Laporan Penilaian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Laporan Penilaian

1.1

PENGENALAN

Menurut Sariah Amirin, Presiden Persatuan Disleksia Wilayah Persekutuan mengatakan Disleksia ialah perkataan yang berasal daripada Yunani yang membawa maksud kesukaran terhadap perkataan. Disleksia juga merupakan kesukaran pembelajaran yang spesifik iaitu berbeza daripada kelewatan perkembangan menyeluruh. Malah, kanak-kanak Disleksia sukar menguasai kemahiran membaca dan menulis, tetapi memiliki bakat, kepintaran, atau kecerdasan yang lain. Hal ini adalah disebabkan oleh perbezaan otak seseorang individu memproses maklumat khususnya berkenaan dengan bunyi, simbol dan makna. Orang disleksia lazimnya cenderung menggunakan otak kanan yang mana cara berfikir dan belajar mereka adalah berlainan, berbakat kreatif atau seni serta lemah dalam kemahiran bahasa, logik, turutan dan struktur. Menurut Wikipedia pula, Disleksia terhasil daripada dua perkataan Yunani iaitu dyx bermakna susah, dan lexia bermakna tulisan. Malah, Disleksia bukan merupakan satu penyakit tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Kebiasaannya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu, disleksia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Secara kesimpulannya, Disleksia bermakna kanak-kanak yang menghadapi kesukaran berhubung dengan kata atau simbol-simbol tulisan. Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang kurang cerdik. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah dari segi pendengaran dan penglihatan.

1.2

LATAR BELAKANG MURID

Pada 15 September 2013, saya telah mendapat tugasan untuk mengenal pasti pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dan layak mengikuti Program Pendidikan Khas . Saya telah memilih Sekolah Kebangsaan Abang Haji Matahir yang terletak di Sarikei sebagai sumber untuk memenuhi tuntutan yang terdapat dalam tugasan saya. Di samping itu, kami diberi tugas untuk mendapatkan segala maklumat dan membina Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk pelajar berkenaan. Setelah mendapat keizinan daripada pihak pentadbir, saya terus mendapatkan seorang murid Disleksia yang bernama Herman Bin Osman . Nama gelarannya ialah MAN. Dia dilahirkan pada 26 November 2002 di Hospital Bahagian Sarikei. Menurut laporan yang saya peroleh, dia, telah ditempatkan di kelas pendidikan khas tersebut pada 7 September 2011 . Dari segi status keluarga, MAN mempunyai lima orang adik-beradik. Dia juga merupakan anak yang keempat. Selain itu, MAN merupakan seorang murid yang normal dari segi fizikal tetapi dia telah disahkan oleh pegawai perubatan bahawa dia merupakan salah seorang penghidap Disleksia.

1.3

CIRI-CIRI / MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID

Semasa saya mengkaji MAN, terdapat banyak ciri-ciri yang saya perhatikan pada dirinya. Salah satu daripadanya ialah dari aspek fizikal. Dalam hal ini, dia telah memperlihatkan kemahiran motor halus yang lemah. Kemahiran motor halus melibatkan aktiviti-aktiviti seperti menulis, melukis, menggunting, menampal, mengoyak, melipat dan sebagainya. Dalam hal ini, saya mendapati bahawa dia agak lambat ketika menulis. Keadaan ini terbukti apabila dia lambat menyalin semula ayat daripada lembaran kerja yang diberikan. Selain itu, dia kelihatan agak kekok apabila disuruh menggunting gambar yang terdapat pada kertas yang diberikan. Hal ini terbukti apabila dia menggunting tidak kemas dan tidak selari dengan garisan Selain itu, masalah MAN dapat dilihat menerusi aspek tingkah laku dan sosial. Aspek ini terbahagi kepada tiga iaitu visual, auditori dan lain-lain. Dari segi visual, MAN seringkali menyalin huruf, perkataan ataupun ayat dengan salah. Keadaan ini dapat dibuktikan apabila dia

