Isu Pendidikan Kesusasteraan Awak Kanak-Kanak

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

Masalah Pendidikan, 31(1)

PENDIDIKAN KESUSASTERAAN AWAL KANAK KANAK:


ISU DAN MASALAH EARLY CHILDHOOD LITERATURE EDUCATION: ISSUES AND CHALLENGES

Chew Fong Peng Mahzan Arshad Zahari Ishak Loh Sau Cheong Fakulti Pendidikan Teh Ying Wah Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat Universiti Malaya

Early children's literature is an important tool to expand children's imagination and interest in learning. In this context, parents and teachers have their role in sowing interest among the children in knowledge gaining through literature. However, problems are faced by Malaysian children as a consequence of the low standard of Malay children's literature. This article discusses the usage of reading technique in teaching children literature by parents and teachers either at home or in preschool. At home, parents should make reading story books to children a daily routine; meanwhile teachers in school should hold additional activities to maintain and enhance the interest in reading habit among the children for the long term. Besides that, the Malay children's literature books published in Malaysia are found not interesting because the above literature are set from the adult point of view. Henceforth, publishers should publish the good and quality children's literature based on the children's needs.

Perkembangan awal kesusasteraan kanak-kanak dalam masyarakat Melayu, seperti sastera untuk kanak-kanak dalam masyarakat lain, dapat dikesan daripada tradisi sastera lisan. Sastera lisan atau lebih dikenali sebagai sastera rakyat walaupun ditujukan khusus untuk golongan dewasa, telah tersebar luas dan turut diminati oleh kanak-kanak. Perkembangan kesusasteraan kanak-kanak dianggap selaras dengan proses tumbesaran kanak-kanak kerana terdapatnya hubungan yang mesra dan sebati antara sastera dengan kanak-kanak. Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Puisi kanak-kanak, terutamanya yang didendangkan dalam bentuk nyanyian atau irama kanak-kanak amat kurang diwarisi, dikenali dan dinyanyikan oleh kanak-kanak ketika mereka bennain. Mereka tidak lagi didodoikan dengan irama atau puisi tersebut oleh ibu bapa atau pengasuh. Masa dan perubahan corak hidup masyarakat telah mengikis tradisi sastera lisan dalam masyarakat dan menukarkan bentuk dan sifat hubungan

77

Masalah Pendidikan, 31(1)

antara sastera dengan kanak-kanak. Hari in tempat sastera lisan telah diambil alih oleh sastera tulisan. Peranan dan Kepentingan Kesusasteraan Kanak-kanak Menurut Nijhar (1984), kesusasteraan kanak-kanak merangkumi semua jenis penulisan kreatif dan imaginatif yang dikhususkan untuk bacaan, hiburan dan penilaian kanak-kanak. Secara amnya, kesusasteraan kanak-kanak ini meliputi keseluruhan buku bermutu dan berfaedah yang ditulis untuk bacaan kanak-kanak yang merangkumi bidang fiksyen dan bukan fiksyen. Perubahan dan kemajuan telah menukar corak hidup manusia dan menjadikan kesusasteraan kanak-kanak begitu penting dalam kehidupan masyarakat moden terutamanya dalam sistem pendidikannya. Hari ini terdapat lebih ramai ibu bapa, terutama yang tinggal di bandar, yang bekerja dan terpaksa membiarkan anak-anak mereka melakukan kegiatan mereka sendiri semasa mereka bekerja. Masa dan bentuk hubungan kekeluargaan, khususnya di antara ibu bapa yang bekerja dengan anak-anak mereka, telah berubah. Membaca sering kali dianggap sebagai suatu pilihan dan keperluan yang baik untuk mengisi masa lapang kanak-kanak tersebut. Membaca mempunyai pengaruh dan kesan terhadap proses pembentukan pemikiran, emosi, imaginasi dan keperibadian seseorang pembaca, terutama pembaca kanak-kanak. Ini disebabkan dalam usia yang muda iaitu semasa berada dalam tahap pembentukan (formative stage), kanak-kanak amat mudah dilentur dan dicorakwarnakan (Atan Long, 1984). Kesan pembentukan pada peringkat ini biasanya mendalam dan berkekalan serta mempengaruhi perkembangan pada tahap-tahap selanjutnya. Manakala Misran Rokimin (2001) meneliti sastera kanak-kanak sebagai agen pembangunan yang menjurus kepada pembangunan diri seseorang manusia itu, sama ada emosi, pemikiran atau kebahasaannya. Ketiga-tiga aspek ini akan terus berkembang, yakni semakin banyak karya sastera yang dibacanya, semakin bertambah perkembangan berlaku dalam diri kanak-kanak itu. Pendapat tersebut mirip kenyataan Hadijah Rahmat (2006) bahawa sastera kanak-kanak berperanan dalam masyarakat Melayu, khususnya sebagai penyalur nilainilai pembangunan, pencapaian serta pembinaan konsep wira dan kecemerlangan dalam did kanak-kanak. Beliau menyatakan bahawa cerita rakyat mendapat tempat utama dibandingkan dengan cerita dari teks Melayu klasik atau hikayat. Begitu juga dengan cerita binatang yang banyak dihasilkan untuk memenuhi kegemaran kanakkanak yang memang gemar membaca kisah-kisah tentang haiwan yang diberi sifat seperti manusia. Penghasilan dan penguasaan cerita-cerita dongeng ini, terutama cerita-cerita rakyat (tempatan atau luar negeri) memperlihatkan bahawa hubungan antara sastera lama dengan kanak-kanak sekarang tidak terpisah dengan lahirnya sastera tulisan. Malahan hubungan antara kedua-duanya melalui pembacaan karya sastera kanak-kanak kelihatan begitu teguh. Bahan-bahan bacaan termasuk karya sastera adalah alat hiburan dan pendidikan masyarakat yang penting, khususnya kepada kanak-kanak. Hal ini kerana buku sastera lebih mudah menarik perhatian dan minat kanak-kanak kerana mereka memang mempunyai kecenderungan semula jadi terhadap sesuatu yang berunsur kreatif dan i maginatif jika dibandingkan dengan bahan bacaan lain yang biasa dan mendatar. Oleh itu, peranan dan pengaruh sastera kanak-kanak dalam masyarakat tidak botch diperkecilkan dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya. 78

