Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

VS

TELEFON ZAMAN DULU SMARTPHONE ZAMAN SEKARANG

LOKASI: RUMAH TARIKH : 21/11/2013 MASA : 7:00p.m KAMERA: TELEFON BIMBIT NOKIA X6

Pada zaman sekarang, siapa yang tidak mempunyai telefon bimbit? Saya percaya bahawa hampir semua orang tak kira kanak-kanak , orang dewasa atau orang tua memiliki telefon bimbit dan ianya bagaikan sesuatu aksesori yang wajib ada dan lazim pada semua orang. Jikalau dahulu pada zaman 90an, sesiapa yang memiliki telefon bimbit dianggap sebagai orang kaya kerana harganya saja boleh buat deposit kereta walaupun telefon bimbit pada masa itu sebesar batu bata. Telefon bimbit telah menjadi barang keperluan pada masa kini. Murid sekolah rendah dan menengah sehingga pelajar universiti memiliki telefon bimbit masing-masing. Dulu kanak-kanak bermain galah panjang, konda-kondi,

'target' kasut, layang-layang, congkak, dan lain-lain lagi. Zaman sekarang kanak-kanak disajikan dengan PS3, Xbox, PSP, permainan di telefon bimbit pintar. Tak keluar peluh langsung pun! Cuma perlu duduk diam-diam di tempat masing-masing sambil cuba sedaya-upaya habiskan 'level' yang ada. Kenapa telefon zaman dulu (seperti gambar tersebut) ketinggalan zaman kita ? Kecanggihan teknologi telah mengubahkan semua itu. Telefon zaman dulu hanya boleh menelefon dan menjawab telefon sahaja, kita tidak boleh membawa telefon itu bersama kami, kegunaannya memang terbatas. Tapi pada masa kini, kita bukan sahaja boleh membawa telefon bersama kita, malah juga boleh menggunakan telefon bimbit kita untuk mengambil gambar, melayari internet, merakam video dan sebagainya. Masa berlalu dengan pantas, teknologi berubah dan sampai sekarang pula zaman telefon bimbit atau telefon pintar. Dari budak sekolah rendah hingga orang dewasa pun dah menggunakan telefon bimbit sekarang. Syarikat-syarikat utama telefon bimbit berlumba merekacipta bentuk telefon masing-masing untuk menguasai pasaran. Antara syarikat-syarikat yang terkenal dulu Nokia, Sagem, Motorola dan iphone. Ini adalah syarikat yang menguasai teknologi komunikasi telefon pada masa itu. Iphone adalah syarikat yang mula-mula mengeluarkan telefon pintar ini pada tahun 2007. Dari situ bermulalah pasaran telefon pintar. Penjualan yang mencecah beratus-ratus juta Iphone telah menyebabkan telefon jenama Nokia dan jenama lain telah merudum dengan teruknya. Selepas itu telefon pintar jenama Blackberry mula memberi saingan kepada Iphone. Maka bermulalah syarikat-syarikat dari Asia membuat telefon bimbit jenama sendiri iaitu Samsung dan HTC. Samsung telah merekacipta telefon bimbit dengan teknologi terkini serta mampu milik bagi kebanyakkan rakyat yang berpendapatan sederhana. Dengan menjual harga yang mampu milik dengan teknologi yang terkini, Samsung dan HTC menjadi pilihan pembeli termasuk AK juga.

Mengapakah telefon bimbit berkembang dengan pesat dan hampir setahun akan mengeluarkan model yang baru? Tidak dapat dinafikan bahawa manusia mempunyai kehendak yang tidak mudah dipenuhi. Sudah mempunyai yang baik, tetapi masih mahu yang terbaik. Memandangkan telefon bimbit zaman dulu tidak boleh memenuhi kehendak manusia sekarang, jadi lahirlah telefon pintar pada masa kini. Pernahkah kamu fikir, kalau kita tidak