menyalin perkataan Baba yang sepatutnya adalah Bapa. Selain itu, dia sukar memberitahu masa berdasarkan jam yang menggunakan jarum. Tambahan lagi, dia juga sangat suka menonton televisyen. Malah, daya tumpuan MAN juga singkat. Dari segi auditori pula, MAN sukar untuk mengikut arahan lisan khususnya dalam ujian Diagnostik Matematik. Keadaan ini terbukti apabila dia gagal untuk melengkapkan tempat kosong dengan mengikut turutan nombor menaik. Seterusnya, MAN lemah dalam bacaan. Pada mulanya, saya telah menunjukkan satu-satu abjad secara rawak kepadanya. Kemudian, saya menyuruh MAH menyebut kembali abjad yang telah saya tunjukkan. Dia telah berjaya menyebut kesemua abjad tersebut. Walaubagaimanapun, dia mengalami kekeliruan dalam menyebut konsonan berganding. Konsonan berganding adalah gabungan dua huruf konsonan seperti ny dan ng. Misalnya, perkataan ngilu. Dalam hal ini, dia telah menyebut gilu di mana terdapat peninggalaan huruf n dalam perkataan tersebut. Menurut laporan gurunya, MAN tidak boleh menumpukan perhatian semasa berada dalam kelas. Di samping itu, MAN turut mempamerkan masalah dari aspek bahasa. Aspek bahasa ini terbahagi kepada lisan, bacaan dan tulisan. Dari segi lisan, MAN bercakap dengan laju. Keadaan ini terbukti apabila saya tidak dapat memahami butir percakapannya sendiri. Selain itu, dia kerap menggunakan perkataan yang berulang. Antara contoh perkataan tersebut ialah ok. Tambahan lagi, dia juga turut menggunakan nada suara yang tidak sesuai. Dalam hal ini, MAN telah menggunakan suara yang halus bunyinya dan kurang jelas untuk didengar. Dari segi bacaan pula, dia sering melanggar kesalahan tanda bacaan. Dalam hal ini, dia akan membaca ayat panjang secara terus tanpa ada berhenti seketika di bahagian-bahagian tertentu. Misalnya, saya sayang akan ibu ayah dan adik yang sepatutnya menjadi saya sayang akan ibu, ayah dan adik. Seterusnya, dia turut melangkau baris apabila disuruh membaca dalam mana-mana petikan yang terdapat pada buku. Dari segi tulisan, perbezaan jelas dapat dilihat pada bentuk hurufnya. Hal ini kerana bentuk huruf dalam tulisannya tidak konsisten. Selain itu, penggunaan huruf kecil dan huruf besar turut bercampur. Misalnya, Baba saYa. Tambahan lagi, MAN sering meninggalkan huruf ketika menyalin contoh latihan yang diberikan oleh guru. Misalnya, perkataan peyakit yang keguguran huruf n dan sepatutnya dieja penyakit. Selain itu, dia turut menghadapi masalah jarak yang tidak konsisten antara abjad dan perkataan. Misalnya, contoh ayat yang terdapat pada lembaran kerjanya ialah Ani menyanyi sambilAni menari-nari. Dia juga turut mengalami kekeliruan pada bentuk huruf. Sebagai contoh, dia telah menyalin

