Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 29

TAMADUN ISLAM :

KONSEP, PRINSIP
DAN MATLAMAT
KELAHIRAN TAMADUN
ISLAM
PENGENALAN
 Panduan daripada Al-Quran dan Al-Hadith
 Peranan Islam itu sendiri
 Faktor luaran dan dalaman iaitu agama,
politik, sosial, ekonomi dll.
 Faktor intelektual. Zaman kegemilangan
pada abad 9-10 M atau 3-4 H.
 16 tamadun telah terkubur daripada 26
Tamadun.
MASYARAKAT ERA PRA-
ISLAM/JAHILIAH
Jahiliah berasal daripada akar kata jahala
dan kata terbitan jahalun atau jahalatun
yang bererti bodoh dan sesat.
ciri-ciri masyarakat jahiliah meliputi
antaranya ialah:
3) zaman yang tidak mempunyai nabi dan
kitab suci sebagai petunjuk kehidupan.
1) zaman yang tidak mempunyai
tamadun atau peradaban
2) zaman masyarakatnya tidak
berakhlak, angkuh dan bongkak
3) zaman yang masyarakatnya jahil dan
tidak boleh membaca dan menulis
 Dalam konteks Semenanjung Tanah
Arab, tempoh masa Jahiliah ialah
berlangsung selama kira-kira tiga
kurun. Bermula selepas keruntuhan
kerajaan Saba’ di peringkat ketiga atau
di peringkat akhir kerajaan Himyar
(Tubba) sekitar 300 SM sehingga turun
al-Quran dan kerasulan Nabi
Muhammad s.a.w pada tahun 610
Masihi.
 Keruntuhan empangan Ma’arib telah
menyebabkan ciri-ciri pembangunan
dan dan ketamaduan hampir lenyap.
Mayarakat dilanda kejahilan dah hilang
pedoman iaitu tidak mewarisi ilmu
pengetahuan sebelumnya. Gejala
keruntuhan moral dan akhlak berlaku
sehinggalah turunnya kitab suci al-
Quran al-Karim.
SISTEM KEPERCAYAAN DAN AGAMA
Dalam konteks ini, golongan beragama di
Semenanjung Tanah Arab dikategorikan kepada
lima iaitu:
3) penyembahan berhala (agama Wathani).
4) penyembah api (Majusi).
5) Yahudi
6) Nasrani (Kristian) .
7) Hanif (Samawi).
Secara kesimpulannya kepercayaan
dan agama masyarakat Arab ini
dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu:

1) Kepercayaan beragama

2) Kepercayaan animisme
SISTEM POLITIK DAN PENTADBIRAN
• Tergugat akibat penjajahan
• Kesan penjajahan itu mereka hidup berpuak-puak

SISTEM PEREKONOMIAN
• Berasaskan pertanian, perdagangan dan
penternakan
• Kemerosotan pertanian ekoran keruntuhan
empangan Ma’arib
• Kemerosotan perdagangan ekoran dari peperangan
dan persaingan kuasa
• Kehidupan kaum Badwi yang primitif.
SISTEM SOSIAL DAN KEBUDAYAAN
• Berdasarkan semangat asabiyyah
• Golongan wanita ditindas
• Kedudukan hamba yang rendah
• Berlakunya gejala keruntuhan moral

