Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013 (KKG PMR 2013): Tajuk, Senarai Kandungan, Penghrgaan, Pendahuluan, Objektif...

Tajuk tugasan KKG PMR 2013 telahpun diumumkan di laman Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri. Terdapat 2 tajuk tugasan yang boleh dipilih iaitu Pengangkutan Awam atau Kegiatan Penternakan.

Saya berpendapat ramai yang akan memilih tajuk Pengangkutan Awam yang maklumatnya sangat mudah diperolehi samada melalui pemerhatian atau rujukan. Kegiatan penternakan tidak kurang juga menarik kerana kegiatan ini tidak pernah dijadikan tajuk tugasan KKG PMR secara langsung. Ianya sesuai bagi pelajar di kawasan luar bandar. Di kawasan bandarpun ada juga kegiatan penternakan yang dijalankan secara kecil-kecilan seperti penternakan ikan samada untuk dimakan atau sebagai ikan hiasan. Saya akan membantu pelajar-pelajar PMR 2013 dan ibubapa mereka dalam menyiapkan folio KKG tahun ini yang merupakan tahun terakhir format KKG seperti ini dijalankan.

Seperti di Tingkatan 1 dan 2 dahulu, pelajar-pelajar diminta menulis tentang aspek-aspek dalam KKG PMR 2013 seperti: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Tajuk Senarai Kandungan Penghargaan Pendahuluan Ojektif Kajian Kawasan Kajian Kaedah Kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

Nota: Calon-calon PMR sudah boleh menulis aspek 1 hingga 7 seperti yang dibuat di Tingkatan 2. Rujuk folio tingkatan 2 anda.

1. TAJUK: Pengangkutan Awam di kawasan tempat tinggal anda atau kawasan kajian. Tulis dengan lengkap nama kawasan kajian. Contoh: Pengangkutan Awam di Taman Bukit Maluri, Edinburgh, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 2. SENARAI KANDUNGAN: Ada Perkara / Butiran dan Halaman. Halaman 1 bermula dari aspek penghargaan Bil. Perkara Halaman

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Penghargaan Pendahuluan Objektif Kawasan Kajian Kaedah kajian Dapatan Kajian Rumusan Lampiran Rujukan

1 2 3 4 7 8 13 14 19

3. PENGHARGAAN: Menyata dan menghuraikan penghargaan kepada tiga pihak atau lebih iaitu: * Pengetua* Guru mata pelajaran* Ibu bapa / penjaga* Rakan-rakan* Pihak luar / responden Nyatakan nama pihak yang dihargai dengan lengkap, contohnya, Puan Isya binti Polai bukan Pn. Isya, Puan Tan Siew Lean bukan Puan Tan, Cik Amutha A/P Rajagopal, bukan Cik Amutha sahaja. 4. PENDAHULUAN: Menamakan tajuk kajian iaitu Pengangkutan awam di Taman Bukit Maluri, Kepong, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian seperti contoh, saya memilih X sebagai kawasan kajian kerana ia mempunyai pelbagai jenis pengangkutan awam. Saya juga ingin mengkaji masalahmasalah pengangkutan awam di kawasan kajian ini yang juga merupakan tempat tinggal saya. Tempoh masa kajian dijalankan iaitu 4 bulan daripada bulan Februari hingga bulan Mei Nota: Sebab-sebab pemilihan kawasan kajian perlu berkaitan dengan tajuk dan nyatakan lebih daripada 1 sebab. 5. OBJEKTIF: * Konsep pengangkutan awam iaitu 1) mentakrifkan konsep pengangkutan awam dengan lengkap dan jelas. * Jenis-jenis pengangkutan awam iaitu 2) menerangkan/menghuraikan/menjelaskan jenisjenis pengangkutan awam di kawasan kajian, Taman Bukit Maluri * Kepentingan perkembangan pengangkutan awam iaitu 3) menghuraikan / menerangkan / menjelaskan kepentingan pengangkutan awam di kawasan kajian * Masalah perkembangan pengangkutan awam iaitu 4) menghuraikan/menerangkan/menjelaskan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian * Cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam iaitu 5) menghuraikan/menerangkan/menjelaskan cadangan mengurangkan masalah pengangkutan awam di TBM * Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian iaitu 6) memupuk nilai murni / unsur patriotisme dalam dapatan kajian / melalui kajian tentang pengangkutan awam di kawasan kajian Nota: *Objektif kajian mesti berfokuskan kawasan kajian. Nama kawasan kajian boleh muncul sekali sahaja.