Masalah Pendidikan, 31(1)

Selain itu, buku kanak-kanak bertujuan memberikan kanak-kanak peluang untuk mengenali erti kehidupan, sama ada realiti atau yang fantasi, membawa mereka mengerti bahawa permukaan bercetak mempunyai makna, serta aktiviti yang melibatkan buku amat penting dalam kehidupan manusia yang bertamadun (Mahzan Arshad, 2006). Dalam institusi pendidikan, buku kanak-kanak dihasilkan untuk meningkatkan kemahiran berbahasa dan berinteraksi dalam pelbagai situasi di dalam bilik darjah. Bahan kesusasteraan dalam bentuk yang sebenar dapat menambah minat murid-murid untuk mendampingi buku. Mereka dapat berinteraksi dengan buku tersebut secara realistik. Buku-buku sastera yang bercorak realisme dengan tema-tema berkaitan dengan sosial dapat membantu kanak-kanak dan remaja mencari dan menentukan nilai dan tindakan dalam aktiviti sosial mereka. Pengajaran dan teladan positif yang terdapat dalam bahan bacaan akan menjadi panduan kepada mereka. Unsur-unsur ini jelas dapat kita lihat dalam buku-buku sin `Program Bacaan Awal Tahap 1, 2, 3' bagi menyediakan kanak-kanak dalam kehidupan sosial yang sebenar. Justeru itu, minat membaca dan mencintai sastera dalam kalangan kanak-kanak perlu dipupuk sejak mereka kecil lagi. Salah satu kaedah yang lazim digunakan untuk merangsang dan memupuk minat kanak-kanak melalui pembacaan karya-karya sastera adalah dengan kaedah bercerita (Shahrun Nizal Mohd Nor, 2007). Kaedah bercerita ini sememangnya dipraktikkan dalam pendidikan awal kanak-kanak, dengan mengambil contoh kaedah pembelajaran yang ditakukan di pusat didikan kanakkanak, khususnya peringkat prasekolah. Selain itu, kaedah bercerita juga banyak dipraktikkan oleh pihak perpustakaan di negara ini untuk menggalakkan kanak-kanak membaca (Mohd Sharif Mohd Sand & Hajah Alimah Salam, 2001). Artikel ini akan membicarakan mutu bahan bacaan kanak-kanak yang penting untuk diambil kira dalam mencapai matlamat pendidikan kanak-kanak menerusi bahan kesusasteraan. Selain itu, fokus akan ditumpukan kepada pengajaran dan pembelajaran bahan sastera awal kanak-kanak di rumah dan prasekolah dengan menekankan peranan ibu baps dan guru-guru. Aspek-aspek Penting Pembinaan Bahan Karya Sastera Kanak kanak Terdapat banyak aspek yang perlu diambil kira dalam pembinaan bahan karya sastera kanak-kanak yang bermutu. Secara umumnya penulisan karya sastera kanak-kanak perlu sesuai dengan usia, tahap berfikir dan pencapaian bahasa kanak-kanak itu sendiri. Bentuk, isi dan tujuannya perlulah segera dapat menarik minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Sehubungan itu, Sulaiman Masri (1984) telah menyenaraikan beberapa kriteria umum yang perlu diambil kira untuk menghasilkan karya sastera kanak-kanak. Pertama, karya sastera haruslah dihasilkan berdasarkan tujuan pendidikan tertentu. Dengan kata lain, sastera kanak-kanak di prasekolah perlulah sesuai dengan tahap pendidikan mereka tanpa banyak menyelitkan unsur-unsur yang berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran formal. Kedua, tema, pemikiran dan persoalan yang disajikan dalam karya sastera kanak-kanak itu haruslah sesuai untuk mencapai matlamat pendidikan prasekolah. Oleh itu, cerita kanak-kanak lazimnya bersifat didaktik dan menghiburkan, bukannya membawa pemikiran berat tentang kehidupan. Menurut Awang Had Salleh (1984), dalam konteks Malaysia, tema sastera kanak-kanak haruslah dapat memupuk rasa cinta akan tanah air atau patriotik; persefahaman kaum; kewajipan sosial untuk 79

Masalah Pendidikan, 31(1)

