Teknologi Pendidikan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

TAJUK:PERANAN GRAFIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1.0 PENDAHULUAN Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar. Perkataan grafik sebenarnya berasal daripada perkataan perkataan Greek graphikos bererti lukisan. Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf-huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat. Grafik menjadi suatu bentuk komunikasi visual yang menggunakan teks atau gambar untuk menyampaikan informasi atau mesej. Penggunaan grafik pada masa ini diterapkan dalam media elektronik yang disebut sebagai grafik interaktif atau grafik multimedia. Multimedia merujuk kepada perisian atau aplikasi yang berasaskan komputer dan menggabungkan sekurang-kurangnya dua atau lebih daripada dua media, iaitu teks, grafik, animasi, audio, dan video.

2.0 KEPENTINGAN GRAFIK DALAM PENDIDIKAN Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas. Sebagai seorang guru, kita mesti mempunyai pengetahuan asas grafik untuk membuat persediaan bahan bantu mengajar asas. Pemahaman asas grafik membolehkan seseorang menghasilkan BBM yang efektif.

Keistimewaan objek grafik ialah ia mudah difahami oleh ramai orang walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza. Bahan grafik yang berkesan mendorong interaksi

yang aktif di dalam bilik darjah dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Wittich dan Schuller (1973) mengatakan bahawa grafik terdiri daripada bahan visual yang meringkaskan penerangan dan penilaian tertentu menerusi gabungan penggunaan lukisan, perkataan, lambang dan gambar-gambar. Kanak-kanak biasanya tertarik terhadap bahan grafik yang ditunjukkan. Ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang positif

3.0 ELEMEN ASAS REKA BENTUK Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi visual. Antara elemen asas reka bentuk Grafik terdiri daripada Ruang (Space), Garis ( Line ), Permukaan (Surface), Bentuk dua dimensi (Shape), Bentuk tiga dimensi (Form) dan Warna. 3.1 RUANG (SPACE) Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola. Ruang terbahagi kepada dua jenis, iaitu ruang positif dan ruang negatif. Ruang positif merupakan ruang yang digunakan, manakala ruang negatif merupakan ruang yang kosong.

Selain itu, di antara perkataan dan elemen elemen visual yang lain haruslah mempunyai ruang ruang kosong yang ditinggalkan untuk mengelakkan perasaan sesak. Keadaan sesak tersebut
2

boleh mengelirukan seperti yang ditunjukkan dalam rajah yang di bawah. Garisan mempunyai banyak fungsi seperti menunjukkan pergerakan dan arah atau aliran, seperti aliran sungai, tiupan angin, arah larian dan lain-lain, menunjukkan suasana aman atau ganas seperti letupan, menunjukkan kemegahan dan kekuatan seperti bangunan, menunjukkan kekusutan, melukis objek atau benda,contoh: cawan, pasu dan lain-lain serta menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain. 3.1 PERMUKAAN (SURFACE) Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur. Sekiranya kita mengulang beberapa garisan pada sesuatu kedudukan, sama ada menegak atau mendatar, kita akan merasakan unsur permukaan wujud. Sebagai contoh, lakaran dalam lukisan seni bina sebuah rumah, garisan diolah bagi menggambarkan permukaan di atas (bumbung rumah), permukaan menegak (dinding), dan permukaan di bawah (lantai dan permukaan bumi). Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya. 3.2 BENTUK DUA DIMENSI (SHAPE) Bentuk dua dimensi mempunyai hanya dimensi panjang dan lebar seperti sekeping kertas. Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi, iaitu bentuk geometri, bentuk abstrak dan bentuk gambaran. 3.3 BENTUK TIGA DIMENSI Bentuk tiga dimensi mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi. Ia boleh didapati dalam dua kategori, iaitu bentuk tiga dimensi sebenar dan bentuk tiga dimensi tiruan. Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi, cth meja. Bentuk tiga dimensi tiruan ia kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal, cth gambar foto dan lukisan yang diberi bayang. 3.4 WARNA Tujuan warna dalam grafik adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar ( elemen negatif ) dengan visual ( elemen positif )
3

