Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

11 SPEKTRUM GAYA PENGAJARAN MOSSTON & ASHWORTH (1986) Mosston & Ashworth (1986) telah membahagikan gaya pengajaran

kepada tigakategori yang perlu digunanakan dalam semua pengajaran iaitu sebelumpengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran. Gaya sebelum pengajaran meliputi keputusan yang perlu dibuat sebelum pengajaran seperti persediaan danpemilihan topik, objektif, organisasi dan penyampaian. Gaya semasa pengajaranmerangkumi keputusan mengenai pencapaian dan perlaksanaan manakala gaya selepas pengajaran adalahg seperti penilaian dan maklumbalas daripada pelajar. Spektrum gaya pengajaran Mosston dan Ashworth mempunyai unsur berpusatkan murid (studentcentered) dan berpusatkan guru (teacher-centered ). Spektrum ini merupakan kerangka konsep yang sering digunakan dalampenyelidikan bidang kejurulatihan sukan dan Pendidikan Jasmani. Spektrum inimempunyai 11 stail pengajaran yang boleh digunakan dan dimanipulasikankesesuaiannya bagi mencapai objektif latihan yang diingini.Mengikut Mosston and Ashworth, spektrum stail pengajaran A, B, C, D dan Emewakili keputusan pengajaran ditentukan oleh guru dan gaya ini merupakan gayayang memperkayakan pengetahuan yang lalu manakala gaya F, G, H, I, J dan Kmenggalakkan pertumbuhan pengetahuan yang baru. GAYA A : GAYA ARAHAN Gaya arahan adalah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang membolehkanpelajar menghasilkan pergerakan yang tepat dengan panduan yang diberikan. Dalamstail ini, guru berperanan membuat kesemua keputusan manakala pelajar dikehendaki menuruti semua keputusan yang dibuat. Perhubungan langsung dan rapat antara guru dan pelajar perlu berterusan dalam setiap pergerakan demi mencapai sesuatu objektif yang dirancang.Gaya ini sesuai digunakan pada peringkat awal pembelajaran sesuatupergerakan terutama dalam situasi yang amat menitikberatkan aspek keselamatan. Contohnya pada peringkat awal pengajaran kemahiran berenang. Stail ini jugasesuai digunakan ketika masa penyampaian pengajaran adalah terhad danmemerlukan iklim bilik darjah yang berdisiplin.

GAYA B : GAYA LATIHAN Gaya pengajaran latihan ini adalah kesinambungan daripada gaya pengajaranarahan dimana semua kep utusan adalah di bawah tanggungjawab guru. DalamP&P guru memberi tunjuk ajar dan pelajar berpeluang melakukan latihan secaraansur maju dan berperingkat. Guru memberi penerangan aktiviti atau melakukan demonstrasi. Guru menentukan setiap apa yang ingin diajar. Guru melakukan pemerhatian terhadap pelajar semasa P&P dan memberi maklumbalas, tunjuk ajar dan soal jawab. Pelajar melakukan latihan yang telah ditetapkan oleh guru.Gaya ini sesuai untuk masa P&P yang terhad dan pembelajaran peringkatawal. Jadi, pelajar mempunyai lebih masa untuk melakukan latihan. Sebagai contoh,guru membuat aktiviti pembentukan kemahiran motor dalam permainan hoki denganmenyuruh pelajar melakukan kemahiran menggelecek menggunakan skitel.