membantu orang yang miskin, susah dan malang; sikap berdisiplin, rasa hormat dan taat pada sistem demokratik beraja di negara ini; rasa muhibah serantau Asean; serta memberi semangat berdikari, konsep diri yang positif dan tidak berasa rendah diri. Ketiga, kesulitan-kesulitan yang bakal dihadapi oleh kanak-kanak perlu diambil kira semasa seseorang pengarang itu mencipta sastera kanak-kanak. Misalnya cerita kanak-kanak haruslah bermula dengan alam, persekitaran atau perkara-perkara yang diketahui, pernah dilihat atau didengar oleh kanak-kanak sebelum pengarang mengemukakan bahan yang masih belum diketahui oleh kanak-kanak. Keempat, penggunaan bahasa dalam sastera kanak-kanak haruslah sesuai dengan tahap pencapaian mereka. Misalnya bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur 4 hingga 8 tahun, jumlah perkataan yang sesuai untuk bacaan mereka ialah sekitar 800 hingga 2,000 perkataan, manakala bagi kanak-kanak berusia 9 hingga 12 tahun, jumlahnya ialah sekitar 2,000 hingga 3,000 perkataan. Bahasa yang digunakan haruslah terjamin kesopanan dan mutunya di samping mudah difahami oleh kanakkanak; mempunyai tanda bacaan yang betul dan teratur, ayat-ayat yang pendek dan perkataan yang tegas. Kelima, karya sastera kanak-kanak itu perlu memaparkan gambar dan ilustrasi berdasarkan fungsi yang sebenar. Kanak-kanak berusia 4 hingga 8 tahun haruslah diberikan bahan bacaan yang banyak gambar dan berwarna-warni ilustrasinya. Nijhar (1984), Izzah Abd Aziz dan Sandra Pragas Waran (2001) menyatakan bahawa buku bergambar haruslah mempunyai nilai sastera di samping ilustrasi yang memancarkan mutu seninya. Gabungan kedua-dua nilai media itulah yang bakal menentukan mutu buku bergambar itu. Keenam, bentuk fizikal karya sastera kanak-kanak perlu mengambil pertimbangan didaktis-psikologi; aspek-aspek fizikal tersebut termasuklah kertas, saiz buku, besar kecilnya huruf, jarak antara huruf, jarak antara perkataan, saiz dan penempatan gambar atau ilustrasi dan lain-lain. Selanjutnya, bagi memastikan kesesuaian sesebuah buku untuk kanak-kanak, penulis perlu memastikan cerita atau karyanya dapat memberikan perlindungan material, perlindungan emosi, perlindungan intelektual dan perlindungan spiritual kepada pembacanya (Izzah Abd Aziz, 2000). Dalam pada itu, penulis (juga pelukis) perlu mengenali khalayaknya dengan mendalami bidang perkembangan kanak-kanak supaya semua keperluan mereka dapat diperolehi daripada cerita atau buku yang dibaca. Selain keperluan terhadap perlindungan, kanak-kanak juga mempunyai keperluan untuk menjadi sebahagian daripada kumpulan, keperluan untuk menyayangi dan disayangi, keperluan mencapai sesuatu pengiktirafan, keperluan untuk perubahan dan keperluan untuk kepuasan estetik. Masalah Penerbitan Bahan-bahan Bacaan Kanak-kanak Sejak kebelakangan ini, corak penerbitan buku kanak-kanak sedikit tersasar daripada matlamat asal untuk mendidik. Apa yang kita lihat daripada pandangan orang dewasa adalah tidak sama dengan pandangan kanak-kanak. Persoalan tentang tajuk atau tema yang 'berpijak di bumi nyata' atau persoalan fantasi juga mengelirukan. Justeru apa yang diketengahkan ialah aspek yang dikehendaki dan perlu ada dalam buku kanakkanak ialah perkara-perkara yang difikirkan perlu dan sesuai mengikut kehendak orang dewasa, bukan keperluan kanak-kanak. Idea atau ilham pencerita diolah menggunakan ilmu, imaginasi, kreativiti melalui media bahasa, sama ada secara lisan atau bertulis, yang akhirnya lahir dalam 80

Masalah Pendidikan, 31(1)

bentuk konkrit yang dikenali sebagai cerita atau manuskrip. Semasa proses ini
berlaku, pengarang sudah mempunyai khalayak yang tertentu dan seharusnya akrab dengannya, kenal peringkat umur dan jantina. Selain itu, pengarang juga sudah tahu bentuk cerita yang ingin dibinanya; sama ada kreatif, informatif, jenis atau kategori bahan yang akan dihasilkan, karyawan lain turut dalam proses ini, imbuhan yang akan ditenma, dan kepuasan yang akan diperolehinya setelah semua proses tersebut dilalui. Menyentuh isu ini, Faridah Shamsuddin (2003) menyatakan bahawa masalah dalam penerbitan buku kanak-kanak disebabkan kekurangan bahan yang berkualiti dan menepati kehendak audiens sasaran. Kebanyakan penulis menghantar manuskrip mengikut pandangannya sebagai orang dewasa dan tidak dapat menjiwai bahan yang diperlukan audiens sasaran. Terdapat kekurangan penulis buku kanak-kanak yang baik, yang seharusnya seseorang yang boleh memahami psikologi kanak-kanak dan tidak menganggap bahawa buku kanak-kanak itu mudah. Penulis buku kanak-kanak jarang membuat penyelidikan sebelum menulis, bahkan kekurangan pelukis atau ilustrator yang berkemampuan melukis buku kanak-kanak kerana lukisan pads buku dibuat berdasarkan apa yang orang dewasa rasa cantik, bukan apa yang kanak-kanak minat. Kita juga perlu tabu tentang jenis buku yang perlu dibaca oleh kanak-kanak, malahan buku teks tidak boleh membina tabiat membaca sepanjang hayat, kerana matlamatnya lebih bersifat fungsional, manakala buku bacaan tambahan adalah untuk membina kemahiran tertentu dan bersifat terkawal. Oleh yang demikian elemen penulisan yang bebas tidak digalakkan, melainkan program bacaan di sekolah yang menekankan penggunaan bahan bacaan sastera dalam program sastera merentasi kurikulum atau sastera dalam pengajaran bahasa. Dart segi lain, berlakunya kesilapan tanggapan bagi sesetengah ibu bapa ataupun guru (Othman Puteh, 2000), lantaran itu kriteria pemilihan buku kanak-kanak itu lebih didasari kriteria dan kehendak orang dewasa. Kesan daripada perkara ini, terhasillah karya, kritikan dan penilaian cerita kanak-kanak yang kurang atau tidak memberi pertimbangan yang wajar dari segi mengisi keperluan kanak-kanak itu sendiri. Keadaan ini boleh kita kesan daripada data penerbitan buku kanak-kanak di Malaysia. Menurut Azizah Hamdan dan Md Sidin Ahmad Ishak (2004), sepanjang tahun 1999, buku-buku berbentuk nonfiksyen yang terdiri daripada buku pelajaran, buku teks, buku agama, kamus dan buku ilustrasi merupakan buku yang paling banyak diterbitkan iaitu 82% daripada jumlah keseluruhan terbitan buku kanak-kanak pada tahun berkenaan. Selebihnya ialah buku-buku fiksyen serta komik. Pada tahun tersebut, sebanyak 2,414 judul buku kanak-kanak yang diterbitkan merupakan buku pelajaran. Data ini menunjukkan bahawa kategori buku berkenaan menguasai 77% terbitan buku kanak-kanak di Malaysia, sebaliknya karya sastera kanak-kanak kurang diterbitkan. Hadijah Rahmat (2006) mendapati bahawa karya sastera dalam bahasa Melayu agak lewat dihasilkan dan lambat pula berkembang. Biarpun pertumbuhan karya sastera untuk kanak-kanak sudah meningkat cepat, tetapi perkembangannya lebih pada aspek kuantiti berbanding dengan pekembangan aspek mutunya. Sastera kanak-kanak Melayu juga belum bertindak dengan berkesan sebagai alat pendorong pencapaian atau motivasi ke arah taraf kecemerlangan yang tinggi, sedangkan mutu karya sastera kanak-kanak akan menentukan bacaan dan tahap pemikiran kanak-kanak itu. Oleh itu, para penerbit perlu memastikan buku-buku kanak-kanak terutamanya karya sastera yang diterbitkan bermutu dari aspek bahasa, cerita, kertas, nilai pengajaran, ilustrasi dan lain-lain agar fungsional dari segi pendidikan. Hal ini penting kerana bahan kesusasteraan kanak-kanak merupakan teman paling rapat kepada 81