*Objektif kajian mesti dimulakan dengan kata kerja yang sesuai seperti mentakrifkan / menyatakan / menerangkan / menghuraikan 6. Kawasan kajian. Terdapat 3 bahagian dalam aspek ini iaitu huraian kawasan kajian, peta zon/daerah/bahagian dan peta kawasan kajian. a) Huraian kawasan kajian termasuk: Nama kawasan kajian seperti Taman Bukit Maluri, Kepong...., Kg. Harapan, Pulau Sebatik...dan sebagainya. Latar belakang / sejarah kawasan kajian: Lokasi kawasan kajian: Rujuk kedudukan kawasan kajian dalam peta daerah anda Pandang darat fizikal kawasan kajian seperti keadaan bentuk muka bumi: tanah pamah beralun, dataran, lembah sungai, berbukit, tanah tinggi, pinggir laut. Jenis tumbuhan semula jadi: berpaya, semak-samun, pokok-pokok kecil, rumput, lalang, dikelilingi hutan dan sebagainya. Jarak dari bandar / pekan terdekat iaitu jarak mutlak / jarak relatif b) Menyediakan satu peta daerah / zon / bahagianyang lengkap dengan: - tajuk dan nama kawasan kajian (1 m) - arah mata angin dan bingkai (1 m) Nota: Tandakan/kawasan kajian pada peta daerah/zon/bahagian Tidak ada markah diberikan pada peta kawasan yang salah walaupun ada tajuk, bingkai, dan petunjuk c) Melukis satu peta lakar kawasan kajian yang tepat dan lengkap tajuk dan bingkai (1 m) - petunjuk dan arah mata - angin (1 m)- simbol piawai (1 m)kekemasan dan- kesempurnaan peta- (1m) Nota: Aspek di atas ditunjukkan dalam halaman yang sama Tidak boleh scan dan diubahsuai daripada peta tersebut.

7. KAEDAH KAJIAN Pemerhatian Temu bual Soal selidik Rujukan Nota: * Mana-mana 2 atau lebih kaedah kajian yang munasabah diterima * Mana-mana kaedah kajian hendaklah berkaitan dengan dapatan kajian dan rujukan * Bilangan responden: Temu bual - minimum 3 orang Soal selidik - minimum 20 orang * Soalan temu bual atau soal selidik berkaitan dengan objektif kajian * Jika tidak menulis kaedah kajian di dalam dapatan kajian=0 markah * Kaedah kajian mesti dinyatakan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap aspek kajian.

Kerja Kursus Geografi Tingkatan 3 2013: Konsep,Jenis, Kepentingan, Masalah & Cadangan kurangkan masalah Pengangkutan Awam
Dapatan Kajian merangkumi konsep, jenis pengangkutan awam, kepentingan, masalah dan cadangan mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian calon. Laporan dapatan kajian calon mestilah dikaitkan dengan kaedah kajian, apa-apa maklumat

