Laporan Majlis Khatam Al - Quran Dan Berkhatan 2013

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 13

LAPORAN

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN


BERKHATAN
SEKOLAH RENDAH ISLAM SRI SURIA
2013
ANJURAN:
SEKOLAH RENDAH ISLAM SRI SURIA

PENGANJUR BERSAMA:
BANK RAKYAT

TARIKH:
24 NOVEMBER 2013

TEMPAT:
SEKOLAH RENDAH ISLAM SRI SURIA

LAPORAN DISEDIAKAN:
2 DISEMBER 2013

ISI KANDUNGAN

BIL.
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0

PERKARA
PENGENALAN PROGRAM
PENDAHULUAN
LAPORAN EKSEKUTIF
LAPORAN AKTIVITI
RUMUSAN PROGRAM
LAMPIRAN 1: JAWATANKUASA

7.0

PELAKSANA PROGRAM
LAMPIRAN 2: SENARAI NAMA

8.0

PESERTA KHATAM AL QURAN


LAMPIRAN 3: SENARAI NAMA

PESERTA BERKHATAN
9.0 LAMPIRAN 4: ATURCARA MAJLIS
10.0 LAMPIRAN 5: LAPORAN MEDIA
PROGRAM

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN PROGRAM

NAMA MAJLIS
PENGANJUR
PENGANJUR BERSAMA
TARIKH
TEMPAT
MASA
PENGERUSI
PERASMI
KEHADIRAN
BILANGAN PESERTA
a. Khatam Al Quran
b. Berkhatan

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN BERKHATAN 2013


Sekolah Rendah Islam Sri Suria
Bank Rakyat
24 November 2013
Sekolah Rendah Islam Sri Suria
08.00 a.m. 02.00 p.m.
En. Zaim Hadi bin Meskam
En. Hamdan
200 orang
12 orang
40 orang

2.0

PENDAHULUAN

Al Quran merupakan mukjizat yang masih kekal dan akan kekal sebagai pedoman
umat manusia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. Dewasa ini, penguasaan dan
penghayatan ilmu Al Quran masih di tahap memuaskan, walhal seharusnya ilmu Al Quran
ini menjadi pegangan umat Islam dalam menjalani kehidupan seharian. Ditambah pula dengan
kebimbangan besar melihat akhlak muda mudi dan masyarakat hari ini yang semakin
menyimpang daripada ajaran Islam.
Menyedari hakikat pentingnya Al Quran kepada semua umat Islam dan kritikalnya
kondisi masyarakat kini yang dihujani dengan pelbagai media hiburan yang melalaikan, maka
kami menggiatkan usaha menyemarakkan semangat cinta akan agama Islam dan kepentingan
Al Quran sebagai pedoman hidup kepada generasi muda melalui prinsip melentur buluh
biarlah dari rebungnya yang ditunjangi oleh sabda Rasulullah S.A.W., mafhumnya, sebaikbaik kamu ialah orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarkannya.
Justeru, pihak pentadbiran Sekolah Rendah Islam (SRI) Sri Suria dengan kerjasama
Bank Rakyat telah menganjurkan Majlis Khatam AL Quran dan Berkhatan. Majlis ini
merupakan majlis yang julung kalinya diadakan bagi meraikan para pelajar yang telah
menamatkan bacaan Al Quran dan untuk menyempurnakan ibadah berkhatan bagi pelajar
lelaki. Majlis ini diadakan bagi merapatkan hubungan ukhwah antara SRI Sri Suria dengan
komuniti setempat melalui aktiviti kemasyarakatan seumpama ini.
Majlis ini juga bertujuan untuk melaksanakan ibadah berkhatan untuk para pelajar
yang telah menginjak usia baligh. Usaha ini dilakukan bagi membantu keluarga pelajar yang
kurang berkemampuan untuk membiayai kos perkhidmatan berkhatan di hospital.
Majlis seumpama ini dirangka untuk menggalakkan anak anak khususnya yang telah
menamatkan bacaan Al Quran untuk terus mendalami ilmu AL Quran dan mempraktikkan
ajaran Islam dalam kehidupan. Secara keseluruhannya, majlis ini dianjurkan bagi
menggalakkan kanak kanak untuk mendalami ilmu Al Quran dan untuk melaksanakan
ibadah berkhatan.

