Ujian Sebelum Kursus PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

UJIAN SEBELUM KURSUS

Nama: _______________________________________________ Organisasi: _______________________________ Tarikh: _______________

1. Telinga terbahagi kepada bahagian luar, bahagian tengah dan bahagian dalam. Kerosakan pendengaran akibat pendedahan kepada bunyi bising berlaku pada A. B. C. D. Bahagian Telinga Luar Bahagian Telinga Tengah Bahagian Telinga Dalam Di dalam Otak

2. Pendedahan kepada bunyi bising yang berterusan di tempat kerja akan menyebabkan A. B. C. D. Kekurangan pendengaran pada frekuensi rendah Kekurangan pendengaran pada frekuensi tinggi Kekurangan pendengaran pada mana-mana frekuensi Tidak menjejaskan pendengaran

3. Pada tahap kekuatan bunyi yang berikut, beberapa peruntukan undang-undang perlu dipatuhi oleh pihak majikan dan pihak pekerja. Tahap ini dipanggil sebagai Tahap Bertindak (Action Level). Berapakah nilai tahap ini? A. B. C. D. 70 dB (A) 80 dB (A) 85 dB (A) 90 dB (A)

4. Berikut adalah antara langkah-langkah yang terdapat untuk melindungi pekerja daripada bahaya bunyi bising. (I) Memakai alat pelindung bunyi bising (II) Menghapuskan sumber bising dari tempat kerja (III) Membuat penyusunan jadual kerja bagi mengurangkan pendedahan kepada bunyi bising bagi setiap pekerja (IV) Membuat aktiviti kejuruteraan bagi mengurangkan bunyi bising yang dikeluarkan Sila susun langkah-langkah ini menurut keutamaan dan kepentingan masing-masing A. B. C. D. (I), (II), (III), (IV) (II), (III), (I), (IV) (II), (IV),(III),(I) Mana-mana langkah boleh digunakan mengikut kesesuaian

5. Untuk tempoh bekerja selama lapan jam, seseorang pekerja tidak boleh terdedah kepada jumlah bunyi bising yang melebihi A. B. C. D. 75 dB (A) 80 dB (A) 90 dB (A) 100 dB (A)

6. Apakah perbezaan di antara Kehilangan Pendengaran dan Kecacatan Pendengaran

7. Pilih kenyataan yang tidak benar. A. Pendedahan kepada bunyi bising semasa bekerja akan terlebih dahulu menjejaskan pendengaran terhadap bunyi yang berfrekuensi tinggi B. Pendedahan kepada bunyi bising semasa bekerja boleh juga menyebabkan sakit kepala, pening dan loya C. Membuka sebentar (selama 3-5 minit) alat pelindung pendengaran semasa sedang bekerja di kawasan yang bising tidak akan menjejaskan perlindungan daripada bunyi bising tersebut D. Kecacatan pendengaran biasanya akan kekal dan tidak dapat dipulihkan menjadi normal kembali 8. Pilih kenyataan yang tidak benar A. B. C. D. Bunyi bergerak di udara lebih laju daripada di dalam air Bunyi tidak dapat bergerak di dalam keadaan vakum Bahagian dalam telinga juga mengendalikan keseimbangan badan manusia Penyakit selsema dan jangkitan di dalam saluran pernafasan atas boleh juga menjejaskan fungsi telinga

9. Pilih kenyataan yang tidak benar A. Pendengaran terhadap percakapan/ pertuturan akan terganggu apabila wujud kekurangan pendengaran pada frekuensi yang rendah B. Setiap pekerja yang terdedah kepada bunyi bising pada atau melebihi Tahap Tindakan (Action Level) hendaklah menjalani ujian audiometri dalam tempoh 6 bulan daripada mula bekerja C. Pekerja yang akan menjalani ujian audiometri hendaklah tidak terdedah kepada bunyi bising sekurang-kurangnya selama 14 jam sebelum ujian tersebut D. Semua pekerja yang terdedah kepada tahap bunyi pada atau melebihi tahap yang dibenarkan hendaklah memakai peralatan pelindung bunyi semasa bekerja 10. Anda bekerja di kawasan yang mempunyai tahap bunyi sebanyak 95 dB (A). Anda diberikan Ear Muff dengan Noise Reduction Rating sebanyak 29 dB (A). Adakah sesuai untuk anda menggunakan alat ini?

You might also like