Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Catatan terkini IPU Jerebu di Malaysia yang terjejas 24 June 2013 Berikut adalah carta Indeks Pencemaran Udara

(IPU) bagi negeri dan daerah yang terjejas dengan bencana jerebu yang telah direkodkan pada Isnin berdasarkan rujukan daripada laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar

Petunjuk API 0-50 51100 101200 201300 Status Baik / Good Sederhana / Moderate Tidak Sihat / Unhealthy Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy

>301 Berbahaya / Hazardous Negeri Johor Johor Johor Johor Kedah Kedah Kedah Kelantan Kelantan Melaka Melaka Lokasi Kota Tinggi Larkin Lama Muar Pasir Gudang Alor Setar Bakar Arang, Sg. Petani Langkawi SMK Tanjung Chat, Kota Bharu Tanah Merah Bandaraya Melaka Bukit Rambai 7 AM 78* 11 AM 74* 5 PM 68*

111* 107* 108* 148* 132* 125* 83* 63* 75* 58* 75* 64* 77* 57* 74* 64* 98c 55*

108* 114* 114* 90* 93* 98*

182* 141* 128* 260* 170* 150* 145* 149* 150*

Negeri Sembilan Nilai

Negeri Sembilan Port Dickson Negeri Sembilan Seremban Pahang Pahang Pahang Perak Perak Perak Perak Perak Perlis Pulau Pinang Pulau Pinang Pulau Pinang Sabah Sabah Sabah Sabah Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Sarawak Balok Baru, Kuantan Indera Mahkota, Kuantan Jerantut Jalan Tasek, Ipoh Kg. Air Putih, Taiping S K Jalan Pegoh, Ipoh Seri Manjung Tanjung Malim Kangar Perai Seberang Jaya 2, Perai USM Keningau Kota Kinabalu Sandakan Tawau Bintulu ILP Miri Kapit Kuching Limbang Miri Samarahan Sarikei Sibu Sri Aman

335* 292* 193* 153* 169* 171* 198* 191* 147* 171* 166* 138* 106* 111* 123* 70* 63* 79* 73* 66* 82* 87* 76* 100*

141* 148* 171* 128* 137* 152* 62* 72* 79* 70* 78* 76* 50* 39* 75* 75* 63* 70* 72* 81* 74* 85* 85* 64* 63* 72* 79* 71* 77* 75* 50* 41* 77* 76* 66* 72* 73* 82* 75* 88* 63* 83* 88* 81* 74* 73* 51* 41* 73* 80* 71* 75* 69* 84* 78* 92*

102* 106* 67* 70*

Selangor Selangor Selangor Selangor Selangor Terengganu Terengganu Terengganu Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan Wilayah Persekutuan

Banting Kuala Selangor Pelabuhan Kelang Petaling Jaya Shah Alam Kemaman Kuala Terengganu Paka Batu Muda,Kuala Lumpur Cheras,Kuala Lumpur Labuan Putrajaya

178* 180* 209* 117* 128* 157* 296* 288* 319* 198* 193* 196* 157* 162* 171* 249* 253* 197* 95* 98* 100*

159* 158* 151* 191* 198* 189* 157* 160* 168* 82* 80* 79*

155* 152* 156*

Nota * =Habuk Halus (PM10) | c = Ozon (O3) a =Sulfur Dioksida (SO2) | d = Karbon Monoksida (CO) b =Nitrogen Dioksida (NO2) | & = Lebih daripada satu pencema

My Sumber - http://www.mysumber.com/berita/bacaan-terkini-indeks-ipu-jerebu-24-jun2013-seluruh-negeri#ixzz2k8rob33S

