Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

LEM/TEK/44 (BAHAGIAN H) Mac 2012 Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) Standard Pengiktirafan Baru dan Pengiktirafan Semula

Berdasarkan Kaedah Program Pendidikan Berterusan (Continuous Education Programme - CEP) No. Dokumen : JKPPPS/7

STANDARD PENGIKTIRAFAN BARU DAN PENGIKTIRAFAN SEMULA BERDASARKAN KAEDAH PROGRAM PENDIDIKAN BERTERUSAN (CONTINUOUS EDUCATION PROGRAMME - CEP)

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Batu 24, Jalan Dengkil 43800 Dengkil Selangor Laman web: www.aelb.gov.my Tel: 03-892258888 Faks: 03-89223685

Standard ini telah disedia oleh Jawatankuasa Kebangsaan Persijilan Pegawai Perlindungan Sinaran (JKPPPS). Ahli Jawatankuasa ini terdiri daripada: 1. Prof. Dr. Abd. Aziz Tajuddin (Pengerusi) Prof. Madya Samudi Yasir Dr. Universiti Sains Malaysia

2.

Muhamad Universiti Kebangsaan Malaysia

3.

Dr. Abd. Nassir Ibrahim

Persatuan Ujian Tanpa Musnah Malaysia (MSNT) Agensi Nuklear Malaysia Agensi Nuklear Malaysia Petronas Nasional Berhad Wakil industri Kementerian Kesihatan Malaysia Pusat Perubatan Universiti Malaya Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Lembaga Perlesenan Tenaga Atom

4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Dr. Noriah Mod Ali Ir. Dr. Mohamad Puad Abu Tn. Hj. Azizin Zainudin Tn. Hj. Yaziz Yunus En. Bazli Sapiin Pn. Azleen Mohd. Zain Pn. Monalija Kostor Pn. Noor Fitriah Bakri Pn. Noraini Razali (Setiausaha)

BIL

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. 2. 3.

Tujuan Pendahuluan Justifikasi pelaksanaan Program Pendidikan Berterusan (CEP) Jenis Aktiviti CEP Penetapan Kaedah Pelaksanaan CEP a. Pengiktirafan pekerja iaitu pengiktirafan baru atau pengiktirafan semula Agensi penganjur kursus

1 1 2

4. 5.

2 2

b. 6. 7.

Tarikh Kuatkuasa Lampiran 1: Aktiviti CEP dan Mata Pemberat serta Contoh Pengiraan Pemarkahan CEP Lampiran 2: Buku Log CEP

4 5

8.

TUJUAN 1. Dokumen ini bertujuan memberi panduan kepada Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS)/ Penyelia Sinaran (PY) dan lain-lain jawatan yang setara termasuk Pengendali Perunding, Tenaga Pengajar dan lain-lain jawatan untuk permohonan pengiktirafan baru atau pengiktirafan semula dengan menggunakan kaedah Program Pendidikan Berterusan (CEP). PENDAHULUAN 2. Subperaturan 16 (1), Peraturan-peraturan Pelesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas) 2010 menyatakan bahawa pemegang lesen hendaklah mengambil kerja seorang PPS dan Subperaturan 16(2) pula menyatakan walau apa pun Subperaturan (1), pemegang lesen boleh mengambil kerja seorang pakar yang berkelayakan sebagaimana yang diluluskan oleh pihak berkuasa yang berkenaan untuk menjalankan kewajipan seorang PPS. 3. AELB menetapkan bahawa seseorang PPS/PY yang dilantik hendaklah lulus Peperiksaan Persijilan PPS sebagaimana yang ditetapkan oleh AELB. Peperiksaan yang dikendalikan oleh AELB adalah bertujuan menguji tahap pemahaman calon mengenai penggunaan radas, prosedur perlindungan sinaran, prosedur kendalian biasa, prosedur semasa keadaan luar biasa dan sebagainya. 4. Pada masa ini tempoh maksimum pengiktirafan baru sebagai PPS/PY yang diberi oleh AELB adalah selama 5 tahun. Mereka yang akan tamat pengiktirafannya dan masih ingin menjadi PPS/PY, dikehendaki memohon kepada AELB untuk mendapatkan pengiktirafan semula dengan cara: a. Tanpa menduduki peperiksaan dengan mengemukakan maklumat berikut: i. Mengemukakan permohonan kepada AELB tidak kurang daripada 30 hari dan tidak lebih daripada 60 hari sebelum pengiktirafannya tamat; Mempunyai rekod perkhidmatan yang memuaskan semasa bertugas sebagai PPS/PY; Tidak putus tugas (practice) melebihi setahun dan ini hendaklah disahkan oleh Orang Bertanggungjawab Terhadap Lesen (OBTL) dengan menandatangani Perkara 5 di dalam borang permohonan; Telah menghadiri kursus perlindungan sinaran (yang dikendalikan oleh agensi yang diiktiraf dalam tempoh 3 tahun terakhir perkhidmatannya sebagai PPS/PY; dan Bagi aktiviti Radiografi Industri (NDT), PPS/PY berkenaan mestilah tidak pernah menerima dos terkumpul melebihi 18 mSv/tahun kalendar.