Masalah Pendidikan, 31(1)

kanak-kanak selain memupuk minat membaca sepanjang hayat dalam kalangan kanakkanak. Penggunaan Bahan Sastera Kanak-kanak di Rumah dan Tadika Memandangkan sastera kanak-kanak merupakan alat didaktik dan bahan bantu mengajar yang penting untuk membentuk keperibadian kanak-kanak, maka ibu bapa di rumah dan guru di prasekolah menjadi orang penting untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, persekitaran, ruang bacaan dan kemudahan membaca di rumah dan prasekolah juga tidak kurang pentingnya dalam usaha melahirkan budaya membaca kanak-kanak berkenaan. Budaya membaca merupakan amalan seharian terutama dalam masyarakat barat. Salah satu faktor utama mereka suka membaca ialah minat membaca itu dipupuk sejak zaman kanak-kanak. Lantaran itu banyak kajian dijalankan oleh sarjana-sarjana dan badan luar negara tentang cara memupuk minat membaca tersebut oleh pihak ibu bapa dan guru-guru prasekolah. Pernyataan International Reading Association (IRA) dan National Association for the Education of Young Children (NAEYC) (1998) mencadangkan agar buku bermutu pelbagai pilihan, perisian komputer dan bahan multimedia perlulah mencukupi bagi memupuk minat membaca. Ini adalah untuk mengatasi masalah kurang pendedahan kanak-kanak terhadap bahan tersebut berdasarkan kepelbagaian latar keluarga dan budaya kanak-kanak itu. Dalam hal ini, Morrow (2005) berpendapat bahawa bilangan lima buab buku bagi setiap kanak-kanak adalah bilangan paling minimum bagi mewujudkan persekitaran yang kaya dengan cetakan. Kajian jangka panjang oleh Hall, Larson, dan Marsh (2003) terhadap 41 orang kanak-kanak Darjah Tiga dari kawasan pinggir bandar telah mendapati bilangan buku di rumah dapat menentukan kemajuan dalam pembacaan, walaupun taraf pendidikan ibu bapa dan tahap pembacaan kanak-kanak sebelumnya dikawal bagi tujuan kajian. Ini menunjukkan akses kepada buku boleh mendatangkan kesan yang unik terhadap kemajuan dalam pembacaan. Lazimnya setiap hasil penulisan kreatif atau sastera itu mempunyai fungsinya kepada masyarakat pembacanya iaitu `pendidikan' dan `hiburan'. Selain itu, peranan ibu baps dalam menyediakan rangsangan fizikal di rumah seperti menyediakan buku, dan rangsangan psikologi seperti membaca bersama adalah antara faktor penggalak membaca yang dicadangkan oleh Guthrie dan Wingfield (1999) bahawa persekitaran tertentu boleh menimbulkan minat yang seterusnya membawa kepada aktiviti membaca secara sukarela. Mereka menyatakan persekitaran boleh membentuk situasi yang mendatangkan minat yang akan mendorong ke arah motivasi seseorang individu yang seterusnya akan lebih melibatkan diri di dalam aktiviti tersebut. Menurut Neuman, Caperalli, dan Kee (1998), program membaca bersama keluarga melibatkan aktiviti yang dilakukan bersama-sama antara ibu bapa dan anakanak. Mereka meluangkan masa serta suka melakukan aktiviti bersama-sama dan ini seterusnya membawa kepada penglibatan ibu bapa dengan pendidikan anak-anak mereka. Dalam kebanyakan program, aktiviti yang dilakukan bersama-sama keluarga ialah aktiviti membaca dan membincangkan buku bersama-sama. Dalam kajian Gregory dan Morrison (1998) terhadap keluarga yang berpendapatan rendah di Amerika Syarikat, ibu baps kepada tiga kanak-kanak telah dilatih untuk meriba anak-anak untuk dibacakan buku. Buku-buku dibekalkan kepada 82