Gambar terkini keadaan jerebu di seluruh Malaysia 23 Jun 2013 - Nampaknya, kenaikan mendadak Indeks Pencemar Udara (IPU) bagi paras jerebu di kawasan Muar yang mencecah 750 telah menyebabkan pihak kerajaan mengisythiarkan perintah berkurung atau darurat sekitar tengah hari tadi. Berdasarkan rekod sejarah paras jerebu yang pernah berlaku di negara ini, rekod tertinggi pernah dicatatkan ialah pada tahun 1997 di mana Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkodkan mencecah 860. Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel, selain Muar, terdapat dua lagi bandar utama yang dikenalpasti paras bacaan Indeks Pencemar Udara jerebu telah mencapai tahap berbahaya iaitu Bukit Rambai pada 357 dan Bandaraya Melaka pada 364. Di sini, admin ingin berkongsi 22 keping gambar keadaa terkini jerebu yang melanda seluruh Malaysia setakat 23 Jun 2013. Semua gambar ini diperolehi dari laman sosial yang dikongsikan oleh rakan-rakan sepanjang hari ini.

Jerebu | Bilangan Titik Panas Meningkat Di Sumatera, Indonesia


Posted on 23 June, 2013 by khabarkinabalu 0 Komen Bilangan titik panas yang dikesan melalui imej satelit NOAA-18 di Sumatera, Indonesia semalam meningkat hampir dua kali ganda daripada 64 pada Jumaat lepas kepada 118 pada Ahad. Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS), laporan Pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) di Singapura menunjukkan asap jerebu bertambah tebal dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia. Katanya, tiupan angin dari arah barat daya telah membawa asap jerebu dari Riau ke kawasan tengah dan selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Jerebu 2013- NASA Earth Observatory image by Jeff Schmaltz, LANCE/EOSDIS Rapid Response. Peningkatan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dan berbahaya masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya yang sedang dialami negara dan dijangka berterusan sehingga September ini, menurut jabatan itu. Menurut JAS, bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang direkod pada 11 pagi ini mendapati Muar, Johor dan dua kawasan di Melaka iaitu Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai berada pada tahap berbahaya, dengan Muar mencatat IPU 690, manakala Bukit Rambai dan Bandaraya Melaka, masing-masing dengan bacaan 428 dan 415. Sebanyak 17 stesen di negara ini mencatat IPU tidak sihat, 30 sederhana dan dua lagi dikategorikan baik. Stesen yang berada pada tahap tidak sihat ialah: Selangor: Pelabuhan Klang dengan bacaan 192, Petaling Jaya (125), Banting (115), Shah Alam (112)dan Kuala Selangor (104). Kuala Lumpur: Cheras (111) dan Batu Muda (108)

Negeri Sembilan: Nilai (106), Seremban (104) dan Port Dickson (184) Johor: Pasir Gudang (110), Larkin (117) dan Kota Tinggi (124) Pahang: Indera Mahkota (107) dan Balok Baru (149) Terengganu: Paka (105) dan Kemaman (153). Berdasarkan IPU, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai berbahaya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini turut mengisytiharkan darurat bencana jerebu bagi seluruh daerah Muar dan Ledang di Johor sehingga ke suatu masa berikutan bacaan IPU melebihi 500. Menurut JAS, larangan pembakaran terbuka di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 yang dikeluarkan Ketua Pengarah Alam Sekitar Rabu lepas di Selangor, Melaka dan Johor masih berkuat kuasa kecuali beberapa aktiviti seperti pembakaran mayat dan pembakaran bagi tujuan keagamaan. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G.Palanivel dijadual menemui rakan sejawatannya di Jakarta, Indonesia pada Rabu ini bagi membincangkan bentuk kerjasama dalam usaha menangani masalah jerebu merentas sempadan. ~bernama

http://202.190.126.82/utusan/Kesihatan/20130630/kn_02/Bahaya-jerebu
ARKIB : 30/06/2013

Bahaya jerebu
Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN Foto WAHIDIN SALIM dan FAIRUZ IZYANA AYUB

Semakin ramai pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan hospital.

