Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TARIAN INANG

Sinopsis Tarian Inang

Tarian Inang merupakan versi moden bagi tarian tradisional rakyat iaitu Tarian Mak Inang. Ia sering dipersembahkan di majlis-majlis sosial. Tarian ini ditarikan mengikut laju tempo rebana, biola dan gendang. Semasa menari, para penari melambaikan sapu tangan yang berwarna-warni. Tarian versi lama iaitu Tarian Mak Inang. Tarian Mak Inang dicipta semasa zaman Kesultanan Melayu Melaka. Tarian ini amat terkenal pada masa dahulu sebagaimana ianya terkenal pada hari ini. Tajuk lagu Mak Inang yang mengiringi tarian ini telah dititahkan ciptaannya oleh Sultan Mahmud Shah yang sangat gemarkan kesenian. Arahan ini telah dikeluarkan oleh Sultan kepada ketua inang atau ketua dayang untuk diajar kepada para dayang bagi dipersembahkan kepada Sultan semasa majlis keramaian.Lagu dan tarian ini sungguh mempersonakan dan mempunyai kualiti persembahan istana. Lagu dan Tarian Mak Inang berasal daripada zaman Kesultanan Melaka. Lagunya dikatakan telah digubah di atas titah perintah daripada Sultan Mahmud Shah yang berkemungkinan untuk tujuan melenakan baginda di peraduannya. Adalah sangat lemah gemalai tariannya dan mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian untuk di tarikan di Istana Di-Raja. Ianya turut dinamakan juga sebagai Tarian Si Kembang Cina kerana banyak terdapat pengaruh Cina terhadap muziknya. Kadangkalanya penaripenarinya mengunakan skaf panjang semasa melakukan persembahan. Tarian ini juga dipanggil sebagai Tarian Si Kembang Cina.Kini tarian Mak Inang yang juga dikenali sebagai Tarian Inang (versi moden tarian Mak Inang) dipersembahkan pada majlis-majlis keramaian dan perkahwinan.

Busana Tarian Inang

Di dalam Tarian Inang, pakaian penari perempuan boleh dibahagikan kepada dua jenis pakaian iaitu pertamanya, baju kurung, yang siap dengan kain, baju dan selendang. Selendang dipakai dan dilekatkan di bahu dengan kemas dan biasanya tidak melingkar di leher pemakai. Dan kedua, baju kebaya labuh, yang terdiri daripada kain, baju dan juga selendang. Bagi penari perempuan yang berpakaian lengkap, akan dihiasi dengan siput sanggul (cucuk sanggul) yang terdiri daripada 3 jenis iaitu, siput tegang, siput cekak, dan siput lintang. Boleh juga disesuaikan dengan selendang atau penutup kepala. Bagi penari Inang lelaki terdapat 3 jenis pakaian Melayu. Pertama, baju Melayu Cekak Musang yang terdiri dari samping, kain dan songkok. Baju ini biasa digunakan pada acara-acara keluarga seperti kenduri, perayaan dan aktiviti keramaian. Kedua, baju Melayu Gunting Cina, baju ini biasa digunakan dalam situasi sehari-hari di rumah bagi acara yang tidak rasmi. Terakhir ialah baju Melayu Teluk Belanga, baju ini terdiri dari samping, kain, dan songkok. Kebiasaannya penari Inang lelaki menggunapakai baju Melayu Cekak Musang mengikut kesesuaian majlis, yang biasanya melibatkan majlis-majlis formal.

You might also like