akan menimbulkan kontras yang baik. Salah satu fungsi warna dalam seni grafik ialah melahirkan kesan atau pengaruh tertentu. Banyak mitos mengenai warna cuba dibuktikan pada masa kini dengan kajian saintifik. Semuanya menjurus kepada kesan dan pengaruh warna kepada benda-benda hidup. Warna jingga, merah, dan kuning dikatakan sebagai warna aroma panas kerana dikaitkan dengan cahaya matahari dan api. Warna-warna panas ini dikatakan mempunyai kesan aktif, membangkitkan perasaan, menceriakan suasana, kedekatan, kegarangan, kekuatan dan semangat. Maka, warna-warna ini biasanya digunakan bagi karya yang bertemakan perayaan dan kemeriahan. Manakala warna-warna sejuk atau dingin terdiri daripada warna-warna biru, ungu dan hijau. Warna-warna ini dikaitkan dengan alam seperti langit, laut, air dan tumbuh-tumbuhan. Nyata warna-warna dingin ini memberikan kesan pasif dan melahirkan ketenangan, kelembutan, kedamaian, dan kesayuan. Warna putih pula menjadi lambing kebersihan, keaslian, dan kesucian. Mewujudkan perasaan harmoni juga merupakan fungsi warna dalam seni grafik. Warna dikatakan dapat memberikan berbagai-bagai pengertian estetik dan psikologi. Warna dapat menimbulkan suasana yang dikehendaki, misalnya warna-warna yang terang boleh mencetuskan rasa keriangan, kedamaian, selesa dan tenteram.

4.0 PERANAN GRAFIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Di peringkat prasekolah atau sekolah rendah, kanak-kanak akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai huruf atau apa sahaja yang berkaitan dengan ilmu menjadi lebih mudah jika disampaikan melalui grafik. Terutamanya kanak-kanak prasekolah tidak berpotensi untuk memahami pengajaran yang berbentuk abstrak. Oleh itu, dengan penggunaan grafik pengajaran dapat dipersembahkan secara konkrit. Bagaimana kanak-kanak tersebut didedahkan pula adalah dengan memperkenalkan dengan imej atau objek terlebih dahulu sebelum mengenal huruf. Seterusnya kombinasi hufur dan objek tadi deseiringkan bagi membentuk sesuatu yang lebih bermakna. Manakala bagi peringkat sekolah menengah, pra universiti mahupun universiti penggunaan grafik begitu meluas sekali digunakan oleh para guru dan pelajar terutama ketika aktiviti pembentangan hasil tugasan atau kuliah. Oleh itu, bentuk pengurusan grafik yang
4

berstruktur mengikut aturan tertentu dapat memaparkan proses demi proses seterusnya mendorong pelajar untuk berfikir, embuat analisis, konsep dan idea yang mana sukar diterangkan melalui teks dan ucapan. Apabila keadaan ini berlaku, secara tidak langsung pelajar yang suka membuat analisis dapat berfikir dan memproses secara aktif. Maka aktiviti pengajaran dan juga pembelajaran berkesan adanya penglibatan pelajar secara aktif Dengan penggunaan grafik ia dapat meningkatkan keberkesanan dan kefahaman pelajar memandangkan ianya disampaikan dalam bentuk visual. Menurut teori realisme, rangsangan yang terdapat dalam bentuk visual memudahkan guru dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan lebih berkesan. Penggunaan grafik juga memainkan peranan yang penting terhadap pengajaran yang disampaikan oleh seorang guru. Ia memberi kesan yang efektif terhadap ucapan guru tersebut di mana guru dapat menerangkan perkara-perkara yang sukar dan kompleks dengan lebih mudah dan jelas berdasarkan visual. Keyakinan guru juga dapat ditingkatkan dan mengurangkan tekanan ke atas guru apabila pelajar dapat memfokuskan terhadap bahan visual Penggunaan grafik dalam pembelajaran juga dapat meningkatkan pengekalan maklumat dalam ingatan seseorang. Selain ia meningkatkan motivasi pelajar, grafik juga membantu dalam mengubah suai sikap pelajar. Seringkali grafik diguanakn sebagai agen pemujuk dan ia lebih berkesan jika dibandingkan dengan kaedah syarahan. Sebagai contoh dalam mengajar pelajar mengenai pengambilan makanan berkolestrol tinggi. Bagi pelajar yang baru mengetahui apa yang dikatakan kolesrtol dapat mengenal pasti contoh-contoh makanan yang mengandungi kolestrol tinggi. Seterusnya contoh yang menunjukkan kesan daripada mengambil makanan yang mengandugi terlalu banyak kolesterol dapat membantu pelajar mengubah sikap mengurangkan pengambilan makanan kolestrol tinggi. Di samping itu, penggunaan grafik boleh meningkatkan kebolehpercayaan guru dan pelajar. Objektif dan hasil pembelajaran akan tercapai apabila guru dan pelajar

