Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN HASRAT FPK

Sekolah memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) kerana sekolah merupakan agen sosialisasi dan agen perubahan bagi seseorang insan. Di sekolah jugalah nilai-nilai murni diterapkan dalam diri murid-murid untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek iaitu, jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan matlamat dan objektif FPK.

Pengurusan sesebuah sekolah yang berkesan memainkan peranan yang penting untuk memastikan sekolah berkenaan mencapai matlamat yang diharapkan. Kerjasama dan kesepaduan yang baik antara pentadbir dan guruguru dapat menghasilkan pelajar yang berprestasi cemerlang dalam pelbagai bidang. Di sekolah, setiap individu memainkan peranan masing-masing untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Antara pihak yang

bertanggungjawab ialah guru besar, guru penolong kanan, ketua panitia dan guru bilik darjah.

Guru Besar

Guru besar merupakan tonggak utama di sekolah kerana beliaulah yang menguruskan dan menggerakkan semua hal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sekolah. Guru besar merupakan ketua dan pemimpin yang perlu mempunyai matlamat, strategi, gaya dan pemantauan kepimpinan terhadap guru-guru ke arah pencapaian objektif sekolah. Jadi, kecemerlangan sesebuah sekolah wajar dirintis oleh kepimpinan sekolah yang diterajui oleh guru besar untuk melahirkan insan yang seimbang dari semua aspek JERIS selaras dengan hasrat FPK.

Guru besar juga bertanggungjawab dalam semua hal yang berkaitan dengan kewangan sekolah. Segala duit debit dan kredit yang digunakan oleh
88

PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN HASRAT FPK

sekolah perlu mendapat pengesahan dari guru besar terlebih dahulu. Guru besar juga berperanan penting dalam merangka matlamat sekolah, menerangkan matlamat sekolah, memantau dan menilai pengajaran guru, menyelaras kurikulum, memantau kemajuan murid, mengawal masa pengajaran, sentiasa kelihatan, memberi ganjaran untuk guru, menggalakkan perkembangan

profesionalisme guru dan menyediakan insentif untuk murid. . Guru besar berperanan penting dalam meningkatkan tahap

profesionalisme seseorang guru seperti yang dinyatakan oleh Edmond (1977), Sweeney (1982), Hussein Mahmood (1993) dan Leithwood dan Jantzi (1997) menekankan bahawa guru besar perlu mempunyai sesitiviti terhadap bakat dan kemahiran guru-guru, berkongsi matlamat dan membuat keputusan, memberi latihan pembangunan profesionalisme kepada guru-guru dan interaksi yang tinggi terhadap guru-guru.

Guru besar bukan sahaja merancang segala aktiviti dan program di sekolah, namun perlu turut sama terlibat dengan perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang dirancang di sekolah dan bukan hanya pandai memberi arahan. Guru besar yang cemerlang akan sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada guruguru untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih baik dan menarik minat murid-murid untuk belajar.

Selain itu, guru besar juga dijadikan tempat rujukan organisasi sekolah. Jika terdapat kakitangan sekolah yang menghadapi masalah, guru besar perlu peka dan prihatin terhadap mereka. Sifat empati yang tinggi perlu ada di dalam diri seorang pemimpin agar sentiasa dihormati dan disenangi oleh semua pihak sekolah.

89

PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN HASRAT FPK

Guru Penolong Kanan

Guru Penolong Kanan juga memainkan peranan yang penting di sesebuah sekolah. Terdapat 3 jenis guru penolong kanan di setiap sekolah iaitu Guru Penolong Kanan 1(GPK1), Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Ko) dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM). Tugas-tugas GPK ini adalah untuk melicinkan segala pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Mereka bertanggungjawab kepada guru besar dalam hal pentadbiran, kurikulum, pengurusan guru dan kakitangan bukan guru.

Guru Penolong Kanan 1 (GPK 1) merupakan orang yang paling hampir dengan guru besar. Beliau akan menggantikan guru besar ketika ketiadaannya. Segala urusan berkaitan dengan jadual waktu dan guru terletak di bawah tugas GPK 1. Apabila terdapat guru yang tidak hadir, maklumat perlu disampaikan kepada GPK 1 dan beliau akan mencari guru ganti mengisi kekosongan kelas. Segala masalah berkaitan dengan guru, GPK 1 akan menyelesaikannya kerana semua masalah guru terletak di bawah tanggungjawab GPK 1. Struktur organisasi sekolah juga berada di bawah kawalan GPK 1 ini.

