Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 99

KATA ALU-ALUAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Selepas kemerdekaan, Malaysia telah diancam dengan masalah penggunaan dadah dalam kalangan penduduknya. Menyedari cabaran dan kesukaran berdepan dengan fenomenom ini, maka kerajaan telah mengisytiharkan Dadah Sebagai Musuh Nombor Satu Negara. Dengan pengisytiharan itu, semua pihak seharusnya memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam memerangi gejala ini daripada terus berleluasa. Kita juga menyedari bahawa punca dan permasalahan dadah hari ini semakin rumit kerana bukan saja melibatkan golongan remaja dan dewasa, tetapi juga murid sekolah. Fenomenom ini menjadi lebih serius disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Sehubungan dengan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha memainkan peranan dan tanggung jawab bagi merancang dan melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah secara berterusan di sekolah. Kementerian telah mengarahkan semua sekolah melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah secara bersepadu dan sistematik. Penglibatan dan kerjasama daripada pelbagai agensi harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Kurikulum yang sedia ada harus dipantau dan dinilai semula mengikut keadaan dan kesesuaian. Dalam konteks ini, penghasilan Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) sebagai suatu pendekatan baru ke arah menjadikan matlamat Sekolah Bebas Dadah 2012 terlaksana. Pihak pentadbiran sekolah dinasihatkan supaya melihat gejala dadah sebagai sesuatu yang serius dan perlu sentiasa diberi perhatian. Mencegah lebih baik daripada mengubatinya. Saya berharap dengan komitmen yang menyeluruh daripada pentadbir sekolah, guru, ibu bapa, dan masyarakat, gejala dadah yang sekian lama menjadi musuh utama negara dapat dibendung dan dipulihkan mengikut jangkaan yang ditetapkan. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat menghasilkan Kit PROSIDAR ini. Semoga usaha ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak yang terlibat. Sekian, terima kasih.

DATO SRI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN


i

KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Sekolah merupakan institusi penting dalam usaha mendidik dan seterusnya melahirkan masyarakat yang berguna dan produktif kepada negara. Di samping itu, sekolah juga berperanan mendidik muridnya agar sentiasa kekal cergas, sihat dan selamat dari segala ancaman. Dalam hal ini, sekolah-sekolah telah mengambil segala langkah perlu bagi mempastikan murid sekolah mendapat segala maklumat dan pengetahuan berguna bagi mempastikan mereka bukan saja berjaya menjauhkan diri daripada dadah tetapi mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang dadah. Strategi utama Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah ialah melalui aktiviti pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum, dan pembangunan sahsiah. Dalam memenuhi hasrat kerajaan menjadikan sekolah bebas dadah menjelang 2012, penghasilan Kit Pelaksanaan Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) di sekolah amat penting, dan usaha menghasilkan Kit Pelaksanaan ini amat dialu-alukan kerana bertepatan dengan keperluan semasa. Saya berharap Kit Pelaksanaan PROSIDAR ini akan digunakan secara bersungguhsungguh oleh semua guru bagi mempastikan pendidikan pencegahan dadah di sekolah berkesan dan berjaya. Semoga program ini dapat mencetus kesedaran baru kepada seluruh masyarakat Malaysia agar terus bekerjasama bagi mencapai hasrat murni Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 dan Negara Bebas Dadah Tahun 2015. Insya Allah. Sekian, terima kasih.

DATO HJ. ALIMUDDIN BIN MOHD DOM

ii

KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN SEKOLAH

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menghasilkan Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) ini. Sesungguhnya untuk menghasilkan kit ini memerlukan komitmen dan kerjasama yang padu daripada semua pihak yang terlibat. Kit ini dipercayai amat sesuai digunakan di sekolah rendah. Di samping itu, kit ini juga berguna kepada semua warga pendidik dan murid sekolah untuk memberikan pendidikan pencegahan dadah melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Kit ini telah digubal sedemikian rupa supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan mudah, sistematik, dan memberi impak yang maksimum kepada murid. Saya berkeyakinan penuh Kit PROSIDAR ini akan dapat membantu merealisasikan Sekolah Bebas Dadah menjelang tahun 2012. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menghasilkan kit ini. Sekian, terima kasih.

HJ. ZULKIFLY BIN MOHD WAZIR

iii

PRAKATA

Kit Pengajaran dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) diterbitkan bertujuan untuk memantapkan lagi program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah-sekolah rendah di Malaysia. Murid sekolah rendah merupakan modal insan yang sangat berharga. Mereka perlu diberi pendedahan tentang Program Pendidikan Pencegahan Dadah sejak dari awal lagi supaya tidak terjebak dengan dadah. Panduan yang jelas dan mesra pengguna diharap dapat membantu guru-guru sekolah rendah melaksanakan aktiviti dengan lebih sempurna dan mencapai matlamat. Murid diberi pendedahan dan maklumat yang jelas tentang kesan pengambilan rokok, inhalan, arak, dan dadah . Kesedaran dan tanggungjawab terhadap anak bangsa serta sifat ikhlas dalam melaksanakan program ini amatlah penting. Kejayaan program ini adalah menjadi tanggung jawab semua pihak yang terlibat.

iv

PENDAHULUAN Latar Belakang Pendidikan Pencegahan Dadah Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah mengisytiharkan Dadah Musuh Utama Negara. Dalam hal ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggung jawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah, dan ibu bapa. Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah dilaksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum, dan pembentukan sahsiah. Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah Matlamat pendidikan pencegahan dadah di sekolah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012. Rasional Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada murid sekolah. Senario ini menjadi lebih membimbangkan disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Menyedari hakikat ini Kementerian Pelajaran Malaysia mengambil tanggung jawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah secara sistematik dan berkesan melalui Program Sifar Dadah Sekolah Rendah atau ringkasnya, PROSIDAR. Objektif Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi zikal, emosi, mental dan rohani. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.
v

