Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Kertas Kerja Malam Anugerah Karnival Kokurikulum IPG Kampus Sarawak 2013

KERTAS KERJA MALAM ANUGERAH KARNIVAL KOKURIKULUM BERSINAR BINTANG JUARA IPG KAMPUS SARAWAK 2013

1.0

PENDAHULUAN Malam Anugerah Karnival Kokurikulum yang bertemakan Bersinar Bintang Juara anjuran PISMP PPRSV6 merupakan satu majlis penghargaan yang julung kalinya diadakan di IPG Kampus Sarawak. Majlis ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi penghargaan anugerah bagi guru pelatih yang berjaya menonjolkan prestasi masing-masing dalam bidang kokurikulum yang telah dilaksanakan pada tahun 2013. Karnival ini merupakan majlis penerimaan anugerah besar-besaran yang julung kalinya diadakan di IPG Kampus Sarawak. Sebanyak 5 bentuk anugerah yang akan disampaikan pada malam tersebut.

2.0

MATLAMAT Karnival ini bertujuan untuk mengaplikasikan kemahiran perancangan dan pengurusan sesuatu majlis oleh guru pelatih daripada pengajian PISMP PPRSV6 setelah mendapat bimbingan daripada pensyarah penasihat. Latihan dari segi perancangan dan pengurusan majlis seumpama ini akan membantu guru pelatih dari segi pengalaman untuk diaplikasikan di tempat mengajar pada masa akan datang. Setiap guru pelatih daripada pengajian PISMP PPRSV6 bertindak sebagai pemimpin dalam ahli jawatankuasa masing-masing.

3.0

RASIONAL Penganjuran Malam Anugerah menitikberatkan kepada pembelajaran secara praktikal di luar bilik kuliah di mana ianya membawa guru pelatih melibatkan diri secara langsung dalam menjayakan acara yang telah dianjurkan. Penganjuran ini merupakan langkah ke arah merealisasikan matlamat program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan Kepujian adalah untu melahirkan guru sekolah rendah yang berkualiti dari segi penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan berketerampilan profesionalisme keguruan. Di samping itu, penganjuran ini juga merupakan pengaplikasian pengurusan majlis yang telah dipelajari oleh guru pelatih dan di mana ianya salah satu subjek pengurusan dalam gerko. Penganjuran Malam Anugerah Kokurikulum ini menuntut pelajar menguruskan majlis Malam Anugerah dari awal majlis hinggalah berakhir. Selain itu, guru pelatih tidak hanya tertumpu kepada pengurusan majlis tersebut sahaja, tetapi juga perlu menguruskan beberapa acara lain yang berlangsung sebelum anugerah iaitu Kejohanan Olahraga Tahunan dan Perkhemahan Unit Uniform Peringkat IPG

Kertas Kerja Malam Anugerah Karnival Kokurikulum IPG Kampus Sarawak 2013

Kampus Sarawak, Miri. Ahli Jawatankuasa yang terlibat juga akan menjalankan tugas masing-masing dengan menyediakan laporan untuk didokumentasikan ke dalam bentuk video dan akan ditayangkan pada malam anugerah. Penganjuran majlis ini juga secara tidak langsung merupakan instrumen perpaduan yang berkesan untuk mencapai integrasi di kalangan guru pelatih semester 6. Perpaduan dan kerjasama yang dipupuk bukan sahaja dalam kalangan guru pelatih ini, malahan dengan seluruh warga IPG. Ianya juga akan mendorong guru pelatih yang berbilang bangsa, etnik dan budaya menggembleng tenaga menjayakan majlis dengan lancar. Penganjuran majlis ini merupakan satu latihan untuk melatih guru pelatih menambah pengetahuan supaya lebih bersedia semasa di sekolah nanti. Pengalaman haruslah dicari dan dilalui, bukannya dinanti. Penganjuran ini juga sebenarnya merupakan peluang keemasan kepada guru pelatih untuk dijadikan sebagai platform praktikal di mana guru pelatih dapat menimba ilmu sebanyak mungkin dalam menguruskan sesuatu penganjuran yang cukup megah ini di samping pengurusannya memerlukan komitmen yang tinggi. Malam Anugerah Kokurikulum ini julung kali di dilaksanakan di peringkat IPG Kampus Miri secara besar-besaran yang melibatkan seluruh warga IPG Kampus Sarawam, Miri. Amali menguruskan majlis Malam Anugerah ini adalah sebagai kursus wajib Gerko dalam persatuan. Di samping itu, kursus ini adalah sebagai batu loncatan kepada guru pelatih untuk menunjukkan komitmen masing -masing dalam menjalankan tugas. Hal ini kerana, setiap guru pelatih akan dinilai markah secara kelas dan individu. Malam Anugerah sebenarnya lebih kepada memberi penghargaan kepada guruguru pelatih yang telah berusaha dengan gigih melibatkan diri dalam setiap program yang dianjurkan oleh pihak IPG di samping menghargai bakat-bakat terpendam guru pelatih. Penghargaan ini juga dapat menyuntik semangat guru pelatih lain untuk terus aktif melibatkan diri dalam program yang dianjurkan oleh IPG. Penganjuran ini adalah merupakan pendedahan secara tidak langsung kepada guru pelatih menjadi guru yang sebenar di samping dapat mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang cukup dan ianya selaras dengan misi IPG untuk melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidik sekolah bertaraf dunia.