menggunakan telefon bimbit pada zaman sekarang, apa yang akan terjadi pada kita? Adakah kita boleh hidup tanpa telefon bimbit? Apakah masalah yang akan kita hadapi ? Tidak dapat diragui, telefon pintar memang memudahkan kita dengan apa jua urusan atau keadaan berbanding dengan telefon zaman dulu. Kita boleh menghubungi dan berkomunikasi dengan orang lain secara senang melalui sms, what apps dan sebagainya. Kita juga boleh mengambil gambar atau merakam video dengan sesuka hati. Selain itu, kita juga boleh melayari internet dengan mudah dan dapat menyiapkan kerja kami pada masa yang singkat. Ini semua tidak dapat dibuat jika kita menggunakan telefon zaman dulu. Akan tetapi, jika kita berfikir dari sudut lain, adakah telefon bimbit ini sempurna dan tidak mendatangkan keburukan kepada kita? Jawapannya tidak, ia juga akan mendatangkan keburukkan kepada kita. Contohnya ,kita boleh melihat di mana-mana tempat pun, kebanyakan orang akan menggunakan telefon pintar mereka untuk melayari internet atau bermain permainan dalam telefon pintar mereka semasa menunggu makanan dan bukannya berkomunikasi dengan keluarga atau kawan-kawan, Ini sudah menjadi fenomena yang biasa bagi zaman sekarang. Kita boleh mengetahui bahawa telefon bimbit telah menggantikan kedudukan kita untuk berkomunikasi dengan keluarga atau kawan kita secara tidak langsung. Masa kanak-kanak untuk menghadap telefon pintar lebih banyak dariapda mereka menghadap keluarga mereka. Lama kelamaan ,komunikasi antara keluarga dan kawan kita telah mengurang dan

akhirnya mungkin akan berlaku konflik di antara keluarga dan kawan kita.
Perbualan terlampau kurang. Adakah ini sesuatu yang baik untuk masyarakat kita di

masa hadapan? Tambahan pula, tidak hairanlah kita melihat kanak-kanak sekarang yang baru bersekolah juga mempunyai telefon bimbit dan tahu menggunakan telefon pintar. Jadi bagi kanak yang tidak begitu kaya,akan cemburu dengan murid yang ada telefon bimbit dan akan meminta ibu bapa mereka supaya membeli telefon bimbit kepada mereka. Jika ibu bapa mereka tidak membeli telefon bimbit untuk memenuhi keinginan anak mereka, anak mereka akan mencuri daripada kawan-kawannya. Ini menyebabkan kes jenayah meningkat. Selain itu ,anak-anak juga saling bersaing untuk memiliki model telefon yang terkini. Setiap kali, ibu bapalah yang mengeluarkan duit untuk mencapai keinginan mereka yang mahukan telefon bimbit. Bagi orang yang berkemampuan sederhana, ini menjadi suatu bebanan untuk memaksa diri memiliki benda yang tidak mereka mampu. Yang penting sekali ialah ini memupuk persaingan yang kurang sihat. Kita patut bersyukur terhadap apa yang kita ada. Jikalau kita tidak menggunakan telefon bimbit dengan baik, ia akan dijadikan sebagai alat untuk penyebaran khabar angin. Ini berlaku apabila khabar angin yang nyata palsu telah disebarkan melalui kiriman sms. Kepada mereka yang mudah percaya tanpa membuat siasatan dahulu dengan mudah menyebarkan kepada pihak lain tanpa menyiasat kesahihan khabar tersebut. Ini sekaligus telah member impak yang buruk kepada pihak pihak tertentu. Selain itu, penyebaran unsur-unsur lucah seperti gambar dan video amat mudah dengan adanya telefon bimbit. Kebolehan telefon bimbit untuk memuatkan turun gambar/video dan juga fungsi Bluetooth telah memudahkan penyebaran unsur-unsur lucah ini. Ianya telah memberi impak yang tidak baik kepada para remaja khususnya kerana sikap mereka yang ingin tahu perkara-

