Sejarah Ejaan Jawi (Pasai)

You might also like

Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

Sejarah Ejaan Jawi Tulisan Jawi pada Zaman Kesultanan Melayu Pasai

Disediakan oleh : NIK NUR ATHIRAH BT ALI NUR HANISAH BT MAHZAN

Kedudukan Kerajaan Samudera Pasai

Kesultanan Samudera Pasai adalah kerajaan Islam yang terletak di pesisir pantai utara Sumatera, di sekitar Kota Lhokseumawe, Aceh Utara sekarang.

Kerajaan ini didirikan oleh Merah Silu, yang bergelar Malik al-Saleh, pada sekitar tahun 1267 dan berakhir dengan dikuasai oleh Portugis pada tahun 1521.

Pada zaman kegemilangannya, kerajaan Pasai merupakan pusat perdagangan yang dikunjungi oleh pedagang daripada pelbagai negeri seperti China, India, Arab, Siam, Parsi dan lain-lain.

Kedatangan pedagang ini turut membawa ajaran agama Islam.

Kehadiran Islam ke Alam Melayu pada abad-abad lampau sekaligus membawa bersamanya abjad tulisan Arab iaitu yang menjadi induk kepada tulisan Jawi Melayu dan abjadnya.

Tulisan Jawi ialah tulisan yang menggunakan aksara Arab

BUKTI TULISAN JAWI DI PASAI

1. HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI


Hikayat ini merupakan hasil kesusasteraan Melayu, mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan Bahasa Melayu (tulisan Jawi).

Dalam hikayat tersebut terdapat keterangan yang mengatakan bahawa Sharif dari Makkah telah menghantar satu rombongan pendakwah yang diketuai oleh Syeikh Ismail untuk menyebarkan agama Islam di sumatera Utara pada abad ke-7 H./ke-13 M.

Kawasan Perlak, Samudera dan Pasai (Sumatera Utara) telah diislamkan sekitar tarikh 682 H./1282 M.

Fatimi telah memetik kenyataan Marco Polo yang melaporkan dalam pelayarannya bahawa Ferlec ( Perlak ) telah menerima Islam ketika ketibaannya di situ pada tahun 1292.
Pada abad ke-7 H./ ke-13 M., kerajaan Pasai ( Samudera ) dikatakan kerajaan pertama di Kepulauan Melayu yang menjadikan Islam sebagai agama rasminya.

Rajanya yang pertama memeluk agama Islam iaitu Merah Silu telah menukarkan namanya kepada Sultan Malik al-Saleh yang meninggal pada tahun 696 H./1297 M. seperti yang tercatat pada batu nisannya.

S. M. N. al-attas telah menyatakan bahawa Pasai pada zaman pemerintahan Malik alZahir ( sekitar awal abad ke-8 H./ke-14 M. ) iaitu cucunda kepada Malik al-Saleh, telah menjadi pusat pengajian Islam yang terawal di Kepulauan Melayu.

Pada tahun 819 H./1416 M., penduduk Aru, Samudera, Pedir dan Lambri yang berada dalam tanah Aceh telah memeluk agama Islam, dan Aceh telah mengembangkan pengaruhnya ke kawasan Selatan.

2. BATU NISAN
Makam-makam Diraja Melayu-Islam ( Sultan Malik al-

Saleh yang bertarikh 696 H./1297 M. ) yang terdapat di


Pasai, Acheh, Daya dan Geresik (Jaya) yang diperbuat

daripada batu pualam yang bertulisan huruf-huruf Arab


( tulisan jawi).

Tulisan jawi yang terdapat pada Batu nisan Sultan Malik al-Saleh

3. KITAB TAFSIR
Banyak buku-buku agama yang telah ditulis dengan tulisan jawi termasuklah sebuah kitab tafsir al-Quran yang masyur iaitu terjemahan tafsir al-Baidawi.

4. KARYA-KARYA
Aceh telah melahirkan beberapa tokoh ulama dan pujangga yang agung yang menulis karya mereka dalam tulisan jawi, antaranya ialah :-

Hamzah Fansuri ( Syarab al Asyiqin dan Asrar al-Aarifin ) Syamsuddin al Sumatrani dan Bukhari alJawhari ( Taj al-Salatin) Syeikh Nuruddin al-Raniri ( Bustan alSalatin dan Asrar al-Insan)

5. SURAT RASMI
Terdapat juga surat-surat rasmi sultan yang diutus kepada wakil-wakil raja dari luar dan peniaga-peniaga dari barat ke timur ditulis dengan tulisan jawi.

Contohnya: Sultan Acheh pernah menulis surat izin berniaga kepada Middleton seorang kapten Inggeris pada tahun 1602 dengan menggunakan bahasa Melayu yang bertulisan jawi.

SEKIAN, TERIMA KASIH..

You might also like