GAYA C : GAYA TIMBAL BALIK Dalam gaya ini, guru menentukan apa yang akan dipelajari dan menentukan criteria pembelajaran. Guru hendaklah memberi penerangan sebelum aktiviti bermula.Selain itu, guru perlulah menyediakan senarai semak atau lampiran seperti gambar dan sebagainya. Guru boleh menguji kefahaman pelajar melalui demonstrasiperlakuan.Aktiviti dalam gaya ini dilakukan secara berpasangan. Pelajar bertanggungjawabuntuk menilai satu sama lain. Seorang pelajar melakukan aktiviti dan seorang lagimemerhati serta memberi maklum balas. GAYA D : GAYA SEMAK KENDIRI Dalam gaya ini, guru perlu menentukan apa yang akan dipelajari dan kriteriapembelajaran. Guru mesti memberi penerangan sebelum memulakan aktiviti.Semakan kendiri. Gaya ini hanya sesuai untuk perlaku an yang senang bagimembolehkan murid mudah untuk menilai kelemahan atau kesilapan mereka. Pelajar bertanggungjawab atas pembelajaran. Gaya ini kurang sesuai digunakan keranatelah menghadkan perhubungan antara pelajar dengan guru dan antara pelajar dengan pelajar. GAYA E : GAYA INKLUSIF/PENINGKATAN Pada permulaan sesi, guru adalah bertanggungjawab untuk memperkenalkankonsep serta demonstrasi pembelajaran dengan cara inklusi supaya pelajar jelastentang tugas dan peranan yang mereka perlu lakukan. Pelajar akan mengendalikansepenuhnya sesi pembelajaran secara individu dengan bantuan lembaran aktivititugasan, menetapkan lokasi, dan mencari tahap permulaan yang sesuai. Namunbegitu peranan guru tidak lebih daripada sebagai pemerhati dan pembimbingsemasa berjalannya P&P.Gaya ini memberi peluang kepada semua pelajar berasa kejayaan Pelajar diberi pilihan untuk melakukan aktiviti mengikut kemampuan. Sebagai contoh,semasa aktiviti lompat tinggi, pelajar bebas memilih untuk melakukan lompatan padaketinggian yang mereka suka. Contoh lain seperti pelajar melakukan tekan tubimengikut bilangan yang mereka tetapkan sendiri. Pada akhir pengajaran, pelajar akan cuba menjalankan penilaian kendiri berdasarkan tugas yang telah dijalankan. GAYA F : GAYA PENEMUAN TERBIMBING Dalam gaya ini, guru perlu merancang pelajaran dan menetapkan tugasan danmenyediakan beberapa soalan yang bertututan dan menjurus kepada satu jawapan.Guru mestilah memberi masa yang sesuai untuk pelajar berfikir dan bertindak. Guruboleh mengubah soalan jika pelajar tidak dapat mencari jawapan. Dalam gaya ini,pelajar perlu memberi kerjasama melakukan tugasan berdasarkan soalansoalanyang disediakan guru dan mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan jawapan. GAYA G : GAYA PENGAJARAN BERPUSAT Peranan guru hanya lebih dominan dalam fasa pengajaran dan pembelajaran praimpak dan pasca impak sahaja. Guru hanya bertindak memberikan sesuatu masalahkepada pelajar atau kumpulan pelajar iaitu dalam fasa pra impak. Pelajar melakukanaktiviti sendiri atau secara berkumpulan tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru.Pelajar bebas menggunakaan kaedah dan pendekatan yang difikirkan sesuai dalamproses menyelesaikan masalah. Peruntukan masa bagi setiap pelajar atau