yang anda huraikan mesti dinyatakan sumber/kaedahnya, sekurang-kurangnya sekali bagi setiap aspek 8.1, 8.2, 8.3, 8.4 dan 8.5. Saya sudah berikan contoh dalam aspek 8.1 dan 8.2 di bawah apabila anda hendak mentakrifkan konsep 'pengangkutan awam' dan menghuraikan jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian. 8.1 Konsep Pengangkutan Awam hendaklah ditakrifkan dengan lengkap dan disertakan contoh yang relevan. Anda boleh merujuk internet ( contoh: Wikipedia, blog), Kamus Pelajar Bahasa Melayu, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Ensaiklopedia di perpustakaan sekolah anda serta buku-buku teks yang berkaitan. Carian di Google: taip definisi / konsep pengangkutan awam. Anda akan dapat antaranya ialah: 1) Wikipedia 2) Blog dan blog ini dan blog ini... 3) laman web 1Klik Anda juga boleh mendapatkan maksud pengangkutan awam dalam Kamus Pelajar Bahasa Melayu. Ini sumber bukan internet dan ini adalah satu jenis rujukan selain internet. (Ingat, anda perlu 3 rujukan. Biasanya, jenis rujukan ialah Kamus, Internet dan Orang Sumber) Bila anda menulis tentang konsep pengangkutan awam, mulakan dengan "Berdasarkan Kamus Pelajar Bahasa Melayu / Wikipedia, pengangkutan awam ialah...........................". Takrif pengangkutan awam boleh ditulis dalam beberapa ayat. Nyatakan contoh-contoh pengangkutan awam seperti bas awam, bas sekolah, van sekolah, kereta api, LRT, KTM komuter, ERL, kapal terbang, kapal penumpang, feri, bot penambang dan sebagainya. KTM komuter mengenakan sejumlah tambang yang tertentu antara laluannya dari Rawang ke Seremban kepada orang ramai yang menaikinya. Umumnya: Pengangkutan awam: pengangkutan darat, laut dan udara-mengangkut orang ramai dan barangan-bukan kenderaan sendiri-disediakan oleh pihak kerajaan dan swastamempunyai kadar tambang tertentu-mempunyai laluan tertentu 8.2 Jenis-jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda hendaklah diterangkan dengan jelas beserta contoh. Huraikan satu atau lebih, jenis pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Contohnya, huraikan pengangkutan bas awam, bas sekolah, van sekolah, KTM komuter, teksi, van sewa di kawasan kajian Taman Bukit Maluri sahaja dan bukan di seluruh Kuala Lumpur. Kalau kawasan kajian anda tidak terdapat pengangkutan LRT, anda jangan huraikannya. Bila anda menulis tentang jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda, mulakan dengan, "Daripada pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan iaitu ......................................". Huraikan ciri-ciri satu jenis atau lebih pengangkutan awam. 1) Bas Awam: Nama bas (tertulis pada badan bas awam, ok?). Kekerapan (setiap x minit). Masa perkhidmatan paling awal dan paling akhir. Jalan-jalan utama yang dilalui. (Tandakan laluan bas awam pada peta kawasan kajian).Tambang perjalanan. 2) Bas/van sekolah: Warna bas sekolah, mengangkut berapa orang pelajar, kawasan mana ia menjalankan perkhidmatan, berapa orang pemandu (ada pembantu) dan apa2 maklumat

tentang perkhidmatan bas sekolah yang anda naiki. 3) KTM Komuter: Lokasi stesen KTM berhampiran kawasan kajian. (Tandakan lokasinya peta kawasan kajian anda). Jenis laluan ie Rawang-Seremban. Kekerapan ie setiap 15 minit / 30 minit. Masa mula dan masa terakhir. (Boleh bina jadual perjalanan sebagai satu bahan grafik). Tambang perjalanan. Tempat letak kereta. 4) Teksi: Lokasi stesen teksi / atau tempat teksi menunggu penumpang di kawasan kajian. Tambang teksi dari kawasan kajian ke tempat lain atau dari tempat lain ke kawasan kajian. 8.3 Kepentingan Perkembangan Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian. Huraikan 4 kepentingan pengangkutan awam yang terdapat di kawasan kajian anda sahaja. Maklumat boleh diperolehi melalui pemerhatian, soal-selidik dan internet (Terdapat banyak maklumat di internet). Antara kepentingannya: Mengangkut barangan Mengurangkan kesesakan Ketersampaian Mengangkut penumpang Pelancongan Perdagangan Sumber pendapatan Peluang pekerjaan Kemajuan industri sokongan Meningkatkan mobiliti penduduk Menjimatkan masa Menjimatkan kos

