Kamarudin Meranun

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

NAMA UMUR ASAL

: DATO KAMARUDIN BIN MERANUN : 53 TAHUN : JALAN RAJA MAHMUD, KAMPUNG BARU WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

JAWATAN

: TIMBALAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KUMPULAN AIR ASIA

NET WORTH

: $635 M

Dato ' Kamarudin Bin Meranun telah menjadi salah satu jutawan perniagaan yang paling berjaya di Malaysia, bekerja bersama-sama Tony Fernandes AirAsia untuk membuat satu fenomena yang benar di dalam dan di luar industri penerbangan. Dengan penghormatan dan ijazah sarjana dalam Kewangan , kerjaya Kamarudin bermula pada akhir 1980-an apabila beliau menyertai Arab-Malaysian Merchant Bank, di mana beliau berkhidmat dari 1988 hingga 1993 sebagai Pengurus Portfolio , pengurusan institusi dan pelanggan nilai bersih individu yang tinggi dana pelaburan. Pada tahun 1994, beliau dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Innosabah Capital Management Sdn Bhd , anak syarikat Innosabah Securities Sdn Bhd. Beliau kemudiannya memperoleh saham rakan kongsi usaha samanya bagi Innosabah Capital Management Sdn Bhd, yang kemudiannya dinamakan Modal Intrinsik Management Sdn Bhd. Minat, usaha berterusan dan semangat berkumpulan adalah di antara sifat-sifat nyata pada diri Datuk Kamarudin Meranun, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia. Beliau lebih dikenali sebagai pengasas bersama Datuk Seri Anthony Fernandes bagi kumpulan konglomerat Tune Group Sdn Bhd, di antaranya merupakan pemilik bagi jenama syarikat penerbangan AirAsia, Tune Hotels, AirAsia X dan pasukan pelumba Formula One, Lotus Racing. Beliau berpendapat bahawa kunci kepada kejayaan perkongsian perniagaan di antara dirinya dan Fernandes banyak bergantung kepada sifat dan sikap diri mereka yang melengkapi satu sama lain. Berbekalkan latarbelakang pendidikan dalam bidang Sains Aktuari dan Pelaburan Kewangan, Kamarudin amat menggemari kerjaya dibelakang tabir yang berkaitan pengurusan kewangan dan dana. Kepakaran Tony menguruskan penjenamaan, hubungan media dan segala urusan berkaitan publisiti membolehkan saya memberikan tumpuan kepada keperluan ini bagi perniagaan kami. Kami berdua amat meminati perniagaan, tetapi di landasan yang berbeza, ujar beliau. Sememangnya konsep penjenamaan AirAsia dilihat antara resipi kejayaan syarikat tersebut, dan diambil serius oleh setiap ahli AirAsia.

Di sebalik pengiktirafan beliau sebagai orang ke 21 terkaya di Malaysia, tidak ramai yang menyedari sifat merendah diri beliau, serta prinsip hidupnya yang mementingkan kekayaan spiritual. Beliau juga adalah seorang yang mudah mesra dengan semua lapisan masyarakat, sentiasa ceria, serta berfikiran terbuka apabila sesebuah topik perbualan diketengahkan untuk perbincangan.Apa yang saya maksudkan dengan kekayaan spiritual merangkumi lebih dari ibadat. Ia menyentuh prinsip hidup, dan saya percaya bahawa qada dan qadar telah ditetapkan, dan pada masa yang sama kita di unjurkan untuk terus berikhtiar bagi apa yang diinginkan.Di akhirnya, apa juga hasil yang terlihat hendaklah kita reda kerana Tuhan lebih mengetahui yang terbaik untuk kita, jelas Kamarudin. Inspirasi bagi Kamarudin datang dari pelbagai sudut dalam kehidupan beliau. Sebagai seorang yang gemar membaca, beliau belajar dari pemikir-pemikir strategik melalui buku-buku autobiografi mereka. Beliau mendapat inspirasi juga dari setiap individu yang bersikap ikhlas, amanah dan kuat berusaha. Tambah beliau lagi, Tiada yang lebih sempurna sebagai inspirasi melainkan Nabi Muhammad SAW  ujarnya. Bercerita lanjut, anak kelahiran Jalan Raja Mahmud, Kampung Baru ini pernah bersekolah rendah di Gurney Road sebelum melanjutkan pelajaran di Maktab Rendah Sains Mara Kuantan. Beliau mengakui sikap suka untuk mempelajari perkara-perkara baru telah sebati dengan dirinya sejak kecil. Kamarudin percaya setiap detik yang digunakan untuk bermain semasa membesar adalah amat penting bagi setiap insan, kerana bukan sahaja ia membentuk sahsiah seseorang melalui pendedahan dan pembelajaran yang didapati dari sesuatu pengalaman tersebut, bahkan kerana masa tidak akan berulang, ia akan menjadi memori yang amat dihargai apabila seseorang itu semakin dewasa. Hobi bagi Kamarudin adalah minat yang dibuat secara serius dan memberi impak yang mendalam dalam hidupnya. Salah satu hobi beliau yang telah membawa kepada perniagaan ialah muzik. Sebelum beliau menumpukan perhatiannya kepada Tune Group, beliau pernah menjadi rakan kongsi dalam Roslan Aziz Productions. Secara terbuka beliau mengakui sangat berminat dengan kegiatan sukan seperti bermain bolasepak, hoki, tenis, renang dan

sebagainya. Malah sewaktu beliau bakal melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat pada tahun 1984, beliau telah membawa bersama pelbagai alatan sukan seperti raket badminton, pingpong, kayu hoki dan kasut sukannya sehinggakan arwah ibunya ketika itu bertanya adakah beliau mahu pergi belajar atau ke Olimpik. Namun kerana ketiadaan masa lapang yang mencukupi, kini beliau hanya sempat menghadiri beberapa pertandingan sukan yang diadakan oleh rakan-rakannya. Di samping hobi lasak, beliau turut meminati permainan Indoor seperti catur dan pelbagai board game. Nyata hobi ini paling mempengaruhi beliau dari segi kerjayanya dalam bidang pengurusan kewangan dan mendirikan perniagaan.  Bagi saya menjalankan perniagaan, membuat keuntungan dan melebarkan perniagaan adalah umpama bermain board games seperti Monopoly dan lain-lain yang melibatkan pemikiran dan strategi urusniaga. Bezanya risiko yang dihadapi mempunyai impak sebenar dimana kesilapan akan melibatkan kos sebenar. Hobi saya telah berubah menjadi kerjaya, jelasnya dalam salah satu temuramah bersama utusan. Bagi beliau, membuat sesuatu yang kita minati sebagai kerjaya adalah sesuatu yang menyeronokkan. Katanya, kita akan sentiasa membuat penambahbaikan dan menjalankan segala usaha dengan sepenuh hati dan teliti. Didalam membahagikan masa bagi ketiga-tiga bahagian hidupnya  diri sendiri, keluarga dan kerja  beliau menceritakan peristiwa yang menjadi detik penyedaran yang membuat beliau mengambil berat mengatur masa beliau terutama terhadap keluarganya.

RUJUKAN

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1024&pub=Utusan_Malaysi a&sec=Rencana&pg=re_08.htm#ixzz2hHw0Fhad http://qprreport.proboards.com/thread/34114 http://www.caterhamf1.com/team/management/kamarudin-meranun http://www.forbes.com/profile/kamarudin-meranun/

You might also like