Masalah Pendidikan, 31(1)

ibu bapa dalam lawatan guru sekali seminggu. Rakaman bagi setiap sesi telah dijalankan selama 14 minggu. Dapatan menunjukkan faktor motivasi terbentuk di mana bagi kanak-kanak yang pertama, kanak-kanak tersebut selalu meminta untuk dibacakan buku pilihan mereka berbanding dengan menonton televisyen. Semasa kanak-kanak tersebut bermain sendirian dengan patung beruang mainannya, dia akan membacakan buku kepada patung beruang. Dapatan bagi kanak-kanak kedua pula melaporkan ibunya memberitahu yang kanak-kanak tersebut selalu meminta dibacakan buku sebelum tidur dan ini telah menjadi rutin. Sebenamya kanak-kanak memilih aktiviti membaca kerana mereka menyukai dan menghayati bahan bacaan tersebut. lni menyebabkan kanak-kanak meminta dibacakan bahan tersebut berulangulang kali. Gregory dan Morrison (1998) mendapati kesan yang positif terhadap kanakkanak yang dibacakan buku apabila kanak-kanak ini akan lebih suka membaca buku pilihannya berbanding dengan televisyen dan meminta dibacakan buku sebelum waktu tidur dan akhirnya menjadi rutin. Kajian yang dijalankan mereka mendapati kebanyakan kanak-kanak menyatakan bahawa mereka ada masa membaca bersama ibu baps di rumah, namun tidak menyatakan kekerapan aktiviti tersebut untuk dianggap sebagai rutin. Kajian ini juga mendapati ibu adalah individu yang paling banyak membacakan buku kepada kanak-kanak, diikuti oleh kakak seterusnya ayah, dan akbir sekali abang. Oleh itu, peranan ibu bapa amat penting bagi memastikan budaya membaca bersama keluarga diterapkan di rumah masing-masing. Hal ini disebabkan pendedahan awal terhadap pembacaan di rumah lebih menyediakan kanakkanak dengan pembacaan yang akan dihadapi apabila mereka mula bersekolah kelak. Selain itu, dapatan kajian mereka juga mendapati melalui pembacaan juga kanakkanak boleh mempertingkatkan bahasa pertuturan mereka. Hal ini disokong oleh Fisher (2001) yang melaporkan kanak-kanak berusia dua ke tiga tahun yang dibacakan buku mempunyai perkembangan bahasa 8 bulan lebih tinggi dari perkembangan bahasa kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Dalam hal ini, ibu bapa amat penting dalam menyemaikan konsep membaca kepada kanak-kanak. Dari aspek lain, kajian yang dijalankan oleh Pullen dan Justice (2003) pula menekankan peranan prasekolah. Bagi mereka, salah satu faktor penunjuk bagi pencapaian pembacaan murid di sekolah ialah bilangan jam mereka dibacakan buku semasa di prasekolah. Ini disokong oleh Neuman (1998) yang menyatakan dalam ` setting' bagi kanak-kanak berisiko, guru dan ibu bapa membaca lantang kepada kanak-kanak untuk memberikan pengalaman pembacaan kepada kanak-kanak yang kekurangan pengalaman tersebut. Walau bagaimanapun, kajian Sperling dan Head (2002) mendapati tiada perhubungan di antara tahap pembacaan dengan jumlah bacaan di prasekolah. Hal ini berlaku mungkin disebabkan masa untuk kanak-kanak meluangkan masa di sudut bacaan kurang dan buku-buku tidak digunakan dengan berkesan dalam pembelajaran dan pengajaran yang boleh menyebabkan kanak-kanak biasa dengan buku tertentu seterusnya berminat terhadap buku tersebut bagi mendorong mereka untuk memotivasikan diri membaca buku tersebut. Oleh itu, Sperling dan Head (2002) mencadangkan supaya guru-gum membacakan buku setiap hari, iaitu lima kali seminggu kepada kanak-kanak. Namun mereka mendapati bahawa tidak ada seorang guru pun yang berbuat demikian. Adalah dipercayai kekurangan aktiviti pembacaan buku oleh guru ini memberi kesan kepada tahap bacaan walaupun terdapat banyak buku di bilik darjah.

83

Masalah Pendidikan, 31(1)

Pembacaan yang diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahan bacaan tersebut akan menanam minat kanak-kanak terhadap bahan bacaan. Pernyataan ini disokong oleh kajian yang dibuat oleh Morrow (Mcquillan & Au, 2001) terhadap bilik darjah dua menunjukkan bukti yang kuat bagaimana akses kepada buku di dalam bilik darjah disertai aktiviti kesusasteraan yang dibimbing oleh guru telah membawa kepada peningkatan pembacaan serta peningkatan tahap pembacaan kanak-kanak. Jelaslah jumlah buku yang mencukupi di bilik darjah sahaja tidak menjamin tahap pembacaan meningkat; aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahan bacaan tersebut perlu diadakan agar dapat menanam minat kanak-kanak terhadap bahan bacaan tersebut. Brabham dan Murray (2006) telah membuat kajian membandingkan bacaan literasi untuk kanak-kanak tadika apabila 12 orang guru membacakan sepuluh buah buku bacaan kuat huruf, penekanan makna atau fonemik dan menggunakan latihan kendiri dengan buku abjad menggunakan rakaman atau penggunan cakera padat (CDROM) dalam jangka masa empat minggu. Pengkaji telah mengajar 5 daripada 12 guru untuk membaca buku dengan menekankan fonemik mewakili abjad dan lima orang lagi memfokuskan makna perkataan dalam buku yang dibaca. Dalam setiap makna atau kumpulan yang menekankan fonemik, guru mempunyai kanak-kanak yang menggunakan satu daripada buku. abjad, ABC Dr. Seuss, berpusatkan penggunaan komputer dengan animasi perisian cakera padat, atau berpusatkan pendengaran rakaman audio dan cetakan. Sejumlah 152 kanak-kanak berjaya menghabiskan pra dan pasca mengukur pengetahuan perbendaharaan kata dalam buku abjad, nama huruf, fonetik berasaskan bacaan, dan mengenal fonem. Dapatan untuk mengenal fonem menunjukkan hubungan yang signifikan antara jenis penekanan arahan dan latihan media. Penekanan fonem digabungkan dengan latihan membaca buku abjad sambil mendengar petikan menggunakan rakaman audio merupakan cara pengajaran fonem yang lebih berkesan berbanding gabungan yang lain. Statistik turut menunjukkan hubungan yang semakin meningkat daripada pra ke pasca berdasarkan gabungan tersebut; buku abjad merupakan bahan yang amat berguna untuk permulaan arahan literasi. Dapatan ini mirip dengan kajian Loh (2004) di Malaysia yang mendapati bahawa apabila teknik bercerita dalam bahasa Inggeris dilaksanakan, kanak-kanak prasekolah berpandangan positif terhadap bahasa Inggeris di mana sebahagian besar dari mereka dapat menguasai, berkomunikasi dan berminat dalam bahasa Inggeris setelah guru menggunakan teknik bercerita dalam pengajaran. Kajian yang lebih komprehensif dilakukan oleh Rio Sumarni Shariffudin, Abdul Hafidz Haji Omar, dan Dayang Hajjah Tiawa Awang Haji Hamid (2007) untuk mengenal pasti masalah pembelajaran membaca yang dihadapi dalam kalangan kanakkanak prasekolah, membangunkan sebuah perisian membaca dan menilai keberkesanan pembelajaran berbantukan komputer terhadap pembelajaran membaca. Penyelidikan ini menggunakan model sistem reka bentuk pengajaran ADDLE (Gordon & Zemke, 2000), iaitu gabungan antara pendekatan penyelidikan kualitatif dan kuantitatif dalam satu reka bentuk dengan menumpukan kepada pendekatan kualitatif sebagai satu paradigma yang dominan. Bagi mendapatkan maklumat tentang masalah pembelajaran membaca, penyelidik telah mengumpul data mengenai penguasaan membaca kanak-kanak di sepuluh buah prasekolah di daerah Johor Bahru. Sepuluh orang guru yang mengajar dilibatkan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat mengenai kaedah pengajaran membaca yang biasa digunakan 84