Saya memberikan poin-poin untuk beberapa kepentingan sahaja. Huraikan kepentingan jenis pengangkutan awam di kawasan kajian anda berdasarkan pemerhatian, temu bual atau soal selidik. Anda kembangkan poin-poin tersebut. Anda juga boleh menambah poin-poin anda sendiri dengan bimbingan guru-guru anda. Mulakan huraian dengan.."Hasil daripada pemerhatian/temubual/soal selidik..." 1) Mengurangkan kesesakan: a) kesesakan di jalan raya : penggunaan bas awam, KTM komuter, LRT dsbnya -penumpang tidak menggunakan kereta sendiri-mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya b) kesesakan dalam bas-macam sardin-wujudkan kereta api elektrik seperti KTM komuter, LRT dan lain-lain untuk mengurangkan kesesakan tersebut. 2) Mengangkut penumpang: Mengangkut pelajar (sekolah, kolej dan universiti) - pekerja (awam dan swasta), suri rumah dan penumpang lain. Bas awam- ke pelbagai destinasi. KTM komuter, LRT, ERL-dengan pantas-elak kesesakan di jalanraya-mengangkut lebihan penumpang yang tidak dapat ditampung oleh bas dan teksi. 3) Mengangkut barangan: Lori, kereta api, kapal-barangan pukal / berat / banyak 4) Meningkatkan mobiliti penduduk : Penduduk yang tidak mempunyai kereta sendiri / penduduk berpendapatan rendah bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak dari suatu tmpat ke tempat yang lain dengan mudah. Memudahkan pelajar sekolah yang ibubapa tiada kenderaan sendiri, pergi ke sekolah. 5) Menjimatkan masa: Kereta api elektrik lebih laju/lebih cepat- boleh sampai tepat pada masa-KTM komuter, LRT, ERL, Monorail tidak berkongsi laluan dengan pengangkutan laintiada kesesakan lalu-lintas

6) Menjimatkan kos: Kos menaiki bas awam atau kereta api elektrik lebih murah berbanding menaiki kereta sendiri - tidak perlu bayar tempat letak kereta - tidak perlu bayar tol menjimatkan perbelanjaan rumah. 7) Peluang pekerjaan: mewujudkan pekerjaan seperti pemandu teksi, pemandu bas, penjual tiket dsb-meningkatkan taraf hidup penduduk. 8) Pelancongan: Sistem pengangkutan awam yang dirancang dengan baik memudahkan pelancong bergerak dari suatu tempat menarik ke tempat menarik yang lain. ie. Putrajaya. Beca-pengangkutan awal-P.Pinang dan Melaka-membawa pelancong di sekitar bandar. Perkhidmatan MAS @ Air Asia menggalakkan pelancongan ke tempat-tempat menarik di Malaysia, Langkawi, Tawau, Kuching dll. Setelah anda menghuraikan mana-mana kepentingan (jangan lupa nyatakan kaedah yang digunakan iaitu rujukan/soal selidik/pemerhatian/temubual), tulis nilai murni atau unsur patriotisme yang dipupuk untuk mendapat markah penuh. Nilai murni ialah semua nilai yang anda belajar dalam pendidikan moral. Nilai boleh ditulis di mana-mana isi dan tidak semestinya di bahagian akhir setiap aspek kajian. Nilai atau unsur tidak boleh berdiri sendiri. Jika calon tulis nilai sahaja tanpa huraian = 0 markah. Unsur patriotisme ialah seperti berbangga, bersyukur, mencintai negara.. Contohnya, 'saya bersyukur pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi banyak faedah dari segi mobiliti, kos dan masa kepada penduduk setempat.' atau 'Penduduk di kawasan kajian bersyukur kerana kemudahan kereta api elektrik disediakan berhampiran dengan tempat tinggal mereka...' Siapa yang bersyukur? Anda pelajar, penduduk kawasan kajian dan pengguna pengangkutan awam, pemandu kenderaan.. 8.4 Masalah Perkembangan Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian. Huraikan 5 masalah diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme. Bagaimana mengetahui masalah-masalah di kawasan kajian anda? Melalui kaedah pemerhatian, temubual atau soal selidik. Melalui pemerhatian: Bagi yang selalu menaiki pengangkutan awam di kawasan kajian, mungkin dapat memerhatikan masalah-masalah seperti pencemaran udara dan bunyi, kesesakan lalu lintas, keselamatan anda terancam, lambat sampai dan lain-lain. Temubual ibu bapa, jiran-jiran, guru-guru atau penumpangpenumpang yang menaiki pengangkutan awam di kawasan kajian (kalau anda berani dan tidak segan. Alaa, 3 orang sahaja). Ataupun, kalau malas bercakap, buat borang soal-selidik dengan bimbingan guru anda dan edarkan kepada 20 orang responden. Apakah masalah paling kerap 'ditanda' dalam borang tersebut? Anda boleh bina jadual dan graf hasil maklumat yang diperolehi dari borang soal selidik. Saya akan bagi poin-poin dan anda mesti belajar mengembangkan poin-poin tersebut seperti membuat karangan B. Melayu atau B. Inggeris. Ini adalah kemahiran yang anda mesti asah semasa menulis laporan KKG. Saya tidak mahu berikan contoh karangan yang lengkap sebab saya tidak mahu anda tiru bulat-bulat. Ada pelajar dengan mudah 'copy-paste' semua seperti yang pernah dibuat sebilangan pelajar-pelajar saya. 1) Pencemaran udara: Penggunaan diesel oleh bas dan lori-hasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos. (Sumber: Wikipedia) Penyelenggaran bas, teksi, lori kurang baikkeluarkan asap kotor.

