Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

GARIS PANDUAN PELAKSAAN INKLUSIF PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

1.0 APA ITU PENDIDIKAN INKLUSIF?

Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka.(KamariahJarji,1994). Abraham, Morris and Wald (1993): one in which children with and without disabilities learn and play together. Bowe (1995): an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no disabilities.

2.0 PENCALONAN

Pencalonan dibuat berdasarkan kemampuan dan prestasi pelajar berkeperluan khas yang berada di program pendidikan khas integrasi yang dikenalpasti boleh :

Mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dalam aliran perdana Bersosialisasi Menduduki peperiksaan awam 3.0 KONSEP DAN DASAR PENDIDIKAN INKLUSIF Berkaitan dengan pendemokrasian pendidikan dan konsep keadilan kepada: i. ii. iii. iv. Kanak-kanak mempunyai banyak persamaan Agen yang baik boleh mengajar semua jenis kanak-kanak. Semua kanak-kanak boleh dibekalkan dengan kualit pendidikan yang tinggi. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid/childcentered.

4.0 OBJEKTIF PENDIDIKAN INKLUSIF.

I. II.

Membolehkan pelajar pendidikan khas mendapat tempat yg sama dalam pendidikan. Menempatkan pelajar pendidikan khas ini daalm persekitaran yang seakan normal

mengikut kesesuaian pendidikan untuknya.

III.

Membolehkan pelajar pendidikan khas tersebut menyesuaikan diri dalam semua aspek

kurikulum dan kokurikulum sejak dari awal.

IV.

Membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kemahiran dan kebolehan yang

setanding dengan rakan-rakan yang normal.

V.

Membolehkan mereka hidup berdikari mengikut kelaziman orang normal.

VI.

Mendapat perhatian dan tanggungjawab ibu bapa dan masyarakat.

5.0 PENEKANAN DALAM PENDIDIKAN INKLUSIF

I. II. III. Cipta. IV. V. VI. VII.

Pemupukan budaya ilmu, iaitu melalui amalan membaca berfikir, berkarya dan belajar. Penerapan nilai-nilai murni. Pendidikan teknik dan vokesional spt pelajaran Kemahiran Hidup dan pelajaran Reka

Pendidikan sains teknologi serta penguasaan bahasa lain. Pemupukan budaya niaga & keusahawanan. Menanam semangat kenegaraan melalui sifat patriotisme dan perpaduan. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang komputer.

6.0 PERLAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF.

I.

Fleksibel dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran dan pengubahsuaian kurikulum

mengikut aras dan keupayaan pelajar. II. kompleks. III. IV. Galakan kemahiran komunikasi dan interaksi. Melibatkan pelajar dalam pengajaran dan bina keyakinan diri, daya saing dan daya tahan. Berasaskan kepada prinsip pengajaran iaitu dari senang ke susah dan dari mudah ke

Sediakan aktiviti P&P yg menarik. V. VI. sama. VII. Murid berkeperluan khas ditempatkan ke kelas mengikut keputusan mesyuarat . Berikan penekanan kepada kurikulum bersepadu. Waktu bimbingan / resos dicatatkan dalam jadula waktu peribadi dan penulisan rph adalah

VIII.

Guru pendidikan khas akan bersama murid berkeperluan khas sepanjang proses pengajaran

dan pembelajaran. IX. Pelajar berkeperluan khas diberi tempoh percubaan 3 bulan untuk tujuan penyesuaian di

program pendidikan inklusif. X. Penilaian: Penilaian pelajar berkeperluan khas dibuat dengan menggunakan senarai semak / ujian formatif

dan sumatif dari aspek: Tingkah laku Sosial Akademik Pelajar berkeperluan khas yang berjaya melepasi penilaian akan terus berada di program

pendidikan inklusif. Pelajar berkeperluan khas yang gagal melepasi penilaian dalam tempoh percubaan akan

kembali semula ke program pendidikan pra inklusif.

7.0 BENTUK PENDIDIKAN INKLUSIF

7.1

Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa

pelajar mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar biasa. Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah samada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku. Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam 7.2 Pendidikan Separa Inklusif

Pelajar mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas. Senarai nama pelajar pada daftar program Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. Ujian mata pelajaran terlibat sama dengan pelajar biasa. Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah bergantung kepada laporan prestas atau RPI oleh guru untuk menentukan samada pelajar itu layak atau sebaliknya.