Kertas Kerja Malam Anugerah Karnival Kokurikulum IPG Kampus Sarawak 2013

4.0

OBJEKTIF: Adalah diharapkan di akhir majlis ini guru pelatih akan dapat: 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 Menimba seberapa banyak pengalaman dari aspek pengurusan dan perancangan sesuatu majlis Meningkatkan kendiri positif dan keyakinan masing-masing sebagai seorang guru yang berkebolehan dalam memikul sesuatu tugas yang diberikan Melengkapkan pengetahuan dan kemahiran guru pelatih dalam mengurus dan merancang sesuatu majlis Menyemai semangat bekerja secara berpasukan dalam menjayakan majlis yang telah dirancang Meluaskan interaksi sebagai sebuah organisasi yang bekerjasama untuk menjayakan Malam Anugerah Karnival Kokurikulum IPG Kampus Sarawak 2013 Memupuk sikap prihatin dan empati serta mengikis sifat pentingkan diri sendiri dalam diri guru pelatih.

4.6

5.0

BUTIRAN MALAM ANUGERAH KARNIVAL KOKURIKULUM IPG KAMPUS SARAWAK 2013 Tema Tarikh Tempat Sasaran pengunjung : Bersinar Bintang Juara : 23 Oktober 2013 : Dewan Muhibbah, IPG Kampus Sarawak : Semua warga IPG Kampus Sarawak

6.0

PERSONALIA / JAWATANKUASA 6.1. JAWATANKUASA INDUK Pengarah Timbalan Pengarah Ketua Unit Kokurikulum Penyelaras karnival Pensyarah Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari

: En. Bedui Bin Une : En. Gumbang Anak Pura : En. Jamaluddin Bin Sabi : En. Oliver Wan Ajeng : Puan Elleanor anak Empai : Cik Nurul Asmida Binti Asri : Cik Noratikah Binti Kamaruddin : En. Emmanuel anak Johnny : Cik Cornelia anak Julin

Kertas Kerja Malam Anugerah Karnival Kokurikulum IPG Kampus Sarawak 2013

6.2.

JAWATANKUASA KERJA MALAM KARNIVAL ANUGERAH KOKURIKULUM 2013 Bil. 1. AJK Protokol Bidang tugas Menyediakan aturcara sambutan yang sesuai untuk VIP. Menyediakan roset dan cenderamata untuk VIP. Bekerjasama dengan AJK jamuan dalam menyediakan dan menguruskan jamuan untuk para VIP. Menyediakan skrip untuk juruacara. Mengendalikan keseluruhan program supaya berjalan lancar. Memastikan perjalanan majlis sebenar berjalan lancar. Membantu semua jawatankuasa. Menjadi penyelaras kepada semua jawatankuasa. Mengendalikan raptai Mendapatkan teks ucapan dan semua maklumat untuk mengisi kandungan buku program. Menyedia, mencetak dan mengedar kepada tetamu dan VIP pada hari tersebut. Merancang susunan dewan Mengarahkan ahli susun atur menyusun dewan Tindakan -Anis Syakira Binti Azizmai (K)

2.

Urusetia

-Nur Hanis Binti Zulkifli (K)

3. Buku program

-Agnes Lema anak Ruma

4.

Susun atur

- Nursyakila Binti Rosli (K)

Kertas Kerja Malam Anugerah Karnival Kokurikulum IPG Kampus Sarawak 2013

5.

Peralatan

Bekerjasama dengan AJK siaraya menguruskan peralatan siaraya Menempah dan mengambil dan memulangkan peralatan yang dipinjam Menyediakan peralatan siaraya untuk ucapan dan persembahan Menyediakan paparan digital slaid

-Frederick Bryan Yong (K)

6.

Siaraya

-Fatin Farahiyah Binti Ahmad (K)

7.

Persembahan

Menyelaras keperluan persembahan Memantau dan mengurus perjalanan latihan persembahan Menyediakan laporan dokumentasi selepas program Memastikan keselamatan VIP, hadirin dan tempat majlis berlangsung selamat Bersedia sekiranya berlaku apa sahaja situasi di luar jangkaan yang melibatkan kebajikan para hadirin Menempah dan menyediakan makanan untuk VIP sahaja Menyediakan cenderahati untuk VIP.