2) Pencemaran bunyi: enjin diesel lebih bising drp[ enjin petrol. Bunyi yang dikeluarkan oleh kereta api (yang melalui kawasan kediaman), kapal terbang (kawasan berhampiran apabila berlepas atau ingin mendarat), bot penambang-menjejaskan keselesaan penumpang atau penduduk yang tinggal berdekatan landasan kereta api. Bas/van sekolah/awam lamakeluarkan bunyi tidak menyenangkan 3) Pencemaran air: Kapal, bot penambang-tumpahan minyak-buangan sampah-sarap ke kawasan perairan-kehidupan akuatik terancam 4) Kesesakan lalu lintas: Tempat letak kereta tidak cukup di stesen KTM komuter, LRTkereta diletakkan sesuka hati di bahu/tepi jalan-laluan jadi sempit. Kekurangan bas awam-bas tidak ikut jadual-galakkan peggunaan kereta persendirian-meningkatkan kesesakan lalu lintas 5) Tambang mahal: tambang LRT mahal-tidak boleh selalu digunakan-hanya bila perlu sahaja, tambang bas sekolah mahal (nyatakan harga)-kalau ramai anak-membebankan ibu bapa. 6) Kemalangan-sikap pemandu kurang berhati-hati, mengantuk semasa memandu, memandu secara merbahaya 7) Jangkamasa lama: Perjalanan bas lama-'Bas henti-henti"-bas sesak macam sardinpenumpang menunggu lama. Bas atau kereta api lewat. Penukaran dari KTM-LRT-sukartiada sistem tiket bersepadu-barisan membeli tiket panjang-perjalanan terganggu/tidak cepat. Perjalanan bas sekolah lama-pemandu berhenti di tempat tinggal pelajar-pelajar terpaksa bangun awal (nyatakan masa) 8) Keselamatan penumpang terancam: pemandu bas atau teksi memandu secara merbahaya. Kes jenayah-rompak, rogol, bunuh (seperti dalam akhbar)-bas berhenti di tempat kurang selamat - lokasi stesen LRT jauh dari kawasan perumahan. Ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas henti-henti. 9) Penipuan: sikap pemandu teksi tidak bertanggung jawab-tidak menggunakan meterpemandu teksi kenakan tambang sesuka hati-lebih mahal terutama pada pelancong. 10) Darjah ketersampaian rendah: LRT, KTM komuter, monorel-laluan tertentu-tidak meliputi semua kawasan. Kapal terbang hanya terbang ke destinasi-destinasi tertentu sahaja. Laluan bas henti-henti terhad-tidak meliputi kawasan yang luas-ramai penduduk tinggal jauh daripada laluan bas 11) Kos bahan api meningkat: tambang bas sekolah/awam/ekspress meningkat 12) Kenderaan lama: tidak selesa-panas-asap banyak-rosak-penumpang lambat sampai ke destinasi, bunyi bising Nilai atau unsur patriotisme jangan dilupa. Boleh diselit di mana-mana. Antara contoh paling mudah. Nilai bertanggung jawab oleh pemandu pengangkutan awam terutamanya bas dan teksi untuk sentiasa berhati-hati semasa memandu. Kita pengguna jalan raya di ...... hendaklah bekerjasama untuk mengurangkan masalah pengangkutan awam di sini. Huraikan poin-poin yang berkaitan masalah pengangkutan awam di kawasan kajian sahaja.