JEREBU boleh dikatakan masalah berulang di rantau Asia Tenggara akibat pembakaran terbuka atas alasan membersihkan kawasan hutan untuk tujuan pertanian. Sehingga kini kawasan yang paling teruk terjejas akibat jerebu adalah di Muar dan Ledang yang terletak di Johor. Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan tersebut mencecah sehingga 746 pada jam 7 pagi 23 Jun lalu dan telah pun diisytihar darurat. Di Kuala Lumpur dan Selangor, sekolah-sekolah telah diarah tutup pada 24 Jun 2013 bagi mengelakkan kesan kesihatan yang teruk kepada para pelajar. Pakar Perunding Kanan Perubatan, Jabatan Perubatan, Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu, Datuk Dr. A. Shukri Datuk Md Salleh berkata, pencemaran udara tidak boleh dipandang ringan. Jika air yang tercemar, kita mempunyai pilihan untuk mencari sumber yang bersih tetapi apabila udara tercemar kita masih perlu bernafas seperti biasa. Air yang diminum melalui beberapa proses di dalam badan sebelum diserap ke dalam darah dan keluar sebagai air kencing dan peluh, sedangkan udara yang disedut terus masuk melalui hidung dan diserap di paru-paru," katanya lagi.

Kajian menunjukkan jerebu bukan saja membawa asap tetapi juga bahan-bahan lain semasa bertiup dari kawasan pembakaran seperti partikel, mikrob, toksik (bahan kimia) dan alergen. Bahan ini akan menyebabkan pelbagai penyakit berkaitan dengan pernafasan seperti asma, bronkitis, batuk, demam, selesema, penyakit kulit dan sinus. Secara tidak langsung akan menyebabkan kos bil hospital yang tinggi dan produktiviti menurun," katanya. Semasa jerebu, kita tidak digalakkan keluar rumah tetapi adakah persekitaran di dalam bangunan sihat? Dr. Shukri berkata, pengguna perlu memastikan persekitaran di dalam bangunan, rumah serta kereta bersih bagi mengurangkan kesan jerebu. Jika air, kita menggunakan penapis air bagaimana pula dengan udara?" soalnya. Dr. Shukri berkata, apabila berada di dalam rumah, kita perlu pastikan keadaan persekitaran rumah yang bersih. Kita perlu memastikan aliran udara yang baik, penghawa dingin diservis, permaidani dibersih, minum air yang banyak, pakaian dicuci dengan bersih dan keadaan dalaman kereta yang bersih," katanya. Pencemaran udara adalah campuran antara bahan semulajadi dan perbuatan manusia termasuk pembakaran hutan dan lain-lain yang menghasilkan partikel kecil, ozon dan gas seperti nitrogen oksida, karbon monoksida dan bahan-bahan kimia yang berada di udara yang disedut oleh manusia. Pendedahan kepada udara tercemar seperti jerebu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit, mata, penyakit paru-paru seperti lelah, bronkitis, resdung dan sekiranya berpanjangan boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, darah tinggi dan juga kematian. Terdapat bukti yang menunjukkan pendedahan udara tercemar secara berpanjangan juga boleh membantut perkembangan paru-paru di kalangan kanak-kanak. Kita juga masih terdedah kepada jerebu bila berada di dalam bangunan tertutup kerana udara tercemar masih boleh masuk melalui saluran udara luar (fresh air) yang masuk ke dalam unit penghawa dingin sepusat (Air Handling Unit). Oleh itu langkah berjaga-jaga masih perlu di ikuti sebagaimana berada di luar bangunan," katanya. Bagaimanapun Pengarah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang juga Pensyarah Kanan, Unit Perubatan Pekerjaan dan Persekitaran, Perubatan Pekerjaan dan Persekitaran, Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr. Mohd. Rafee Baharudin berkata, beberapa langkah perlu dilakukan memandangkan kejadian jerebu boleh dikatakan sering berlaku. Masalah yang dihadapi seperti topeng muka yang tidak sesuai untuk semua peringkat usia. Buat masa sekarang, tidak terdapat topeng yang sesuai untuk kanak-kanak kerana saiz topeng adalah mengikut saiz orang dewasa," katanya.

