Professional Documents
Culture Documents
Folio Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk Di Kawasan Kajian
Folio Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Penduduk Di Kawasan Kajian
TAJUK :
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI PENDUDUK DI BANDAR BARU KUBANG KERIAN, KUBANG KERIAN, KOTA BHARU, KELANTAN
NAMA : NURRUL NADZIELA BT MOHD YUSOF K/P : TINGKATAN : 2 LONG GAFAR 1 (BITARA) NAMA GURU : PUAN KHALIZAH BT SEMAIL
ISI KANDUNGAN
KAWASAN KAJIAN Peta Negeri Kelantan Darul Naim Peta Daerah Kubang Kerian Peta Kawasan Kajian Bandar Baru Kubang Kerian
KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN Konsep Migrasi Dalaman Penduduk Pola Migrasi Dalaman Penduduk Faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman Penduduk Kesan Migrasi Dalaman Penduduk Cadangan Untuk Mengatasi Kesan Migrasi Dalaman Penduduk Penerapan Nilai Atau Unsur Patriotisme
PENGHARGAAN
Bersyukur kita kepada Allah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang telah ditetapkan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Haji Kamaruddin B. Jaffar, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Long Gafar di atas segala kemudahan yang disediakan bagi memudahkan para pelajar menyiapkan kerja kursus ini.
Jutaan terima kasih juga kepada guru Geografi saya, Puan Khalizah Bt. Semail di atas segala penerangan, tunjuk ajar dan panduan tentang cara melaksanakan kajian ini.
Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya kerana telah memberikan sokongan moral, bantuan kewangan, pengangkutan serta banyak mengorbankan masa dalam membantu saya.
Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang menyumbangkan idea yang bernas dan sudi bekerjasama serta membantu saya mencari, mengumpul dan bertukar-tukar maklumat.
Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua responden yang sudi ditemu-ramah dan memberikan kerjasama yang amat baik untuk membantu saya menyiapkan kerja kursus ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.
PENDAHULUAN
Bagi memenuhi keperluan syarat untuk Ujian Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), murid tingkatan 2 diwajibkan menjalankan kerja kursus di kawasan pilihan. Saya semua diberikan tajuk Migrasi Dalaman Penduduk. Murid-murid telah diberikan masa selama 3 minggu untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya telah memilih kawasan Bandar Baru Kubang Kerian kerana kawasan ini terletak berdekatan dengan rumah saya dan kawasan ini juga telah mengalami perkembangan urbanisasi yang cukup memberasangkan.
OBJEKTIF KAJIAN
Menyatakan pola migrasi penduduk di Bandar Baru Kubang Kerian, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
Menyatakan faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Bandar Baru Kubang Kerian, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
Menyatakan kesan migrasi dalaman penduduk Di Bandar Baru Kubang Kerian, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku Di Bandar Baru Kubang Kerian, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan.
Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk di Bandar Baru Kubang Kerian, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan mengenai kepentingan migrasi.
KAWASAN KAJIAN
Dalam kajian saya ini, saya telah memilih Bandar Baru Kubang Kerian yang merupakan bandar yang pesat membangun akibat ekonomi yang rancak dan stabil. Jarak kawasan kajian dengan bandar Kota Bharu ialah 5 km, manakala jarak dengan jalan utama pula ialah 0.5 km. Bandar Baru Kubang Kerian ialah sebuah bandar di jajahan Kota Bharu, Kelantan,Malaysia. Kampus cawangan Universiti Sains Malaysia (USM) atau lebih dikenali sebagai Kampus Kesihatan USM (USMKK) terletak di sini. Kampus ini memiliki 3 pusat pengajian - Sains Perubatan (termasuk Jabatan Neurosains), Sains Pergigian dan Sains Kesihatan. Sebuah hospital pengajaran, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) terletak di kawasan kampus. Majoriti penduduk di sini merupakan Muslim. Terdapat masjid di sini, tetapi tiada gereja atau kuil. Masjid terbesar ialah masjid biru Kubang Kerian yang terletak 5 minit dari kampus USM.
KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang sesuai digunakan untuk memudahkan saya memperoleh dan mencatat semua maklumat secara terperinci dan sistematik. Kaedah-kaedah yang saya gunakan ialah:-
Kaedah Pemerhatian Saya menjalankan pemerhatian bersama beberapa orang rakan saya. Saya perhatikan tentang perletakan kawasan kajian dari segi penolong darat dan pola migrasi maklumat yang saya terima.
Kaedah Temu Bual Saya memulakan temu bual beberapa orang sumber tempatan yang saya pilih secara rawak. Saya mengumpulkan faktor-faktor yang mempengaruhi mereka dalam migarsi dan pekerjaan mereka.
Kaedah Rujukan Saya telah merujuk kepada buku teks geografi Tingkatan 2 dan sedikit rujukan dari internet untuk mengetahui maklumat kajian ini .Saya juga merujuk kerja kursus para pelajar tahun yang terdahulu bagi memantapkan lagi hasil kerja ini.
