sejatan menunjukkan bahawa 8

bulan-bulan berawan atau berhujan mempunyai kadar sejatan yang rendah, sementara bulan kering adalah bulan yang mempunyai kadar sejatan yang tinggi. Akhir sekali adalah suhu. Hujan terjadi disebabkan mendakan yang meningkat apabila arus udara panas terhasil daripada jisim udara panas yang mana udara naik keatas dan menyejuk, seterusnya menyebabkan hujan. Hujan dan suhu adalah berkait rapat antara satu sama lain. Dalam sudut saintifik, hujan gukan diukur melalui udara panas atau sejuk tatapi sebagai tanda aras kepada pergerakan molekul dan pengaliran tenaga. Apabila suhu dijadikan tanda aras kepada hujan, apabila suhu sejuk, kemungkinan hari akan hujan kerana awan menyerap titisan air yang sejuk, kondensasi berlaku dan akhirnya meneyebabkan mendakan hujan.

Batuan 2a. Perihalkan kitaran batu. Kitaran batu adalah suatu kelompok batu yang mengalami perubahan. Batu igneous boleh bertukar menjadi batu enapan datau menjadi batu metamorfik. Batuan enapan atau batuan sedementary boleh bertukar menjadi batuan metamorfik atau menjadi batu igneous. Manakala batu metamorfok juga boleh bertukar menjadi batu igneous atau enapan. Sebenarnya, batuan yang tedapat di bumi ini adalah berasal daripada leburan magma dalam kerak bumi. Magma adalah sejenis cecair yang panas dari kerak bumi. Magma kebiasaannya keluar daripada perut bumi apabila berlakunya letusan gurung berapi yang dinamakan sebangai lava. Apabila magma ini keluar dari perut bumi, mineral ini akan menjadi kristal apabila menyejuk. Hal ini adalah disebabkan perubahan suhu yang jauh lebih rendah daripada suhu magma dalam perut bumi. Batu igneous boleh terhasil dari dalam perut bumi dimana magma tersebut meneyejuk dan mengeras secara perlahan, ataupun batu igneous boleh juga terhasil atas tanah dimana batu ini menyejuk secara cepat. Penyejukan ini berlaku di atas permukaan bumi dan di bawah permukaan bumi. Batu igneus akan terbentuk hasil daripada penyekan dan pengerasan lava. Batu ini mempunyai kristalnya yang tersendiri. Pada permukaan bumi, angin dan air boleh memecahkan batu kepada bentukbentuk lain. Malah, keadaan ini boleh membawa batu batuan ini ke merata tempat. Biasanya, apabila berlakunya letudan gunung berapi leburan kan mengalir ke dasar laut, sungai atau tasik yang mana akhirnya menyebabkan batuan ini menjadi mendakan

seterusnya membentuk batu sediment. Setelah beberapa masa yang lama, bahan-bahan sedimen ini akan termampat dan tersusun sendiri menghasilkan batu sedementary. Proses ni dipanggil litifikasi. Kesemua batuan ini boleh dipanaskan. Batuan yang berada dalam kerak bumi akan dikenakan tekanan dan suhu yang tinggi akan merubah batu sedimen menjadi batu metamorfik. Apabila batuan ini dikenakan, suhu yang tinggi ini, batuan ini tidak cair tetapi batuan ini akan berubah jenis yang mana menghasilkan kristal. Sekiranya batuan ini adalah kristal, prosen ini menjadikan kristal menjadi lebih besar. Proses penghasilan batu metamorphik ini memerlukan haba sebnayak 300 sehingga 700 degree celsius. Perubahan yang berlaku melibatkan tekstur batuan dan kandungan mineralogi serta biasanya lebih keras dan padat berbanding batuan asal. Tetapi apabila batu metamorfik mengalami penguraian, perubahan tempat akibat pergerakan dan cuaca yang silih berganti, akhirnya 10

batu ini akan berubah menjadi mendakan/sedimen. Namun begitu batu metamorphic ini boleh cair semula mencadi magma dan proses kitaran batu ini belaku setiap masa.