Masalah Pendidikan, 31(1)

dalam pengajaran dan pembelajaran membaca. Selain daripada itu, penyelidik juga
menyelitkan beberapa persoalan mengenai persepsi guru terhadap penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran membaca kanak-kanak prasekolah. Bagi tujuan menilai keberkesanan pembelajaran berbantukan komputer dalam pembelajaran membaca, sebuah perisian membaca telah dibangunkan dan dinilai secara kuantitatif dan kualitatif. Dalam penilaian kuantitatif pencapaian kanak-kanak dari sebuah sekolah akan terlibat dalam kuasi-eksperimen. Penilaian terhadap perisian secara kualitatif pula dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian menerusi perisian ScreenCam dan senarai semak. Interaksi kanak-kanak diperhatikan semasa mereka belajar membaca menggunakan komputer. Sehingga kini, masih belum ada lagi kajian dan pembangunan perisian dilakukan bagi mengkaji keberkesanan penggunaan perisian multimedia terhadap pembelajaran membaca-faham pads peringkat prasekolah. Jika kesan penggunaan strategi gambaran visual yang diterapkan ke dalam perisian membaca bagi tujuan untuk mewujudkan kemahiran membaca dan kefahaman dalam kalangan kanak-kanak prasekolah, im dapat meningkatkan bilangan peratus kanak-kanak yang berupaya membaca dan faham semasa peringkat prasekolah, maka kajian ini akan dijadikan sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh diguna pakai secara berterusan. Saranan Sudah dibuktikan melalui kajian-kajian sarjana dalam dan luar negara bahawa kanakkanak yang didedahkan dengan pembacaan di rumah akan lebih bersedia menerima instruksi pengajaran di sekolah kelak dan mereka mempunyai minat terhadap pembacaan. Oleh itu adalah amat perlu bagi ibu bapa membacakan buku kepada anakanak sebagai rutin harian (seperti sebelum waktu tidur) semenjak anak-anak lahir lagi. Ibu bapa digalakkan mengadakan satu masa membaca bersama keluarga di mana setiap ahli keluarga akan melakukan pembacaan masing-masing. Jika semua keluarga mempunyai masa menonton televisyen bersama, tentukan juga ads mass untuk semua ahli keluarga membaca bersama kerana aktiviti membaca adalah amat penting dalam kehidupan kita. Guru prasekolah memainkan peranan penting terhadap perkembangan kanakkanak. Mereka adalah antara orang yang paling awal berinteraksi dengan kanak-kanak selepas ibu bapa. Oleh itu mereka adalah "role model" yang berupaya mempengaruhi dan membimbing kanak-kanak. Selain membacakan buku, guru perlu kreatif mengadakan aktiviti-aktiviti lanjutan yang berkaitan dengan buku-buku yang dibaca tersebut bagi memanjangkan lagi perhatian dan minat kanak-kanak terhadap isi kandungan buku tersebut. Dengan adanya minat, kanak-kanak akan bermotivasi untuk membaca sendiri buku-buku tersebut berulang-ulang kali. Oleh itu, sebaik-baiknya guru meletakkan buku yang telah dibacakannya di sudut bacaan untuk diakses dengan mudah oleh kanak-kanak setelah mendengar pembacaan tersebut. Guru juga perlu mengadakan beberapa salinan buku tersebut di sudut bacaan agar tidak mendatangkan kekecohan apabila beberapa orang kanak-kanak ingin melihat buku yang sama selepas sesi bacaan oleh guru. Membenarkan kanak-kanak mengunjungi sudut bacaan walaupun tanpa pengawalan guru akan menjadikan mereka lebih bebas membuat pilihan terhadap bahan bacaan mereka, berbincang sesama teman dan meneliti buku yang disukai dengan care mereka sendiri. Suasana positif ini akan memberi makna kepada kanakkanak dan juga memberi kesan yang berpanjangan terhadap minat membaca. Selain 85