HASIL KAJIAN
Migrasi ialah perpindahan penduduk yang melangkahi sempadan. Migrasi dalaman ialah penghijrahan penduduk yang berlaku dalam negara, sama ada migrasi bandar ke bandar atau dari luar bandar ke bandar. Contohnya dari Gua Musang ke Kota Bharu. Migrasi dalaman berlaku kerana kerana beberapa faktor yang menyebabkan mereka berpindah.
Berikut merupakan jenis migrasi yang wujud di kawasan Bandar Baharu Kubang Kerian:-
MIGRASI BANDAR KE BANDAR Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kajian saya. Migrasi ini berlaku disebabkan oleh para belia yang ingin melanjutkan pelajaran ke bandar lain, faktor pekerjaan dan ingin mencari pengalaman baru di tempat lain. Ini merupakan salah satu jenis migrasi yang terdapat di kawasan saya. Contohnya belia yang berasal dari Bandar Baru Kubang Kerian yang ingin berpindah ke bandar yang lain untuk melanjutkan pelajaran.
MIGRASI LUAR BANDAR KE BANDAR Migrasi ini juga berlaku di kawasan kajian saya. Keadaan ini berlaku kerana adalah disebabkan faktor tarikan di kawasan saya di mana jaringan pengangkutannya yang banyak dan sempurna, peluang pekerjaan yang banyak, terdapatnya pusat pendidikan dan boleh menikmati kehidupan yang lebih selesa daripada keadaan di luar bandar di mana terdapatnya kekurangan dan tidak keselesaan. Contohnya penduduk yang tinggal di luar bandar datang ke Bandar Baru Kubang Kerian untuk mencari pekerjaan yang lebih baik.
Bahan Grafik
JADUAL POLA MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI BANDAR BARU KUBANG KERIAN Jenis Migrasi Bandar ke Bandar Luar Bandar ke Bandar Jumlah Penduduk 75 orang 25 orang
CARTA PAI PERATUS POLA MIGRASI DALAMAN PENDUDUK DI BANDAR BARU MERGONG
25%
Bandar ke Bandar Luar Bandar ke Bandar
75%
Melanjutkan pelajaran Di sekitar Kubang Kerian terdapat kampus cawangan Universiti Sains Malaysia (USM) atau lebih dikenali sebagai Kampus Kesihatan USM (USMKK) terletak di sini. Kampus ini memiliki 3 pusat pengajian - Sains Perubatan (termasuk Jabatan Neurosains), Sains Pergigian dan Sains Kesihatan.Apabila mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran, para pelajar terpaksa berpindah ke tempat yang baru ini. Ini menyebabkan kawasan sekitar tempat pengajian mereka menjadi lebih ramai. Peluang pekerjaan Dengan adanya Pasaraya Besar Mydin maka 2000 peluang pekerjaan telah disediakan. Justeru itu, ramai orang akan datang ke Bandar Baru Kubang Kerian kerana banyak peluang pekerjaan disediakan. Perkahwinan Perkahwinan yang berlaku antara penduduk setempat dan penduduk kawasan lain boleh juga menyebabkan migrasi. Contohnya perkahwinan penduduk sekitar Kubang Kerian dengan penduduk negeri lain dan perkahwinan dengan penduduk daerah lain. Darjah Darjah ketersampaian juga merupakan satu faktor Bandar Baru Kubang Kerian terus berkembang maju. Perjalanan dari Bandar Baharu Kubang Kerian ke Bandar Kota Bharu cuma mengambil masa 20 minit sahaja.
KESAN POSITIF Penduduk bertambah Dengan migrasi dalaman yang berlaku di kawasan Bandar Baru Kubang Kerian ini maka penduduk sekitar akan bertambah. Dengan penambahan penduduk di kawasan ini, aktiviti ekonomi juga akan bertambah. Di sekitar Bandar Baru Kubang Kerian ini terdapat restoran yang menjual pelbagai hidangan yang enak. Selain dari itu terdapat juga warung warung kecil yang beroperasi lewat malam.
Taraf hidup meningkat Migrasi dalaman penduduk yang berlaku di kawasan ini menyebabkan taraf hidup penduduk setempat meningkat. Ini kerana mereka telah menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan seperti membuka warung-warung makanan. Terdapat juga para penduduk yang membuka kedai runcit sedia menyediakan rumah-rumah untuk sewaan samada untuk pelajar pengajian tinggi atau para pekerja di sekitar sini. Buruh bertambah Migrasi dalaman yang berlaku ini akan menyebabkan buruh-buruh mahir dan buruh separuh mahir akan bertambah. Ini akan memudahkan operasi sesebuah kilang dapat dijalankan dengan sempurna. Ini juga akan meningkatkan kuantiti barangan sesebuah kilang, contohnya kilang makanan minuman dan lain-lain lagi. Masyarakat majmuk Migrasi dalaman yang berlaku menyebabkan kawasan Kubang Kerian ini mempunyai penduduk yang pelbagai kaum. Ini akan menyemarakkan lagi konsep 1 Malaysia yang telah menjadi agenda dan aset bagi menyemarakkan perhubungan antara kaum. Unsur patriotisme Sesungguhnya migrasi dalaman ini akan mengeratkan lagi perhubungan antara kaum di sekitar ini. Ini kerana mereka hidup dalam suasana yang harmoni dan tenteram dan saling tolong-menolong.