11

2b. Terangkan bagaimana ahli geologi mengenal pasti klasifikasi batu yang dijumpai di sesuatu tempat? Antara perkara pertama yang dilakukan oleh ahli geologi dalam mengenal pasti klasifikasi batu yang dijumpai di sesuatu tempat itu adalah dengan mengenal pasti dahulu kawasan batu itu dijumpai. Sebagai contoh, adakah kawasan itu dari kawasan gunung berapi,kawasan lombong arang batu, kawasan granit kuari dan sebagainya. Namun begitu,dengan mengetahui dimana kawasan batu itu dijumpai tidak semestinya dapat menentukan jenis batuan tersebut dengan tepat namun hal ini dapat membantu ahli geologi menentukan jenis batuan tersebut. Seterusnya, bagi menentukan atau menklasifikasikan jenis batuan ini, ahli geologi juga memerhatikan tekstur batu tersebut. Penelitian mengenai tekstur batu ini merangkumi apakah element-elemen yang menggabungkan batu tersebut serta partikal-partikal batu yang terdapat dalam batu tersebut. Hal ini adalah penting bagi menentukan jenis batu tersebut. Ahli geologi mengklasifikasikan batuan kepada beberapa jenis iaitu batuan jenis igneous, batuan jenis sedimentary dan batuan jenis metamorphic. Batuan jenis igneous boleh diklasifikasikan sebagai batu yang terhasil secara intrusive ataupun extrusive iaitu bergantung kepada bagaimana batu ini terhasil. Cara lain mengklasifikasikan batu-batu oleh magma ini iaitu dengan mengetahui dari

mana mereka membentuk. Batuan jenis igneous terhasil daripada basaltic, andesitic ataupun magma granitic. Jenis magma yang menyejuk dan menghasilkan batu igneous boleh menentukan bahan kimia serta ciri-ciri fizikal batuan tersebut. Perkara yang terlibat dalam menentukan batuan jenis igneous ini termasuklah komposisi mineral, ketumpatan, warna serta suhu pencairan batuan tersebut. Selain itu batu igneus terbahagi kepada dua jenis iaitu plutonik dan volkanik. Jenis plutonik mengalami penyejukan yang perlahan dan membenarkan butiran kristal yang terbentuk bersaiz besar berbanding dengan jenis volkanik yang mengalami penyejukan yang cepat dan membenarkan butiran kristal terbentuk bersaiz kecil. Bagi batu ingneous jenis batu basaltic, batuan ini adalah tumpat dan bewarna hitam. Batuan ini terhasil daripada magma yang kaya dengan iron dan magnesium dan mempunyai jumlah silica yang sedikit. Batu igneous jenis batuan granitic pula adalah batu yang berwarna terang, pudar, kurang tumpat daripada batu jenis basaltic. Magma granitic ini adalah tebal dan kaku serta mempunyai banyak silica tetapi mempunyai mineral iron dan magnesium yang kurang. Kemudian, geologi mengenalipasti batu igneous ini dengan

12

mengenal pasti batu andesitic iaitu jenis batu yang mempunyai komposisi diantara batu jenis basaltic dan batu jenis granitic. Berikut merupakan pengkelasan batu igneus berdasarkan ciri-cirinya:

Komposisi kimia Mineral dominan

Granitik Kuarza Feldspar kalium Feldspar natrium kaya

Andesitik Amphibol Feldspar perantara

Basaltik Piroksen

Ultramafik Olivin

Feldspar kaya Peroksin kalsium

Afanitik Farenitik Tekstur

Granit Rhyolit

Diorit Andesit

Gabbro Basalt

Periodotit Komatit (jarang)

Porfinitik

Porfonifik diletakkan pada nama di atas jika batu berfenokris (phenocrysts).