perkataan Baba daripada perkataan Bapa. Hal ini menunjukkan bahawa dia telah keliru dengan huruf b dan p. Malah, MAN juga sering berbicara sendiri sewaktu menulis. Akhir sekali, MAN turut memperlihatkan masalah dari aspek matematik. Dalam aspek ini, terdapat tiga kategori iaitu lisan dan bacaan serta tulisan. Dari segi lisan dan bacaan, dia telah menghadapi kesukaran dalam menyusun atur maklumat seperti hari-hari dalam minggu, bulanbulan dalam tahun. Keadaan ini terbukti apabila saya menyuruhnya membaca bulan-bulan dalam tahun mengikut turutan yang betul. Tetapi, dia hanya dapat menjawab sehingga bulan 10 dan tidak dapat meneruskannya. Selain itu, dia turut menghadapi kesukaran dalam mencongak nombor lebih daripada 10. Berdasarkan pemerhatian saya, dia mengambil masa yang agak lama sewaktu saya menyoal soalan operasi kepadanya. Tambahan pula, dia turut keliru dengan konsep masa dan waktu. Keadaan ini dapat ditonjolkan apabila dia disuruh melengkapkan jawapan berdasarkan kepada jarum jam yang ditunjukkan. Misalnya, dia telah menyebut pukul 8.30 sedangkan jarum tersebut menunjukkan pukul 8.45. Dari segi tulisan pula, dia menghadapi kesukaran dalam memahami konsep wang dan pengiraan yang melibatkan wang. Misalnya, lembaran kerja tersebut mengandungi beberapa gambar syiling. Jadi, dia hanya perlu mengisi jawapan yang betul berdasarkan pada gambar tersebut. Tetapi, dia salah mentafsir jawapan tersebut. Misalnya, jawapannya ialah 20 sen, 30 sen dan 50 sen. Walaubagaimanapun, dia tidak bersetuju dengan ketiga-tiga jawapan tersebut dan telah menulis jawapannya sendiri di bahagian tepi kotak jawapan. Malah, dia turut mengalami kekeliruan dengan konsep nilai tempat. Dalam hal ini, saya telah menggariskan beberapa nombor mengikut nilai tempat. Misalnya, 31. Nilai tempat bagi 3 ialah puluh. Tetapi, MAH telah menjawab sa.

2.0

RUJUKAN

Semasa menjalankan sesi pencalonan murid Disleksia, Guru Bahasa Melayu memantau perkembangan murid Tahun 1 di kelasnya. Guru bahasa Melayu mengenal pasti murid yang gagal PKSR setelah mengikuti program Pendidikan Arus Perdana selama enam bulan. Murid yang disyaki menghidap Disleksia menunjukkan ciri-ciri seperti menulis terbalik, keliru arah dan tidak menumpukan perhatian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Setelah itu, guru menghantar murid tersebut ke kelas Pemulihan Khas selama empat bulan bagi mengikuti program tersebut. Guru menjalankan ujian saringan kepada murid yang disyaki menghidap Disleksia. Selepas itu, guru melihat skor Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD). Guru menganalisis penskoran ISD dan menyediakan senarai murid yang berkemungkinan mengalami kebarangkalian Disleksia. Seterusnya, guru Bahasa Melayu memberikan senarai murid kepada guru Disleksia. Guru Disleksia dikehendaki mengeluarkan satu salinan borang ISD dan perlu diberikan kepada guru kelas. Guru kelas akan berbincang dengan guru subjek lain serta guru pemulihan khas mengenai ISD tersebut. Setelah borang ISD dilengkapkan, borang tersebut hendaklah diberikan kembali kepada guru Disleksia untuk dinilai mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia. Borang ISD yang lengkap hendaklah diserahkan kepada penyelaras. Setelah itu, pengamal perubatan akan mengesahkan sama ada murid tersebut menghidapi Disleksia atau tidak. Sekiranya murid tersebut menghidap Disleksia, murid terbabit akan diberikan Ujian Diagnostik. Namun, jika murid tersebut disahkan tidak menghidap Disleksia oleh pengamal perubatan, murid tersebut akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.