Prinsip Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa. Pendidikan Pencegahan dadah adalah untuk semua murid, guru, kakitangan sekolah, dan ibu bapa. Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murid. Pendidikan Pencegahan Dadah adalah tanggungjawab semua warga sekolah. Program Pendidikan Pencegahan Dadah hendaklah menjurus ke arah Sekolah Bebas Dadah 2012.

vi

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR)

KANDUNGAN

SEKOLAH BEBAS DADAH

BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PUTRAJAYA

KANDUNGAN Kata Alu-aluan Prakata Pendahuluan Sukatan Pelajaran Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) Tahun 4 Rancangan Pengajaran Tahun 4, Topik 1 Rancangan Pengajaran Tahun 4, Topik 2 Rancangan Pengajaran Tahun 4, Topik 3 Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) Tahun 5 Rancangan Pengajaran Tahun 5, Topik 1 Rancangan Pengajaran Tahun 5, Topik 2 Rancangan Pengajaran Tahun 5, Topik 3 Kit Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) Tahun 6 Rancangan Pengajaran Tahun 6, Topik 1 Rancangan Pengajaran Tahun 6, Topik 2 Rancangan Pengajaran Tahun 6, Topik 3 Sumber bahan Link/ Pautan Sekalung Budi Jawatankuasa Induk Penggubal Kit Panel Penggubal Kit Panel Pemurnian Kit 68 73 79 84 84 84 85 86 88 38 48 50 4 13 28 i iv v 2

viii

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR)

SUKATAN UKATAN N PELA PELAJARAN

SEKOLAH SE SEKOLA SEKOLA EKOLA AH BE BEBAS EBAS D E DADA DADAH DADAH ADAH AH

BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PUTRAJAYA

SUKATAN PELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH

TAHUN 4

TAHUN 5

TAHUN 6

Topik 1 Perbezaan Dadah, Ubat, dan Racun.

Topik 1 Faktor-faktor Penagihan Dadah.

Topik 1 Masalah Dadah Semasa.

Topik 2 Jenis-jenis Dadah, Inhalan, Dan Air Daun Ketum / Biak.

Topik 2 Faktor Penagihan Dadah: Pengaruh Rakan Sebaya.

Topik 2 Kesan Penggunaan Dadah Dari Aspek Sosial, Ekonomi, Keselamatan, Dan Kesihatan.

Topik 3 Kesan dan Akibat Penagihan Dadah.

Topik 3 Amalan Gaya Hidup Sihat.

Topik 3 Undang-undang dan Hukuman Dadah di Malaysia.

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR)

TAHUN AHUN 4

SEKOLAH SE SEKOLA SEKOLA EKOLA AH BE BEBAS EBAS D E DADA DADAH DADAH ADAH AH

BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PUTRAJAYA

SUKATAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR) TOPIK TAJUK MASA KELAS / TAHUN OBJEKTIF 1 Perbezaan Dadah, Ubat, Dan Racun. 1 Jam 4 Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Mengenal pasti maksud dadah, ubat, dan racun. 2. Menyenaraikan contoh dadah, ubat, dan racun. 3. Menyatakan perbezaan antara dadah, ubat dan racun. ISI Mengenal pasti dan membezakan antara dadah, ubat, dan racun.

LANGKAHLANGKAH

Set Induksi (5 minit) Guru bersoal jawab dengan murid tentang ubat-ubat yang pernah diambil. Langkah 1 (15 minit ) 1. Tayangan slaid tentang dadah, ubat, dan racun. (rujuk slaid 2-7 ) 2. Murid diminta menyebut nama-nama bahan yang ditayangkan. Langkah 2 (15 minit) 1. Murid diagihkan kepada kumpulan . 2. Murid berbincang dalam kumpulan. 3. Murid membentangkan hasil perbincangan tentang perbezaan dadah, ubat, dan racun.

Langkah 3 (20 minit) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid. Penutup (5 minit) Guru membuat rumusan dan pengukuhan tentang perbezaan antara dadah, ubat dan racun . (rujuk slaid 8, 9, dan 10)

BAHAN BANTU MENGAJAR

Slaid Power Point LCD / Skrin Kertas mahjung / Kertas A4 Lampiran

Lampiran 1
Aras 1 Suaikan

Dadah

Ubat

Racun

Lampiran 2
Aras 2 Suaikan gambar dengan perkataan

Heroin

Antibiotik

Racun

Paracetamol

Ganja

Lampiran 3
Aras 2 Cari dan tulis semula perkataan yang tersembunyi

a. i. ii. iii.

Dadah

b. i. ii. iii.

Ubat

c. i. ii. iii.

Racun

10

11

12

RANCANGAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR) TOPIK TAJUK MASA KELAS / TAHUN OBJEKTIF 2 Jenis-jenis Dadah, Inhalan, Dan Air Daun Ketum / Biak 1 Jam 4 Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Mengenal pasti jenis-jenis dadah, inhalan, dan air daun ketum / biak. 2. Menyenaraikan jenis-jenis dadah, inhalan, dan air daun ketum / biak. ISI Jenis-jenis dadah, inhalan, dan air daun ketum / biak.

LANGKAHLANGKAH

Set Induksi (5 minit) Guru memperdengarkan lagu Dadah Durjana dan meminta murid memahami lirik lagu tersebut. (rujuk lampiran) Langkah 1 (5 minit) Guru meminta murid-murid menyatakan mesej lagu tersebut. Langkah 2 (15 minit) 1. Guru menayangkan slaid tentang jenis-jenis dadah, inhalan, dan daun ketum / biak. (rujuk slaid 2-6) 2. Guru memberi penerangan tentang bahan-bahan yang ditayangkan. 3. Guru dan murid bersoal jawab tentang tayangan tersebut.