Berkaca

Obsidian Pumice

Warna batu (berdasarkan % mineral gelap)

0% - 25%

25% - 45%

45% - 85%

85% - 100%

Batu jenis sedimentary pula adalah sejenis batuan yang mengeras bersama pasir dan tanah liat yang berwarna perang ke kelabu. Kebanyakan batuan ini mempunyai bahanbahan fosil,bijiran mineral, air, serta ais. Sebenarnya jenis batuan ini terhasil apabila sediment ini dimampatkan dan tersusun bersama. Batuan jenis metamorphic pula di klasifikasikan mengikut ciri-cirinya. Biasanya batuan jenis ini adalah keras dan kuat, mempunyai banyak warna serta mempunyai kilatan mika.

13

Berikut merupakan ciri-ciri batu sedimen detrital dan kimia:

Batu sedimen detrital Saiz zarah Kasar (> 2mm) Nama mendakan Gravel (zarah bulat) Gravel (zarah berbucu) Sederhana (1/16 ke 2mm) Halus (1/16 ke 1/256 mm) Sangat halus (< 1/256 mm) Pasir Lumpur Lumpur Batu sedimen kimia Komposisi Calcite Tekstur Halus ke kasar, berkristal Nama batu Crystalline Batu kapur Tavertine Bercengkerang, pecahan cengkerang disimen longgar Pelbagai saiz cengkerang, pecahan cengkerang disimen dengan simen calcite cengkerang mikroskopik, tanah liat Kuartza Kristal yang sangat halus Chert (warna cerah) Flint (warna gelap) Gipsum Halus ke kristal kasar Batu gipsum Kapur Batu kapur Coquina Nama batu Conglomerate Breccia Batu pasir Siltstone Shale

14

Halite Fragmen berubah tumbuhan yang

Halus ke kristal kasar Butiran halus bahan organik

Batu garam Arang bitumen

Malah, para ahli geologi juga mengklasifikasikan sesuatu batuan itu dengan menguji saiz bijiran batu serta tekstur batuan tersebut. Bagi saiz bijiran, bijiran mineral yang kasar boleh dilihat oleh mata kasar dan mineral-mineral yang terlibat boleh dikenalpasti dengan menggunakan kanta pembesar. Seterusnya klasifikasi batuan juga dibuat dengan menguju kekerasan bautuan tersebut. Bagi menguji kekerasan batu tersebut, sebenarnya kekerasan batu ini menguji kekerasan mineral yang terdapat di dalam batu tersebut. Kekerasan batu-batu ini boleh diuji dengan menggunakan beberapa ketetapan. Contohnya, batu yang keras dapat mencalarkan kaca dan besi, kekerasan dalam skala Mohs 6-7 skala. Batuan yang lembut tidak dapat mencalarkan pisau besi tetapi boleh mencalarkan kuku jari tangan dalam skala Mohs 3- 5.5. manakala batuan yang paling lembut tidak booleh mencalarkan kuku jari juga dalam skala Mohs 1-2. Kebiasaanyan batuan jenis igneous adalah kuat dan keras. Dengan kata lain, kekerasan batuan ini boleh dilihat menggunakan skala Mohs. Jika besi boleh mencalarkan batu maka lihat jika batu tersebut juga boleh mencalarkan besi tersebut. Perkara yang sama juga dilakukan dengan menggunakan duit syiling. Jika batuan yang digunakan lebih lembut daripada besi dan duit syiling maka kuku digunakan untuk mencalarkan batu bagi mengkaji kekerasannya. Kekerasan besi adalah 5-1/2, duit syiling 3, manakala kuku jari adalah 2. Ujian asid juga digunakan untuk mengklasifikasikan jenis batuan.