Masalah Pendidikan, 31(1)

itu, bahan bacaan yang disediakan oleh guru perlulah menepati cita rasa dan minat kanak-kanak. Guru perlu bijak memilih buku yang dapat menarik minat, bersesuaian dengan kanak-kanak pads usia tersebut. Jikalau buku yang digunakan tidak mengambil kira pengetahuan sedia ada kanak-kanak, ini akan menghilangkan minat mereka untuk membaca buku tersebut. Guru juga harus mengambil kira penggunaan gambar yang menarik, `font' yang jelas dan besar serta bilangan jumlah perkataan kerana is juga memainkan peranan penting dalam menarik minat kanak-kanak. Guru perlu bijak menggunakan media teknologi yang terdapat di dalam bilik darjah agar dapat menaikkan tahap pembacaan kanak-kanak. Media teknologi seperti komputer, buku interaktif dan televisyen boleh digunakan bagi memantapkan lagi pengajaran yang berkaitan dengan pembacaan kanak-kanak. Media ini boleh mendedahkan kanak-kanak kepada abjad, ejaan, membacakan perkataan bergambar dan membacakan buku kepada kanak-kanak. Kanak-kanak juga boleh melukis gambar dan mengarang cerita menggunakan komputer. Guru boleh menggunakan perakam suara untuk merakamkan cerita yang digemari dan kanak-kanak boleh mendengar cerita tersebut tanpa guru. Selain itu, kanak-kanak boleh merakam suara mereka menyanyi, membaca buku dan memperdengarkannya semula. Kanak-kanak tentu gemar dan seronok mendengar suara mereka sendiri dan ini dapat menggalakkan perkembangan bahasa mereka. Sungguhpun demikian, masyarakat khususnya golongan ibu bapa dan guru seharusnya sedar bahawa komunikasi multimedia telah berkembang pesat dalam masa yang singkat akibat dua perkara yang bare berlaku. Pertama, teknologi multimedia tidak begitu mahal dan mudah digunakan serta bertindak sebagai teknologi bantuan untuk mereka yang tercabar secara artistik. Dalam cara yang sama pemerosesan maklumat membuka dunia seorang penulis, teknologi multimedia telah membuka dunia hatta dunia kanak-kanak menerusi kesusasteraan. Sesuai dengan keadaan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, maka sastera pelbagai budaya (multicultural) harus digunakan dalam memupuk persefahaman antara kaum. Dalam hal ini, Hart (2004/05) mencadangkan agar persefahaman budaya sedunia dibentuk melalui sastera pelbagai budaya menerusi teknologi maklumat. Cara ini akan menimbulkan minat dalam kalangan kanak-kanak bagi mengenali budaya bangsa yang pelbagai di dunia ini. Sungguhpun begitu, sekadar mengakses buku pelbagai budaya, sumber, atau teknologi yang canggih tidak mencukupi. Guru seharusnya mengikuti proses pendekatan untuk belajar, termasuklah memberikan maksud konteks pembelajaran untuk menimbulkan budaya kanak-kanak daripada mereka. Sehubungan itu, Harlin, Murray, dan Shea (2007) berpendapat, pendidik seharusnya terus-menerus mencari kaedah terbaik untuk bersedia bagi kelas pelbagai etnik terutama melalui kesedaran merentasi kurikulum budaya. Pengkaji mendapati membaca dan berkongsi pelbagai budaya novel dalam sastera menunjukkan persediaan yang wajar bagi mendapatkan input pelbagai budaya bangsa di sesuatu tempat itu. Guru digalakkan untuk terus membaca bahan-bahan berkaitan untuk dikongsi dengan pelajar. Kepelbagaian novel akan membina sifat tindak balas budaya dalam kalangan kanak-kanak. Kita tidak sewajarnya bergantung terus kepada peluang pengkomputeran, keupayaan atau kualiti perisian atau melayari Internet semata-mata. Kita juga tidak seharusnya menunggu masa depan sendiri. Sebaliknya, kita bersiap sedia untuk memulakan tansformasi kurikulum pelbagai budaya, mencari jalan untuk mengakses bahan dan sumber melalui masyarakat, komuniti dan perpustakaan.

86

Masalah Pendidikan, 31(1)

Dari segi penerbitan karya sastera kanak- kanak, para pengarang, pelukis ilustrasi dan penerbit harus meninjau pendapat, permintaan dan pemikiran kanakkanak sebelum menerbitkan bahan sastera. Penghasilan karya sastera kanak-kanak tidak hares berpusatkan pemikiran orang dewasa semata-mata kerana kanak-kanak adalah pelanggan utama, maka segala permintaan dan kehendak mereka perlu diambil kira bagi memenuhi kepuasan mereka menimba ilmu selain berhibur. Seiring dengan era teknologi maklumat, permintaan dan kehendak kanak-kanak kini adalah berbeza, beragam dan canggih berbanding zaman dahulu. Maka ketiga-tiga pihak tersebut perlu memikirkan karya sastera kanak-kanak yang akan dihasilkan harus bersifat gabungan dua atau tiga dimensi yang mempunyai kesan visual, audio dan video. Dalam hal ini, bahan sastera kanak-kanak luar negara, khususnya barat, hares dijadikan contoh kepada pengarang, pelukis ilustrasi dan penerbit tempatan untuk mendapat ilham, idea atau gambaran tentang apakah bentuk, isi, dan pengajaran yang ingin diketengahkan oleh sesebuah karya sastera kanak-kanak itu. Sehubungan itu, kriteria yang dikemukakan oleh Sulaiman Masri (1984) boleh dijadikan panduan untuk menghasilkan sastera kanak-kanak yang bermutu di Malaysia.
Kesimpulan Kanak-kanak adalah bakal pemimpin masa depan. Dalam membentuk keperibadian kanak-kanak yang mulia dan bermoral, sastera kanak-kanak memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya. Maka karya sastera kanak-kanak yang dihasilkan di Malaysia perlulah menitikberatkan aspek mutu dengan mengambil kira permintaan dan kehendak kanak-kanak tempatan dari segi pendidikan. Selain itu, ibu bapa dan guru-guru turut memainkan peranan penting untuk memupuk minat membaca kepada kanak-kanak menerusi aktiviti bacaan yang bersesuaian dan menarik. Hal ini penting bagi menjamin kecemerlangan masa depan kanak-kanak. Tanggungjawab pendidikan ini bukan hanya ditanggung oleh ibu bapa dan sekolah sahaja, malahan masyarakat turut memainkan peranan penting. Jikalau semua pihak memainkan peranan masing-masing sebaik-baiknya, sudah tentu generasi akan datang adalah generasi yang bukan sahaja minat membaca, tetapi juga generasi yang mempunyai keperibadian yang mulia dan berbudi pekerti.