13

Langkah 3 (20 minit) 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Guru mengedarkan kertas bergambar (jenis-jenis dadah, inhalan, dan daun ketum / biak) kepada setiap kumpulan. 3. Setiap kumpulan dikehendaki menggunting, menampal dan melabel gambar-gambar untuk dijadikan buku skrap. (rujuk lampiran) Langkah 4 (10 minit) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid. Penutup (5 minit) Murid menyanyikan lagu Dadah Durjana dengan iringan muzik. Bahan Bantu Mengajar Slaid Power Point Kertas A4 bewarna Gunting dan gam Kertas bergambar Pemain CD LCD dan skrin Laptop Lampiran

14

Lampiran LAGU : DADAH DURJANA DADAH DURJANA KAU PENGHAPUS BANGSA KAU MUSUH RAKYAT KAU MUSUH NEGARA KINI KAMI TEGUH KINI KAMI KUAT DADAH KAMI TEMPUR HANCUR DADAH JAYA RAKYAT KAMI ANTI DADAH KAMI BENCI PADAMU SEKUTU KITA PERANGI DADAH MULIA BANGSA TANPAMU MARI SEMUA MARI SAUDARA JANGAN HANCURKAN USIA MUDA SEMANGAT BANGSA BERGELORA TANPA DADAH KITA BERJASA

15

Lampiran 1
Aras 1 Suaikan

candu

morfin

ekstasi

heroin

daun ketum

ganja
16

Lampiran 2
Aras 2 Asingkan bahan-bahan di bawah mengikut kumpulannya;

Pil khayal Gam

Petrol Penanggal cat

Butane Syabu

Pil kuda Ekstasi

Heroin Ganja

Candu Morn

Nama-nama dadah

Nama-nama inhalan

17

Lampiran 3
Aras 2 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

1. Butane tergolong dalam jenis ..

2. Pil ekstasi terdiri daripada pelbagai warna seperti .

3. Kanabis ialah nama lain bagi ..............

4. . diperolehi daripada getah buah popi.

5. Dadah boleh didapati dalam bentuk serbuk dan

18

PIL ECSTACY

BEBERAPA GAMBAR UNTUK BUKU SKRAP

INHALAN
19

PIL PSIKOSTROPIK Pil Penenang

SYABU
20

PIL PSIKOSTROPIK
Pil Penenang

SERBUK HEROIN

PIL ECSTASY

PIL KUDA

21

DAUN GANJA

CANDU

22

POKOK GANJA

BUNGA POPI
23

DAUN KETUM

CANDU

24

ROKOK GANJA

DAUN GANJA KERING

25

26

27

RANCANGAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)


TOPIK TAJUK MASA KELAS/TAHUN OBJEKTIF

3 Kesan Dan Akibat Penagihan Dadah 1 Jam 4 Pada akhir pembelajaran murid dapat : (i) Menyatakan kesan penggunaan dadah kepada diri, keluarga dan masyarakat. (ii) Menyenaraikan kesan-kesan penggunaan dadah daripada aspek diri, keluarga, dan masyarakat. (iii) Menyatakan rasa takut dan benci akan dadah.

ISI

Kesan dan akibat penagihan dadah terhadap diri, keluarga, dan masyarakat. Set Induksi (5 minit) 1. Guru mempamerkan dua keping gambar iaitu orang yang sihat dan penagih dadah. (rujuk slaid 2) 2. Guru dan murid berbincang tentang gambar tersebut. Langkah 1 (15 minit) 1. Guru meminta murid menyatakan ciri-ciri zikal seorang penagih dadah. 2. Murid menulis ciri-ciri zikal seorang penagih dadah. 3. Guru dan murid berbincang tentang ciri-ciri zikal penagih dadah.

LANGKAHLANGKAH

28

Langkah 2 (20 minit) 1. Guru menayangkan slaid tentang kesan-kesan penagihan dadah kepada diri, keluarga, dan masyarakat (rujuk slaid 3-9) 2. Guru mengagihkan murid kepada beberapa kumpulan. 3. Murid berbincang dalam kumpulan tentang aspek -aspek berikut:i Kesan dadah terhadap diri. ii. Kesan dadah terhadap keluarga. iii. Kesan dadah terhadap masyarakat. 4. Wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan. 5. Guru membuat rumusan hasil perbincangan. Langkah 3 (15 minit) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid. Penutup (5 minit) Murid dan guru menyanyikan lagu Mari Benci Dadah. (rujuk slaid 10) BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Slaid Power Point 2. Lampiran 3. LCD, skrin,laptop

29

Lampiran 1 Aras 1 Bulatkan jawapan yang betul

1. Antara bahan yang berikut manakah bukan jenis dadah ? A. Heroin B. Protein C. Kanabis D. Ganja

2. Keadaan fizikal penagih dadah biasanya A. kuat B. gemuk C. lemah D. gagah

3. Penyakit berbahaya yang berpunca daripada penagihan dadah ialah.. A. Denggi B. Malaria C. Taun D. AIDS

4. Aktiviti yang berikut mengakibatkan gejala penagihan dadah. A. bersenam B. memancing C. pergaulan bebas D. rekreasi

5. Golongan ini paling banyak terlibat dengan penagihan dadah A. remaja B. bayi C. kanak-kanak D. orang tua

6. Penagihan dadah akan menyebabkan keluarga menjadi A. pincang B. bahagia C. harmoni D. aman

30

Lampiran 2 Aras 2 Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

Aras 2 Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. dadah AIDS penyakit

ragut

bekerjasama

1. Penggunaan boleh memudaratkan diri, keluarga, dan masyarakat. 2. Tubuh penagih dadah mudah dihinggapi pelbagai jenis 3. Masyarakat mestilah untuk menangani masalah penagihan dadah. 4. Masalah kecurian, pecah rumah dan . sering dikaitkan dengan penagih dadah. 5. Penyakit .. berpunca daripada penagihan dadah.

31

Lampiran 3 Lampiran 3

Aras 3 Lengkapkan Silang Kata


1

4 6

E
7 8

MELINTANG 2. Musuh negara nombor satu 5. Golongan yang paling ramai menagih 6. Lawan perkataan kuat 7. Nama lain bagi Kanabis

KE BAWAH 1. Panggilan bagi orang yang menagih dadah 3. Serbuk dadah yang berwarna putih 4. Air daun ini boleh memabukkan. 8. Sejenis alat untuk menyuntik.