dapatmenerima aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan grafik tanpa perasaan prejudis. Bagi kebanyakan pelajar, mereka akan percaya dan memahami denganlebih baik tentang sesuatu perkara melalui deria penglihatan berbanding deria pendengaran.Tetapi, bahan yang digunakan mestilah sesuai mengikut perkembangan teknologi
5

pendidikanserta penghasilan grafik dalam pengajaran dan pembelajaran perlu peka dari aspek kebolehan pelajar yang pelbagai.Seterusnya, proses pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan dan guru mudahmengawal proses pembelajaran. Dengan penggunaan grafik ianya dapat menggalakkan penyelidikan serta pembacaan sendiri di kalangan pelajar-pelajar kerana perasaan ingin tahudapat ditimbulkan. Misalnya aktiviti pembelajaran sains dimana pelajar dikehendaki untuk membuat hipotesis, analisis, manipulasi dan sebagainya sehingga menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan serta menyeronokkan.

Seterusnya menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar secara maksimum dalam pembelajaran.Grafik yang digunakan bagi proses pengajaran dan pembelajaran juga dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih luas serta mendalam seterusnya mempelbagaikanaktiviti pembelajaran. Penggunaan media seperti grafik dapat menunjukkan secara konkrit kepada pelajar yang lemah sesuatu konsep yang hendak disampaikan. Secara tidak langsung,ia sebenarnya membantu sistem pendidikan negara untuk merancang kaedah yang berkesan bagi menyelesaikan masalah-masalah pelajar keciciran, lemah, buta huruf mahupun kepadakanakkanak yang baru mempelajari sesuatu.

Tambahan pula, gaya pembelajaran visual seperti grafik adalah sesuai bagi pelajar yang sukar untuk mengingati nama, tetapi mungkin dapat mengingati ciri-ciri rupa seseorangitu dengan baik berdasarkan gambaran. Pelajar juga dapat belajar dengan lebih baik jika adaalat-alat bantu mengajar dalam bentuk bergambar untuk kegunaan mereka. Misalnya, merekalebih suka membaca buku cerita sendiri berbanding orang lain membacakan untuk mereka kerana gambaran menarik minat mereka ke arah melakukan sendiri. Malah kecenderunganuntuk menulis nota atau membuat nota tangan sendiri semasa proses pembelajaran di dalamkelas

Justeru itu, peranan grafik juga memainkan peranan penting dalam meningkatkanantara salah satu jenis kecerdasan pelbagai iaitu kecerdasan ruang visual yang diasaskan olehHoward Gardner. Kebolehan pelajar memahami secara mendalam hubungan antara objek dan ruang dapat mencipta imaginasi yang tinggi sehingga dapat mencipta sesuatu yang kreatif serta sukar untuk
6

difikirkan oleh orang lain. Mereka juha mampu mencipta gambaran mental dan berupaya mengamati dunia visual dengan baik serta bijak menghubungkaitkan objek-objek dalam ruang.Sehubungan itu, mereka peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak danruang dalam persekitaran mereka

5.0 PANDUAN PENGHASILAN GRAFIK

5.1 PERANCANGAN Sebagai guru atau fasilitator perlu teliti sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan. Iniadalah kerana perancangan yang teliti perlu dirancang untuk mencapai sasaran objektif.Kebiasaannya, sesuatu idea untuk menghasilkan visual tersebut akan dimulakan denganlakaran

kasar. Penghasilan ini juga berdasarkan beberapa prinsip-prinsip reka bentuk iaitumenggunakan bahan yang telah sedia ada atau yang perlu disenaraikan seperti alat tulis.Ianya bagi menentukan objektif visual dan jumlah penerima maklumat bagi menentukan kesesuaian, mengelakkan pembaziran dan perlu tahu bentuk visual untuk dipersembahkan.