-Asmanita Binti Ismail (K)

8.

Dokumentasi

-Mohamad Izzuddin Fahmi Bin Sejeli (K)

9.

Keselamatan

-Garusin anak Nyawin (K)

10.

Kebajikan

-Fatin Nadiah Binti Mat Said (K)

11.

Jamuan

-Faunaizah Binti Yaakob (K)

12.

Cenderahati

-Novmill Nessurianna anak Bakir (K)

Kertas Kerja Malam Anugerah Karnival Kokurikulum IPG Kampus Sarawak 2013

13.

Pendaftaran

Menyediakan buku pendaftaran masuk untuk para hadirin Mengacarakan majlis sepanjang majlis berlangsung. Mengambil gambar dan video sepanjang program berlangsung. Bekerjasama dengan AJK dokumentasi untuk menyediakan laporan dokumentasi selepas program. Memastikan sepanjang majlis berjalan dengan lancar Bertindak sekiranya berlaku ketidaklancaran majlis

-Siti Marsita Binti Joho American (K)

14.

Pengacara

-Siti Asmah Binti Mahmud

15.

Fotografi

-Khairi Azri Bin Kassim

16.

Tugas khas

-Shahrul Nizar Bin Reduan (K)

7.0

PERANCANGAN Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Perkara Mengadakan mesyuarat perancangan. Menubuhkan jawatankuasa. Mesyuarat pembahagian tugas Menyediakan kertas kerja Menghantar kertas kerja kepada pensyarah untuk disemak. Menghantar kertas kerja kepada pengarah IPGKS untuk diluluskan. Tindakan untuk persediaan majlis Malam Anugerah Karnival Kokurikulum 2013 berlangsung . Tindakan Ahli kelas PPRSV6 Ahi kelas PPRSV6 AJK Setiausaha. Setiausaha. Setiausaha. Tarikh

7. 8.

AJK Warga IPG Kampus Sarawak.

Kertas Kerja Malam Anugerah Karnival Kokurikulum IPG Kampus Sarawak 2013

8.0

TENTATIF PROGRAM 7.30 petang 8.00 malam Ketibaan Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit, Pensyarah dan Para Pelajar Ketibaan Pengarah dan Timbalan Pengarah IPGKS Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa Persembahan Pembukaan Anugerah Pertandingan Bola Tampar /Bola Jaring /Ping Pong Double /Sepak Takraw Persembahan 2 Anugerah Pertandingan Tenis Double /Futsal /Lontar Peluru /Lempar Cakera Persembahan 3 Anugerah Olahraga Acara Lompat Jauh /Lompat Kijang /Lompat Tinggi /Rejam Lembing Persembahan 4 Anugerah Olahraga Acara 3000m /1500m /400m /800m Persembahan 5 Anugerah Olahraga Acara /4x100m /4x400m /200m /100m Persembahan 6 /Tayangan Video Minggu Olahraga Anugerah Pertandingan Tarik Tali / Pengurusan BIG Terbaik / Pengurusan Permainan Terbaik Tayangan Video Unit Beruniform Anugerah Unit Beruniform Terbaik Anugerah Olahragawan dan Olahragawati /Pengurusan Persatuan Terbaik /Rumah Sukan Terbaik Persembahan Penutup Nyanyian Lagu IPG Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku

11.10 malam -

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN Bil. Item 1. Jamuan VIP 2. Roset VIP 3. Cenderahati 4. Pingat emas 5. Pingat perak 6. Pingat gangsa 7. Piala olahragawan 8. Piala olahragawati 9. Piala kejohanan 10. Piala gerko 11. Kertas A4 JUMLAH BESAR Nilai RM15 RM10 RM50 RM15 RM10 RM5 RM40 RM40 RM80 RM80 RM10 (1 rim) Kuantiti 3 orang 3 orang 3 orang 52 52 52 1 1 1 8 10 rim Jumlah RM45 RM30 RM150 RM780 RM520 RM260 RM40 RM40 RM80 RM640 RM100 RM2685

Kertas Kerja Malam Anugerah Karnival Kokurikulum IPG Kampus Sarawak 2013

10.0

PENUTUP Diharapkan Malam Anugerah Karnival Kokurikulum pada tahun ini dapat berjalan dengan lancar serta mencapai matlamat yang telah dirancang. Semoga segala cadangan di dalam kertas kerja ini mendapat maklum balas yang positif daripada pihak tuan. Terima kasih atas segala kerjasama.

Disediakan oleh;

Disemak oleh;

_____________________________ (Emmanuel Johnny) SETIAUSAHA, PISMP PPRSV6, Ambilan Januari 2011 IPG Kampus Sarawak, Miri.

______________________________ (Pn. Elleanor) PENSYARAH PENASIHAT, Malam Anugerah Karnival Kokurikulum 2013, Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri.

You might also like