KESAN NEGATIF Masalah sosial Masalah sosial yang berlaku di sekitar sini ialah pecah rumah, masalah mat rempit, vandalisme dan lainlain lagi. Masalah pecah rumah sering berlaku di kawasan taman perumahan. Kehilangan motosikal sering juga berlaku. Sistem jalan raya yang baik juga menyebabkan anak-anak muda menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk berlumba. Selain itu, masalah sosial pekerja kilang yang sering ditangkap khalwat dengan pasangan mereka masing-masing.
Persaingan pekerjaan Migrasi dalaman juga menyebabkan persaingan pekerjaan menjadi sengit antara penduduk tempatan dengan penduduk migrasi. Pengangguran Pengangguran akan bertambah bagi penduduk tetap di kawasan Kubang Kerian. Ini adalah kerana peluang pekerjaan yang ada telah dimonopolikan oleh pihak yang menjalankan migrasi dalaman.
Menguatkuasakan undang-undang Pihak berwajib mestilah memantau kawasan yang dianggap hitam contohnya kawasan sekitar pasar dan kawasan awam. Pihak polis hendaklah sentiasa membuat rondaan di kawasan tersebut. Mewujudkan Rukun Tetangga Kawasan perumahan di Bandar Baru Kubang Kerian juga merupakan taman perumahan yang sangat luas. Justeru itu, bagi menjaga keselamatan penduduk kawasan itu boleh mewujudkan Rukun Tetangga. Pihak rukun tetangga harus bekerjasama dengan polis. Mewujudkan peluang pekerjaan Peluang pekerjaan lebih banyak akan diwujudkan sekiranya banyak kilang dan pusat perniagaan dibuka. Contohnya, kawasan sekitar Mydin yang baru dibangunkan dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan.
Sesungguhnya saya bersyukur kerana kawasan Kubang Kerian ini lengkap dengan segala kemudahan prasarana dan segala kemu kemudahan ini hendaklah kita menghargai dan menjaganya.
RUMUSAN
Migrasi dalaman ini sememangnya suatu perkara yang terjadi di kalangan masyarakat. Migrasi ini juga perlulah dikawal agar tidak menimbulkan masalah pada penduduk. Contohnya, kemasukan warga asing yang tidak terkawal dan menimbulkan ketidaksetabilan kepada penduduk setempat. Selain itu, bagi golongan belia pula digalakkan untuk tidak berpindah kerana mereka merupakan aset yang berharga bagi membangunkan kawasan setempat.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman yang wujud di kawasan kajian antaranya ialah melanjutkan pelajarandi IPT di bandar-bandar, mencari peluang pekerjaan di sektor industri, bersara selepas berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta dan mendapatkan kemudahan asas yang selesa seperti rumah teres dan pengangkutan yang cekap.
Selain daripada faktor terdapat juga kesan positif dan kesan negatif juga turut wujud antaranya ialah wujud pertambahan penduduk, taraf hidup penduduk meningkat, pasaran bertambah, komposisi penduduk berubah, masalah sosial dan juga masalah pengangguran. Seterusnya di dalam kajian ini juga saya mencadangkan langkah mengurangkan masalah migrasi dalaman seperti mewujudkan peluang pekerjaan, wujudkan rukun tetangga dan kuatkuasa undang-undang dan meningkatkan kemudahan kesihatan.
Berdasarkan kajian yang telah saya jalankan ini, saya mendapati bahawa kawasan Bandar Baru Kubang Kerian ini mempunyai pola migrasi yang unik serta kompisisi masyarakat yang berbilang kaum. Saya berasa amat bertuah dan bersyukur kerana penduduk di kawasan ini dapat hidup dengan aman tanpa konflik. Mereka juga berinteraksi dengan baik dan mengelakkan ketidaksefahaman antara satu sama lain. Akhir sekali, masyarakat di kawasan ini merupakan masyarakat yang prihatin dan ringan tulang.
RUJUKAN
Internet o http :// www.malaysia.maps.com o http :// www.yahoo.com Buku Teks Geografi Tingkatan 2 Buku Rujukan o Esensi Geografi PMR (Huzaini Hussin) Penerbit Mega Setia Emas SDN BHD
LAMPIRAN