87

Masalah Pendidikan, 31(1)

Rujukan Atan Long. (1984). Pembentukan pemikiran kanak-kanak melalui pembacaan. Dlm. Othman Puteh & Abdul Ahmad (pngr.), Sekitar sastera kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Had Salleh. (1984). Prinsip-prinsip penulisan yang baik untuk buku kanakkanak: Tema, struktur dan Bahasa. Dlm. Othman Puteh & Abdul Ahmad (pngr.), Sekitar sastera kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Azizah Hamdan, & Md Sidin Ahmad Ishak. (2004). Children's book publishing in Malaysia. Dlm. Proceedings of Seminar-cum-Workshop on Children's Book Publishing in the Next Millennium. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Brabham, E. G., & Murray, B. A. (2006). Reading alphabet book in kindergarten: Effect of instructional emphasis and media practice. Journal of Research in Childhood Education, 20(3), 219 -229. Faridah Shamsuddin. (2003). Masalah penerbitan buku kanak-kanak. Kertas kerja Seminar Terbitan Sastera Kanak-Kanak, 22-23 Oktober. Dewan Bahasa dan Pustaka. Fisher, R. (2001). Analysing the role of the teacher in early reading: A lesson for researchers. Teachers and Teaching Theory and Practice, 7(3), 297-313. Gordon, J., & Zemke, R. (2000). The attack of ISD. Training Magazine, 3 7(4), 42-53. Gregory, L. P., & Morrison, T. G. (1998). Lap reading for young at-risk children: Introducing families to books. Early Childhood Education, 26(2), 67-77. Guthrie, J. T., & Wingfield, A. (1999). How motivation fits into a science of reading. Scientific Studies of Reading, 3(3), 199-205. Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan perkembangan sastera kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hall, N., Larson, J., & Marsh, J. (2003). Handbook of early childhood literacy. London: Sage. Harlin. R., Murray, R., & Shea, M. (2007). Broadening teachers' views of diversity through multicultural book discussions. Early Childhood Education, 83(5), 299303. Hart, P. M. (2004/05). Creating learning environments that invite all students to learn through multicultural literature and information technology. Early Childhood Education, 81(2), 87-92. International Reading Association & National Association for Education of Young Children. (1998). Overview of Learning to Read and Write: Developmentally Appropriate Practices for Young Children. Dimuat turun pada 12 Disember, 2007, daripada http://www.naeyc.org/about/positions/PSREADO.asp Izzah Abdul Aziz. (2000). Kesusasteraan kanak-kanak dan remaja di Malaysia: Suatu kenyataan atau impian? Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. 7-8 November. Dewan Bahasa dan Pustaka. Izzah Abdul Aziz, & Sandra Pragas Waran. (2001). Buku bergambar: Langkah pertama ke alam fantasi dan realiti. Kertas kerja. Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja 2001. 26-27 April. Dewan Bahasa dan Pustaka. Loh Siew Lee. (2004). Tinjauan Pengajaran Guru-guru Bahasa Inggeris Menggunakan Teknik Bercerita di kalangan kanak-kanak Prasekolah Kebangsaan Daerah Bentong. Projek Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

88

Masalah Pendidikan, 31(1)

Mahzan Arshad. (2006). Kajian tentang Bahan Sastera Kanak -kanak di Malaysia. Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak 28 November. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mcquillan, J., & Au, J. (2001). The effect of print access on reading frequency. Reading Psychology, 22, 225-248. Misran Rokimin. (2001). Sastera kanak-kanak dan remaja sebagai agen pembangunan. Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. 26-27 April. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Sharif Mohd. Saad, & Hajah Alimah Salam. (2001). Pengisian dan pengukuhan sastera kanak-kanak dan remaja pada alaf baru: Peranan dan cabaran perpustakaan. Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja. 26-27 April. Dewan Bahasa dan Pustaka. Morrow, L. M. (2005). Literacy development in the early years: Helping children read and write (5th ed.). Boston: Pearson. Neuman, S. B. (1998). Children achieving: Best practices in early literacy. Newark, DE: International Reading Association. Neuman, S. B., Caperalli, B. J., & Kee, C. (1998). Literacy learning a family matter. The Reading Teacher, 52(3), 244-252. Nijhar, M. S. (1984). Apakah sastera kanak-kanak khasnya buku bergambar. Dlm. Othman Puteh & Abdul Ahmad (pngr.), Sekitar sastera kanak kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Othman Puteh. (2000). Sastera Kanak-kanak dan Remaja dalam Konteks Pendidikan Era Globalisasi. Kertas kerja Seminar Sastera Kanak-kanak dan Remaja, 7-8 November. Dewan Bahasa dan Pustaka. Pullen, P. C., & Justice, M. L. (2003). Enhancing phonological awareness, print awareness, and oral language skills in preschool children. Invention in School and Clinic, 34(2), 87 -98. Rio Sumarni Shariffudin, Abdul Hafidz Haji Omar, & Dayang Hajjah Tiawa Awang Haji Hamid. (2007). Reka Bentuk dan Keberkesanan Perisian Multimedia Membaca-faham Berasaskan Gambaran Visual bagi Kanak-kanak Prasekolah. Dimuat turun pads 16 Disember, 2007, daripada http://eprints.utm.my /2344/1 Shahrun Nizal Mohd Nor. (2007, April 18). Berkongsi Ilmu dengan Dr. Margaret Read MacDonald. Berita Harian, h1m. 6. Sperling, R. A., & Head, D. M. (2002). Reading attitudes and literacy skills in prekindergarten children. Early Childhood Education, 29(4), 233-236. Sulaiman Masri. (1984). Penulisan bahan bacaan kanak-kanak. Dlm. Othman Puteh & Abdul Ahmad (pngr.), Sekitar sastera kanak-kanak dan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

89

You might also like