Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Berkaitan dengan perbincangan ini terdapat tiga punca kecacatan iaitu faktor biologi, psikologi dan persekitaran.

Menurut Jamilah Mohamed (2006) sebenarnya sukar untuk menentukan kanak-kanak yang mengalami kecacatan dalam ketogori tertentu sahaja secara total. Oleh itu terdapat perbagai kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak seperti autisma, terencat akal, palsin serebrum, hiperaktif, pekak, buta dan lain-lain.

Punca utama mengapa terjadinya kecatatan perbagai tidak dapat dipastikan sepenuhnya tetapi dalam setengah keadaan boleh dikesan ketika bayi dalam kandungan seperti keadaan pramatang atau tidak cukup bulan. Selain daripada itu, jangkitan penyakit yang dalami oleh ibu semasa mengandung dan penyakit-penyakit lain yang dibawa oleh virus. Toksemia ialah keadaan dimana terdapat bahanbahan beracun dalam saluran darah ibu semasa mengandung. Selain itu, pemakanan ibu yang tidak seimbang iaitu kurang zat makanan akan memberi kesan kepada janin yang kurang protein, vitamin dan zat besi. Permasaalahan yang timbul menyebabkan terencat otak dan lewat perkembangan motor dan neuro.

Selain daripada itu pencemaran dan toksin dalam persekitaran yang boleh membawa kepada kanak-kanak mengalami kecatatan pelbagai seperti autisma. Permasaalahan yang wujud akibat kejadian autism adalah berpunca rumah yang terletak berhampiran dengan kilang yang mengeluarkan asap yang banyak. Berkaitan dengan zat makanan pula seperti bahan pengawet dan pewarna tiruan boleh menyebabkan pembentukan perilaku hiperaktifb kepada anak Oleh yang demikian, langkah pencegahan yang perlu diambil oleh ibubapa atau penjaga sewajarnya tidak membiarkan kanak-kanak mengalami demam panas yang berpanjangan. Jika dibiarkan, kanakkanak yang mengalami demam boleh mendapat demam sawan. Jika demam berlarutan ibu bapa perlu mendapat rawatan di hospital. Selain itu, kecederaan atau hentakan yang kuat dikepala perlu dielakkan kerana dia boleh menggangu pintasan elektrik di otak. Kecederaan ini boleh merosakkan sistem saraf dan mereka yang terlibat boleh mengalami kerencatan akal yang kekal. Langkah pencegahan yang seterusnya ialah melaksanakan program kerjasama antara terapi bahasa, terapi pertuturan, ahli psikologi, guru pendidikan khas, pentadbiran dan ahli-ahli lain akan mampu membina modul serta pendekatan pengajaran yang boleh digunakkan oleh ibu bapa bagi mengembangkan potensi kanakkanak ini. Kesimpulannya langkah pencegahan daripada pihak ibubapa dan keluarga dapat mengelakkan berlaku kecatatan yang lebih teruk.

Salam Sejahtera,

Saya bersetuju dengan pandangan cikgu. Kanak-kanak yang mempunyai lebih dari satu kecacatan pelbagai merupakan tamparan hebat kepada ibu bapa dan keluarga dan ini merupakan satu cabaran yang sangat besar. Kanak-kanak yang mengalami kecacatan pelbagai adalah mereka yang secara tradisinya dianggap kanak-kanak yang mempunyai masalah mental yang cukup berat dimana mereka menghadapi kesulitan dalam pergerakan dan masalah dalam tingkah laku.

Kanak-kanak pelbagai kecacatan ini kebanyakannya memerlukan sokongan tambahan daripada guru pendidikan khas, ibu bapa sendiri, pembantu pengurusan murid dan pekerja sosial. Ibu bapa perlu sedar tentang kewujudan kecacatan kelahiran atau kromosom dari ibu bapa mereka, adik-beradik dan keluarga terdekat. Selain daripada itu, pasangan boleh mengambil langkah untuk mengurangkan risiko bukan genetik dan alam sekitar yang boleh menyebabkan mutasi telur, sperma atau gen bayi. Amalkan gaya hidup sihat, bermula sebelum mengandung. Elakkan pengambilan dadah, merokok dan alkohol terutama ketika mengandung. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil pil suplemen tambahan. Jangan makan ubat-ubatan sendiri jika ia memerlukan preskripsi doktor.

Punca-punca yang dikenal pasti: 1-Peringkat Prenatal (sebelum kelahiran bayi) 2-Peringkat Perinatal (semasa kelahiran bayi) 3-Peringkat pasca natal / postnatal (selepas kelahiran bayi) Semasa bayi berada dalam rahim ibu pelbagai masalah mungkin timbul yang boleh menjejaskan seseorang bayi hingga menyebabkan kelahiran menjadi masalah.

1-Peringkat Prenatal a. Baka- ini disebabkab didalam kromosom yang menyebabkan Sindrom Down ataupun Mongoloid. Kanak-kanak DS ini mempunyai 42 kromosom berbanding kanak-kanak normal iaitu 46 kromosom. (Istilah Sindrom merujuk kepada symptom atau cirri-ciri yang menentukan sesuatu penyakit ataupun keadaan) b. Jangkitan- Kecacatan di bahagian otak @ sisitem saraf yang berlaku sewaktu proses mengandung. Ibu yang menghidap campak, rubella, atausiflis. Jangkitan ini akan memnyebabkan kecacatan embrio. ( Rubellasejenis demam campak. Siflis sejenis penyakit berjangkit melaluihubungan sulit)

c. Dadah dan alkohol- Dadah terdapat dalam pelbagai bahan seperti bahan pembekuan, pencegahan pembekuan, steroid, kuinina, hormon, antibodi dan autihistamin.

You might also like