ii.

iii.

iv.

v.

b.

Dengan menduduki peperiksaan yang akan melalui proses seperti pengiktirafan baru.

JUSTIFIKASI PELAKSANAAN CEP 5. Berdasarkan kepada Perkara 4.a.iv di atas, seseorang PPS/PY dan Pengendali Perunding serta lain-lain jawatan yang memohon untuk lantikan semula hanya perlu menghadiri kursus perlindungan sinaran sekali dalam tempoh 3 tahun. 6. AELB hanya mengiktiraf kursus perlindungan sinaran yang berbentuk kursus refresher dan awareness yang diikiraf, dan tidak ada peruntukan bagi kursus-kursus lain. Syarat dilihat kurang memberi galakan dan insentif kepada PPS/PY dan Pengendali Perunding untuk terus meningkatkan ilmu dan kompetensi dalam bidang tugas sebagai PPS/PY. Oleh itu, bagi meningkatkan ilmu dan kompetensi khususnya dalam keselamatan sinaran, PPS/PY dan Pengendali Perunding perlu mengikuti CEP. 7. CEP bermaksud sebarang kursus, seminar, persidangan atau program latihan lain yang berkaitan dengan sekuriti dan keselamatan sinaran mengion yang boleh diterima sebagai memenuhi sebahagian daripada kehendak untuk memastikan PPS/PY dan Pengendali Perunding mendapat maklumat atau pengetahuan yang terkini berhubung dengan sekuriti dan keselamatan sinaran bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dan tanggung jawab dengan baik dan sempurna . 8. Tujuan CEP ini juga adalah untuk menggalakkan PPS/PY dan Pengendali Perunding sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran serta kesedaran di dalam perlindungan sinaran bagi memastikan keselamatan, sekuriti dan kawalgunaan teknologi nuklear dan sinaran selamat, terjamin dan terkawal. Selain itu, ia juga bagi memastikan PPS/PY dan Pengendali Perunding yang dilantik lebih berkualiti dan produktif dalam meningkatkan kemajuan dalam kerjaya. JENIS AKTIVITI CEP 9. Berikut merupakan 6 aktiviti CEP berkaitan perlindungan sinaran (mengion) yang telah dikenalpasti dan perlu diikuti oleh PPS/PY dan Pengendali Perunding bagi membolehkan pengiktirafan semula: a. b. c. d. e. f. Kursus yang diiktiraf oleh AELB Kursus dalaman (inhouse training) anjuran pemegang lesen sendiri Persidangan/ Seminar/ Bengkel/ Dialog/ Taklimat Aktiviti badan ikhtisas/ Persatuan Pengiktirafan kepakaran Penerbitan/ Penulisan

PENETAPAN KAEDAH PELAKSANAAN CEP 10. Penetapan kaedah pelaksanaan CEP terbahagi kepada 2 iaitu: a. Pengiktirafan pekerja iaitu pengiktirafan baru atau pengiktirafan semula a.1. Kaedah Pengiktirafan Baru

i.

PPS/PY dan Pengendali Perunding hendaklah dilantik terlebih dahulu oleh pemegang lesen dengan mengemukakan permohonan kepada AELB seperti yang ditetapkan . Bagi calon yang memohon pengiktirafan kurang daripada tempoh setahun selepas tarikh lulus peperiksaan, tempoh sah perlantikan adalah 5 tahun .

ii.

iii.

