Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 23

PETA KURIKULUM SKEMA KERJA

SENARAI SUMBER

RANCANGAN MENGAJAR

Vertebrata adalah haiwan bertulang belakang yang wujud dalam pelbagai bentuk dan saiz. Tulang belakang memainkan peranan penting dalam menyokong berat badan haiwan dan memberinya bentuk badan. Lembu adalah seekor haiwan vertebrata. Ia mempunyai tulang belakang yang menyokong anggota badannya.

rangka dalam terbentuk daripada tulang dan rawan. kulit bersisik, berbulu ATAU berambut. mempunyai organ-organ deria seperti mata. mempunyai anggota untuk bergerak seperti kaki atau kepak.

Vertebrata mempunyai beberapa ciri yang sama seperti:

Kumpulan haiwan vertebrata dibahagikan kepada 5 kelas

Ciri-ciri Haiwan Vertebrata

Ciri-ciri khas ikan: Mempunyai sisik yang berlendir dan sirip. Hidup di dalam air. Berdarah sejuk.
MENU

Ciri-ciri khas amfibia: Mempunyai kulit yang lembap. Boleh hidup di darat dan di dalam air. Berdarah sejuk.
MENU

Ciri-ciri khas reptilia: Mempunyai kulit kering yang diliputi dengan sisik-sisik kering. Berdarah sejuk.
MENU

Ciri-ciri khas burung: Mempunyai bulu pelepah, kaki bersisik dan mulut berbentuk paruh. Berdarah sejuk.
MENU

Ciri-ciri khas mamalia: Mempunyai bulu roma atau rambut, melahir dan menyusukan anak. Berdarah panas.
Bagaimana dengan manusia?.
MENU

Ikan

Ikan menggunakan insangnya untuk bernafas. Ada ikan yang makan tumbuhan sahaja (herbivor) dan ada yang makan haiwan (karnivor)

MENU

Ciri-ciri am amfibia: Amfibia dapat menyesuaikan dirinya kepada hidupan di darat dan di air. Contohnya seperti katak, telur dan berudu ada di dalam air dan katak dewasa di darat. Ia juga haiwan poikiloterma. Badannya diliputi oleh kulit yang lembut dan lembap. Berudu bernafas dengan insang manakala katak dewasa dengan paru-paru dan kulitnya. Persenyawaan telur berlaku di luar badan betina. Telurnya tidak berkulit keras tetapi disaluti dengan satu lapis jeli. Katak mempunyai dua pasang kaki dan bergerak secara melompat atau berenang.

Sifat-sifat Luar Katak


badan
mulut liang hidung

mata gegendang telinga


kaki hadapan

lima jari
kaki belakang
MENU

Ciri-ciri am reptilia: Ada reptilia yang tinggal di darat dan ada yang tinggal di dalam air. Reptilia adalah haiwan poikiloterma. Ada reptilia berkaki (2 pasang) seperti cicak dan kura-kura dan ada yang tak berkaki (ular).

Reptilia
Badannya ditutup oleh kulit kering bersisik. Reptilia mempunyai gigi yang sejenis (homodont). Ia bernafas melalui paru-paru. Membiak secara bertelur telur dengan kulit keras disenyawakan di dalam badan betina. Ada reptilia yang beranak seperti ular kapak.
MENU

Ciri-ciri am burung:
Burung adalah haiwan homoiterma iaitu berdarah panas (suhu badan ditetapkan pada suhu 40 42 darjah selsius. Seluruh badannya diliputi oleh bulu pelepah yang kalis air.

Burung
Burung mempunyai sepasang kepak untuk terbang dan sepasang kaki belakang bersisik. Burung membiak secara bertelur. Telurnya bercengkerang kapur yang keras. Persenyawaan telur berlaku di dalam badan betina. Biasanya burung menjaga anaknya. Burung bernafas dengan peparu. Paruh burung diubahsuai mengikut cara pemakanan dan jenis makanannya.
MENU

Ciri-ciri am mamalia:
Mamalia adalah haiwan homoiterma. Badannya berbulu atau berambut. Ia mempunyai telinga luar. Ia mempunyai sepasang kaki depan dan sepasang kaki belakang.

Mamalia
Ia bernafas melalui peparu dengan bantuan diafragma. Ia mempunyai gigi yang berlainan jenis untuk fungsi berlainan. Semasa mamalia beranak kecuali mamalia primitif. Ibu haiwan mamalia menjaga dan menyusukan anak. Ia mempunyai sistem saraf dan otak yang lebih maju.

MENU

Peta Minda

Teka Silang Kata

Layari Internet

Semoga kawan-kawan mendapat ilmu yang berguna pada hari ini. Selamat berjaya!

You might also like