Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kesan Perbezaan Individu Perbezaan individu mempunyai perhubungan yang rapat dengan persekolahan dan pembelajaran kanak-kanak.

Kesan perbezaan individu ke atas kemajuan persekolahan kanak-kanak dapat dihuraikan seperti di bawah ini : a. Kesediaan untuk belajar Umur merupakan faktor yang penting dalam menentukan kesediaan untuk kanakkanak belajar. Kanak-kanak yang sama umurnya tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Perbezaan disebabkan oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakang keluarga dan juga pengamalan persekolah sperti sekolah rendah. b. Kebolehan kecerdasan yang berbeza di antara kanak-kanak Manusia berbeza dalam kecerdasan dan kebolehan. Berbagai jenis ujuan dapat dilakukan untuk mengukur darjah kecerdasan kanak-kanak misalnya kecerdasan ama kanak-kanak boleh diuji dengan menggunakan pengkelasan Binet. Pelajar yang jimban akan mencapai had boleh ajarnya lagi awal daripada pelajar normal. Pelajar yang bijak boelh dijangka akan mencapai kemajuan yang baik dalam persekolahannya. Tetapi sikap dan latar belakang keluarga seseorang pelajar itu tetap mempengaruhi kemajuannya. Pelajar yang telah mengetahui akan nilai pendidikan akan lebih bermotivasi dalam menimba ilmu. c. Kebolehan psikomotor Kanak-kanak pada sebarang peringkat umur berbeza dalam kebolehan mereka untuk melaksanakan kegiatan yang melibatkan psikomotor. Pada amnya penyelarasan psikomotor dan kebolehan untuk melakukan sesuatu dengan jayanya dengan kemahiran psikomotor yang lebih kompleks bertambah dengan meningkatnya umur. Peningkatan umur akan membawa bersamanya kuasa untuk mengekalkan perhatian, penyelarasan otot, kepantasan, ketetapan kawalan dan penentangan kepada kelesuan. Kanak-kanak di peringkat sekolah rendah harus menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran menulis, membaca dan mengira. d. Perbezaan jantina Dalam kebanyakan lapangan belajar, perlakuan kanak-kanak lelaki dan perempuan menunjukkan sedikit perbezaan kecuali sebagai minat atau peluang individu untuk belajar yang mungkin mempengaruhi kemajuan persekolahan mereka. Perbezaan pada kebolehana di antara jantian masih belum lagi dapat dikaji dengan secukupnya untuk merumuskan satu kesimpulan am yang boleh dikatakan sempurna.

e. Perbezaan latar belakang Kita selalu mendengar bahawa setengah sekolah mendapatkan keputusan peperiksaan umum yang lebih cemerlang dan lebih baik. Ibu bapa pun mahu menghantarkan anak-anak mereka ke sekolah yang terkenal itu. Sebenarnya muridmurid di sekolah terkenal adalah bergantung kepada latar belakang keluarga mereka. Kebanyakkan mereka menerikam tuition dan pengajaran tambahan di rumah. Latar belakang yang dialami oleh seseorang pelajar boleh didapati yang menolong atau melambatkan pencapaian persekolahan pelajar. Minat individu, sikap terhadap sekolah dan terhadap mata pelajaran dan guru yang tertentu disuburkan hasil dari sikap di rumah, kebolehan atau kesanggupana untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran tetap mempengaruhi kesan persekolahan kanak-kanakq f. Kemudahan sekolah dan sikap guru Kajian menunjukkan bahawa kemudahan sekolah dan sikap guru terhadap pelajarpelajar dan pekerjaannya akan mempengaruhi kesan kemajuan persekolahan kanak-kanak. Kita pernah mendengar pendapat dan pujian terhadap jasa baik sekolah dan guru daripada bekas pelajar dan sebagainya Kepentingan Menguasai Ilmu Perbezaan Individu Guru boleh menangani masalah perbezaan individu dengan menitikberatkan atau memberi pertimbangan kepada aspek-aspek tertentu semasa merancang atau melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Aspek-aspek tersebut termasuklah: 1. Memahami perbezaan murid Penting untuk guru memahami perbezaan murid dari segi fizikal, mental dan emosi. Pemahaman seperti ini adalah amat penting kepada guru agar dapat memberi layanan yang sewajarnya kepada murid-murid. Ini dapat mengelakkan guru bersikap pilih kasih. 2. Memahami tingkah laku murid Guru perlu memahami tingkah laku muridnya agar persefahaman dan perhubungan yang baik di antara murid dan guru dapat dicapai. Guru akan bersifat lebih bertimbang rasa dan bersimpati dengan murid setelah memahami tingkah laku, kebolehan serta minat murid yang berbeza. Dengan itu guru dapat merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang diingini dengan memberi bimbingan yang sewajarnya. 3. Meramal tingkah laku murid Meramal atau menelah gerak balas dan tingkah laku yang mungkin timbul dalam sesuatu situasi adalah penting. Sebagai contoh, jika terdapat seseorang murid hiperaktif di dalam kelas yang hendak diajar, apa agaknya perilaku yang mungkin timbul semasa guru mengajar? Bagaimana cara guru mengatasi masalah tersebut? Apa reaksi murid-murid lain yang mungkin tergolong