Kesimpulannya,GPK 1 ini memainkan peranan penting dalam membantu guru besar untuk melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan jayanya.

Guru Penolong Kanan Kokurikulum (GPK Ko) merupakan orang yang bertanggungjawab dalam bidang kokurikulum di sesebuah sekolah. Kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai dan norma, unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahlinya. GPK Ko mempunyai dua bidang iaitu kurikulum dan kokurikulum. Dari segi kurikulum beliau bertanggungjawab dalam pembelajaran yang berlaku di sekolah. Beliau menyelaraskan sistem pembelajaran supaya menepati kehendak dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dari segi kokurikulum pula
90

PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN HASRAT FPK beliau melaksanakan sukan dan persatuan di dalam sekolah. Ini bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS.

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) merupakan guru yang bertanggungjawab dalam hal kebajikan dan masalah palajar di sekolah. Rancangan Makanan Tambahan (RMT) juga berada di bawah kawalan guru ini. Pelajar yang kurang bernasib baik akan diberikan bantuan RMT dan guru inilah yang bertanggungjawab mengenalpasti pelajar yang kurang bernasib baik itu. Selain itu, PK HEM juga bertanggungjawab mengenalpasti murid-murid yang cemerlang namun dalam golongan miskin untuk diberi biasiswa. Murid-murid yang mempunyai masalah masalah disiplin juga terletak di bawah kawalan guru ini. Guru ini bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin di sekolah dan mengambil berat kebajikan pelajar supaya pelajar yang keluar dari sekolah nanti akan seimbang dirinya.

Ketua Panitia

Guru yang dilantik menjadi ketua panitia kebiasaannya dipilih berdasarkan kecemerlangannya dalam mata pelajaran tertentu. Ketua panitia

bertanggungjawab untuk memastikan kecemerlangan panitia yang diketuainya dan beliau bertanggungjawab menyediakan rancangan mengajar bagi panitia dan setiap guru akan merujuk kepada rancangan mengajar tersebut. Ketua panitia merancang untuk meningkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang yang diuruskannya. Jika seseorang guru mempunyai masalah berhubung dengan kurikulum dan pengajaran, mereka perlu berjumpa dengan ketua panitia masing -masing sebelum dirujuk kepada pihak atasan. Jadi ketua panitia hendaklah sentiasa peka terhadap keperluan guru-guru di bawah naungannya.

91

PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN HASRAT FPK

Guru Bilik Darjah

Guru bilik darjah memainkan peranan yang amat penting dalam keseimbangan murid-murid di sekolah. Tugas guru bukan sahaja untuk mengajar semata-mata namun mereka telah diberikan tugas untuk menjaga dan memegang kelas yang terdapat di sekolah. Guru kelas bertindak menggantikan bapa atau ibu ketika murid-murid di sekolah. Guru harus mengetahui setiap masalah pelajar supaya tidak mengganggu sesi pembelajaran. Guru bilik darjah juga bertanggungjawab untuk menghias kelas masing-masing kerana terdapat program keceriaan yang dijalankan di sekolah. Penyusunan organisasi di dalam kelas dan jadual bertugas juga dilakukan oleh guru bilik darjah.

Guru bilik darjah juga perlu membimbing murid-murid mereka mengenai cara belajar yang baik. Sebagai contoh, guru perlu memberi sokongan dan dorongan yang tinggi kepada murid kelas mereka supaya rajin belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang. Guru bilik darjah yang baik

bertanggungjawab dalam mendisiplinkan murid-murid di dalam kelasnya. Nasihat yang diberikan haruslah dapat membina keyakinan mereka untuk belajar dan mengamalkan nilai-nilai murni. Kata-kata nasihat yang baik dapat membentuk peribadi dan sahsiah murid-murid agar sejajar dengan nilai dan norma dalam masyarakat pada hari ini.

Tuntasnya, guru bilik darjah ini merupakan tempat bergantung bagi muridmurid ketika di sekolah. Hal ini kerana, guru bilik darjahlah merupakan orang yang paling rapat dengan murid-murid .Oleh itu, peranan guru bilk darjah amat penting dalam melahirkan murid-murid yang seimbang dan berpekerti mulia.

92

You might also like