15

MATAHARI 3a. Terangkan perkaitan di antara ekliptik dengan altitut dan azimuth matahari setiap hari di tempat-tempat yang berbeza dan musim. Ekliptik matahari adalah laluan lintasan matahari yang tidak dapat dilihat dengan mata. Altitut pula adalah ketinggian sesuatu objek atau jarak sudut sesuatu objek relatif kepada garisan horizon. Azimuth pula adalah sudut mendatar yang dikira mengikut arah jam daripada arah rujukan, kebiasaanya utara, dengan satu titik di garisan horizon yang menyilangi satu titik altitude bagi objek tersebut. Ekliptik, azimuth serta altitut mempunyai perkaitan antara satu sama lain setiap hari ditempat yang berbeza dan musim. Pertamanya, satah ekliptk mempunyai perkaitan dengan perubahan suhu bumi. Paksi putaran adalah 23.5 darjah yang condong bersudut tepat dengan satah ekliptik. hal ini berlaku kerana paksi putaran Bumi tidak berserenjang dengan satah orbit, Paksi khatulistiwa tidak selari dengan satah ekliptik, tetapi membuat sudut kirakira 23 26 ', yang dikenali sebagai kecondongan paksi. Sudut kecondongan seperti ini menyebabkan beberapa kawasan di bumi mengalami berubahan musim pada masa- masa tertentu. Perkara ini boleh diperjelaskan lagi dimana satu hemisfera adalah sentiasa condong menghampiri matahari dan satu hemisfera sentiasa menjauhi matahari. Dengan kata lain, ekliptik matahari yang tidak selari dengan satah khatulistiwa inilah menyebabkan ada bahagian di bumi pada masa tertentu mengalami musim-musim yang berbeza-beza antara satu tempat ke tempat yang lain. Hemisfera yang condong lebih dekat kepada matahari menerima lebih banyak sinaran matahari dan mengalami suhu musim panas. Manakala, hemisfera yang condong lebih jauh daripada matahari menerima sedikit

sedikit sinar langsung dan suhu yang lebih rendah iaitu musim sejuk. Jika paksi putaran selari atau berserenjang dengan satah ekliptik, bumi tidak akan mengalami apa-apa musim. Contohnya, perkara seperti ini boleh dilihat apabila hemisfera utara mengalami musim panas manakala hemisfera selatan mengalami musim sejuk dan pada bulan Jun. keadaan ini dikenali sebagai solstice musim panas. Pada waktu ini, hemisfera utara adalah lebih tertumpu kearah matahari. Perkara seperti ini boleh dilihat pada bulan disember sehingga Mac. Altitut dan azimuth matahari pada ketika ini adalah berbeza antara hemisfera selatan dan hemisfera utara. Di sebabkan kecondongan pada paksi bumi iaitu (2326',), hal ini menyebabkan bahagian hemisfera utara menerima cahaya matahari lebih jauh dan berada jauh dari matahari berbanding hemisfera selatan iaitu pada masa inimenerima cahaya matahari secara dekat. Secara ringkasnya, hemisfera utara mengalami musim sejuk, 16

manakala hemisfera selatan mengalami musim panas pada hujung disember, iaitu bermula dari 21 atau 22 Disember. Musim ini dipanggil sebagai winter solstice. Solstice berasal daripada perkataan sun dan stationary. Manakala summer solstice uatara pula berlaku pada 21 atau 22 june. Matahari juga dilihat berada di kedudukan atas kepala relatif kepada pemerhati yang berada di kawasan yang berada di hemisfera selatan ini pada hujung bulan Disember ini.. Kedudukan paling tinggi ini dikenali sebagai zenith. Zenith matahari pada jangka masa ini berada pada altitude 90 ( altitude tertinggi daripada horizon ). Orang-orang yang berada di hemisfera selatan ini akan melihat matahari berada di kedudukan atas kepala, namun ini tidak berlaku kepada orang-orang yang berada di bahagian khatulistiwa dan juga di hemisfera utara. Hal ini berlaku kerana , ekliptik matahari pada ketika ini tidak berada pada kedudukan paling dekat dengan Khatulistiwa dan juga Hemisfera utara, Jadi bahagian yang lebih utara daripada hemisfera selatan akan melihat altitude matahari adalah lebih rendah kerana matahari tidak berada hampir dengan bahagian itu ( khatulistiwa dan hemisfera utara )dan kawasan itu tidak menerima lebih cahaya matahari, sebab itu ,orang di kawasab khatulistiwa dan hemisfera utara melihat kedudukan matahari adalah lebih rendah daripada 90. Pada bulan Mac ekliptik matahari akan berada di khatulististiwa, hal ini menyebabkan altitut dan azimuth matahari relatif kepada pemerhati akan berbeza antara pemerhati di bahagian hemisfera selatan, Khatulistiwa dan juga pemerhati di Hemisfera Utara. Pada bulan ini secara khususnya, hemisfera utara mengalami musim bunga atau dipanggil sebagai spring equinox.equinox bermaksud sama iaitu temapoh masa bagi malam dan siang adalah sama. Seterusnya pada 21 atau 22 june, ekliptik matahari akan paling hampir di Hemsifera Utara yang mana hemisfera utara akan lebih condong dan lebih dekat kepada matahari. Perbezaan altitude dan azimuth matahari pada ketika ini meneybabkan perbezaan pada bahagia-bahagian bumi. Dengan kata lain, hemisfera utara mengalami musim panas iaitu summer solstice dan hemisfera selatan pula mengalami musim sejuk. Seterusnya, pada bulan September matahari berada tepat di garisan khatulistiwa. Pada ketika ini, tempoh masa semua tempat di bumi bagi siang dan malam adalah sama panjang. Pada bulan September ini dipanggil sebagai fall equinox pada hemisfera utara dan spring equinox pada hemisfera selatan. pada hemisfera