5.2 PRINSIP REKA BANTUK Pertama, prinsip mudah iaitu menghadkan perkataan-perkataan yang ditayangkankepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan. Untuk mendapatkan konsep yang mudah difahami oleh guru dan pelajar lukisan perlulah jelas dan terang. Garisan luar hendaklah dibuat dengan garisan tebal. Kedua, prinsip penyatuan merujuk kepada perhubungan yang lahir di antara elemen visual apabila elemen-elemen tersebut berfungsisebagai satu keseluruhan. Elemen ini perlulah saling lengkap-melengkapi. Pernyatuan dapatdiperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warnadan sebagainya.Ketiga, prinsip penegasan di mana satu elemen atau satu idea yang boleh menjadi pusat minat dan perhatian ditegaskan. Untuk penghasilan tersebut perlu gunakan warna,huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea. Keempat, prinsip seimbang yang manakesemua elemen visual haruslah seimbang pada keseluruhannya dan tidak berat sebelah.Perimbangan merupakan susunan elemen-elemen visual dalam bentuk gubahan yang baik danelok dipandang. Terbahagi kepada dua iaitu perimbangan formal dan perimbangan tidak formal.

5.3 ELEMEN VISUAL UNTUK MEMENUHI PRINSIP REKA BANTUK Elemen visual untuk memenuhi prinsip rekabentuk ialah garisan, bentuk, ruang

danwarna. Fungsi garisan dalam reka bentuk adalah untuk menghubungkan elemen visual dan untuk menarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan yang tertentu. Bentuk pula merujuk pada tiap persembahan visual yang berkesan mengandungi bentuk keseluruhansama ada bentuk nyata atau tidak. Visual akan kelihatan menarik dan istimewa apabila adaarahan dari satu elemen kepada satu elemen yang lain.Seterusnya, ruang bertujuan untuk menimbulkan rasa selesa atau lapang diantaraelemen-elemen visual yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan terancang.Ruang diperlukan disekeliling perkataan dan elemen visual lain untuk mengelakkan perasaansesak di kalangan pelajar mahupun pemerhati. Akhir sekali warna, penggunaan warna adalahuntuk memudahkan dan meningkatkan kejelasan visual dan menimbulkan minat tertentu.Walaubagaimanapun, penggunaan warna tertakluk kepada prinsipprinsip dan batasannya 5.4 PENGGUNAAN WARNA Warna digunakan untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elemen tumpuan.Warna yang berharmoni seperti warna monokoromik iaitu warna yang muda membawakepada warna tua contohnya ungu-tua, warna berhampiran iaitu berdekatan dalam cartawarna atau warna penggenap iaitu warna yang bertentangan dalam carta warna. Warnadigunakan supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahamidan perlu perancangan untuk melahirkan kesan tertentu. Sekiranya warna putih digunakan sebagai warna latar maka permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas kemudian diikuti dengan warna-warna yang lain. 5.5 PENGHURUFAN Persembahan grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan mesej denganlebih berkesan. Prinsip penghasilan huruf ialah saiz huruf yang ditulis, jarak antara huruf dengan huruf, perkataan dengan perkataan dan baris dengan baris, kontras dengan warnalatar, jenis atau bentuk huruf yang digunakan. Saiz huruf yang digunakan pula mestilahcukup besar mengikut tahap supaya dapat dibaca dengan baik contohnya jika jarak dari visualadalah 20.0 cm maka saiz minima huruf kecil adalah 5.2 cm.Begitu juga jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan mestilahsepadan dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta
8

