Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

( KPD3016 & KPD3026 ) PENGAJARAN,TEKNOLOGI & PENAKSIRAN UJIAN 2 (SOALAN 2) 20% NAMA PELAJAR : NORHALIZA BINTI AHMAT NO.

. KAD PENGENALAN : 750404-06-5090 NO. MATRIKS : D20102042957 KUMPULAN E-LEARNING : EL-A42 NAMA PENSYARAH :

PUSAT PENGAJIAN: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) SEMESTER 1, SESSI 2011 INSTITUT PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Bahagian Pencapaian Pasukan Murid (BPPM) merupakan satu strategi pembelajaran kooperatif yang dipelopori oleh Robert Slavin. Pilih satu hasil pembelajaran daripada huraian sukatan pelajaran bagi subjek yang diajar di sekolah (selain daripada Bahasa Cina atau Bahasa Tamil) dan huraikan secara ringkas (tidak melebihi satu muka surat, 1.5 spacing), bagaimana hasil pembelajaran tersebut dapat dicapai murid menggunakan strategi BPPM. Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam, saya memilih tema Adab dan Akhlak Islamiah di mana topiknya ialah Adab didalam kehidupan seharian. Subtopikya adalah adab menolong ibu bapa. Di akhir pembelajaran ini murid dapat menyatakan bentuk-bentuk pertolongan kepada ibu bapa. Saya telah memilih teknik Bahagian Pencapaian Pasukan Murid (BPPM) untuk mencapai hasil pembelajaran. Menurut Slavin (1995) Bahagian Pencapaian Pasukan Murid (BPPM) merupakan satu strategi pembelajaran pembelajaran koperatif membabitkan pelajar bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah secara berkongsi. Beliau menyatakan pembelajaran koperatif membantu pelajar untuk mengembangkan perasaan satu kumpulan dalam memperkenalkan keperluan saling membantu dan saling menyokong situasi pembelajaran.

Fasa yang pertama dalam BPPM ini ialah pengajaran dimana guru menerangkan peraturan aktiviti perbincangan pasukan dan cara melaksanakannya. Setelah masa 5 minit diberikan untuk perbincangan, wakil bagi setiap kumpulan di panggil ke hadapan bergilir-gilir dan menyerahkan hasil perbincangan dalam bentuk kad permainan. Fasa yang kedua ini Kelas dibahagikan kepada 5 kumpulan. (6 orang setiap kumpulan). murid berkenaan perlu melakonkan gaya atau menyampaikan ayat dalam kad tersebut kepada rakan kumpulan tanpa menggunakan mulut / bercakap. setiap kumpulan diberikan 2 soalan dan diteka secara bergilir-gilir. kad jawapan yang sudah diteka akan ditampal di papan putih.

Fasa yang ketiga ialah pengujian di mana dalam pengajaran saya murid berbincang bersamasama tentang pertolongan kepada ibu bapa sama ada keduanya masih hidup mahupun telah meninggal dunia. Lalu murid diminta mengisi jawapan dalam lembaran kerja yang diberikan. Murid juga diminta untuk berfikir dan menyatakan akibat tidak mengamalkan adab terhadap ibu bapa untuk diisi dalam lembaran kerja. Fasa yang terakhir ialah pengiktirafan pasukan iaitu setiap kumpulan diberikan 2 minit untuk meneka. Jawapan yang penuh = 10 markah, jawapan separuh = 5 markah dan tiada jawapan / salah = 0 markah.. Kumpulan yang menang akan diberikan Bintang dan diletakkan di papan kenyataan bilik darjah, apabila akhir tahun pelajar yang banyak mendapat bintang akan diberikan hadiah. Secara keseluruhannya hasil pembelajaran akan tercapai dengan memilih strategi BPPM. pelajar akan bekerja bersama-sama, belajar untuk saling memberi dan menerima, bantu-membantu, berkongsi idea dan mencari cara baru bagi menyelesaikan masalah.

You might also like