Selepas guru menganalisis ujian diagnostik tersebut, guru menyediakan Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran (RPI) untuk murid tersebut. Guru menyediakan RPI setelah mengkaji tahap kekuatan dan kelemahan murid tersebut. Setelah itu, guru Disleksia mengajar murid mengikut pengajaran dan pembelajaran yang telah dibuat. Bagi menilai murid tersebut, guru memberikan ujian pencapaian kepadanya. Setelah ujian pencapaian dianalisis, guru boleh menentukan sama ada objektif tercapai atau sebaliknya. Sekiranya objektif tidak tercapai, guru akan menyediakan kembali pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada murid tersebut. Namun, jika tercapai, guru akan memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan mengajar kemahiran baru kepada murid Disleksia berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan. 3.0 UJIAN-UJIAN YANG DIJALANKAN TERHADAP MURID 3.1 UJIAN DIAGNOSTIK Menurut sumber daripada www.scribd.com/doc/15418134/UJIAN-DIAGNOSTIK

mendefinisikan bahawa Ujian diagnostik adalah satu instrumen pengukuran yang membolehkan guru mengesan punca dan kawasan kelemahan secara spesifik yang dihadapi oleh seseorang murid. Saya telah mendapatkan maklumat berkaitan dengan MAN daripada guru Disleksia melalui laporan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu. Laporan ujian diagnostik ini merangkumi kemahiran mengeja, membaca dan menulis. Dalam kemahiran mengeja, masih terdapat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh MAN. Kemahiran ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah mengeja perkataan mudah di mana murid akan mengeja berdasarkan pada gambar yang diberikan. Sebagai contoh, terdapat gambar buah oren. Walaubagaimanapun, dia sudah tersilap mengeja dalam bahasa Inggeris iaitu orenge. Jelas disini kita dapat mengetahui bahawa dia sudah keliru dengan cara mengeja oren. Hal ini terjadi disebabkan bunyi perkataan yang seakan-akan sama. Seterusnya, MAN juga keliru dengan sebutan vokal iaitu i dan e. Keadaan ini dapat dibuktikan semasa dia ingin mengeja nama haiwan iaitu itik. Walaubagaimanapun, dia telah mengeja etik. Huruf yang bergaris dalam perkataan etik ialah e dan sebutannya adalah hampir sama dengan huruf i.

Dalam kemahiran membaca, MAN sering mengalami kekeliruan pada huruf p dan q. Keadaan ini terbukti apabila guru menunjukkan huruf q kepadanya. Namun begitu, dia masih menjawab huruf p. Ini jelas menunjukkan bahawa mindanya masih tidak dapat mengecam huruf p dan q dengan tepat. Selain itu, dia turut mengalami kekeliruan terhadap bunyi-bunyi vokal. Dalam hal ini, guru telah menggabungkan vokal e i, a e, u o, i a dan e e. Malah, dia hanya dapat menyebut vokal sama yang digandingkan dengan betul iaitu e e. Secara keseluruhannya, guru mendapati bahawa masih terdapat sebutan MAN yang kurang lancar dan kekeliruan bunyi vokal. Malah, MAN juga turut menyebut secara terbalik tetapi pada kadar minimum sahaja. Dalam kemahiran menulis, terdapat banyak kesalahan ejaan yang dilakukan oleh MAN. Aktiviti pertama, murid dikehendaki melengkapkan suku kata berdasarkan gambar. Gambar yang dipamerkan ialah sampan. Tetapi, MAN telah mengejanya sebagai sampun. Di sini jelas menunjukkan bahawa MAN masih keliru untuk menggunakan vokal manakah yang betul. Selain itu, dia turut menulis ejaan terbalik daripada yang sebenar. Misalnya, perkataan wisel yang dieja sebagai wesil. Keadaan ini menunjukkan bahawa dia keliru untuk menggunakan vokal e dan i. Contoh perkataan lain yang ditulis terbalik ialah tidur di mana dia telah mengeja ditur. Hal ini menunjukkan bahawa dia turut mengalami kekeliruan pada perkataan. Tambahan lagi, dia seringkali meninggalkan huruf dalam perkataan. Contoh perkataan itu ialah kunig di mana terdapat peninggalan huruf n. di samping itu, MAN turut mengalami penggunaan huruf besar dan kecil yang bercampur dalam ayat. Keadaan ini dapat diperlihatkan menerusi ayat, di belakang Rumah ada pokok. 3.2 LEMBARAN KERJA