32

Lampiran Lampiran 4 MARI BENCI DADAH Mari membenci najis dadah Najis dadah a... a... a... Musuh remaja Remaja oh hari ini Akibat buruk Dicuba jangan dicuba a... a... a... Jauhilah ia, remaja Sesungguh hati Mengapa kau bermenung Oh adik berhati bingung Mengapa kau bermenung Oh adik berhati bingung Janganlah engkau percaya dadah durjana 2x ( korus ) Sekarang bukan bermenung zaman bermenung 2x Mari bersama oh adik jauhilah dadah 2x Mari membenci najis dadah Najis dadah a... a... a... Musuh remaja Remaja oh hari ini ( ulang korus )

33

34

35

36

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR)

TAHUN AHUN 5

SEKOLAH SE SEKOLA SEKOLA EKOLA AH BE BEBAS EBAS D E DADA DADAH DADAH ADAH AH

BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PUTRAJAYA


37

RANCANGAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)


TOPIK TAJUK MASA KELAS/TAHUN OBJEKTIF 1 Faktor-faktor Penagihan Dadah. 1 Jam 5 Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan faktor-faktor penyebab berlakunya penagihan dadah. 2. Menyenaraikan cara-cara melindungi diri daripada ancaman dadah. 3. Menyatakan rasa takut akan dadah.

ISI

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya penagihan dadah dalam kalangan murid dan remaja. Set Induksi (5 minit) Guru menayangkan dokumentari Dadah Pembunuh tentang masalah penggunaan dadah dalam kalangan masyarakat di negara ini. (rujuk slaid 2) Langkah 1 (20 minit) 1. Guru menanyakan sebab-sebab seseorang terjerumus dengan penggunaan dadah berdasarkan pengetahuan sedia ada murid. 2. Guru menayangkan slaid Sepuluh Anak Muda berkenaan faktor-faktor seseorang itu terlibat dengan penggunaan dadah.(rujuk slaid 3-12) 3. Guru dan murid berbincang tentang faktor-faktor seseorang itu terlibat dengan penggunaan dadah.

LANGKAHLANGKAH

38

Langkah 2 (20 minit) 1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan. 2. Guru meminta setiap kumpulan berbincang tentang cara-cara mengelakan diri daripada ancaman dadah.(rujuk slaid 13 - 18) 3. Setiap kumpulan diminta menyatakan hasil perbincangan mereka secara lisan. 4. Guru membuat rumusan. Langkah 3 (10 minit) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid. Penutup (5 minit) Guru membuat rumusan keseluruhan.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Klip video Dadah Pembunuh Slaid Power Point Lampiran LCD Skrin Laptop

39

Aras 1
Bulatkan jawapan yang paling tepat. 1.

Lampiran 1

Penagihan dadah berpunca daripada aktiviti ...................... A. B. C. D. berbasikal makan minum tidur merokok

2.

Sikap tidak memilih rakan mengakibatkan amalan buruk seperti ............................ A. B. C. D. pengotor kedekut pembazir menagih dadah

3.

Antara berikut yang manakah tingkah laku yang dikatakan tidak berdisiplin ? A. B. C. D. suka membaca suka berbincang ponteng sekolah makan makanan seimbang

4.

Seorang murid mestilah memiliki ........................... untuk mengelakkan diri daripada ancaman dadah. A. B. C. D. duit yang banyak keluarga yang kaya rumah yang besar ketahanan diri yang kuat

5.

Pengedar menggunakan murid sekolah untuk mengedar dadah. Kumpulan murid yang manakah akan menjadi sasaran pengedar ? A. B. C. D. cantik pendiam suka merokok pengawas sekolah

40

Lampiran 2 Aras 2 Isi tempat-tempat kosong di bawah dengan kata yang sesuai berdasarkan pernyataan di bawah ini.
1. Penagihan dadah dalam kalangan remaja berpunca daripada faktor

2.

Amalan ponteng sekolah boleh mengakibatkan seseorang itu terperangkap dengan

3.

Penagihan dadah bermula dengan amalan

4.

Keluarga yang terhindar daripada ancaman najis dadah.

ialah kunci utama seseorang

5.

Melepak adalah kegiatan yang boleh menyebabkan berlakunya gejala sosial seperti .

6.

Kita hendaklah sentiasa memilih rakan yang mengelakkan diri daripada pengaruh negatif.

agar

7.

Kita hendaklah menghormati ibu bapa dan

8.

Gaya hidup sihat patut kita amalkan bagi menghindarkan diri seseorang itu daripada penggunaan

41

Lampiran 3 Aras 3
A. Sila nyatakan lima faktor penagihan dadah dalam kalangan remaja.

i. ii. iii. iv. v.

................................................................................................................. .................................................................................................................. .................................................................................................................. .................................................................................................................. ..................................................................................................................

B.

Sila nyatakan lima cara untuk melindungi diri daripada ancaman dadah.

i. ii. iii. iv. v.

.................................................................................................................. .................................................................................................................. .................................................................................................................. .................................................................................................................. ..................................................................................................................

42

43

44

45

46

47

RANCANGAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)


TOPIK TAJUK MASA KELAS/TAHUN OBJEKTIF 2 Faktor Penagihan Dadah: Pengaruh Rakan Sebaya 1 Jam 5 Pada akhir pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan kelebihan dan kelemahan diri. 2. Menyenaraikan contoh perlakuan yang diperoleh daripada rakan sebaya. 3. Menghormati diri sendiri dan orang lain.

ISI

Mengenal pasti tingkah laku rakan sebaya yang berisiko tinggi.