Walaubagaimanapaun, sekiranya calon telah lulus peperiksaan PPS dan tidak mengemukakan permohonan untuk diiktiraf sebagai PPS, PY atau Pengendali Perunding selepas setahun dari tarikh lulus peperiksaan PPS, calon berkenaan perlu mengemukakan rekod penglibatan beliau dalam aktiviti CEP dan tempoh sah pengiktirafan adalah bergantung kepada mata pemberat CEP yang diperolehi pada tahun semasa. Kaedah Pengiktirafan Semula Sekiranya PPS/ PY dan Pengendali Perunding ingin melanjutkan tempoh pengiktirafan selepas tamat tempoh sah, tempoh sah pengiktirafan semula bagi jawatan yang dipohon adalah bergantung kepada purata mata pemberat CEP bagi tempoh 3 tahun iaitu purata jumlah keseluruhan mata bagi aktiviti (Lampiran 1) . Tempoh sah pengiktirafan semula PPS/ PY dan Pengendali Perunding dan lain-lain jawatan, yang diperolehi oleh pemohon adalah berdasarkan jumlah mata pemberat CEP yang ditetapkan seperti berikut: > 30 mata; tempoh pengiktirafan semula adalah 5 tahun 21 - 30 mata; tempoh pengiktirafan semula adalah 3 tahun 11 - 20 mata; tempoh pengiktirafan semula adalah 2 tahun 0 - 10 mata; tempoh pengiktirafan semula adalah 1 tahun

a.2. i.

ii.

iii.

Calon hendaklah mengemukakan buku log sepertimana Lampiran 2 untuk penilaian AELB.

11. Walaubagaimanapun, sekiranya calon gagal mencapai 20 mata untuk 3 kali berturutturut semasa pembaharuan, PPS/PY dan lain-lain jawatan perlu dinilai semula untuk tujuan verifikasi semula pengiktirafan. 12. Selain itu, setiap pekerja sinaran perlu menghadiri dan mengumpul sekurangkurangnya 10 mata pemberat untuk setiap tahun bagi memastikan semua pekerja sentiasa mendapat ilmu pengetahuan yang terkini mengenai perlindungan sinaran. b. Agensi penganjur kursus b.1. Kaedah atas Penganjur Kursus

i.

Dalam melaksanakan kaedah CEP, latihan atau kursus perlindungan sinaran terbuka kepada semua penganjur kursus perlindungan sinaran dan ianya tidak tehad kepada pemegang lesen di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) sahaja. Oleh yang demikian, bagi penganjur kursus perlindungan sinaran yang memerlukan pengiktirafan mata CEP daripada AELB, penganjur hendaklah mengemukakan permohonan secara bertulis dengan mengemukakan maklumat kursus perkara berikut: Tempoh dan tarikh Agenda Objektif dan sasaran Kandungan dan silibus

ii.

iii.

Setiap permohonan hendaklah dikemukakan sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum kursus diadakan.

TARIKH KUATKUASA 13. Kaedah CEP ini berkuatkuasa 1 April 2012.

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Batu 24, Jalan Dengkil 43800 Dengkil Selangor
www.aelb.gov.my Tel: 03-89225888 Fax: 03-89223686

Lampiran 1 AKTIVITI CEP DAN MATA PEMBERAT SERTA CONTOH PENGIRAAN PEMARKAHAN CEP A. Bil 1. 1.1 1.2 1.3 2. Jenis Aktiviti CEP dan Mata Pemberat Aktiviti Kursus yang diiktiraf oleh AELB Sehari (8 jam) 2 hari atau lebih Kurang dari 8 jam Kursus dalaman (inhouse training) anjuran pemegang lesen sendiri Peserta Penceramah 1 3 Mata maksimum setahun adalah 12 setahun 5 10 Jumlah jam x 0.5 Mata Pemberat Catatan

2.1 2.2

3.

Persidangan/ Seminar/ Bengkel/ Dialog/ Taklimat

Penganjur perlu kemukakan agenda dan silibus Kursus selain awareness dan refresher perlu dinilai berdasarkan mata pemberat

3.1 3.2 3.3

Peserta Pembentang kertas kerja Jumlah jam yang telibat dengan topik perlindungan sinaran

5 15 Jumlah jam x 0.5

Sekiranya terlibat di peringkat antarabangsa, mata pemberat x 2 Contoh: suatu persidangan diadakan selama 3 hari, walaubagaimanapun topik perlindungan sinaran hanya 6 jam.