Lembaran kerja merupakan salah satu aset utama di mana salah satu fungsinya adalah untuk mengukur keupayaan murid menguasai dan memahami kemahiran satu-satu mata pelajaran yang diajar. Semasa menjalankan kajian ke atas MAN, saya turut diberikan beberapa contoh lembaran kerja sebagai rujukan tambahan. Terdapat banyak kesalahan yang dilakukan oleh MAH. Salah satu daripadanya ialah dia kerap meninggalkan huruf dalam perkataan yang dibina. Misalnya, dia telah mengeja perkataan bayak di mana terdapat peninggalan huruf n dalam perkataan tersebut.

Contoh kesalahan yang seterusnya ialah penggunaan huruf kecil dan besar yang bercampur. Misalnya, Azli pandai bermain bola tetaPi malas bekerja. Dalam ayat tersebut, MAN telah menggunakan huruf besar iaitu p yang tidak bersesuaian dengan apa yang sepatutnya. Selain itu, MAN juga masih mengalami kesukaran dalam menggunakan konsep kata nama am dan kata nama khas. Sepertimana yang kita semua tahu, huruf besar digunakan untuk kata nama khas. Keadaan ini dapat diperkukuhkan menerusi contoh ayat yang dibina oleh MAH. Misalnya, Abu mengikut ibunya ke kedai runcit Semarak. Dalam ayat tersebut jelas menunjukkan MAH masih keliru sama ada kedai runcit perlu menggunakan huruf besar ataupun kecil. Jadi, kedai runcit dalam ayat tersebut perlu menggunakan huruf besar pada setiap awal huruf kerana t erdiri daripada kata nama khas.

4.0 RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI) Rancangan Pengajaran Individu ialah Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) adalah satu program yang berkaitan dengan Pendidikan Khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid dengan keperluan khas. Program ini dibentuk dalam beberapa siri mesyuarat dalam bentuk rancangan setiap murid. Menurut Hallahan dan Kauffman ( 1977 ), RPI adalah satu perjanjian bertulis antara ibu bapa dan pihak sekolah tentang keperluankeperluan murid dan cara bagaimana keperluan-keperluan itu dapat dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah kontrak tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk murid itu. Manakala menurut Bender W.N ( 1995 ) pula, RPI adalah satu program pengajaran berasaskan penilaian pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluankeperluan individu murid kurang upaya. Menerusi Rancangan Pengajaran Individu MAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, guru menyatakan bahawa MAN menghadapi masalah dalam membunyikan suku kata bagi konsonan k m, n,d, g dan mempunyai masalah dalam membaca sukukata KVKV. Guru mengambil strategi dengan memberi latih tubi kepada MAN untuk menyebut huruf berdasarkan kad yng ditunjukkan oleh guru. Selain itu MAN juga diberikan latihan membunyikan suku kata dengan menggunakan kaedah bermain sambil belajar.

Segala strategi yang dilaksanakan oleh guru ini telah dinilai melalui pemerhatian. Malah, guru turut menilai kerja-kerja latihan harian dan aktiviti kelas yang dijalankan terhadap MAN. Penilaian yang dijalankan oleh guru turut mengambil masa selama 2 bulan. Di samping itu, menurut maklumat daripada guru, beliau memaklumkan bahawa MAN dianggap berjaya sekiranya dia menjawab 60% betul daripada setiap soalan lisan dan bertulis, pemerhatian dan aktiviti yang diberikan. 5.0 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5.1