kumpulanuntuk melakukan aktiviti perlulah mencukupi bagi menyelesaikan masalah yangdiberikan. Guru hanya bertindak sebagai pemudah caradalam aktiviti yang dipilih oleh pelajar . Gaya ini boleh dilakukan dan dilaksanakan secaraindividu,berpasangan atau secara berkumpulan.Kebaikan gaya ini adalah pelajar dapat membina pelbagai perlakuan yangsesuai dengan keupayaan diri mereka dalam menyelesaikan sesuatu masalah yangdiberikan. Lakuan serta kemahiran yang dibina melalui keupayaan diri sendiri akanmembentuk pembelajaran yang berkesan terhadap pelajar. Selain itu, pelajar lebihyakin dan seronok melakukan aktiviti pembelajaran tanpa terlalu terkongkongdenganarahan atau idea dari guru. GAYA H : GAYA PENEMUAN BERCAPAH Guru menetapkan tugasan yang mempunyaibanyak jawapan. Kemudian, gurumendorong pelajar untuk menilai setiap jawaapan yang diberi dan membuatperbandingan. Perbandingan ini adalah satu cara pelaj ar menilai keberkesanan jawapan yang diberikannya. GAYA I : GAYA PEMBELAJARAN INDIVIDU Gaya ini sangat kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang untukmemahami tugasan dan murid perlu berfikir secara logik dan sistematik. Murid akanmenetapkan sendiri tugasan dan menyelesaikannya mengikut kebolehan sendiri.Dalam kes ini, guru hanya bertindak sebagai pembimbing. GAYA J : GAYA PEMBELAJARAN TERDORONG Guru bertindak sebagai pemantau manakala murid perlu merancang sendiri aktivitipembelajaran. Murid juga bebas memilih gaya pembelajaran kendiri bagimenyelesaikan tugasan. Ini memberi peluang kepada murid untuk menggantikantugas guru mengawal kelas dan merancang program. GAYA K : GAYA PEMBELAJARAN KENDIRI Tugasan, aktiviti dan objektif pembelajaran ditentukan oleh murid dan guru bertindak sebagai pemantau sahaja. Murid menyelesaikan sendiri aktiviti yang dirancang tersebut bagi mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Sebagai contoh,murid memilih kemahiran menendang bola sepak dengan menggunakan pelbagai teknik. Jadi, murid menetapkan sendiri objektif yang ingin dicapainya dalammenaplikasikan teknik menendang bola sepak dalam pelbagai teknik. Contohnya,murid ingin melakukan 4 tenik tendangan bola sepak dengan betul. KESIMPULAN Dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani, guru bertanggungjawabdalam menyesuaikan dan meneliti tugasan berdasarkan kepada kemampuandan kebolehan serta penerimaan pelajar. Dengan menggunakan pelbagaikaedah pengajaran yang terdapat dalam kerangka kerja Mosston, guru akan dapatmewujudkan suasana kerja yang optimum dan mengekalkan disiplin sertamenetapkan satu tahap pencapaian yang tinggi. Melalui kaedah ini juga, gurudapat memudahkan pemikiran pelajar dan akan berjaya mencapai pelbagaiobjektif pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani

Pada sesi pengajaran dan pengajaran pada 8 Februari 2012, saya telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) bersama murid-murid dan sesi P&P ini adalah berfokuskan kepada kemahiran tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan. Untuk mengajar sesuatu kemahiran, selain daripada memfokuskan kepada latih tubi untuk memperkukuhkan kemahiran, ansur maju turut memainkan peranan yang penting bagi membentuk teknik perlakuan yang betul kepada sesuatu kemahiran. Oleh itu, pada sesi P&P ini, saya telah mengajar ansur maju bagi tendangan leret yang betul kepada muridmurid. Langkah-langkah ansur maju tersebut adalah seperti berikut ; 1. Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. 2. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan. Kaki sokongan dibengkokkan sedikit. 3. Tendang di bahagian tengah bola. 4. Pastikan bahagian dalam kaki dan bahagian bawah lutut membentuk huruf L sehingga 15 darjah. 5. Ikut lajak.
5.1 PERANCANGAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN Langkah-langkah tindakan yang telah saya rancang dan akan saya laksanakan ini adalah berasaskan kepada 2 bahagian iaitu ; i. Pengajaran teknik perlakuan yang betul. ii. Latih tubi yang dikembangkan menjadi beberapa aktiviti untuk menjadi pengisian langkah-langkah tindakan yang akan dijalankan.

Di dalam pengajaran teknik perlakuan yang betul, saya akan menggunakan beberapa kaedah yang akan membantu saya untuk mengajar teknik perlakuan yang betul. Kaedah yang digunakan adalah untuk menggunakan teknik tendangan leret secara L bagi

meningkatkan penguasaan kemahiran yang baik dan membuat hantaran kepada rakan yang lebih tepat.