Anda boleh mencari dan mendapat maklumat lebih cepat di internet dengan menaip ' masalah pengangkutan awam, pengangkutan awam dan pencemaran atau pengangkutan dan kesesakan lalu lintas, pengangkutan awam dan kemalangan, dan sebagainya'. Memang banyak bantuan seperti Dewan Masyarakat Ogos 2012..... Blog BMBM......Utusan.com. 8.5 Cadangan Mengurangkan Masalah Perkembangan Pengangkutan di Kawasan Kajian. Huraikan 5 cadangan diikuti penerapan nilai murni atau unsur patriotisme. Anda telahpun mengkaji masalah-masalah perkembangan pengangkutan awam di kawasan kajian anda. Sekarang anda perlu mencadangkan bagaimana mengurangkan masalahmasalah tersebut. Adakalanya 4 cadangan boleh diberikan bagi satu masalah sahaja, contohnya: untuk pencemaran udara, bolehlah anda cadangkan kuatkuasakan undangundang, kempen alam sekitar, pendidikan alam sekitar, penggunaan tanpa plumbum, penapis asap dan penggunaan bahan api alternatif. Nah, sudah cukup lebih 5 cadangan. Tambah nilai / unsur patriotisme, sudah boleh dapat markah penuh (kalau huraiannya bagus). Nilai atau unsur tidak boleh berdiri sendiri. Jika calon tulis nilai sahaja tanpa huraian = 0 markah. Walau bagaimanapun, anda mungkin berminat untuk memberi cadangan lain untuk mengurangkan masalah keselamatan penumpang terancam (pemandu memandu laju, tidak mengikut peraturan jalan raya), anda boleh cadangkan kuat kuasa undang-undang (sumber: Wikipedia.."satu kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain dan boleh dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-duanya" dan kursus pemanduan berhemah. Cadangan-cadangan yang disenaraikan ialah: 1) Kuat kuasa undang-undang -tindakan tegas diambil terhadap pemilik bas sekolah/mendenda syarikat bas dan teksi yang mengeluarkan asap kotor. Denda/ penjara pemandu yang melakukan kesalahan berulang-ulang. 2) Kempen alam sekitar ie Kempen berkongsi kereta, kempen menggunakan basikal, Kempen berjalan kaki (pelajar yang dekat dengan sekolah) 3) Pendidikan alam sekitar 4) Penggunaan petrol tanpa plumbum - menggalakkan lori dan bas menggantikan diesel dengan petrol tanpa plumbum-mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara 5) Penapis asap / Catalytic converter-kurangkan pengeluaran asap merbahaya-kenderaan seperti bas atau lori yg menggunakan minyak diesel digalakkan menggunakannya. 6) Dasar pembangunan kerajaan - sistem tiket bersepadu-1 tiket 1 Perjalanan, Mempertingkatkan perkhidmatan bas pengantara ke stesen rel, Menambah tempat letak kereta di stesen rel utama, Sistem Pengangkutan Pintar (ITS), menambahkan kapasiti pengangkutan bas awam, menambahkan laluan bas dan sebagainya. Baca di sini "Mempertingkatkan pengangkutan awam bandar" .. 7) Mengurangkan kos operasi (contoh; subsidi diesel dan alat ganti) Kerajaan memberi subsidi diesel kepada pemandu teksi dan bas agar tambang dapat dikurangkan. 8) Penggunaan bahan api alternatif (guna bahan api mesra alam, contoh; diesel diganti dengan

NGV, elektrik, tenaga suria). Kurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor. 9) Kursus pemanduan berhemah (klik link yang diberikan sebelum ini)
*

Nota: Cadangan mesti berkaitan dengan masalah yang terdapat di kawasan kajian. Nilai atau unsur patriotisme seperti bersyukur, berbangga, bertanggung jawab, bekerjasama mencintai, dan lain-lain boleh dipupuk. Saya bersyukur pelbagai langkah sedang dijalankan oleh pelbagai pihak untuk menjaga alam sekitar ... Saya berharap semua pemandu bas awam akan berhati-hati dan bertanggungjawab dalam pemanduan mereka untuk memastikan kemalangan tidak berlaku. Nilai-nilai yang dipupuk mestilah sesuai dengan mana-mana huraian dalam aspek 8.5 ini.

You might also like