8.0 MODEL-MODEL PENDIDIKAN INKLUSIF

1.Model A Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian kurikulum dan strategi P&P. 2.Model B Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas. 3.Model C Penempatan dalam kelas biasa dan dalam Kelas Khas/BilikResos/ Pusat Sumber. 4.Model D Penempatan di Sekolah Khas (BaseSchool) dan kelasSatellite di sekolah biasa.(OctopusModel) 5.Model E Penempatan sepenuhmasa di Sekolah Pendidikan Khas. 6.Model F Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

9.0 KEBAIKAN PENDIDIKAN INKLUSIF

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Memberi peluang kepada mereka menimba pelbagai ilmu pengetahuan. Dapat berinteraksi dengan semua pelajar normal. Pelajar aliran perdana mendapat keuntungan dari usaha mereka membantu. Semua pelajar menikmati faedah dari pembelajaran bersama guru pendamping/ resos. Meningkatkan kerjasama antara pentadbir dengan guru-guru. Penglibatan ibu bapa dalam komuniti sekolah. Memungkinkan pelajar pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti masyarakat

setempat. 8. Menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas untuk berdikari dan

memperolehi peluang pekerjaan.

10.0 KELEMAHAN PENDIDIKAN INKLUSIF

I. II. pendidikan khas. III. aliran perdana. IV. kerjasama. V. VI. inklusif.

Kurangnya tumpuan dan perhatian pelajar-pelajar pendidikan khas. Guru mata pelajaran sukar memberi tumpuan yang sepatutnya kepada pelajar

Pelabelan terhadap pelajar pendidikan dalam kalangan rakan sebaya dan guru

Sikap guru aliran perdana terhadap program inklusif dan sukar memberi

Kurangnya komitmen antara guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas. Pelajar pelajar pendidikan khas belum bersedia sepenuhnya dalam pnp kelas

VII. VIII. IX.

Kurang penyeliaan dari pihak pentadbiran. Kurang kerjasama dari ibu bapa. Jurang yang besar dalam kurikulum .

11.0 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN INKLUSIF Peranan Dan Tanggungjawab Pengetua/Guru Besar i. ii. Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program

pendidikan inklusif. iii. iv. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif. Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program

pendidikan inklusif di sekolah. v. Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan murid program pendidikan

inklusif di sekolah. vi. di sekolah. vii. Merancang dan melaksana Program Motivasi murid program pendidikan inklusif. Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program pendidikan inklusif

B. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (GPKPK)

i. ii.

Naib Pengerusi Jawatankuasa program pendidikan inklusif sekolah. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pengurusan dan ikhtisas program

pendidikan inklusif. iii. iv. Bertanggungjawab terhadap Polisi dan Objektif . Bertanggungjawab terhadap semua perancangan dan pelaksanaan program

pendidikan inklusif di sekolah. v. Penolong Ketua Penilai dan Pemantau semua hasil kerja guru, dan pelajar program

pendidikan inklusif di sekolah. vi. Penolong Ketua bimbingan bagi semua guru yang terlibat dengan program

pendidikan inklusif di sekolah. vii. Merancang dan melaksana Program Motivasi pelajar program pendidikan inklusif.

Guru Kelas i. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif .

ii. semasa . iii. iv. v.

Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan pengajaran

Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas. Membuat penilaian. Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas.

C. Guru Mata pelajaran i. ii. semasa . iii. iv. v. Menerima kemasukan pelajar berkeperluan khas. Membuat penilaian. Membuat laporan prestasi pelajar berkeperluan khas. Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif . Bersama guru pendidikan khas merancang dan menyediakan rancangan pengajaran

Guru Pendidikan Khas (Guru Pembimbing) i.Menjadi ahli jawatankuasa program pendidikan inklusif . ii.Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa bersama guru mata pelajaran. iii.Mengenalpasti kesediaan pelajar berkeperluan khas untuk ditempatkan di pra inklusif. iv.Merancang dan melaksanakan P&P di pra inklusif v.Menilai pelaporan prestasi dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. vi.Membimbing pelajar berkeperluan khas secara individu atau berkumpulan di Kelas Pendidikan Khas semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran di kelas aliran perdana. vii.Menjalankan pengukuhan dan pengayaan pada pelajar berkeperluan khas selepas pengajaran dan pembelajaran di aliran perdana. viii.Mendapatkan kebenaran bertulis dari ibu bapa / penjaga berhubung dengan penempatan ke progran pendidikan inklusif.

Murid Berkeperluan Khas i. ii. iii. iv. Menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Tiada masalah tingkah laku berat. Bersedia belajar di kelas aliran perdana. Boleh berinteraksi dengan semua pihak dengan baik.

E. Rakan pembimbing i. ii. iii. Menerima kehadiran pelajar berkeperluan khas dalam kelas. Rakan Pembimbing. menjadi role model.