boleh dibaca denganmudah. Contohnya, jarak di antara baris dengan baris mestilah kurang satu huruf O saizkecil. Jenis huruf akan menentukan sama ada visual tersebut dapat dibaca dengan mudahatau tidak. Secara amnya, gunakan jenis huruf yang ringkas dan mudah seperti san serif sesuai untuk huruf-huruf blok, serif iaitu times new roman dan dokoratif sesuai digunakanuntuk huruf-huruf berbunga seperti dalam kad raya, kad hari jadi, kad ucapan dan sebagainya. 5.6 CARA MENULIS HURUF ATAU ANGKA Cara menulis huruf dan angka biasanya akan di bahagikan kepada empat iaitu huruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas cepatnya menggunakan berus dan dakwat ataucat warna. Cara ini sesuai untuk grafik yang besar seperti carta dan poster. Kedua, huruf yang dipotong merujuk hasil huruf dan perkataan yang dipotong dari bahan-bahan akhbar,kertas berwarna atau kain kemudian dilekatkan pada bahan grafik. Ketiga, huruf pindahkering iaitu boleh dibeli dalam bentuk huruf, simbol dan angka dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna. Keempat, huruf stensil boleh digunakan untuk tulisan yang kurang dari satu inci. 5.7 PERSEMBAHAN Grafik yang telah siap sedia dihasilkan boleh digunakan secara terus untuk pengajarandan pembelajaran. Persembahan secara visual dan dinamik mampu memudahkan proses penerangan konsep ataupun demontrasi sesuatu kemahiran. Walaubagaimanapun, bahangrafik yang telah digunakan semasa aktiviti penagajaran dan pembelajaran boleh disimpanuntuk kegunaan pada lain-lain masa ataupun berkongsi dengan guru-guru lain. Kelemahan bahan grafik adalah cepat kotor, mudah terkoyak dan visual-visualnya mudah tertanggal.Untuk mengatasi kelemahankelemahan ini, guru boleh mengambil mengatasinya denganmenggunakan alas lapik, alas tepi dan laminasi 6.0 KESIMPULAN Walaupun grafik berperanan dalam proses pembelajaran bukan bermakna bahawa grafik adalah penentu keberhasilan pembelajaran kerana masih banyak faktor yang menentukan keberhasilan pembelajaran antaranya, keadaan motivasi belajar, keadaan sosial, ekonomi dan pendidikan keluarga, situasi pada saat pembelajaran, kurikulum dan guru. Dalam penggunaan grafik, apabila seseorang pelajar faham dan cekap maka aktiviti akan berjalan dengan baik dan menguasai
9

bahan pelajaran sedangkan apabila sebaliknya, maka grafik tersebut bukannya untuk memudahkan bahkan mungkin akan menghambatkan keberhasilan. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan grafik amat sesuai digunakan

dalamsistem pendidikan negara bagi mencapai keberkesanan secara menyeluruh. Penggunaan grafik secara tradisional mahupun berteknologi mampu mencapai pelbagai

objektif pembelajaran asalkan maklumat yang disampaikan akan meningkatkan kefahaman pelajar.Pelajar juga berkemahiran untuk melihat jadual, graf, dan sebagainya dalam segala bentuk konsep abstrak, prinsip dan proses sesuatu aliran dapat dipermudahkan dan difahami pelajar.Elemen-elemen penting dalam penghasilan grafik juga memberi

rangsangan untuk menarik perhatian pelajar. Keseluruhannya, peranan grafikmemangmendatang kan kemanfaatan kepada sistem pendidikan negara.

10

7.0 BIBLIOGRAFI Mohd. Lazim Hamid (2010). Nota Kuliah ETD 1253- Teknologi Pendidikan (Edisi Ke-4). Universiti selangor

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, wan Kamaruddin.(2009) Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn.Bhd

http://www.scribd.com/doc/22596628/penulisan-ilmiah-peranan-grafik

https://docs.google.com/document/d/1qDtcblg72xhGcT19earPC2lxVzKC4EloSncLikrpao/edit?hl=en_GB&pli=1

http://einsteinfisika.blogspot.com/2011/06/peran-guru-dalam-pengembangan-media.html

11

You might also like