Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Definisi kecederaan otak Mengikut Individual with Disabilities Individuals Education Acts (IDEA) "an acquired injury to the

brain caused by an external physical force, resulting in total or partial functional disability or psychosocial impairment, or both, that adversely affects a childs educational performance. The term applies to open or closed head injuries resulting in impairments in one or more areas, such as cognition; language; memory; attention; reasoning; abstract thinking; judgment; problem-solving; sensory, perceptual, and motor abilities; psycho-social behavior; physical functions; information processing; and speech. The term does not apply to brain injuries that are congenital or degenerative, or to brain injuries induced by birth trauma. Kecederaan otak adalah disebabkan oleh tekanan fizikal luaran yang memberi kesan ketidakupayaan kesuluruhan atau sebahagian fungsi otak atau kekangan psikososial, ataupun kedua-duanya, yang memberi kesan kepada prestasi pendidikan kanak-kanak.

Kategori kecederaan otak i. Open Head Injury Kecederaan yang berlaku pada otak disebabkan adanya keretakan pada tempurung kelapa yang boleh menyebabkan bakteria membiak dengan mudah pada bahagian otak. Keadaan ini akan menyebabkan kerosakan pada fungsi otak. ii. Closed Head Injury Hentakan kuat yang berlaku pada bahagian kepala yang menyebabkan berlakunya gegaran pada otak. Ini akan menganggu fungsi otak. Punca Kecederaan Otak i. Sebelum kelahiran Pelbagai kejadian yang berlaku semasa bayi di dalam kandungan boleh menyebabkan berlakunya kecederaan otak pada bayi. Antaranya ialah ibu menghidap penyakit Rubella, Herpes, Simplex, mengambil dadah dan alkohol, serta terdedah kepada logam berat seperti merkuri dan plumbum.

ii.

Semasa kelahiran Kejadian yang berlaku semasa proses kelahiran juga bpleh menyebabkan berlakunya kecederaan otak pada bayi. Antaranya seperti kekurangan oksigen, tidak cukup bulan atau kurang berat badan, trauma yang diterima disebabkan oleh penggunaan alatan seperti vakum atau forcep.

iii.

Selepas kelahiran Seorang kanak-kanak tidak terlepas daripada pelbagai kejadian atau kemalangan yang memungkinkan berlakunya kecederaan otak pada kanakkanak tersebut. Contohnya seperti berlaku hentakan yang kuat pada kepala akibat jatuh atau terhentak, ketumbuhan pada otak, demam yang terlalu tinggi dan jangkitan seperti meningitis atau encephatilitis.

Ciri-ciri kanak-kanak kecederaan otak i. Kognitif Dari segi kognitif, kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak sukar menyelesaikan sesuatu masalah, daya ingatan yang lemah atau mempunyai memori yang singkat. ii. Keupayaan memproses maklumat Kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak sukar untuk memproses maklumat yang mereka terima. Mereka sering keliru dengan maklumat yang diterima dan menyebabkan mereka berasa putus asa. iii. Bahasa Mempunyai masalah dari segi pertuturan dan bahasa. Pertuturan mereka agak berbeza dengan kanak-kanak tipikal. iv. Akademik Tahap akademik mereka adalah rendah. Ini kerana tahap keupayaan mereka untuk menerima sesuatu pengajaran atau ilmu juga agak rendah. v. Emosi Kanak-kanak ini sukar mengawal emosi mereka. Mereka mudah marah, sedih dan kadangkala murung.

Cara menangani i. Teknologi Oleh kerana kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak ini mempunyai masalah dari segi mengingat dan mentafsir maklumat, teknologi seperti alat perakam boleh digunakan. Alat ini digunakan untuk merakam pengajaran guru, Rakaman itu boleh ditunjukkan atau didengarkan kepada kanak-kanak tersebut setiap hari agar mereka tidak lupa pengajaran guru mereka itu. ii. Kerjasama guru Guru pendidikan khas boleh bekerjasama dengan guru di aliran perdana. Kanak-kanak yang mampu mengikuti pembelajaran di kelas aliran perdana tetapi mempunyai masalah untuk subjek-subjek tertentu. Oleh yang demikian, untuk subjek tertentu itu boleh kanak-kanak tersebut boleh dirujuk ke guru pendidikan khas di bilik resos. iii. Terapi Terapi bahasa dan pertuturan Terapi fizikal Terapi kognitif Terapi pernafasan

You might also like