Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SISTEM BAHASA

Pengenalan Sistem Bahasa merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Fokus dalam Sistem Bahasa ialah pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Tatabahasa Salah satu bukti kemahiran berbahasa seseorang ialah kebolehan menguasai tatabahasa. Ia meliputi kebolehan bertutur dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul, dan menulis dengan sistem ejaan yang tepat. Oleh sebab itu, kecekapan berbahasa perlu diajarkan secara terancang dan bersesuaian dengan kinteks pembelajaran sejak murid berada di sekolah rendah lagi. Lazimnya, pengajaran tatabahasa di peringkat sekolah rendah menitikberatkan aspek penggunaan. Terdapat beberapa tujuan pengajaran tatabahasa (1995: 11 12), iaitu; (a) mengetahui kelainan erti perkataan yang imbuhannya berbeza-beza dan menggunakannya dengan betul, tepat dan gramatis dalam lisan dan penulisan; (b) menggunakan pelbagai jenis kata dalam pelbagai konteks; (c) menggunakan frasa yang betul; (d) membina ayat yang betul, tepat dan gramatis, dan (e) membina pelbagai jenis dan bentuk ayat dalam pelbagai konteks dengan betul. Tatabahasa terbahagi kepada dua, iaitu aspek morfologi dan aspek sintaksis. (a) Morfologi Secara mudah, aspek morfologi ialah berkenaan kajian tentang perkataan dan pembentukannya. Secara khusus, Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (2003) menerangkan morfologi sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata, dan golongan kata. Tiga aspek itu diajar sejak sekolah rendah lagi. Yang dikatakan struktur kata ialah susun atur bentuk bunyi sesuatu perkataan apabila diujarkan. Ia juga merangkumi aspek susunan lambang-lambang huruf (tulisan) sehingga menjadi satu unit (kesatuan) bahasa atau perkataan yang bermakna. Maksud bermakna dalam konteks ini ialah bagaimana membunyikan setiap huruf dalam perkataan berkenaan hingga menghasilkan bunyi yang betul, atau susunan huruf yang betul apabila dibunyikan dan ada makna. Contohnya, huruf vokal (v), huruf konsonan (k), dan pola suku kata. (a) huruf vokal bahasa Melayu : [a], [e], [i], [o], dan [u] (b) Huruf konsonan bahasa Melayu : [b], [c], [d], [f], [g], [h], [j], [k], [l], [m], [n], [p], [q], [r], [s], [t], [v], [w], [x], [y] dan [z]. Terdapat dua pola suku kata bahasa Melayu. Pertama, pola suku kata asli bahasa Melayu, dan kedua, pola suku kata pinjaman bahasa Melayu. Setiap suku kata terdiri, sama ada, KV, VK, KVK, VKV, VKVK, KKVK dan sebagainya. Manakala, yang dikatakan bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa (perkataan / gabungan huruf) yang bermakna. Bentuk kata boleh terdiri daripada;

(a) kata tunggal (kata tidak menerima imbuhan dan ada makna); (b) kata terbitan (kata telah menerima imbuhan); (c) kata ganda (kata tunggal yang digandakan); dan (d) kata majmuk (terdiri daripada beberapa kata tungga yang membentuk satu makna). Kata terbitan ialah kata tunggal yang menerima imbuhan bagi menghasilkan perkataan lain. Makna kata terbitan adalah berbeza dengan makna kata tunggal. Dalam ilmu bahasa, penerimaan imbuhan itu dipanggil proses pembentukan kata. Ada tiga cara proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Pertama, pengimbuhan, iaitu kata tunggal menerima imbuhan dan menghasilkan perkataan baharu yang dipanggil sebagai kata terbitan. (i) Imbuhan awalan : ber-, be-, bel-, me-, mem-, men-, meng-, menge-, memper-, di-, ter-, pe, pem-, pen-, per-, peng-, penge-, pel-, se-, ke-, maha-, tata-, pra-, pro-, dan anti-. Kata tunggal + imbuhan awalan = kata terbitan ( Lari + pe- = pelari ) (ii) Imbuhan akhiran : -an, -i, -kan, -wan, -man, -wati, dan nita. Kata tunggal + imbuhan akhiran = kata terbitan ( Lari + -an = larian ) (iii) Imbuhan apitan : me- ... kan, mem- ... kan, men- ... kan, meng- ... kan, menge- ... kan, me- ... i, mem- ... i, men- ... i, meng- ... i, ke- ... an, pe- ... an, pem- ... an, pen- ... an, peng- ... an, penge- ... an, per- ... an, pel- ... an, di-- ... kan, dan di- ... i. Kata tunggal + imbuhan apitan = kata terbitan ( Lari + pe- ... an = pelarian ) Kedua, kata tunggal menerima pengandaan dan menghasilkan perkataan baharu yang dipanggil sebagai kata terbitan. Formulanya;

