Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

REFLEKSI BIG Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya dan

rakan-rakan menjalankan program Bina Insan Guru ini yang bertempat di SK Sultan Sulaiman 1 dengan jayanya. Terlebih dahulu ribuan terima kasih kepada pensyarah pengiring kami iaitu merangkap tutor kami sendiri En. Fadhil Bin Baharudin kerana telah bersusah payah mengatur dan menyediakan jadual perjalanan kami bagi program Bina Insan Guru ini. Dengan bantuan daripada beliau inilah memberi impak kepada kejayaan kami dalam menjayakan program ini dengan baik. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam menjayakan program ini. Bantuan anda amat dihargai. Sepanjang program Bina Insan Guru ini dilaksanakan, saya telah dapat mengenalpasti beberapa kekuatan daripadanya. Antaranya ialah saya telah belajar untuk membuat kertas kerja bagi mendapatkan kebenaran daripada pihak IPG untuk mengadakan program ini. Kertas kerja ini sebenarnya disiapkan oleh kami bersama kerana dengan permuafakatan yang dilakukan menyebabkan kerja ini menjadi mudah. Kami berjaya menyiapkan kertas kerja ini dengan baik dengan dibantu oleh pensyarah kami. Jadi, kami Berjaya mendapatkan kebenaran untuk mengadakan program ini. Selain itu, saya juga telah belajar cara untuk mengendalikan sesebuah program dengan baik. saya telah belajar melalui rakan-rakan yang banyak membantu saya. Dalam program ini, saya telah ditugaskan untuk menjadi ahli jawatankuasa makanan dan saya dikehendaki untuk menyediakan makanan bagi semua peserta yang terlibat. Saya telah belajar daripada rakan-rakan untuk mendapatkan dana daripada pihak IPG bagi menyediakan makanan kepada para peserta. Saya telah mengetahui cara yang terbaik bagi mendapatkan dana tersebut. Selain itu, saya juga telah mengetahui cara untuk menjadi seorang guru cemerlang. Ini kerana kami telah diberikan taklimat oleh seorang guru cemerlang dari SK Sultan Sulaiman iaitu Puan Mashitah Binti Yusof. Dalam taklimat tersebut beliau telah menyatakan beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk bergelar sebagi guru cemerlang. Ini membuatkan kami lebih bersemangat untuk menjadi seorang guru pada

masa akan datang. Beliau juga memberi nasihat dan kata-kata semangat kepada kami supaya menjadi seorang guru yang baik. Dalam pada itu juga, terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenapasti sepanjang program ini dilaksanakan. Antaranya ialah tentang pengurusan masa. Pengurusan masa ini amat penting kerana jika tidak menepati masa yang ditetapkan, akan cacatlah sesebuah program tersebut. Hal ini dapat dikesan semasa kami hendak bertolak ke SK Sultan Sulaiman. Terdapat beberapa orang daripada kami yang telah lewat hadir dan berkumpul di tempat yang telah ditetapkan. Ini menyebabkan perjalanan kami telah tertunda selama hampir 15 minit. Selain itu, antara kelemahan yang lain ialah kelewatan pihak IPG memberikan kebenaran kepada kami untuk mengadakan program ini. Ini menyebabkan kami terpaksa menangguh program ini. Sepatutnya program ini dilaksanakan lebih awal. Disebabkan masalah ini program ini ditunda untuk beberapa kali. Untuk mengatasi masalah ini, terdapat beberapa cara perlu dilakukan. Antaranya ialah kami perlu mengingati antara satu sama lain tentang masa sepatutnya kami berkumpul. Kami sepatutnya perlu datang lebih awal lagi di tempat berkumpul agar program tersebut berjalan dengan lancar. Untuk masalah seterusnya, kami sepatutnya sentiasa bertanya kepada pihak berkenaan tentang kertas kerja kami itu. Perkara ini akan membuatkan mereka lebih prihatin lagi terhadapt program yang kami hendak jalankan. Sebagai konklusinya, program Bina Insan Guru ini memberikan banyak ilmu dan pengalaman berguna kepada saya dan rakan-rakan. Program ini wajar diteruskan pada masa akan datang kepada pelatih guru. Hal ini kerana mereka dapat belajar sesuatu yang berguna daripada program tersebut. Sekian.

You might also like