17

Walaupun tidak setiap tempat di dunia mempunyai empat musim, namun terdapat bebrapa tempat dibumi mempunyai musim yang berbeza-beza. Sesetengah

orang berfikir bahawa musim-musim berlainan adalah disebabkan oleh jarak yang berbezabeza antara bumi dari Matahari kerana ia akan melalui orbitnya. Namun, berbezaan musim ini di hemisfera utara dan di hemisfera selatan adalah diesebabkan oleh paksi Bumi mengenai Matahari, yang mengorbit. Planet kita mempunyai kecondongan kecondongan

sebanyak 23.5 kepada satah ekliptik selain azimuth dan altitut yang berbeza-beza.

18

3b. Terangkan perkaitan di antara pergerakan matahari sepanjang hari dengan pergerakan bumi.

Bumi berputar di atas axisnya 360 darjah setiap hari dalam masa 24 jam. Putaran bumi inilah menyebabkan bumi mengalami malam dan siang. Setiap sejam, disimpulkan bahawa bumi membuat putaran sebanyak 15 darjah. Putaran bumi yang hanya 15 darjah setiap 1 jam didak boleh dirasai oleh penduduk bumi kerana putaran bumi ini berlaku dengan sangat perlahan. Bumi berputar dan beredar mengellingi matahari pada kecondongan 23.5 darjah. Kecondongan bumi inilah menyebabkan perubahan musim yang berlaku di permukaan bumi. Selain itu, seperti yang diketahui umum, pergerakan matahari dan bintang-bintang di langit dalah disebabkan putaran bumi. Tambahan lagi, pergerakan ekliptik matahari adalah disebabkan oleh peredaran bumi mengelilingi matahari. Pergerakan bumi ini boleh diperhatikan dengan memerhatikan perubahan siang dan malam bumi. Dengan melihat kearah kutub utara, sebenarnya bumi berputar pada arah lawan jam.

Permukaan bumi yang menghadap matahari menyebabkan sebahagian bumi menjadi siang manakala sebahagian lagi adalah malam. Jam 12 tengah hari menandakan separuh hari siang manakala 12 tengah malam menandakan separuh hari malam. Matahari pula terbenam lebih kurang kul 7 malam waktu Malaysia dan meneyebabkan sebahagian permukaan bumi adalah gelap iaitu tidak menghadap matahari dan jam 7 pagi pula matahari terbit. Sebenarnya matahari terbit dari timur ke barat, dan arah ini perlu dinyatakan dalam bentuk putaran iaitu timur adalah satu arah putaran dan barat pula arah yang bertentangan walau dimana kita berada. . Corak putaran bumi yang menyebabkan matahari kelihatan terbit dari timur dan terbenam di barat.Hal ini kerana bumi berputar dari 19