Kata tunggal + pengandaan = kata terbitan ( Orang + orang = orang-orang ) Ketiga, kata tunggal menerima kata tunggal dan menghasilkan kata majmuk yang dipanggil sebagai kata terbitan, atau istilah atau metafora. Ia terdiri daripada beberapa kata tunggal, sama ada kata tunggal itu telah menerima imbuhan atau belum. Formulanya; Kata tunggal + kata tunggal = kata majmuk ( Segi + empat = segi empat ) ( Merah + hati = merah hati ) Golongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi perkataan berkenaan. Terdapat empat jenis golongan kata dalam bahasa Melayu, iaitu; (a) kata nama (perkataan yang menggambarkan nama sesuatu); (b) kata kerja (perkataan yang menggambarkan perbuatan);

(c) kata adjektif (perkataan yang menggambarkan sifat sesuatu); dan (d) kata kata tugas (perkataan yang menggambarkan fungsi sesuatu). Kata tugas dalam bahasa Melayu terdiri daripada; (i) kata hubung (ii) kata seru (iii) kata tanya (iv) kata perintah (v) kata pangkal ayat (vi) kata bantu (vii) kata penguat (viii) kata penegas (ix) kata nafi (x) kata pemeri (xi) kata sendi (xii) kata pembenar (xiii) kata bilangan, dan (xiv) kata arah. (b) Sintaksis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan pembentukan ayat. Berbeza dengan morfologi yang mengkaji bentuk perkataan, sintaksis mengkaji gabungan beberapa bentuk kata yang membina ayat atau terhasilnya ayat. Aspek sintaksis yang dikaji ialah; (a) komponen ayat, iaitu unsur-unsur utama yang terdiri daripada kata, rangkai kata, frasa, klausa, subjek, dan predikat ayat; (b) jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan; (c) ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif; (d) susunan ayat, iaitu susunan biasa dan susunan songsang; (e) binaan ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal, ayat terbitan atau ayat majmuk; (f) proses penerbitan ayat, iaitu konsep ayat terbitan, proses pengguguran, proses penyusunan semula, proses peluasan; dan (g) aspek tanda baca dalam ayat.

Sistem Ejaan Perkataan yang diberikan penekanan ialah (a) pola keselarasan huruf vokal, (b) ejaan kata pinjaman, dan (c) ejaan kata dasar dan kata terbitan. Sistem ejaan rumi bahasa Melayu terdiri daripada keselarasan vokal, kata pinjaman, kata terbitan, kata ganti singkat, kata sendi / kata sendi nama, kata majmuk, kata nama, kata pertikel dan kata ganda. Sistem ejaan diajar agar murid dapat mengeja sesuatu perkataan dengan betul supaya makna perkataan bersamaan dengan maksud ujaran. Sebutan dan Intonasi Tekanan nada ketika membunyikan huruf atau perkataan (sebutan) dan intonasi nada adalah mempunyai maksud atau makna berlainan. Oleh sebab itu, murid wajar diajar cara-cara menyebut (membunyikan huruf atau perkataan) dan tekanan atau intonasi nadanya dengan

