Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

HURAIAN RPH

Profil Kelas Untuk rancangan pengajaran harian ini, ia melibatkan murid daripada kelas pemulihan Pendidikan Islam Tahun 2 Bestari dari Sek. Keb. Bukit Rambai, Melaka. Kelas ini terdiri daripada 10 orang murid sahaja dan dilaksanakan di dalam bilik j-Qaf. Tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari itu ialah berkaitan dengan Fardhu Ain iaitu Solat Tiang Agama yang hanya memfokuskan kepada pengertian solat fardhu,5 nama solat fardhu dan bilangan rakaat solat tersebut.

Sesi P&P ini dijalankan selama 60 minit dimana ia bermula pada jam 8.40 pagi sehingga jam 9.40 pagi. Guru akan mengatur kedudukan murid di dalam kelas untuk memudahkan sesi P&P yang akan dijalankan berjalan dengan lancar. Tajuk ini sebenarnya telah didedahkan lebih awal lagi disekolah agama dan murid-murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan pengertian solat, 5 nama solat fardhu dan bilangan setiap rakaat solat tersebut.

Turutan Aktiviti P&P Guru memulakan sesi P&P dengan ucapan salam dan bacaan doa belajar bersama-sama dengan murid-murid.

Set induksi : Untuk set induksi, proses ini dijalankan secara ringkas iaitu selama 5 minit sahaja dimana guru memperdengarkan potongan lagu nasyid Sepohon Kayu dan lafaz azan melalui pita rakaman yang telah disediakan. Dengan sedikit alunan lagu nasyid dan lafaz azan yang telah diperdengarkan, sedikit sebanyak murid mendapat gambaran awal tentang tajuk yang akan di ajarkan oleh guru pada hari itu.

Guru bertanyakan secara ringkas kepada murid apa kaitan lagu yang telah diperdengarkan dengan tajuk yang akan dipelajari. Murid mula cuba menjawab dengan pelbagai bentuk jawapan terhadap soalan yang diberikan guru. Secara tidak langsung dalam set induksi ini, dapat membina kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif pelajar serta menjana minda mereka untuk meneka apakah tajuk yang akan di ajarkan oleh guru. Seterusnya guru mengaitkan nasyid dan lafaz azan tadi dengan pembelajaran hari ini.

Turutan Aktiviti P&P Seterusnya, dalam bahagian atau proses perkembangan, guru telah

menerangkan secara terperinci serta menjelaskan kepada murid berkaitan tajuk yang akan dipelajari. Guru mempamerkan pengertian solat dengan bantuan LCD serta membacakan pengertian tersebut. Antara langkah-langkah atau cara-cara yang telah di gunakan dalam proses ini termasuklah memaparkan pengertian solat dalam Bahasa Melayu dan murid boleh membaca pengertian tersebut dengan baik. Selain daripada itu, guru juga menyelitkan secara ringkas perbandingan solat dan tempat solat antara orang Islam dan bukan Islam. Proses memperkenalkan pengertian solat ini berjalan selama 10 minit.

Kemudian, sesi P&P diteruskan dengan menyatakan 5 nama solat fardhu iaitu (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isya). Guru mempamerkan 5 nama solat fardhu tersebut melalui LCD dan murid mengikut bacaan yang dibaca oleh guru. Kemudian murid-murid diminta untuk menyebut 5 nama solat fardhu tersebut secara individu, berkumpulan dan kelas. Selain daripada itu, guru juga menunjukkan situasi gambar pada waktu siang dan malam untuk murid meneka pada waktu manakah solat fardhu tersebut dilakukan. Guru memberikan ruang kepada murid untuk meneka jawapan yang betul. Selepas itu guru menerangkan pula situasi gambar yang telah ditunjukkan tadi dengan solat yang wajib dilakukan pada waktu tersebut. Sesi ini berjalan selama 20 minit.

Sesi P&P yang seterusnya adalah menyatakan bilangan rakaat bagi setiap waktu solat fardhu. Guru mengadakan sesi interaksi dua hala dengan murid dengan cara bersoal jawab secara individu dan berkumpulan berkaitan bilangan solat fardhu yang wajib diketahui. Murid mula cuba meneka dan menjawab persoalan yang diberikan secara beramai-ramai. Seterusnya guru membacakan dan menyenaraikan satu persatu bilangan solat tersebut melalui LCD dan kad nombor yang telah disediakan.

Sebagai aktiviti pengukuhan untuk mengingat bilangan setiap rakaat solat fardhu tersebut, guru memberikan murid-murid satu permainan dadu yang telah ditulis bilangan rakaat solat pada permukaannya, kemudian dadu itu akan dibaling dan murid akan meneka nama solat berdasarkan bilangan pada dadu tersebut. Berdasarkan aktiviti yang dilakukan ini secara tidak langsung dapat memupuk minat murid untuk mengingat setiap perkara yang telah dipelajari di dalam kelas serta mampu membuat perbandingan nombor melalui bilangan rakaat solat .

Selain itu, guru juga memberikan peluang kepada murid untuk bertanya sekiranya murid tidak mengetahui ataupun tidak memahami apa yang diajar. Guru tidak hanya memberikan penerangan tanpa bersoal jawab dengan murid-murid. Pendekatan ini agak berkesan untuk memastikan murid-murid memahami apa yang diajar serta dapat memastikan ilmu yang disampaikan dapat diserap kedalam minda murid-murid.

Aktiviti P&P yang terakhir adalah rumusan terakhir daripada guru berkaitan dengan tajuk yang telah diajarkan. Guru membuat rumusan terhadap ibadat solat fardhu melalui paparan isi pada kad perkataan dan paparan gambar dan meminta murid-murid mengulangi semula berkaitan tajuk yang telah dipelajari. Seterusnya, murid-murid diminta membacakan pengertian solat, 5 nama solat fardhu dan bilangan rakaat solat pada paparan LCD. Sebelum mengakhiri sesi P&P pada hari tersebut, guru mengedarkan lembaran kerja untuk murid-murid selesaikan di rumah. Murid-murid juga diminta untuk membuat ulangkaji semula di rumah apa yang dipelajarinya hari ini.

Secara keseluruhannya, proses P&P yang dijalankan adalah baik. Walaupun terdapat beberapa kelemahan tetapi guru masih boleh memperbaiki teknik P&P yang berkesan agar proses P&P akan berjalan dengan lebih lancar. Guru juga meminta pandangan dan nasihat daripada guru-guru yang lebih berpengalaman agar proses P&P dapat mencapai tahap cemerlang. Walaubagaimanapun sebagai guru tidak terlatih yang masih belum mempunyai pengalaman, proses P&P ini masih boleh dikatakan baik dan mencapai objektif dimana keseluruhan murid di dalam kelas tersebut dapat menyatakan 5 nama solat fardhu beserta bilangan rakaatnya dengan baik seterusnya berjaya melaksanakan keseluruhan aktiviti dengan jayanya.

You might also like