Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 21

TV DAN VIDEO ADALAH SEJENIS MEDIA YANG:

menayangkan gambar bergerak (motion picture). mempunyai keupayaan yang unik untuk berkomunikasi, mempengaruhi dan memberi maklumat. digunakan untuk pelbagai tujuan tetapi amat jarang digunakan dalam pengajaran.

FORMAT VIDEO

VHS - lebar pita video diperkenalkan oleh JVC. Betamax - lebar pita video diperkenalkan oleh SONY. Betacam - lebar pita video. U-Matic - lebar pita video. Hi-8 Video

SISTEM SIGNAL VIDEO


Sistem Analog: merujuk kepada hasil dari industri tv dan kualitinya adalah berdasarkan standard bagi tv. Sistem digital: Merujuk kepada hasil dari teknologi komputer dan dengan demikian hasilnya menggunakan standard atau kualiti dalam digital.

SISTEM ANALOG

Teknik penghantaran isyarat kepada pengguna yang paling awal. Setiap frame video diwakili oleh fluctuating voltage signal atau dikenali sebagai analog wave form Format awal ialah video komposit yang mempunyai komponen seperti brightness and contrast, color, sync dll yang disatukan menjadi satu isyarat penghantaran. Sering mengalami masalah kejatuhan kualiti berdasarkan peredaran masa.

BENTUK SISGNAL VIDEO ANALOG


PAL (Phase Alternating Line): digunakan di Eropah dan negara komanwel NTSC (National Televisyen System Committee) digunakan di AS Bentuk interconvertable.

SIGNAL VIDEO DIGITAL


Menggunakan komputer untuk mengendalikan isyarat video. Menghasilkan kualiti bagi setiap generasi yang sentiasa sama seperti asal. Menggunakan komputer untuk menyimpan isyarat video. Boleh mencapai kandungan video dengan pantas dan secara tidak linear. Boleh memadatkan kandungan video dari segi saiz fail.

KELEBIHAN SISTEM DIGITAL


Mudah dipinda atau diubahsuaikan. Tidak seperti analog yang perlu menggunakan butang rewind, pause, forward untuk memaparkan frame yang dikehendaki. Kemudahan capaian rawak ke mana-mana bahagian video. Membolehkan arahan copy, cut and paste dilaksanakan. Disimpan sebagai fail komputer dan boleh disalin tanpa kejatuhan kualiti Boleh dipindahkan melalui rangkaian komputer Tidak memerlukan perkakasan khas untuk main semula.

KELEMAHAN SISTEM DIGITAL

Memerlukan saiz fail yang besar. Satu saat video digital yang berkualiti tinggi dan bersaiz penuh skrin mencapai saiz fail 27 Mb dan satu minit video digital memerlukan kira-kira 1.6 Gb.storan. Mudah buat cetak rompak kerana kualiti salinan menyamai salinan asal.

SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN, TV MEMPUNYAI KEUPAYAAN UNTUK:

menyampaikan maklumat secara bergerak dengan menggunakan suara dalam bentuk yang asal. menarik minat, mengawal kelajuan pengajaran, memberi gambaran yang berterusan dan logikaI. digunakan untuk menyampaikan maklumat, menerangkan proses, menjelaskan konsep yang kompleks, mengajar kemahiran tertentu serta memberi kesan kepada sikap dan emosi.

JENIS BAHAN TV DAN VIDEO

Menyampaikan maklumat secara menyeluruh dan berkesan. Tujuan motivasi; dipersembahkan dalam bentuk dramatik bertujuan supaya penonton dapat melakukan sesuatu. Menghidupkan daya imaginasi dan menarik minat pelajar melalui pelbagai deria. Bahan di susun secara sistematik / proses pengajaran yang baik Menyampaikan sesuatu yang sukar Hiburan.

SUMBANGAN FILEM DAN GAMBAR BERGERAK

Menyalurkan interaksi melalui saluran secara langsung kepada otak dan emosi. Dengan tambahan warna, bunyi dan menayangkan keadaan yang sebenar, ia boleh membangkitkan ransangan pembelajaran. Mengatasi halangan intelektual dalam pembelajaran: mengurangkan pergantungan kepada perkataan. Mengatasi rintangan masa dan tempat: membawa penonton ke zaman lalu, sekarang dan masa depan.