barat ke timur, dan ketika waktu tengahari pula, matahari kelihatan ke arah selatan. Sebenarnya, bumi berputar ke semakin ke selatan adalah disebabkan kecondongan paksi putaran bumi . Panjang siang dan malam bumi adalah berbeza pada sesuatu kawasan. Hal ini mempunyai kaitan antara kecondongan paksi bumi iaitu pada darjah 23.5. sebenarnya kocondongan bumi inilah menyebabkan kejadian musim-musim di hemisfera utara dan selatan serta menyebakankan siang dan malam pada hari-hari dalam musim-musim tertentu adalah berbeza sama sekali. Panjang siang atau malam ini adalah sebenarnya bergantung kepada ekliptik matahari. Contohnya, apabila seseorang itu berada pada kutub utara. Pada waktu siang, matahari adalah tinggi dilangit pada musim panas, dan matahari adalah rendah pada musim sejuk. Oleh itu, cahaya matahari pada musim sejuk adalah lebih tersebar. Seterusnya, matahari pada musim panas terbit dari arah timu utara dan terbenam pada arah barat utara iaitu menghabiskan sebanyak lebih 12 jam di langit. Manakala, matahari musim sejuk terbit pada arah timur selatan dan terbenam pada arah barat selatan . tempoh masa matahari terbit dan terbenam ini dalah kurang daripada 12 jam. Jadi hari siang pada musim sejuk adalah lebih pendek berbanding siang pada musim panas. Hal ini adalah berbesa sama sekali kepada bahagian-bahagian bumi yang berda di garisan khatulistiwa. Bumi yang berputar secara condong menyebabkan kawasan khatulistiwa menerima cahaya matahari hampir sama sepanjang tahun. Disebabkan inilah, kawasan khatulistiwa tidak mengalami 4 musim serta mempunyai panjang siang dan malam yang sama. Hal ini adalah kerana bumi berada betul-betu pada garisan equinox Malah terdapat juga keadaan di bumi dimana matahari terbit adalah selama 24 jam malah matahari terbenam juga 24 jam. Keadaan yang luar biasa ini adalah disebabkan oleh kecondongan bumi pada orbit mengelilingi matahari. Belah utara pada artic circle bermaksud pada ketika ini matahari boleh dilihat sepanjang musim panas. Keadaan ini berlaku disebakan kedududukan kutub utara bumi yang berada hampir matahari..Manakala waktu malam hanya berlaku pada musim sejuk bengan

disebabkan

kecondongan paksi bumi yang menyebabkan cahaya matahari langsung tidak diterima di bahagian ini.

20

Bulan 4a. Terangkan perkaitan pergerakan bulan mengelilingi bumi dengan fasa-fasa bulan dan masa terbit dan tenggelam bulan. Bulan mengorbit mengelilingi bumi sama seperti bumi mengorbit matahari.. Pergerakan bulan pada orbitnya mengelilingi bumi memberi beberapa keadaan dan memberi pengaruh besar kepada bumi. Peredaran bulan mengelilingi matahari menyebabkan bulan dilihat mempunyai fasa-fasa tertentu di langit. Hal ini terjadi disebabkan oleh terdapatnya perbezaan sudut dari tempat yang kita lihat pada bulan. Perkara inilah dipanggil sebagai fasa bulan. Bulan tidak menghasilkan cahayanya tersendiri tetapi cahaya itu dipantulkan oleh cahaya matahari. Bulan mempunyai empat fasa tertentu dalam satu kitaran dan berulang-ulang dalam masa 29.5 hari. Perubahan fasa ini adalah dalam keadaan yang tersusun mengikut urutannya tersendiri.

