Matlamat Dan Objektif Kurikulum

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

1.0 Matlamat Pendidikan Kebangsaan.

Konsep pendidikan di Malaysia adalah berasaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaaan (FPK) yang telah diumumkan secara rasminya pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan (Mok Soon Sang, 2008). Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Menurut Mok Soon Sang (2008), berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang di atas, maka Matlamat Pendidikan Negara ialah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memilik serta menghayati ciri-ciri berikut: 1. Percaya dan patuh kepada Tuhan; 2. Berilmu pengetahuan; 3. Berakhlak mulia; 4. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara; 5. Memilik sahsiah yang seimbang dan sepadu; dan 6. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Selain daripada memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, adalah diharapakan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapat menapai matlamat pendidikannya, iaitu:

1. Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajiban sebagai seorang warganegara; 2. Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan; 3. Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan; 4. Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada Raja dan cinta kepada negara. 5. Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum; dan 6. Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan kurang berada.

You might also like