i. Ansur Maju Ansur maju amat penting dalam membentuk teknik perlakuan tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki yang betul di kalangan murid-murid ini. Ansur maju ini akan membentuk perlakuan yang betul seperti di bawah : Kedudukan bersedia. Letakkan kaki sokongan di sisi bola. Badan hampir lurus. Mata memandang bola. Ayunkan kaki menendang ke belakang. Badan dibongkokkan sedikit ke hadapan. Kaki sokongan dibongkokkan sikit. Tendang di bahagian tengah bola. Pastikan bahagian dalam kaki dan bahagian bawah lutut membentuk huruf L sehingga 45 darjah. Ikut lajak selepas melakukan tendangan.

ii. Demonstrasi guru Dalam langkah ini, guru akan menjadi pemudahcara dalam semua aktiviti dengan menjadi penunjuk cara sebelum murid melakukan sebarang perlakuan teknik yang dikehendaki. Guru terlebih dahulu akan menunjukkan cara tendangan leret untuk menghantar bola kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki secara static menggunakan teknik L sebelum bergerak kepada perlakuan yang dinamik dan bergerak. Sebelum melakukan sebarang demonstrasi, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk memahirkan diri dengan perlakuan yang hendak diajar kepada murid. Namun, guru boleh meminta murid menjadi penunjuk cara seandainya perlakuan tersebut mudah difahami oleh murid.

Untuk bahagian latih tubi pula, guru akan menggunakan satu kaedah latihan yang digunapakai di salah sebuah kelab di England untuk mengajar pasukan bawah 12 tahun dan 15

tahun. Kaedah latihan ini telah diubahsuai dan dibentuk agar dapat menarik minat murid untuk menyertai latihan dan meningkatkan kemahiran tendangan leret mereka. Kaedah latihan yang diubahsuai ini disesuaikan pula dengan konsep play practice yang terkandung di dalam Model Bunker & Thorpe. i. Latihan mike-style Latihan ini diubahsuai daripada kaedah latihan passing,receiving and combination play yang direka oleh Steffen freund, Jurulatih kelab DFB yang berpengkalan di England. Latihan yang telah diubahsuai ini lebih memfokuskan kepada hantaran leret dan perlakuan menggunakan bahagian dalam kaki untuk menghantar bola kepada rakan. Berikut adalah perincian bagi setiap sesi. Memanaskan badan latihan bayangan dinamika. kepada rakan menggunakan bahagian dalam kaki sambil bergerak dan meregangkan otot-otot utama tubuh badan. Latihan 1 tendangan leret ke dinding utk 5 minit menggunakan bola secara individu untuk 5 minit. Latihan 2 tendangan leret kepada rakan (berpasangan) utk 5 minit bola secara berpasangan dengan rakan selama 5 minit. Latihan 3 tendangan leret ke antara 2 kon dalam jarak yang diubah-ubah bola secara individu ke antara 2 kon dalam jarak yang diubah-ubah bermula dengan 3 meter, 5 meter, 8 meter dan 10 meter. Tempoh masa latihan 3 ini ialah selama 15 minit Latihan 4 tendangan leret ke arah satu kon dalam satah lurus dengan menggunakan bola secara individu ke arah kon yang diletakkan dalam satah lurus pada jarak 3 meter, 5 meter dan 7 meter. Dalam latihan 4 ini, murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan menggunakan Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki ke dinding dengan Memanaskan badan dengan melakukan latihan bayangan tendangan leret untuk menghantar bola

Murid akan melakukan tendangan leret menggunakan bahagian dalam kaki dengan menggunakan

Latihan 5 permainan bersyarat (diubah-ubah utk setiap sesi) dalam sesi latihan sehingga lengkap 1 minggu.

Permainan bersyarat akan dijalankan secara 1 minggu 1 permainan bersyarat yang diulang-ulang Permainan bersyarat akan dijalankan secara berkumpulan. Cooling-down tendangan leret perlahan ke arah rakan sambil berjalan perlahan. melakukan kenduran otot. Perlakuan ini sedikit-sebanyak memberi penekanan kepada tendangan leret walaupun perlahan kerana murid sedang melakukan kenduran otot waktu ini. Murid akan berjalan perlahan dan melakukan tendangan leret yang perlahan kepada rakan sambil

You might also like