LANGKAHLANGKAH

Set Induksi (5 minit) 1. Guru memperdengarkan lagu Teman Sejati. (rujuk slaid 2-6) 2. Guru berbincang dengan murid mengenai rakan sebaya. Langkah 1 (10 minit) 1. Guru meminta murid menyenarai lima kelebihan dan lima kelemahan diri pada kertas yang diedarkan. 2. Murid dipilih secara rawak untuk membentangkan hasil kerja. Langkah 2 (15 minit) 1. Aktiviti Main Peranan Guru meminta murid menggayakan watak-watak berikut:

48

- Watak guru - Watak kaki buli - Watak doktor - Watak penagih dadah 2. Guru bersoal jawab dengan murid: i. Mengapa perwatakan guru dan doktor disukai ? ii. Mengapa penagih dadah sentiasa dicemuh oleh masyarakat ? Langkah 3 (10 minit) 1. Guru menayangkan slaid perlakuan yang negatif (rujuk slaid 7-12) 2. Guru meminta murid membincangkan perlakuan negatif yang terdapat dalam slaid. Langkah 4 (15 minit) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid. Penutup (5 minit) Guru menasihati murid supaya memilih rakan yang baik. BAHAN BANTU MENGAJAR Gambar Lampiran Slaid Power Pont LCD / Skrin Laptop Kertas A4

49

Lampiran 1 Aras 1
Memilih dan menyenaraikan lima sikap baik dan lima sikap buruk

Mencuri

Suka bergaduh

Menolong kawan

Mendengar nasihat

Berbudi bahasa Ponteng sekolah Menghisap rokok

Menghormati jiran Menolong ibu bapa

Merosakkan harta benda awam

Sikap Baik 1. 2. 3. 4. 5. 1. 2. 3. 4. 5.

Sikap Buruk

50

Lampiran 2 Aras 2
Cari dan warnakan perkataan-perkataan yang disenaraikan dalam teka kata di bawah.

KHIANAT

HARGA DIRI

MEMUKUL

UGUT

LIAR

SIMPATI

JUJUR

PONTENG

SABAR

MENCURI

A H A D A D L A E W B

M A B L B A M B U T E

B R M E M U K U L A R

W G N K S G J E I C K

K A W S A U A K A O G

H D R F B T T E R I A

I I U O A U P U W D M

A R J I R T O B C B S

N I U K A E N I A A Y

A E J H U O T C U G U

T K I L N E E A T H T

K S C A M E N C U R I

E U B S K U G B F G K

51

Lampiran 3 Aras 3
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut: Suhaimi seorang murid yang pintar. Ayahnya seorang ahli perniagaan yang berjaya. Ibunya pula sibuk menguruskan kedai pakaian. Ayah dan ibunya perokok. Suhaimi diberikan segala kemewahan oleh kedua-dua ibu bapanya. Suhaimi juga gemar berkawan dengan rakan-rakan yang lebih tua daripadanya. Ramai kawan Suhaimi merokok. Suhaimi juga turut terpengaruh dengan amalan tersebut. Ibu bapanya tidak menyedari perlakuan Suhaimi kerana terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing. Mereka pernah dipanggil oleh pihak sekolah kerana Suhaimi didapati merokok. Walau bagaimanapun, kedua-dua ibu bapanya tidak mempercayainya. Setelah Suhaimi meningkat remaja, dia masih meneruskan tabiat merokok. Dia juga mula mengambil dadah kerana dicabar oleh kawan-kawannya. Pada suatu hari , Suhaimi dan kawankawannya ditangkap polis semasa mengambil dadah. Setelah didapati bersalah Suhaimi dihantar ke pusat pemulihan. Kedua-dua ibu bapanya menyesal kerana tidak mengambil berat tentang Suhaimi. 1. Siapakah Suhaimi? ___________________________________________________________

2. Apakah pekerjaan ibu bapa Suhaimi.? ____________________________________________________________ 3. Siapakah kawan-kawan Suhaimi? ____________________________________________________________ 4. Apakah tabiat buruk yang dilakukan oleh Suhaimi?

______________________________________________________________ ____________________________________________________________ 5. Kenapakah ibu bapanya gagal mengesan kegiatan Suhaimi?

______________________________________________________________ ______________________________________________________________
52

53

54

55

RANCANGAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)


TOPIK TAJUK MASA KELAS/TAHUN OBJEKTIF 3 Amalan Gaya Hidup Sihat. 1 Jam 5 Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyatakan amalan-amalan hidup yang baik. 1. Menyenaraikan aktiviti-aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang.

ISI

Amalan gaya hidup sihat.

LANGKAHLANGKAH

Set Induksi (5 minit) 1. Guru menayangkan slaid Keluarga Bahagia. (rujuk slaid 2) 2. Guru meminta murid-murid memberi pandangan tentang mesej slaid tersebut. Langkah 1 (10 minit) 1. Guru menayangkan slaid yang menunjukkan amalan hidup yang salah dan berisiko. (rujuk slaid 3 - 9) 2. Guru menanyakan murid murid tentang kesan yang akan wujud berdasarkan daripada gambargambar tersebut.

56

Langkah 2 (15 minit) Guru memberikan penerangan amalan hidup sihat akan mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan gejala negatif seperti penggunaan dadah.(rujuk slaid 10-15)

Langkah 3 (20 minit) 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Guru menayangkan slaid gaya hidup sihat kepada murid.(rujuk slaid 10-15) 3. Setiap kumpulan dikehendaki menyenaraikan lima gaya hidup yang berisiko dan lima gaya hidup sihat. 4. Wakil setiap kumpulan dipanggil untuk menampal hasil kerja tersebut . Langkah 4 (10 minit) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid. Penutup (5 minit) Guru membuat rumusan bahawa gaya hidup seseorang akan mempengaruhi kejayaan hidupnya.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Slaid Power Point Kertas mahjung Marker pen Lampiran LCD/ Skrin Laptop

57

Lampiran 1 Aras 1 Tandakan ( ) pada aktiviti yang baik dan ( x ) pada aktiviti yang tidak baik
AKTIVITI 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9 10. Bermain bola sepak. Berkelah di tepi pantai Menconteng dinding sekolah. Memimpin orang tua melintas jalan raya. Abu menghisap rokok. Watson melastik burung. Alisa menolong ibunya di dapur. Ramu mandi di tali air. Ali mengulangkaji pelajaran. Sekumpulan pelajar berlumba motosikal BAIK / TIDAK BAIK ( ( ( ( ( ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) ) ) ) ) )

58

Lampiran 2 Aras 2 Bahagian A Tuliskan benar atau salah pada penyataan di bawah.
1. Mengambil ubat tanpa nasihat doktor ialah perbuatan yang betul. Rokok tidak membahayakan kesihatan.