Menunjukkan apa yang sebenarnya berlaku pada masa sebenar atau masa yang diubahsuaikan: Kejadian tertentu boleh dipanjangkan atau dipendekkan. Merakamkan peristiwa bersejarah yang, berlaku: menayangkan semula peristiwa masa lampau seperti peperangan apabila hal keadaan yang sebenar tidak dapat ditunjukkan. Dengan menayangkannya pada kumpulan, filem boleh menjadi asas untuk bertukar idea dan memahami perkara yang berbeza. Menyediakan situasi untuk menghadapi suasana baru.

KEBERKESANAN PENGGUNAAN VIDEO DAN TV

Kebanyakan hasil penyelidikan menunjukkan pengajaran yang menggunakan TV dan video lebih berkesan berbanding dengan pengajaran tradisional. Paulson (1974) menggunakan TV dalam pengajaran di kelas tadika mengenai konsep kerjasama. Didapati pelajar yang didedahkan kepada pengajaran yang menggunakan TV lebih berjaya dalam pengubahan sikap terhadap konsep. Kajian Barrow dan Westley (1959) menggunakan pelajar sekolah rendah yang menggunakan Tv dan radio dalam pengajaran bahan yang sama. Pelajar yang menggunakan tv menunjukkan skor yang lebih signifiken bagi penilaian segera selepas pengajaran dan juga dalam penilaian selepas 6 minggu berikutnya.

Kajian Palmer (1975) menunjukkan pelajar jurusan kimia lebih mudah menguasai aspek kognitif dalam kerja amali mereka. Leonard (1971) mengkaji keberkesan usaha mengubah sikap di kalangan guru pelatih dalam bidang bahasa Inggeris dengan menggunakan media tv, audio dan tanpa media. Media tv memberikan kesan yang positif. Hopkins dan Lefever (1965) mengkaji keberkesanan penguasaan bahan Sains Sosial dalam pengajaran dan mendapati pelajar pencapaian prestasi ujian di akhir penggal adalah lebih baik. Westley dan Jacobson (1963) mengkaji penggunaan tv dalam pengajaran konsep Patterns In Mathematics" mendapati pelajar menunjukkan sikap yang positif terhadap konsep, mata pelajaran dan media yang digunakan.

Oxley (1979) mengkaji penggunaan tv terhadap 3 kumpulan yang berbeza kebolehan mendapati tv lebih seronok dan sesuai digunakan dalam proses P&P. Kajian Donaldson (1976) terhadap 3 kumpulan eksperimen psikologi melihat persembahan secara "live melalui tv dan audio mendapati tv berjaya memupuk sikap positif terhadap golongan istimewa. Palmer dan Kempa (1974) mengkaji pelajar jurusan kimia universiti melihat demonstrasi amali kimia yang dirakamkan dalam pita video menunjukkan demonstrasi manipulatif yang lebih baik berbanding dengan pelajar lain.

KAEDAH PENGGUNAAN
Boleh digunakan pada semua bahagian pengajaran. Set induksi Perkembangan isi Penutup Penilaian Bahan pembelajaran kendiri

LANGKAH-LANGKAH DALAM PENGGUNAAN TV DAN VIDEO DALAM PENGAJARAN


1. PERSEDIAAN GURU

Rancangkan penggunaannya secara pendekatan sistem. Preview bahan. Tentukan aspek yang dijadikan bahan perbincangan. Pastikan perkakasan dalam keadaan baik dan berfungsi. Pastikan kesesuaian tempat.

2.

PERSEDIAAN MURID

Jelaskan apa yang akan dilihat Bincangkan apa yang sudah diketahui mengenai tajuk dan kaitkan dengan apa yang akan dilihat

3.

TAYANGAN Terus menerus jika tidak mahu fakta terputus Tayangan sebahagian. Mengawasi reaksi pelajar semasa tayangan.

4.

AKTIVITI SUSULAN:
Kelas dibahagikan kepada kumpulan untuk membincangkan hasil tayangan. Latihan yang sesuai. Ulang tayangan pada bahagian yang perlu.

KELEBIHAN PENGGUNAAN TV DAN VIDEO

Tidak sensitif kepada cahaya: mudah digunakan. Tidak perlu diproses: terus digunakan selepas rakaman. Kosnya murah: boleh digunakan beberapa kali Merakamkan bunyi dan gambar sekali gus. Menjimatkan masa dan ruang maklumat yang terkini.

You might also like