perkara yang baru kepada mereka. Ini merupakan salah satu punca akan kenaikan kadar kes tidak bermoral di sekolah. Walau bagaimanapun, kebanyakkan di kalangan kita suka menggunakan telefon pintar. Apakah kesan jika kehendak manusia terhadap telefon bimbit semakin meningkat? Untuk memenuhi kehendak bagi golongan yang sederhana atau rendah, didapati di pasaran memang banyak jenis-jenis telefon tiruan yang hampir serupa dengan telefon pembuat jenama asalnya. Ianya bertujuan untuk mengaut keuntungan daripada pembeli yang kurang berkemampuan untuk membeli telefon jenama terkenal. Memang smartphone yang original harga pasarannya agak tinggi sesuai dengan kecanggihan dan bagi yang mampu tentu tidak mempunyai masalah untuk memilikinya tetapi bagi yang kurang mampu, itu saja pilihan yang ada. Kebanyakan telefon tiruan ini datangnya dari negara China, tetapi sekarang banyak syarikat jenama-jenama terkenal pun telah membina telefon dan perisiannya di negara China kerana kos buruh dan pasaran yang tinggi di Asia. Bagi orang yang tidak mengetahui atau orang yang jenis tak kisah, golongan ini mudah tertipu dengan tawaran-tawaran dari penjual telefon bimbit dan smartphone tiruan ini. Harganya yang murah telah menarik minat pembeli 'tak kisah ini. Mereka hanya mahu bergaya. Apa yang mereka tidak tahu ialah kualitinya yang memang agak teruk dan penggunaannya hanya sementara. Jaminan memang tidak ada. Ada yang hanya berfungsi 2, 3 bulan saja. Kalau nasib baik dapatlah sehingga setahun. Di samping itu, telefon klon juga muncul di pasaran juga. Apa itu telefon klon? Telefon klon memang agak sukar untuk dibezakan dengan telefon original. Boleh dikatakan 70-90 peratus hardware/software, bahan, bentuk dan aplikasinya dari bahan original daripada telefon yang berjenama utama di dunia. Bagi mereka yang tidak mahir dalam membezakan telefon original dan bukan original ini, mereka akan tertipu (tipah tertipu). Kadang-kadang ada penjual

yang sengaja mengeksploitasi pembeli yang tidak mahir ini. Pembeli haruslah berhati-hati. Kalau nak beli yang original, belilah di kedai-kedai yang telah didaftarkan atau pengedar yang sah oleh syarikat jenama-jenama telefon tersebut seperti kedai Samsung, Iphone, Nokia dan sebagainya. Telefon klon ini harganya murah dan boleh dikatakan satu pertiga atau separuh harga daripada yang original. Fungsi aplikasinya sama dan perbezaan kelancaran skrin pun tidak begitu ketara dengan telefon yang original. Yang dapat membezakan telefon tersebut original atau tidak ialah imei dan melihat dari aplikasi benchmark. Terdapat banyak negara yang membuat telefon klon ini. Ada dari benua Eropah, Asia Timur, Asia Tenggara, Asia Selatan dan Amerika Latin. Ada syarikat-syarikat telah mendaftarkan telefon klon ini atas nama syarikat mereka dan mempunyai simbol atau logo jenama syarikat mereka tersendiri. Mengenai jaminan pula, ianya antara pembeli dengan pekedai atau syarikat pembuat tersebut. Telefon jenis ini boleh diberikan kualiti antara 3-4 bintang dari 5 bintang. Kesimpulannya ,kita mestilah menghargai apa yang kita ada sekarang dan menggunakan kecanggihan teknologi ini untuk melakukan perkara yang berfaedah dan bermakna terhadap kehidupan kita.

Rujukan 1. https://www.google.com/search?q=telefon+bimbit&tbm=isch&tbo=u&so urce=univ&sa=X&ei=48OOUuqYHMjyrQfV0oGoBg&ved=0CEkQsAQ &biw=1366&bih=673 2. http://zaid-hakimi.blogspot.com/ 3. http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_bimbit 4. http://www.cnet.com/smartphones/ 5. http://alyadina.blogspot.com/2012/10/kebaikan-dan-keburukan-telefonbimbit.html 6. http://www.omghackers.com/2012/08/teknologi-zaman-dulu-dan-zamansekarang.html 7. http://amanz.my/2012/11/evolusi-telefon-mudah-alih/

You might also like