KAEDAH GURU

Menurut sumber daripada pendislami.tripod.com/kaedah_pengajaran.htm, Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif pengajaran, maka itu adalah kaedah. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh guru kepada MAN. Salah satu daripadanya ialah Kaedah Fonik. Kaedah ini menekankan kepada hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya. Kaedah bunyi sesuai digunakan kerana susuk Bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya. Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan. Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan sebagai [ a ], dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contoh, ba + ta terus disebut sebagai [ ba ] + [ ta ] dan seterusnya disebut sebagai [ bata ]. Seterusnya, kaedah yang digunakan ialah Kaedah VAK. Kaedah VAK ini menggabungkan deria penglihatan dan pendengaran dengan tulisan (kinestetik atau pergerakan). Dalam kaedah ini, murid melihat dan menyebut perkataan sambil menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya. Malah, terdapat beberapa prosedur pengajaran dalam kaedah ini. Antaranya ialah murid akan memerhati perkataan yang hendak dipelajari. Kemudian, murid mencuba untuk menyebut

perkataan itu. Setelah itu, murid diminta untuk menulis perkataan itu berdasarkan ingatannya. Selepas itu, murid akan membandingkan hasil tulisannya dengan perkataan asal yang diperhatikan sebentar tadi. Dalam hal ini, guru akan sentiasa mengulang kaedah VAK ini supaya murid dapat menulis perkataan dengan betul. Selain itu, guru turut menggunakan Kaedah Terapi Minda. Kaedah ini merupakan kaedah yang dicipta sendiri oleh guru. Tambahan pula, kaedah ini lebih kepada penggunaan peralatan seperti treadmill yang disediakan di dalam kelas. Dalam kaedah ini, guru akan membawa murid untuk menggunakan peralatan tersebut. Murid dikehendaki untuk berdiri di atas treadmill. Kemudian, murid akan berlari di atas treadmill itu selama 5 hingga 10 minit. Kaedah ini digunakan apabila guru mendapati murid sudah berasa bosan semasa sesi pembelajaran. Sehubungan itu, kaedah ini dapat membantu guru menggerakkan kemahiran psikomotor murid - murid. Di samping itu, kaedah ini bertujuan supaya murid dapat meningkatkan kecerdasan otak dan kecergasan tubuh badan. Secara tidak langsung, murid dapat menjalankan sesi pembelajaran dengan lebih baik dan efektif. Malah, murid juga dapat mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru. Tambahan pula, guru turut menggunakan Kaedah Cermin. Dalam kaedah ini, sudah semestinya peralatan yang digunakan ialah cermin. Kaedah ini sangat membantu guru dalam sesi pembelajaran. Kaedah ini memerlukan murid untuk berdiri di hadapan cermin. Kemudian, guru akan menyebut huruf, suku kata ataupun perkataan kepada murid. Oleh itu, murid dikehendaki mengulang semula apa yang telah disebut oleh guru sambil memandang cermin. Sementara murid menyebut perkataan tersebut, guru akan memerhati dan mendengar sebutan yang dilontarkan oleh murid sama ada betul ataupun tidak. Dalam masa yang sama, guru akan melihat pergerakan bibir murid sendiri. Keadaan ini bertujuan supaya murid belajar untuk menyebut huruf, suku kata ataupun perkataan dengan cara yang betul. Sekiranya murid tersilap, guru akan menunjukkan cara menyebut yang betul kepada murid sambil menghadap cermin. Akhir sekali, guru juga menggunakan Kaedah Kinestetik. Kaedah ini akan melibatkan pergerakan murid. Guru haruslah bijak menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan murid. Sekiranya murid sudah bosan maka guru boleh gunakan kaedah ini. Antara contoh bagi kaedah kinestetik ialah melukis, menampal, menggunting dan sebagainya. Menerusi kaedah ini, murid dapat mempelajari pelbagai kemahiran dan tidaklah terhad pada teks sahaja. Di samping itu, guru

dapat meningkatkan daya kreativiti murid untuk menghasilkan sesuatu yang baru terutamanya apabila diminta untuk melukis sesuatu objek.