F. Ibu bapa i. ii. iii. iv. Memberi sokongan moral terhadap pelajar berkeperluan khas. Memberi motivasi kepada murid berkeperluan khas. Membantu mengulangkaji pelajaran di rumah. Memberi kebenaran bertulis untuk mengikuti program pendidikan inklusif.

12.0 PRA INKLUSIF DI KELAS PENDIDIKAN KHAS

Pra Inklusif merupakan penempatan sementara pelajar berkeperluan khas sebelum mengikuti program pendidikan inklusif dari aspek : Kurikulum perdana Masa pembelajaran Asas kemahiran

13.0 MESYUARAT JAWATANKUASA INKLUSIF

Ahli jawatankuasa inklusif terdiri daripada: Pengerusi: Pengetua/Guru Besar Naib pengerusi: Guru Penolong Kanan Kurikulum/Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Setiausaha: guru pendidikan khas Ahli jawatankuasa: i. Guru kelas ii. Guru mata pelajaran iii. Guru pembimbing (guru pendidikan khas) iv. Guru bimbingan dan kaunseling v. Ibu bapa / penjaga

2. Menetapkan kelas yang sesuai berdasarkan pencapaian pelajar berkeperluan khas. 3. Merancang dan menyediakan rancangan pengajaran semasa 4. Merancang dan membina instrumen penilaian. 5. Menetapkan mata pelajaran yang bersesuaian bagi pelajar berkeperluan khas dalam program pendidikan separa inklusif.

14.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF

14.1 Sebelum Program

1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif . 2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan pelajar berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan. 3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat pelajar khas yang akan mengikuti Program Inklusif. 4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan Khas dan PPM . 5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-guru aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar pelajar Pendidikan Khas tersebut. 6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa. 7. Membuat perjumpaan dengan semua pelajar yang berkenaan. 8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang sama dengan aliran perdana iaitu di kelas pendidikan khas. 9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana. 10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua pelajar aliran perdana dan warga sekolah pada perhimpunan rasmi sekolah. Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak fomal.Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai implementasi Program Inklusif dijalankan. 11. Pelajar berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling sesuai. .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun demikian,guru-guru PPKI serta PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka. 12. Kedudukan pelajar berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu kelas .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya. 13. Semua mata pelajaran wajib diinklusifkan. 14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal. 15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar khas semasa di dalam kelas inklusif atau kelas pendidikan khas.

14.2 Semasa Program

1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa. 2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat serta mengambil tindakan susulan. 3. Pelajar pendidikan khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan pelajar lain. Semua pelajar khas digalakkan terlibat secara aktif dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Guru mata pelajaran dan guru pendamping berkongsi bahan bantu mengajar yang sama dengan pelajar lain dan diberikan tugasan yang sama . Pelajar pemdidikan khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan pelajar pendidikan Khas ini tidak bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja. Mereka telah berdikari dan hanya memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan. 6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi, pelajar pendidikan khas ini sudah boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pelajar lain dan boleh bersosialisasi dengan aktif .Komunikasi dua hala sentiasa berlaku di sekolah malah di luar sekolah. 7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif kepada pembelajaran pelajar pendidikan khas.

14.3 Selepas Program

1. Guru pendamping dan guru mata pelajaran menilai kemajuan pelajar dan mencatatkan pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi. 2. Penilaian keberkesanan program terhadap pelajar pendidikan khas sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat. 3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar. 4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan pelajar kepada ibu bapa atau penjaga. 5. Keputusan peperiksaan pejar Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan Khas PPD dan JPN.

15.0 Program Mentor Mentee

1. Program Mento Mentee diadakan bagi membantu pelajar berkeperluan khas yang terlibat semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran . 2. Guru Pendidikan Khas bertindak sebagai pendamping dan mentor kepada pelajar.

3. Mentor bertanggungjawab dengan memberikan bimbingan serta penerangan tambahan yang diperlukan dan mengadakan kelas tambahan serta semasa sesi menjalankan RPI. 4. Guru pendidikan khas sebagai mentor juga membantu pelajar ini menyediakan bahan-bahan rujukan seperti keratan akhbar,buku rujukan ,laptop untuk pencarian sumber maklumat bagi memastikan kerja kursus pelajar khas yang terlibat berjalan dengan lancar. 5. Di samping itu,penerapan kaunseling dan motivasi oleh mentor sentiasa dilakukan telah memberi kesan dan impak yang mendalam kepada pelajar pendidikan khas yang terlibat dalam membentuk masa depan yang cemerlang

You might also like