2.

3.

Merokok boleh menyebabkan kanser paru-paru.

4.

Aktiviti bersukan menyihatkan badan.

5.

Melepak ialah suatu amalan yang baik.

59

Bahagian B Pilih jawapan yang betul


1. Kita hendaklah sentiasa _________ untuk membina tubuh badan yang sihat. A. bersenam B. bergaduh C. makan

2.

Kita

hendaklah

bijak

memilih

____________________

A. lawan B. kawan C. musuh

3.

Gaya hidup sihat patut diamalkan kerana A. dapat menghindarkan diri daripada penggunaan dadah B. ibu bapa tidak memberikan kebebasan dalam pergaulan C. dapat menjimatkan kewangan keluarga

4.

Sekiranya salah seorang adik beradik anda terlibat dengan penggunaan dadah, apakah tindakan anda? A. mendiamkan diri B. melaporkan kepada ibu bapa C. menghebohkan kepada orang lain

5.

Apakah tindakan anda jika terserempak dengan rakan anda yang sedang merokok di sekolah? A. memarahi mereka B. membiarkan mereka C. melaporkan kepada guru

60

Lampiran 3 Aras 3
A. Senaraikan lima aktiviti gaya hidup sihat. 1. .........................................................................................................................

2. .........................................................................................................................

3. .........................................................................................................................

4. .........................................................................................................................

5. .........................................................................................................................

B. Senaraikan lima aktiviti yang tidak menunjukkan gaya hidup sihat. 1. .........................................................................................................................

2. .........................................................................................................................

3. .........................................................................................................................

4. .........................................................................................................................

5. .........................................................................................................................

61

62

63

64

65

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR)

TAHUN 6

SEKOLAH BEBAS DADAH

BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PUTRAJAYA

RANCANGAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)


TOPIK TAJUK MASA KELAS/TAHUN OBJEKTIF 1 Masalah Dadah Semasa 1 Jam 6 Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Melabel negara-negara pengeluar dadah di dunia. 2. Menyatakan lokasi yang berisiko tinggi terdapat aktiviti penagihan dadah di persekitaran mereka. ISI LANGKAHLANGKAH Senario semasa masalah dadah di Malaysia. Set Induksi (5 minit) 1. Tayangan klip video Adegan penggunaan dadah (rujuk slaid 2) 2. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan klip video . Langkah1 (10 minit) 1. Guru menayangkan slaid pengedaran dadah antara bangsa.( rujuk slaid 3) 2. Guru memberi penerangan dan bersoal jawab dengan murid. Langkah 2 (10 minit) 1. Guru menayangkan slaid tentang aliran pengedaran dadah ke Malaysia.(sila rujuk slaid 4) 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang pandangan mereka terhadap situasi tersebut.

68

Langkah 3 (15 minit) 1. Guru menayangkan slaid statistik penagihan dadah.(rujuk slaid 5-8) 2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang perasaan mereka tentang statistik di atas. 3. Guru menerangkan hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah dadah.(rujuk slaid 9) Langkah 4 (15 minit) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid. Penutup (5 minit) Guru membuat rumusan hasil pembelajaran. - Masalah dadah adalah ancaman besar kepada kesejahteraan hidup dan keselamatan sesebuah negara.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Slaid Power Point Lampiran LCD / Skrin Laptop

69

Lampiran 1 Aras 1 Pilih jawapan yang betul


1. Berapakah bilangan penagih baru setiap hari? A. 32 orang B. 42 orang C. 52 orang 2. Dari negara manakah dadah diseludup ke negara kita? A. Thailand B. Brunei C. Arab Saudi 3 Golongan.ialah yang paling mudah terjebak dengan dadah. A. remaja B. tua C. wanita 4. Pada tahun berapakah bilangan penagih dadah yang paling ramai dapat dikesan di Malaysia? A. 2003 B. 2004 C. 2005 5. Ancaman dadah merupakannombor satu negara. A. eksport B. musuh C. rakan dagang

70

Lampiran 2 Aras 2 Namakan negara dan labelkan aliran pengedaran dadah di dunia dalam peta di bawah.

Lampiran 3 Aras 3 Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai


1. Senaraikan tiga buah negara pengeluar dadah di kawasan Segi Tiga Emas i ..

ii .. iii .. 2. Dadah dibawa masuk ke negara kita melalui jalan .........dan 3. Nyatakan tiga buah negeri yang mencatat taburan tertinggi bilangan penagih dadah di Malaysia i. ii. iii. 4. ........................................ ........................................ ........................................

Berikan tiga faktor murid mungkin terlibat dengan penggunaan dadah ? .......................... .......................................... ........................... ........................

72

RANCANGAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)


TOPIK TAJUK 2 Kesan Penggunaan Dadah Daripada Aspek Sosial, Ekonomi, Keselamatan, dan Kesihatan. 1 Jam 6 Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyebut secara lisan bahaya dadah. 2. Menyatakan akibat penggunaan dadah daripada aspek sosial, ekonomi, keselamatan negara, dan HIV / AIDS.

MASA KELAS/TAHUN OBJEKTIF

ISI

Kesan penggunaan dadah daripada aspek : - Sosial - Ekonomi - Kesematan Negara - HIV / Aids

LANGKAHLANGKAH

Set Induksi (5 minit) Guru menayangkan klip video Anakku Sazali Guru bersoal jawab tentang pengetahuan sedia ada murid berkaitan masalah sosial.

Langkah 1 ( 30 minit ) 1. Murid diminta membuat perbincangan dalam kumpulan tentang kesan penggunaan dadah daripada aspek: Sosial Runtuhnya nilai-nilai agama serta nilai murni (Biadap dan tidak berakhlak serta tidak bermoral terhadap ibu bapa, keluarga, dan masyarakat).