5.2

CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH MURID

5.2.1 CADANGAN UNTUK MURID YANG DIPILIH Berdasarkan kepada murid yang saya pilih iaitu MAN, terdapat beberapa cadangan yang ingin guru laksanakan bagi menangani masalah terhadap pembelajarannya. Salah satu daripadanya ialah dengan menggunakan kad bergambar. Dalam hal ini, guru akan menayang kad gambar kepada murid. Murid dikehendaki menyebut nama objek yang dilihat. Seterusnya, guru akan menunjukkan dan membaca kad-kad perkataan sambil diikuti oleh murid. Kemudian, murid dikehendaki memadankan kad-kad perkataan dengan gambar. Murid dikehendaki membaca berulang kali kad-kad perkataan dengan bimbingan guru. Apabila sudah mahir, murid akan membaca sendiri tanpa bimbingan guru. Murid diminta untuk membina ayat setelah mahir membaca. Secara tidak langsung murid dapat mengenal serta menyebut objek yang dilihat dengan betul dan jelas. Seterusnya, guru turut menggunakan kad huruf kepada murid. Dalam hal ini, guru akan menyediakan kad-kad huruf yang berkenaan. Kemudian guru akan menayang semua kad huruf kepada murid sambil murid menyebutnya. Guru akan meminta murid menulis huruf pertama dan membunyikannya. Misalnya, huruf b. Selepas itu, guru meminta murid itu tadi menulis huruf yang membuatkan dia keliru dengan huruf pertama tersebut. Misalnya, huruf d. Jadi, murid diminta membunyikan huruf tersebut. Guru mengimbas kad-kad huruf dan meminta murid membunyikannya. Kemudian, guru meminta murid menunjukkan huruf b dan d. Seterusnya, murid dikehendaki untuk menulis huruf tersebut. Menerusi pendekatan ini, guru dapat mengurangkan kekeliruan yang dialami oleh murid terhadap sesuatu huruf. Di samping itu, guru perlu kerap mengulang sesuatu perkara yang diajar kepada murid. Hal ini kerana, murid Disleksia mudah lupa akan apa yang telah diajar. Misalnya, guru ingin mengajar huruf kepada murid. Jadi, guru akan memperkenalkan semua abjad kepada murid sambil membunyikannya. Seterusnya, murid akan mengikuti guru. Setelah murid telah mengenal huruf

maka guru akan mengedarkan lembaran kerja pula berdasarkan kepada pengajaran tersebut. Malah, guru juga boleh mempelbagaikan pengajaran dengan melakukan aktiviti-aktiviti lain seperti menyanyi. Keadaan ini bertujuan supaya murid tidak akan berasa bosan dengan apa yang diajar. Dalam masa yang sama, guru boleh mengajar huruf dalam bentuk nyanyian. Semakin kerap guru mengulangi apa yang diajar semakin mudah bagi mereka untuk mengingatinya. Sehubungan itu, guru juga turut menggunakan pendekatan kumulatif terhadap MAN. Pendekatan ini bertujuan supaya MAN dapat mengaitkan maklumat baru dengan apa yang telah dipelajari. Misalnya, MAN telah menetapkan dalam mindanya bahawa semua burung mempunyai sayap yang membolehkannya terbang. Ini merupakan salah satu pengetahuan sedia ada yang terdapat pada MAN. Namun begitu, guru telah memberitahu bahawa bukan semua burung boleh terbang. Salah satu daripadanya ialah burung puyuh. Dalam masa yang sama juga, guru boleh membawa murid untuk melihat sendiri haiwan tersebut. Hal ini bertujuan supaya murid dapat mengaitkan maklumat baru yang diperoleh itu ke dalam pengetahuan sedia ada.