Bil

Aktiviti

Mata Pemberat

Catatan Oleh yang demikian, jumlah jam yang diambilkira untuk CEP adalah 6 jam

4. 4.1 4.2 4.3 5. 5.1 5.2 5.3

Aktiviti badan ikhtisas/ Persatuan Presiden/ Naib Presiden/ Setiausaha/ Bendahari AJK Ahli Biasa Pengiktirafan kepakaran Penggubal, Pemeriksa, Juruaudit, Penilai Pembantu Pemudah cara Menghadiri mesyuarat dan terlibat dengan aktiviti yang berkaitan Pengerusi AJK Ahli Penerbitan/ Penulisan Editor Penilai 20 10 10 5 3 10 5 3

5.3.1 5.3.2 5.3.3 6. 6.1 6.2

5 3 2

Sekiranya terlibat di peringkat antarabangsa, mata pemberat x 2

Lampiran 1 B. Kaedah Sistem Pemarkahan CEP

Bagi mendapatkan pengiktirafan semula, kaedah pemarkahan adalah seperti berikut: Mata CEP untuk tahun Pertama [Bil.1 + Bil.2 + Bil.3 + Bil.4 + Bil.5 + Bil.6] Mata CEP untuk tahun Kedua [Bil.1 + Bil.2 + Bil.3 + Bil.4 + Bil.5 + Bil.6] Mata CEP untuk tahun Ketiga [Bil.1 + Bil.2 + Bil.3 + Bil.4 + Bil.5 + Bil.6] Purata untuk 3 tahun { (a+b+c)/3 } Contoh pengiraan: Seseorang calon PPS atau pekerja sinaran hadir untuk kursus seperti berikut: Tahun 2011- Peserta kursus refresher anjuran Agensi Nuklear Malaysia Tahun 2011- Peserta persidangan/ taklimat anjuran AELB Tahun 2012 - Pembentang kertas kerja pada persidangan perlindungan sinaran anjuran Agensi Nuklear Malaysia Tahun 2012- Peserta persidangan di mana topik perlindungan sinaran hanya 4 jam Tahun 2012 dan tahun 2013 - Penceramah kursus awareness untuk pekerja sinaran sebanyak 3 kali setahun Oleh yang demikian, pengiraan mata CEP untuk 3 tahun adalah seperti berikut: Mata CEP untuk tahun 2011 [5 + 5] Mata CEP untuk tahun 2012 [15 + 4(0.5) + 10 ] Mata CEP untuk tahun 2013 [10] Jumlah Purata yang dikumpul untuk 3 tahun = 42/3 = 10 mata = 22 mata = 10 mata = 42 mata = 14 mata = a mata = b mata = c mata = d mata

Oleh itu, tempoh sah pengiktirafan semula sebagai PPS adalah selama 2 tahun

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Batu 24, Jalan Dengkil 43800 Dengkil Selangor
www.aelb.gov.my Tel: 03-89225888 Fax: 03-89223686

Lampiran 2 BUKU LOG PROGRAM PENDIDIKAN BERTERUSAN (CEP)


Buku Log ini hendaklah dilengkapkan oleh semua calon sebelum mengemukakan permohonan pengiktirafan baru atau pengiktirafan semula kepada AELB

Nama: No Kad Pengenalan: Alamat Pejabat:

Jawatan: No. Kad Pekerja Sinaran (jika ada): Syarikat: No. lesen: Sila catatkan semua rekod aktiviti CEP dalam jadual dibawah PERLU DILENGKAPKAN OLEH PEMOHON Kategori Penerangan aktiviti CEP CEP (1-6) Tempat Penganjur (senaraikan aktiviti) PERLU DILENGKAPKAN OLEH OBTL Bil. jam / hari Mata Pemberat *Kaedah verifikasi Tandatangan OBTL/ Tarikh

Tarikh penglibatan

PENGIRAAN MATA PEMBERAT


(Pemohon perlu melengkapkan pengiraan mata pemberat yang dikumpul untuk 3 tahun terakhir)

a. Mata pemberat CEP untuk tahun Pertama [1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6] b. Mata pemberat CEP untuk tahun Kedua [1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6] c. Mata pemberat CEP untuk tahun Ketiga [1 + 2 + 3 + 4 + 5 + 6] d. Purata untuk 3 tahun { (a + b + c) / 3 } UNTUK KEGUNAAN AELB SAHAJA Tarikh permohonan: Jumlah mata pemberat diperolehi: Catatan/ Ulasan Pegawai Penilai:

= .............. mata = .............. mata = .............. mata = .............. mata

Rujukan permohonan:

Nama: Jawatan: Tarikh:

Keputusan: LULUS/ GAGAL ( ....................................................) b.p: Ketua Pengarah Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Tarikh: ..........................................

10

You might also like