ILMU PENGETAHUAN DAN KEINTELEKTUALAN


• Masyarakat yang tidak berilmu dan tidak
bertamadun serta buta huruf.
• Ilmu secara lisan (ingatan dan hafalan)
• Masyarakat Arab pandai bersyair,
bersajak dan berpidato atau
berkhutbah
• Kedatangan Islam menyebabkan
berlaku perubahan dalam masyarakat
di mana selepas al-Quran diturunkan
perkembangan ilmu pengetahuan
begitu meluas sekali.
PEMBENTUKAN TAMADUN
ISLAM TAHAP AWAL
 Nabi Muhammad dilahirkan pada 12
Rabiulawal tahun Gajah bersamaan 20 April
571 M.
 Wahyu pertama di Gua Hira’ iaitu Surah al-
Alaq’
 dakwah secara tertutup selama 3 tahun
 Proses dakwah dilakukan selama 23 tahun
iaitu 13 tahun di Makkah dan 10 tahun di
Madinah
 Nabi Muhammad di gelar Al Amin (jujur)
1) Pembentukan tamadun Islam selepas
kelahiran Nabi Muhammad dan
Khulafa’ al-Rasyidin
2) Penyusunan masyarakat dan negara
Islam Madinah.Dua langkah penting:
iii) Institusi masjid
iv) Persaudaraan golongan Muhajirin dan
Ansar
5) Piagam Madinah (47 fasal iaitu 23
fasal pertama dan 24 fasal kedua)
Dasar utama pentadbiran Rasulullah s.a.w
dan Khulafa’ al-Rasyidin
b) Ketua Negara
c) Majlis Syura
d) Kementerian dan jabatan
e) Pentadbiran kawasan dan wilayah
f) Institusi kehakiman
g) Istitusi Masjid
KONSEP DAN MATLAMAT
TAMADUN ISLAM
 KONSEP TAMADUN ISLAM
 Hasil pemikiran orang Islam
berpandukankan Al-Quran dan Al-Sunnah
 Menurut sarjana Syed Muhammad Naquib
Al-Attas, beliau mentakrifkan tamadun Islam
sebagai “ keadaan kehidupan insan
bermasyarakat yang telah mencapai taraf
kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang
luhur bagi seluruh masyarakatnya”.
 Menurut Ibn Khaldun, sebelum ini
menghuraikan ini maksud tamadun Islam
atau peradaban sebagai “pencapaian
manusia yang sudah melebihi keperluan
asasi kehidupan sehingga dapat
membuka jalan ke arah pemikiran dan
penghasilan daya cipta yang lebih halus
dan mempunyai nilai-nilai seni”.
Matlamat Tamadun Islam
 Matlamat utama tamadun Islam ialah untuk
mengangkat Islam sebagai al-Deen iaitu satu
cara hidup yang lengkap dan komprehensif
 Tiga aspek atau asas utama tamadun Islam
ialah:
1) Akidah
2) Syariah
3) Akhlak
 Matlamat khusus tamadun Islam
adalah untuk
iii) menjalinkan hubungan manusia
dengan Allah Pencipta Alam.
iv) mewujudkan hubungan manusia
dengan sesama manusia
v) mewujudkan hubungan manusia
dengan alam sejagat.
CIRI-CIRI DAN SIFAT TAMADUN ISLAM
CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM
2) menyeluruh (sempurna).
3) Umum (sejagat dan terbuka).
4) bersifat tetap dan anjal.
5) ideal dan realistik
SIFAT-SIFAT TAMADUN ISLAM
 sifat tamadun Islam ialah sejagat.
 sifat tamadun Islam itu ialah terbuka dan
tidak bersifat tertutup.
 tamadun Islam juga bersifat sepanjang
zaman
 sifat tamadun Islam ialah toleransi
terhadap sistem agama atau kepercayaan
atau kebudayaan yang lain.
 tamadun Islam mempunyai ciri kesatuan
dalam kepelbagaian.
ASAS/DASAR PEMBINAAN
TAMADUN ISLAM
 Dasar utama tamadun Islam ialah
untuk memelihara dan memulihkan
serta menghormati hak asasi manusia
yang telah dianugerahkan Allah s.w.t
kepada hamba-hamba-Nya di dunia ini,
termasuk lain-lain makhluk ciptaan-
Nya.
 Dasar utama tamadun Islam ini ditentukan,
didorong dan didukung oleh beberapa aspek
penting iaitu :

3) memelihara jiwa atau nyawa atau hak-hak


hidup.
4) memelihara akal fikiran.
5) memelihara kehormatan dan keturunan.
6) memelihara harta benda.
7) memelihara hak dan kebebasan.
KEISTIMEWAAN TAMADUN
ISLAM
 Dari segi sumber Al-Quran dan Al-
Hadis
 Berteraskan sumber wahyu dan
akal
 Berteraskan keuniversalan dan
kesejagatan
 Lain-lain yang tercatat sebelum ini
di dalam sifat-sifat dan ciri-ciri
tamadun Islam
 Sumber yang terpenting untuk mengetahui
kewujudan tamadun Islam ini ialah sumber
wahyu iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
 Al-Quran merupakan satu-satunya kitab
yang terpelihara isi kandungannya sejak
diturunkan sehinggalah ke hari ini
kesahihannya tidak terusik dan tercemar
 Al-Quran membincangkan aspek-aspek
ekonomi, politik, sosial, perundangan,
falsafah, seni, sains dan teknologi.
 Tiga perkara asas yang penting terkandung di
dalam al-Quran ialah:
2) Akidah
3) Syariah
4) Akhlak
 Al-Sunnah merujuk kepada segala apa yang
disandarkan kepada Rasulullah s.a.w yang
tercerna dalam bentuk perkataan perbuatan dan
pengakuan serta sifat kejadian, akhlak dan
riwayat hidup baginda, sebelum dan sesudah
baginda dilantik menjadi Rasul
 Sebagai sumber hukum, al-Hadith melengkapi al-
Quran dengan melalui tiga cara iaitu:

3) ia menegaskan hukum yang terdapat dalam al-


Quran
4) menjelaskan apa yang tidak diperincikan oleh al-
Quran
5) menetapkan sesuatu hukum yang tidak terdapat
dalam al-Quran tetapi hukum ini bertepatan
dengan prinsip umum dalam al-Quran
 Al-Quran merupakan induk kepada al-
Hadith dan tanpa al-Quran agama Islam
tiada. Contohnya mengenai ibadat haji,
tidak terdapat keterangan terperinci
mengenai cara-cara melakukan ibadat
tersebut di dalam al-Quran dan terdapat al-
Hadith yang menerangkan cara
menunaikan ibadat tersebut.
 IJMAK : Sebagai kesimpulan pandangan
tentang hukum dan peraturan syarak yang
dipersetujui ulama mujtahid dalam
kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w
yang berlaku selepas kewafatannya.
 QIAS : Sesuatu hukum yang dinaskan
dilangkaukan kepada perkara baru yang tidak ada
nas kerana wujudnya kesamaan ‘illah (sebab) dan
kesatuan fakta antara kedua-duanya.
 Sebagai penggunaan hukum/peraturan dan
pemikiran daripada perkara yang dinaskan al-
Quran dan al-Sunnah pada perkara dan
permasalahan lain yang tiada nas al-Quran dan al-
Sunnah tentangnya.
 Contoh menetapkan hukum perahan buah-buahan
lain selain anggur yang memabukkan hasil dari
teknologi terkini.

You might also like