Paip Poli, PVC N BG

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Jenis Paip

1. Paip besi bergalvani (BG) Diperbuat daripada keluli yang bersadur dengan zink. Saiz paip BG ditentukan oleh ukuran diameter bahagian dalam batang paip Saiz yang biasa untuk kegunaan di rumah ialah 13mm dan 20 m dengan panjang 6 meter. Untuk kegunaan perpaipan industri dan loji pula, saiz yang biasa digunakan ialah 25 mm, 32 mm, 38 mm dan 50 mm. Hujung paip BG diulir untuk tujuan penyambungan dan pemasangan.

Gred A B C

Ketebalan Kod warna Nipis Sederhana Tebal Perang Biru Merah

Kegunaan Paip Limpah Paip Agihan Paip perhubungan dan paip perkhidmatan

2. Paip polivinil klorida (PVC) Diperbuat daripada plastik polivinil klorida (PVC) Digunakan untuk paip agihan, paip cuci dan paip limpah Ringan dan mudah dikendalikan tetapi tidak sesuai untuk menyalurkan air panas. Saiz paip PVC di pasaran ialah 13 mm, 20 mm, 25 mm, 32 mm dan 50 mm. Panjang piawaian paip PVC ialah 6 m.

3. Paip Poli (HDPE)

boleh dilentur dan tahan cuaca panas dan hujan. berwarna hitam, lebih kuat daripada PVC, tidak berkarat, ringan dan boleh digulung. ketebalan dalam satu saiz tetapi mempunyai diameter pelbagai. lebih mahal dan tidak boleh ditegakan. apabila penyambungan dibuka, hujung paip perlu dipotong kerana terdapat kesan pencengkam pada hujung paip itu. boleh dipotong menggunakan pemotong paip PVC atau gergaji. penyambungan tidak memerlukan glu kerana terdapat sleeve dalam penutup untuk mencengkam paip poli. di dalam sleeve terdapat gelang getah.

Penyambung Paip

System bekalan air ke rumah terdiri daripada system terus dan system tidak terus Sistem terus: Paip perhubungan ---------> paip perkhidmatan --------->semua pili, bilik air dan tandas System tidak terus: membekalkan air ke tangki simpanan dan pili dapur sahaja.

Paip Perhubungan Paip Perkhidmatan Paip Agihan

- menghubungkan paip utama dengan meter air. - menghubungkan meter air ke tangki simpanan air dan pili dapur. - mengagihkan air dari tangki simpanan air ke kelengkapan perpaipan di rumah. - Menggunakan paip jenis BG atau PVC - Dipasang di dasar tangki - Berfungsi untuk menyalur air keluar semasa kerja pembersihan tangki dijalankan - Dipasang tinggi sedikit dari aras penuh tangki simpanan air - Bersaiz lebih besar sedikit dari paip perkhidmatan - Menyalurkan air jika berlaku limpahan air apabila injap bebola rosak.

Paip Cuci

Paip Limpah

You might also like