dalam kumpulan introvert? Persoalan-persoalan ini mungkin dapat diandaikan dan dijawab oleh guru sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 4. Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar Setelah beberapa bulan seseorang guru itu mengajar di sesebuah kelas, dia akan dapat mengesan gaya kognitif dan gaya belajar pelajar-pelajarnya yang berbezabeza. Ada yang suka belajar menggunakan audio, ada yang visual, ada yang memproses maklumat secara global dan ada yang secara analitikal. Ini perlu difahami supaya guru dapat menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian. 5. Penetapan objektif pengajaran dan pembelajaran Oleh kerana tahap kecerdasan berbeza di kalangan pelajar, dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan pelajar. Guru juga perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan, supaya pelajar yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak berasa bosan. 6. Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik Guru perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, untuk melayan pelajar yang berbeza. Aktiviti berkumpulan sangat sesuai dilaksanakan kerana pelajar di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan. Dengan melakukan aktiviti secara kumpulan, pelajar yang cerdas boleh membantu pelajar yang lemah. 7. Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Bahan-bahan itu pula mestilah bersesuaian dan boleh digunakan oleh semua murid. Guru perlu mengelakkan pengunaan bahan yang sesetengah pelajar tidak dapat menggunakannya. 8. Menyediakan program pemulihan dan pengayaan Guru perlu merancang dan mengadakan program pemulihan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi supaya masalah pembelajaran tidak berhimpun sehingga ke peringkat yang tidak boleh dipulihkan lagi. Manakala bagi murid yang cerdas pula, program pengayaan yang pelbagai perlu diberikan supaya mereka tidak bosan pembelajaran. 9. Merancang Aktiviti Alternatif

Adakalanya guru beranggapan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang itu amat sesuai dan bertepatan dengan objektif yang hendak dicapai. Namun semasa melaksanakannya, guru mendapati kaedah atau teknik, strategi, serta pendekatan yang digunakan kurang sesuai dengan sesetengah muridmuridnya. Keadaan ini akan menyebabkan guru menjadi serba salah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi jika guru telah merancang aktiviti alternatif selain daripada apa yang terdapat dalam rancangan pengajaran, dia boleh melakukan pengubahsuaian serta merta mana-mana yang perlu. 10. Sentiasa bertolak ansur Guru harus memahami bahawa setiap pelajar itu unik dan berbeza-beza. Oleh itu guru juga haruslah sentiasa bertolak ansur dengan para pelajarnya dalam apa jua keadaan. Misalnya, guru telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan paling bersesuaian setelah mempertimbangkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, namun masih ada muridnya yang tidak dapat mencapai objektif pelajaran atau yang lebih teruk lagi ada di kalangan pelajar ekstrovert yang menimbulkan gangguan semasa guru melaksanakan pengajaran itu. Jika berhadapan dengan perkara ini, guru haruslah bersabar melayani karenah anak muridnya

Konsep kendiri positif Bagi pelajar yang mempunyai konsep kendiri positif, mereka mempunyai persepsi kendiri yang positif,menikmati penerimaan daripada ibu bapa, rakan sebaya dan gurunya serta memperoleh perasaan penghargaan diri yang tinggi. Ini membolehkan mereka melibatkan diri secara bersungguh-sungguh dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran. Dalam proses p&p, mereka lebih berani menyoal, berani mencuba sesuatu yang baru dan penuh keyakinan. Mereka sedia menerima kritikan dan pendapat orang lain. Di samping itu, mereka bersifat tenang semasa menghadapi cabaran dan optimistik dalam apa-apa situasi. Konsep kendiri negatif Sekiranya pelajar mempunyai konsep kendiri yang negatif, mereka adalah kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak berani mencuba. Dalam proses p&p, mereka bersifat penakut, pemalu dan tidak berani memikul tanggungjawab. Mereka sering menunjukkan wajah yang muram dan masam muka. Kurang melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran dan kurang sudi bergaul atau bekerjasama dengan orang lain. Mereka juga mudah terganggu dan mudah berputus asa. Mereka adalah sensitif terhadap kritikan daripada orang lain dan tidak sudi mendengar atau menerima teguran orang lain.

You might also like