Rajah 1: fasa-fasa bulan

Fasa pertama bulan adalah anak bulan. Anak bulan ini secara kasarnya berkedudukan yang sama dengan matahari dan secara tidak langsung fasa ini tidak kelihatan di bumi. Pada fasa ini, buan dan matahari terbit pada masa yang sama dari timur ke barat. Fasa yang kedua adalah bulan sabit baru. Apabila bulan mengorbit bumi, kita akan meihat fasa-fasa bulan ini dari satu bentuk ke bentuk yang lain. ). Fasa bulan ini dapat dilihat sehari selepas anak bulan. Seterusnya selepas satu minggu, separa bulan pula kelihatan. Seminggu selepas itu, fasa bulan hampir purnama pula kelihatan. Dua minggu selepas anak bulan kelihatan, bulan sekarang melalui separuh fasa keseluruhannya. Sekarang, fasa bulan penuh kelihatan dengan jelas di langit. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, bulan terbit lebih kurang sama dengan masa matahari terbit dan juga terbenam dalam masa yang sama.

21

Selepas itu adalah fasa bulan hampir purnama lama. Kemudian diikuti dengan fasa bulan separa lama di mana hanya separuh bahagian yang bersinar. Bulan kelihatan semakin mengecil di mana ia adalah fasa bulan sabit lama.Kemudian, kitaran ini akan berulang dan anak bulan akan menyusuri fasa yang seterusnya dan diikuti dengan fasa-fasa yang lain.Hampir empat minggu, ulan melalui fasa-fasanya. Apabila habis satu kitaran fasa bulan, kitaran yang baru akan bermula semula. Berkenaan tentang masa terbit da terbenam matahari, ianya bergantung kepada fasa- fasa bulan itu sendiri. Atas sebab itulah bulan kadang kala kelihatan pada siang hari dan kadang kala pada malam hari. Anak bulan terbit semasa subuh dan terbenam ketika termbenam matahari. Manakala bulan sabit baru pula terbit selepas terbenam matahari. Seterusnya, bagi bulan separa baru, ia terbit pada pukul 12.00 tengah hari dan tenggelam pada pukul 12.00 tengah malam. Bagi bulan hampir purnama baru, ia terbit pada pukul 3.00 petang dan tenggelam pada pukul 3.00 pagi. Bulan purnama pula, ia terbit pada pukul 6.00 petang dan tenggelam pada pukul 6.00 pagi. Bagi bulan hampir purnama lama, ia terbit pada pukul 9.00 malam dan tenggelam pada pukul 9.00 pagi. Bagi bulan separa lama, ia terbit pada pukul 12.00 tengah malam dan tenggelam pada pukul 12.00 tengah hari. Bagi bulan sabit lama, ia terbit pada pukul 3.00 pagi dan tenggelam pada pukul 3.00 petang.

22

4b. Terangkan mengapa kita hanya melihat permukaan bulan yang sama setiap masa dan kemungkinan. Perkara seperti ini terjadi disebabkan kerana bulan membuat satu peredaran mengelilingi bumi pada setiap 29 hari dan menyebabkan berlakunya fasa bulan. Bulan juga berputar mengelilingi matahari sebanyak 29 hari juga. Di sebabkan perkara inilah kita hanya boleh melihat permukaan bulan yang sama menghadap bumi. Dengan erti kata lain, tempoh masa untuk 1 peredaran dan 1 putaran bulan adalah sama. Disebabkan kedua-dua pergerakan (putaran dan peredaran) ini mengambil jumlah masa yang sama, kita hanya dapat melihat permukaan yang sama sahaja pada setiap masa.

Rajah 1 : kedudukan dan orientasi bulan Selain itu, hal ini juga terjadi disebabkan adanya tarikan graviti. Apabila kita berdiri, bumi akan menarik kita ke permukaan. Kaki adalah yang paling dekat dengan bumi berbanding dengan kepala. Gambaran seperti itu bermaksud bumi menarik dan mengenakan daya graviti yang kuat kepada bahagian yang paling bawah berbanding kepada permukaan atas. Perubahan yang sedikit ini dipanggil sebagai tidal force atau daya air pasang. Begitu juga dengan bulan, apabila bulan adalah dekat dengan sesuatu planet, daya graviti air pasang ini akan menyebabkan bulan berputar dan beredar dalam masa yang sama mengelilingi planet itu.

23

You might also like