1 Malaysia Asas Perpaduan Kaum

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1 Malaysia Asas Perpaduan Kaum

1Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, subetnik dan kebudayaan. Semua pihak mestilah bersama-sama menjayakannya. Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi secara evolusi. Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Aspek utama ialah sikap saling hormat menghormati dan bersikap menerima di antara satu sama lain.Masyarakat majmuk di Malaysia perlu disatukan melalui '1Malaysia'. Hubungan kaum dipereratkan bagi jangka masa panjang. Tiada perbezaan antara bandar, luar bandar dan kumpulan etnik sekiranya mereka mempunyai potensi berhak mendapat bantuan kerajaan berbanding anak-anak golongan berada yang sudah tentu mempunyai peluang pendidikan yang terbaik. Kerajaan menawarkan akses pemula dengan menyediakan datar permainan yang

adil tetapi kita sebagai kerajaan tidak berkemampuan memastikan penghasilan yang sama. Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan dalam satu keluarga besar. Liberalisasi 27 aspek perkhidmatan juga menuju ke arah gagasan ini.

Slogan 1MalaysiaSlogan "Satu Malaysia" pada tahun 2009 adalah "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Slogan pada tahun 2010 pula ialah "1 Malaysia Menjana Transformasi", Slogan-slogan tersebut juga adalah tema sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-52 dan ke-53. Manakala pada tahun 2011 pula, tema "Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera" dipilih bagi mewarnai hari kemerdekaan Malaysia yang ke-54. Tahun 2009 2010 2011 Tema Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan Menjana Transformasi Transformasi Berjaya Rakyat Sejahatera

Logo 1Malaysia Logo 1Malaysia terbentuk dari nombor satu dan berlatarbelakangkan bendera Malaysia.Logo Tersebut melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa. SEKALI air berubah, sekali pasir berubah. Begitulah peribahasa Melayu yang membayangkan betapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama satu tahun

menempa kegemilangan demi kegemilangan. Bermula dengan konsep 1Malaysia, beliau melonjakkan pemikiran rakyat betapa demi kelangsungan hidup negara bangsa Malaysia - asas perpaduan tulen perlu di pupuk dan dibudayakan.

Konsep 1Malaysia memperihalkan jika rakyat bersatu di bawah satu bumbung dan berpaksikan perlembagaan, Rukun Negara dan prinsip penerimaan kepelbagaian kaum dan memahami rentetan sejarah pembentukan negara Malaysia, maka tiada usaha luar mahupun dalam yang boleh mengikis jati diri kita. 1Malaysia bukan retorik politik bahkan gagasan mencerminkan satu realiti dan hakikat sejarah serta perkembangan politik negara. Kita bersatu teguh di dalam konteks prinsip penerimaan, bahawa semua kaum sebagai rakan setia, prinsip kenegaraan bertunjangkan semangat cintakan negara yang diterapkan sejak Perdana Menteri pertama dan prinsip keadilan sosial di kalangan kaum dari segi kebajikan dan aspek sosial yang penting.

Natijah yang dituntut daripada amalan kebersamaan bukan kesamarataan dalam 1Malaysia ialah rasa saling menghormati sesama kita bahawa segala tindakan kita perlu mengutamakan kepentingan negara.

Nilai murni yang cuba diterapkan seperti kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, kesetiaan, pendidikan dan integriti perlu dilestarikan ke arah membina negara bangsa Malaysia yang bersatu padu. Ia menuntut rakyat memahami warisan sejarah dan budaya, sekali gus melonjakkan pemikiran dan perasaan kekitaan bukan sebaliknya.

Malaysia memerlukan Wawasan 2020 direalisasikan segera jika negara ingin maju, walaupun syarat utama pencapaiannya memerlukan pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.5 peratus setiap tahun.

Jika sejak suku tahun pertama 2010, ekonomi negara semakin pulih mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan, maka Najib sewajarnya disanjungi dan dipuji kerana berjaya mengatasi kemelut kemelesetan ekonomi negara. Ia sesuatu yang bukan mudah direalisasikan tanpa kepemimpinan bijak lagi strategis dalam era globalisasi yang mengganas.

Justeru, ketika kecemerlangan kepemimpinan Najib, kita juga harus berwaspada terhadap musuh dalam dan luar yang saban hari cuba mempengaruhi rakyat dengan pelbagai taktik dan strategi yang memesong pemikiran rakyat. Hanya jauhari yang mengenal manikam .

Oleh itu, kita mesti bersyukur bilamana politik negara semakin stabil dan ekonomi negara memberikan peluang untuk rakyat menikmati kemewahan yang sewajarnya dengan memperlihatkan sikap positif bersama membantu melestarikan tindakan proaktif Perdana Menteri yang di usahakan selama ini.

You might also like