Kanak-kanak yang memakai topeng orang dewasa masih terdedah kepada partikel-partikel jerebu jika pemakaiannya tidak sempurna seperti di bahagian tepi yang longgar. Dr. Mohd. Rafee menegaskan bahawa satu peraturan menghadkan penggunaan jalan raya semasa IPU berada di tahap berbahaya perlu diadakan supaya ianya dapat mengurangkan bilangan kenderaan yang banyak di jalan raya yang seterusnya akan meningkatkan lagi tahap pencemaran kualiti udara. Ianya tidak mustahil untuk dilakukan terutamanya bagi tujuan menjaga kesihatan penduduk di negara ini. Pihak berkuasa juga hendaklah perlu memastikan bekalan topeng muka adalah sentiasa mencukupi terutamanya di waktu insiden jerebu ini," katanya. Sistem komunikasi yang berkesan juga harus diadakan seperti menggunakan balairaya, balai bomba, balai polis dan sekolah sebagai tempat rujukan atau menyebarkan maklumat yang tepat dan tidak mengelirukan. Selain itu menurut Dr. Rafee, pendedahan awal mengenai jerebu juga amat penting, misalnya memberikan penerangan kepada pelajar mengenai betapa pentingnya menjaga alam sekitar dari sebarang pencemaran. Pihak industri yang berkaitan juga perlu menjalani kursus seakan induksi bagi memberikan pendedahan mengenai pentingnya menjaga alam sekitar," katanya. Pihak berkuasa juga perlu peka terhadap golongan berisiko yang bukan sahaja kanak-kanak sekolah tetapi juga taska, tadika, pusat penjagaan bayi serta pusat penjagaan warga emas. Ini kerana peningkatan penyakit respiratori didapati meningkat melebihi 100 peratus di kalangan bayi, kanak-kanak, ibu hamil dan warga emas terutamanya bagi kawasan yang diistiharkan darurat. Dr. Rafee juga menyarankan pengguna agar lebih berhati-hati semasa makan di kafetaria terbuka kerana makanan yang terdedah itu dikhuatiri turut tercemar dengan bahan pencemar yang ada dalam jerebu. "Biasanya makanan yang terdedah kepada bahan kimia berbahaya yang ada dalam jerebu dikhuatiri akan memberikan kesan negatif kepada pengguna," katanya. Aktiviti sukan di luar juga perlu dikurangkan sama ada di peringkat sekolah, universiti, badanbadan sukan tempatan mahupun antarabangsa. Dr. Rafee menambah, ramai yang tidak sedar mengenai bahan kimia dalam jerebu yang masuk ke dalam tubuh badan dan kesan jangka panjang akibat pendedahannya. Jerebu sebenarnya menyebabkan masalah kesihatan awam dan kesihatan pekerjaan secara tidak langsung. Ini melibatkan mereka yang bekerja di luar seperti petani, ranjer, polis, posmen, pegawai penguatkuasa dan pekerja binaan," katanya. Selain itu, bahan-bahan pencemar yang ada dalam udara bukan saja berbahaya kepada kesihatan manusia tetapi juga kepada haiwan dan tumbuhan serta didapati mengurangkan nilai estetika bangunan (menjadikannya pudar).

Pembaca boleh mendapatkan maklumat terkini bacaan IPU dengan melayari laman web http://www.doe.gov.my/apims/ atau http://www.nre.gov.my/malay/ pages/IPU.aspx

Artikel Penuh: http://202.190.126.82/utusan/Kesihatan/20130630/kn_02/Bahaya-jerebu#ixzz2k8vNemBm Utusan Melayu (M) Bhd

You might also like