5.2.2 CADANGAN UMUM Semasa menjalankan kajian di sekolah tersebut, guru juga turut menghuraikan beberapa cadangan yang dapat menangani masalah yang terdapat pada murid Disleksia. Salah satu daripadanya ialah menerusi permainan. Antara permainan yang boleh dilaksanakan dalam sesi pembelajaran ialah The Letterland System. Permainan ini dapat mewujudkan suasana yang ceria dan seronok dalam pembelajaran kanak-kanak termasuk kanak-kanak Disleksia. Antara program spesifik yang dilaksanakan menerusi kaedah ini ialah Alpha to Omega, A-Z (B.Hornsby), Bangor Dyslexia Teaching System, Kaedah Phono-Graphix dan Kaedah Orton-Gillingham. Kaedah ini menggunakan kad imbasan yang merupakan satu siri latih tubi supaya murid dapat membiasakan bunyi huruf tersebut. Dalam hal ini, guru akan meletakkan gambar-gambar tertentu berdasarkan kepada huruf-huruf tertentu. Misalnya, guru akan meletakkan gambar kereta pada kad tersebut bagi mengingati bunyi yang dapat dikaitkan dengan K. Selain itu, cadangan yang seterusnya ialah dari segi susunan fizikal. Dalam hal ini, murid-murid Disleksia perlu ditempatkan di hadapan kelas. Menerusi cara ini, guru dapat mengadakan hubungan mata (eye contact) sekaligus dapat mengawal tingkah laku yang dilakukan oleh murid.

Keadaan ini akan menjadikan murid seperti diberi perhatian sekaligus turut berasa dihargai oleh guru. Maka, murid akan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap sesi pembelajaran yang sedang berlangsung. Tambahan pula, guru haruslah memberi penekanan pada papan tulis terhadap murid Disleksia. Hal ini kerana, proses menyalin dari satu permukaan vertikal ke permukaan horizontal adalah sukar bagi murid-murid Disleksia. Oleh itu, guru perlu memberi edaran supaya murid tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk menyalin nota. Malah, guru perlu menyemak semula penulisan yang dilakukan oleh murid semasa mereka menyalin daripada papan tulis. Keadaan ini bertujuan supaya guru dapat memastikan tiada kesilapan penulisan yang dilakukan. Di samping itu, guru juga perlu menggunakan teknik memeriksa kerja bertulis. Dalam hal ini, segala kesilapan yang dilakukan oleh murid dapat dikenalpasti dengan menggunakan titik-titik. Malah, murid juga sedar akan kesilapan yang dilakukannya terutama pada ejaan. Menerusi teknik ini, murid juga dapat berbincang dengan guru semasa membuat perbandingan kerja. Dalam masa yang sama, murid tidak perlu membuat pembetulan berulang kali mengikut kesalahan ejaan yang dilakukan. Oleh yang demikian, guru juga tidak boleh memangkah sewenang-wenangnya tanpa memberitahu di mana kesalahan ejaan tersebut kepada murid. Malah, guru turut menekankan teknik latih tubi kepada semua murid. Hal ini kerana mereka mudah lupa dalam melakukan sesuatu kerja. Jadi, guru perlu memberikan penekanan terhadap pembelajaran mereka menerusi teknik ini. Misalnya, guru ingin memperkenalkan abjad kepada murid. Jadi, murid diminta untuk melakar abjad tersebut sambil membunyikannya. Keadaan ini bertujuan supaya murid dapat mengecam abjad yang ditulis. Sekiranya murid sudah dapat mengenal abjad tersebut, maka guru akan menyediakan lembaran kerja di mana murid perlu menyalin semula abjad yang terdapat di dalamnya. Secara tidak langsung, murid dapat menguasai serta mengukuhkan kefahaman mereka terhadap abjad-abjad tersebut. 6.0 KESIMPULAN Di akhir tugasan ini, saya mendapati pelajar ini berjaya mengikuti matlamat yang telah digariskan di dalam Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang telah dirancangkan selam 2 bulan itu . Hasil usaha sama antara guru dan pelajar serta komitmen yang tinggi dalam diri pelajar ini maka beliau mampu menjayakan matlamat yang diberikan. Di sinilah peranan dan

tanggungjawab serta komitmen kerjsama dari semua pihak amatlah dituntut bagi membuahkan hasil yang baik.

You might also like