cara yang betul. Kemahiran yang diperlukan ialah membezakan bunyi huruf atau suku kata dan tekanan nada dalam situasi yang berbeza supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat. Pengajaran sebutan hendaklah dalam bahasa Melayu baku. Manakala, pengajaran intonasi ayat hendaklah mengikut pola ayat yang betul berdasarkan jenis-jenis ayat. Di samping itu, pola intonasi bagi ayat panjang juga hendaklah diajar agar murid dapat menyampaikan maksud dengan jelas. Sebaik-baiknya, guru hendaklah memulakan pengajaran menggunakan ayat tuggal mudah. Kosa Kata Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (2003) menjelaskan bahawa kosa kata terdiri daripada kata-kata umum dan kata-kata khusus atau disebut istilah khusus. Setiap bidang ilmu mempunyai kata-kata khusus dengan ilmu dalam bidangnya. Murid hendaklah diajar mengenali dan membezakan istilah khusus setiap bidang ilmu. Misalnya, istilah subjek ayat dalam ilmu bahasa adalah berbeza maksud dengan istilah subjek yang merujuk nama-nama mata pelajaran. Demikian istilah segi empat tepat hanya terdapat dalam Matematik atau Sains. Istilah itu tidak terdapat dalam bidang ilmu Sejarah atau Geografi. Guru hendaklah selalu mendedahkan kosa kata kepada pelajar agar pembendaharaan katanya bertambah dan pelbagai. Galakkan murid menggunakan istilah-istilah yang sesuai dengan bidang ilmu yang berkenaan. Salah satu aktiviti memperkayakan kosa kata ialah mencari makna seerti, makna berlawanan, atau menjawab teka silang kata. Peribahasa Yang dimaksudkan dengan peribahasa ialah rangkai kata yang mempunyai yang mempunyai makna tertentu. Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan, dan kata-kata hikmah. Pengajaran peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia. Galakkan murid menggunakan peribahasa dalam karangan-karangan yang mereka hasil. Tujuannya, ialah agar karangan tersebut lebih bertenaga, bervariasi dan menarik dibaca. Kesimpulan Berdasarkan perbincangan didapati bahawa Sistem Bahasa turut berperanan menambahkan kemahiran berbahasa murid-murid. Walaupun dalam setiap sesi pengajaran mempunyai objektif tertentu yang hendak dicapai, namun guru tidak boleh mengabaikan aspek bahasa kerana kebolehan murid berbahasa dengan baik akan mempengaruhi kejayaan objektif pengajaran guru. Sebaik manapun objektif, jika murid tidak dapat mengungkapkan isi pelajaran dengan menggunakan bahasa yang baik, pengajaran guru itu tetap dianggap gagal. Justeru, guru hendaklah memberi tumpuan terhadap aspek berbahasa murid. Malah, keberkesanan pengajaran guru dan kejayaan murid dalam pembelajarannya adalah bergantung kepada kemampuan guru dan murid menggunakan bahasa yang tepat dan berkesan.

Rujukan Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1995. Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

TRANSKRIPSI FONETIK
BAHASA BAKU Ceritanya berlaku pada sebuah kampung di mana anjing ini hidup kelaparan tanpa makanan. Dia pun mencari makanan untuk simpanan makanannya buat beberapa hari. Selepas itu, dia pun jumpa la orang yang menjual makanan iaitu menjual daging. Anjing itu pun tengok ke arah daging-daging itu dan air liur dia pun meleleh keluar. Anjing itu pun cuba untuk menghampiri daging itu sementara penjual itu sedang sibuk melayan pembeli-pembeli daging.

BMM3103
KONSEP PENTAKSIRAN Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai, maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran dapat didefinisikan sebagai satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

KOMPONEN-KOMPONEN PENGAJARAN
1.1 KEMAHIRAN SET INDUKSI Kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Harus diingat set induksi bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran hari itu. Sep 18

PENGISIAN KURIKULUM
Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang menggabungkan perkembangan terkini dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah.

a. Ilmu Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin. Contohnya, ilmu dalam bidang sains, geografi dan lain-lain yang dapat digunakan untuk memperkembang ilmu bahasa dan kemahiran bahasa.

KONSEP PENGGABUNGJALINAN, PEYERAPAN, PENGAYAAN, PEMULIHAN DAN PENILAIAN(5P)


Penggabungjalinan Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Penggabungjalinan berlaku antara kemahiran berbahasa daripada bidang yang berlainan, iaitu interbidang dengan kemahiran berbahasa dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa juga digabungjalinkan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut:

SISTEM BAHASA
Pengenalan Sistem Bahasa merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah. Fokus dalam Sistem Bahasa ialah pada pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan peribahasa. Tatabahasa Salah satu bukti kemahiran berbahasa seseorang ialah kebolehan menguasai tatabahasa. Ia meliputi kebolehan bertutur dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul, dan menulis dengan sistem ejaan yang tepat.

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH


Pengenalan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam setiap sesi pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan. Ia juga sebagai persediaan murid menghadapi senario dunia global yang sebenar. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai tambah untuk guru melaksanakan dalam bilik darjah.

SEMANTIK
MAKNA KATA ~disebut sebagai makna leksikal manakala bidang kajian yang meneliti makna leksikal ini disebut semantik leksikal ~makna kata atau leksikal merupakan subbidang linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa yang ditunjukkan atau dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu perkataan. makna leksikal bermaksud makna perkataan yang terdapat dalam kamus. Loading Send feedback

You might also like