73

- Kadar jenayah meningkat (mencuri, menipu, peras ugut, meragut, dan lain-lain) - Ponteng sekolah - Lepak - Vandalisme (tingkah laku musnah) Ekonomi Kekurangan tenaga kerja Pembangunan tergendala Pembaziran Produktiviti berkurangan

Keselamatan Negara Keselamatan negara terancam Musuh negara mengaut untung Menggalakkan rasuah

HIV / AIDS - Membawa maut - Maruah bangsa dan negara tercemar dan tergadai. 2. Murid diminta membuat perbentangan. Langkah 2 ( 20 minit ) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid. Penutup (5 minit ) Guru memberi penekanan supaya menjauhi dadah kerana memberi kesan kepada aspek sosial, ekonomi, keselamatan negara, dan kesihatan.

BAHAN BANTU MENGAJAR

LCD / Laptop Lampiran Klip video

74

Lampiran 1 Aras 1 Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan tandakan ( X ) pada pernyataan yang salah.
1. Penggunaan dadah menyebabkan peningkatan kadar jenayah. ( )

2.

Pengambilan dadah meningkatkan semangat cinta akan tanah air. (

3.

Dadah ialah musuh utama negara.

4.

Pengambilan dadah akan menyebabkan seseorang mendapat lebih ramai kawan. ( )

5.

Penagihan dadah akan menyebabkan pembaziran.

6.

Benteng negara akan bertambah kukuh tanpa penagih dadah.

7.

Penambahan penagih dadah akan menjamin keharmonian dan keselamatan negara. ( )

8.

Pengambilan dadah akan meninggalkan kesan buruk sosial, ekonomi, dan keselamatan negara. ( )

75

Lampiran 2 Aras 2 Isi tempat kosong dengan jawapan yang disediakan di bawah;

maruah diri

jenayah

Aids

kecewa

ketakutan

1.

Pengambilan dadah akan menyebabkan seseorang itu terdedah kepada penyakit

2.

Masyarakat akan berada dalam . apabila berlakunya penambahan penagih dadah secara mendadak.

3.

Seseorang penagih akan hilang .. apabila mengambil dadah.

4.

Kadar ........................ akan meningkat apabila bilangan penagih dadah bertambah.

5.

Ibu bapa akan berasa ...................... apabila anaknya terlibat dengan penagihan dadah.

76

Lampiran 2 Aras 2 Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan tandakan (X) pada pernyataan yang salah.
1. 2. Penggunaan dadah boleh meningkatkan kadar jenayah. Pengambilan ganja tidak boleh disabitkan dengan Akta Dadah Berbahaya 1952. Pengedar dadah yang didapati bersalah boleh dirampas hartanya. Penagih dadah wanita tidak boleh dimasukkan ke pusat serenti. Warga negara asing yang disabitkan dengan kesalahan dadah di Malaysia tidak boleh dikenakan hukuman. Di Malaysia terdapat hukuman mati terhadap pengedar dadah. Hukuman bagi kesalahan mengedar dadah di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 ialah penjara tidak kurang 10 tahun. Salah satu daripada Undang-Undang Dadah di Malaysia ialah Akta Racun 1952. ( )

3.

4.

5.

6.

7.

8.

77

Lampiran 3 Aras 3 Jawab soalan-soalan di bawah


1. Sesebuah negara akan ..... apabila ramai golongan belia terjebak dengan dadah.

2.

Penagih dadah kebiasaannya melakukan perkara- perkara yang melanggar

3.

Nyatakan tiga kesan pengambilan dadah daripada aspek sosial. a .

4.

Nyatakan tiga sebab pengambilan dadah boleh menjejaskan ekonomi. a ..

..

78

RANCANGAN PENGAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH (PROSIDAR)


TOPIK TAJUK MASA KELAS/TAHUN OBJEKTIF 3 Undang-undang dan Hukuman Dadah Di Malaysia. 1 JAM 6 Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menyenaraikan secara umum undang-undang dan hukuman dadah di Malaysia. 2. Menyatakan bentuk-bentuk hukuman kepada pesalah kes dadah. ISI LANGKAHLANGKAH Akta Dadah Berbahaya Di Malaysia. Set Induksi (5 minit) 1. Guru menayangkan dan menerangkan slaid pengedaran dan penggunaan dadah. (rujuk slaid 2 - 9) 2. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan tayangan slaid. Langkah 1 (20 minit) Guru menayangkan dan menerangkan tentang hukuman kepada penagih dan pengedar dadah. (rujuk slaid 10 dan 12) Langkah 2 (10 minit) 1. Guru menayangkan slaid tentang operasi penangkapan penagih dan pengedar dadah oleh pihak polis. (rujuk slaid 13-17)

79

2. Guru juga menayangkan gambar pusat serenti dan penjara.(rujuk slaid 18-19) 3. Guru bersoal jawab dengan murid tentang tayangan tersebut. Langkah 3 (15 minit) 1. Aktiviti bertulis menggunakan lembaran kerja yang disediakan. 2. Guru mengedarkan lembaran kerja mengikut tahap murid. Penutup (5 minit) Guru membuat rumusan hasil pembelajaran. - Sesiapa tidak boleh terlepas daripada undangundang jika melakukan perbuatan yang salah di sisi undang-undang negara.

BAHAN BANTU MENGAJAR

Slaid Power Point Lampiran LCD / Skrin

80

Lampiran 1 Lampiran 1

Aras 1 Padankan pernyataan berikut dengan Seksyen-seksyen Undangundang Dadah di bawah:

Tak ku sangka, akhirnya aku dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952

Apa jadi dengan nasib aku, dahlah kena penjara seumur hidup,kena rotan 10 sebatan pulak.

Seksyen 61A Akta 283 (Pindaan 1998)

Nampak gayanya terkurunglah aku selama 2 tahun di sini.

Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952

81

Lampiran 2 Aras 2 Tandakan ( / ) pada pernyataan yang betul dan tandakan (X) pada pernyataan yang salah.
1. 2. Penggunaan dadah boleh meningkatkan kadar jenayah. Pengambilan ganja tidak boleh disabitkan dengan Akta Dadah Berbahaya 1952. Pengedar dadah yang didapati bersalah boleh dirampas hartanya. Penagih dadah wanita tidak boleh dimasukkan ke pusat serenti. Warga negara asing yang disabitkan dengan kesalahan dadah di Malaysia tidak boleh dikenakan hukuman. Di Malaysia terdapat hukuman mati terhadap pengedar dadah. Hukuman bagi kesalahan mengedar dadah di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 ialah penjara tidak kurang 10 tahun. Salah satu daripada Undang-Undang Dadah di Malaysia ialah Akta Racun 1952. ( )

3.

4.

5.

6.

7.

8.

82

Lampiran 3 Aras 3
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. 1. Namakan dua tempat pesalah dadah menjalani hukuman. i. ii. ................................................... ...................................................

2.

Nyatakan dua daripada undang-undang Akta Dadah Berbahaya di Malaysia. i. ii. ................................................... ...................................................

3.

Tuliskan tiga bentuk hukuman ke atas pengedar dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya di Malaysia. i ii iii ................................. .... ....

4.

Senaraikan tiga perbuatan yang boleh disabitkan dengan kesalahan pengedaran dadah mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952. i. ii. .......................................................................... ..........................................................................

iii.

......................................................................

83

KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH (PROSIDAR)

LAMPIRAN AMPIRA

LAMPIRAN LAMP PIRAN P

BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PUTRAJAYA

SUMBER BAHAN

Bahan-bahan yang terdapat di dalam CD ini dipetik daripada bahan-bahan umum:Kementerian Kesihatan Malaysia Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia Agensi Anti Dadah Kebangsaan PEMADAM Malaysia Radio Televisyen Malaysia Laman-Laman Web Serta bahan-bahan yang diubahsuai untuk tujuan pengajaran dan pemelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR), Kementerian Pelajaran Malaysia dan tidak bertujuan untuk dikomersialkan.

LINK / PAUTAN http://www.prn.usm.my http://www.moh.gov.my http://www.infosihat.gov.my http://www.adk.gov.my http://www.pemadam.org.my http://www.drugs.com http://www.health.org http://www.gettingwell.com

86

Sekalung Budi

Kementerian Pelajaran Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak khususnya Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu, Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah, dan panel guru yang telah bertungkus lumus menggubal, menyunting, dan memurnikan Modul Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR).

87

JAWATANKUASA INDUK PENGGUBAL KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH

Pengerusi Hj Zulkifly bin Mohd Wazir Pengarah, Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

Setiausaha En. Badrul Hisham bin Abd Karim Penolong Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

Penolong Setiusaha En. Ahmad Hashimi b. Muhamad Pengelola Kanan Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

Naib Setiausaha 1 En Mohd Adnan bin Salleh Ketua Unit, Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Terengganu.

Naib Pengerusi 11 En Abdul Rahim bin Sulaiman Penolong Ketua Unit Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Jabatan Pelajaran Terengganu.

88

Ahli Jawatankuasa En. Muhamed Suhaimi b. Ab Rashid En. Samsudin b. Hj Mohd. Yusoff En. Salim b. Daim Tn. Hj. Manan b. Umar En. Baharin b. Sabar En. Abdullah Sani b. Abd. Rahman En. Mohamad Hazawawi b Yusof En. Nordin b. Abdullah En. Abd. Rahim b. Radzi Tn. Hj. M. Ghazali b. Hj. Hamzah En. Ismail b Ibrahim En. Dikin b. Hj. Musah Pn. Aluyah bt Hj. Salleh En. Asmawi b. Hj. Ahmad En. Mohd Yusof bin Hj Mamat En. Zubir bin Harun En. Abd Razak bin Bakar En. Hanafi bin Abd Aziz En. Sohaimi bin Mohamed En. Ayub bin Kassim En. Megat Zulkifli bin Ahmad En. Abdul Hamid bin Daud Unit PPDa, JPN Johor Unit PPDa, JPN Kedah Unit PPDa, JPN Kelantan Unit PPDa, JPN Melaka Unit PPDa, JPN N. Sembilan Unit PPDa, JPN Pahang Unit PPDa, JPN Perak Unit PPDa, JPN Perlis Unit PPDa, JPN P.Pinang Unit PPDa, JPN Selangor Unit PPDa, JPN K. Lumpur Unit PPDa, JPN Sabah Unit PPDa, JPN Sarawak Unit PPDa, JPN Labuan PPD Kuala Terengganu PPD Dungun PPD Setiu PPD Kemaman PPD Besut PPD Hulu Terengganu PPD Marang PPD Marang

89

PANEL PEMURNIAN KIT PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM SIFAR DADAH SEKOLAH RENDAH x x x x x x x x x x x x x Tn Haji Mohamad Noor bin Ahmad SMK Putera Jaya, Setiu En Nasiruddin bin Ibrahim SMK Pelong, Setiu En Mohd Nazri bin Mat Nawi SMK Langkap, Setiu En Zulkifli bin Ab Majid SK Bukit Putera, Setiu En Wan Mahader bin Wan Mohamed SK Bukit Puteri, Besut En Mohd Diah bin Yahya SK Kg Chabang, Kemaman En Napatah bin Ariffin SMK Binjai, Kemaman En Wan Mohd Azri bin Wan Ismail SK Putera Jaya, Setiu En Mohd Khairi bin Idris SK Lembah Jaya, Setiu Pn Saridah binti Mohamad SK Sungai Tong, Setiu Pn Salimah binti Ismail SK Bintang, Setiu En Zaidi bin Embong SMK Sultan Ismail, Kemaman En Zulhaizat bin Yusoff SMK Tengku Ibrahin, Setiu

90

HAK CIPTA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA


Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, illustrasi dan isi kandungan modul ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi mekanik, rakaman atau cara lain sebelum dapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

91

You might also like