Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

CIRI- CIRI DAN KRITERIA SEBUAH NEGARA MAJU Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), negara boleh

didefinisikan sebagai suatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sesebuah kerajaan, kawasan yang dibawah kekuasaan kerajaan tertentu dan segala yang berkaitan negara, masyarakat dan kawasan di bawah satu kerajaan. Istilah negara atau dalam bahasa Inggerisnya, state, selalu dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, kerajaan dan sebaigainya. Namun dalam pengertian ilmu sains politik, istilah- istilah itu mempunyai definisi yang berbeza bergantung kepada konteks penggunaannya. Maksud negara juga merujuk kepada sekumpulan manusia yang mendiami wilayah atau daerah tertentu di bawah undang- undang dan kuasa pemerintahan. Konsep negara menurut undang- undang antarabangsa ialah suatu masyarakat politik atau wilayah layak dianggap sebagai sebuah negara sekiranya mempunyai ciri- ciri seperti sempadan, penduduk tetap, kerajaan dan kedaulatan. Negara pula boleh dikategorikan kepada tiga kategori iaitu negara maju, negara membangun, dan negara dunia ketiga. Negara maju ialah negara yang hebat dari pelbagai aspek seperti sistem politik, ekonomi, perlembagaan, sosial dan lain- lain lagi. Negara membangun pula adalah sebuah negara yang sedang berusaha untuk mencapai matlamat menjadi negara maju manakala negara dunia ketiga pula ialah negara yang baru sahaja meraih kemerdekaan dari negara- negara maju. Definisi negara maju boleh digunakan untuk menghuraikan negara- negara yang berada di kelompok menikmati tahap pembangunan yang tinggi berdasarkan ukuran- ukuran yang tertentu. Antara contoh negara maju pada masa kini ialah Perancis, Kanada, dan Amerika Syarikat. Gelaran negara maju hanya boleh dianugerahkan kepada sesebuah negara yang menepati beberapa aspek seperti pendapatan per kapita penduduk, pertumbuhan penduduk, jumlah tenaga kerja, angka harapan hidup, mata pencarian dan pemanfaatan sumber bahan asli, penurunan jurang taraf hidup penduduk, pemanfaatan teknologi, dan angka penurunan kematian bayi. Pendapatan per kapita penduduk mencerminkan tingkat kemakmuran dan kemajuan suatu negara. Negara- negara maju mempunyai pendapatan per kapita penduduk yang tinggi kerana faktor ekonominya yang kukuh dan mampu diagihkan sama-rata kepada penduduk. Pengagihan pendapatan negara yang adil bukan sahaja dapat memberi sumber inspirasi

kepada rakyat dalam negara untuk memajukan negara dengan lebih pesat lagi, malah akan menjamin kesejahteraan rakyat agar hidup harmoni tanpa bimbang akan masalah kewangan. Selain itu, pertumbuhan penduduk juga adalah faktor penting bagi negara maju. Pertumbuhan penduduk ialah bertambah atau berkurangnya jumlah penduduk dalam sesebuah negara disebabkan faktor- faktor tertentu. Pertumbuhan penduduk yang tinggi memerlukan sumber alam yang besar. Jika sumber alam tidak seimbang dengan pertumbuhan penduduk, kehidupan penduduk adalah tidak sejahtera. Negara maju tidak mempunyai masalah dalam menangani masalah pertumbuhan penduduk. Bagi negara maju, jumlah tenaga kerja adalah aspek yang penting dalam memastikan kemakmuran negara. Kesempatan kerja yang tebuka dan meluas yang tercipta akibat pembangunan pesat dalam bidang industry yang pelbagai dalam negara merupakan suatu petanda bagi negara maju. Berbeza dengan negara membangun, jumlah tenaga kerja masih banyak diperlukan di dalam sector pertanian dan perikanan. Hal ini berpunca daripada pemanfaatan sumber bahan asli dan mata pencarian. Buta huruf bola diistilahkan kepada tiga bahagian. Pertama, buta bahasa. Buta bahasa bermaksud tidak mampu bertutur menggunakan bahasa rasmi negara. Kedua, buta angka yang bermaksud tidak pandai membaca angka mahupun mengira. Terakhir, buta aksara, iaitu tidak mampu membaca huruf, termasuklah membaca dan menulis. Pembangunan pesat dalam sektor ekonomi dalam negara maju telah dengan sendirinya menyediakan fasiliti- fasiliti di bidang pendidikan seperti pembinaan sekolah- sekolah, madrasah, universiti dan lain- lain lagi. Sifar penduduk buta huruf adalah lambang negara maju. Kesejahteraan ekonomi sesebuah negara tidak sahaja dilihat dari aspek tingginya pembangunan ekonomi sesebuah negara tersebut, malah jurang ekonomi antara penduduk juga diambil-kira. Negara maju mampu mengimbangi jurang ekonomi antara penduduknya, dalam erti kata lain, ramai penduduk kaya dan sedikit sahaja penduduk yang miskin. Oleh itu, penurunan jurang ekonomi antara penduduk juga merupakan suatu faktor yang perlu diambil kira dalam mencapai negara maju. Pemanfaatan teknologi dalam sesebuah negara juga boleh menjadi penanda aras kemajuan sesuatu negara. Di negara maju, hampir semua peralatan berasaskan mesin dan komputer digunakan dalam pelbagai sektor bagi melicinkan, menjimatkan masa dan mengurangkan ralat dalam menghasilkan sesebuah produk.

Mengikut prinsip, angka kematian akan menunjukkan besarnya kualiti penduduk dan negara dalam bidang perubatan. Negara dikatakan masih dalam proses membangun sekiranya angka kematian bayi di negara itu tinggi kerana kualiti perubatannya yang masih dalam tahap pembikinan. Terdapat beberapa solusi yang boleh dilakukan untuk membentuk sebuah negara maju. Antaranya ialah meningkatkan hubungan diplomatic dengan negara- negara lain dalam percaturan antarabangsa, membentuk kestabilan ekonomi, politik, dan keamanan negara, meningkatkan sektor pendidikan dan teknologi serta memberikan skop pekerjaan yang luas kepada rakyat, dan akhir sekali, memupuk nilai semangat kebangsaan yang tinggi sehingga tercipta semangat kerja produktif dalam diri rakyat untuk memajukan negara tercinta. Sebagai kesimpulan, suatu negara dapat dikatakan sebagai negara maju apabila memiliki ciriciri seperti, pendapatan per kapita penduduk tinggi, keadaan kuantiti dan kualiti makanan baik, pendidikan yang baik, penduduknya lebih banyak bekerja pada sektor industri

daripada pertanian, rata-rata usia hidupnya lebih baik dan peratusan buta hurufnya lebih rendah, jumlah penduduk relatif rendah dengan tingkat kelahiran yang rendah, berorientasikan perdagangan dalam dan luar negeri, kemajuan teknologi dan pembangunan ekonomi pesat, memiliki taraf kehidupan yan lebih tinggi, dan modal negara lebih dari cukup.

You might also like