2.1

OBJEKTIF:
2.1.1 Meraikan pelajar pelajar yang telah khatam bacaan Al Quran.
2.1.2 Membantu pelajar pelajar yang datang daripada keluarga berpendapatan
sederhana untuk membiayai kos berkhatan.
2.1.3 Memberi khidmat sosial dan tautan mahabbah antara pemimpin masyarakat
dengan masyarakat setempat khususnya para ibu bapa dan penjaga pelajar
pelajar SRI Sri Suria.
2.1.4 Mendedahkan masyarakat dengan maklumat penjagaan kesihatan melalui
pameran kesihatan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.

3.0

LAPORAN EKSEKUTIF
Pada 24 November 2013, Sekolah Rendah Islam Sri Suria telah mengadakan
Majlis Khatam AL Quran dan Berkhatan bertempat di Sekolah Rendah Islam Sri
Suria, Taman Desa Subang, Seksyen U5, Shah Alam. Majlis ini mendapat kerjasama
dan tajaan daripada pihak Bank Rakyat. Pada dasarnya, objektif pelaksanaan majlis ini
adalah untuk meraikan pelajar pelajar yang telah khatam bacaan Al Quran dan juga
untuk melaksanakan ibadah berkhatan kepada kanak kanak lelaki yang telah mencapai
umur matang. Selain itu, majlis ini dirangka untuk mendedahkan masyarakat setempat
mengenai penjagaan kesihatan melalui pameran kesihatan dan pemeriksaan kesihatan
yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling.
Majlis ini disertai oleh 23 orang peserta khatan dan 12 orang peserta berkhatam.
Secara umumnya, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang
baik daripada pelbagai pihak terutama masyarakat setempat. Majlis ini telah mencapai
objektif dan telah berlangsung mengikut perancangan dengan jayanya.
Pihak sekolah telah memilih Bank Rakyat sebagai penaja utama untuk tujuan
promosi Bank Rakyat dan juga untuk membantu dalam persiapan majlis. Majlis ini
turut diserikan dengan pelbagai persembahan dan juga pameran daripada PKD Petaling,
Aman Palestin dan BOMBA cawangan Kota Damansara.

Secara keseluruhannya, Majlis Khatam Al Quran dan Berkhatan ini telah


berlangsung dengan jayanya dan mendapat sokongan daripada semua pihak dalam
usaha merealisasikan majlis ini khususnya kepada pihak penaja dan peserta majlis. Para
peserta dan hadirin yang menghadiri majlis ini turut memberikan respons yang positif
terhadap keseluruhan pengurusan dan perjalanan program dan mereka berharap agar
program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

4.0

LAPORAN AKTIVITI
Sesi pendaftaran peserta bermula pada jam 07.30 pagi hingga jam 08.30 pagi.
Selepas mendaftar, semua peserta berkumpul di khemah majlis yang terletak di
perkarangan Sekolah Rendah Islam Sri Suria. Terdapat 40 orang peserta yang telah
mendaftarkan diri namun hanya 23 orang sahaja yang hadir pada majlis tersebut. semasa
pendaftaran, semua peserta diberikan nombor giliran masing-masing. Mereka juga
diberikan nombor cabutan bertuah, kupon makanan dan aturcara majlis. Semua peserta
khatan kelihatan bersemangat untuk menjalani rawatan berkhatan.
Pada jam 09.00 pagi, majlis dimulakan dengan dihoskan oleh En. Muhammad
daripada Bank Rakyat. Beliau memulakan majlis dengan kata alu aluan dan
meneruskan majlis dengan bacaan doa yang dibacakan oleh En. Muhd. Farhan bin
Muhd. Fadhil daripada Aman Palestin Berhad. Selesai bacaan doa, majlis diteruskan
dengan ucapan alu aluan daripada Pengerusi Sekolah Rendah islam Sri Suria; Ybhg.
En. Zaim Hadi bin Meskam. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan perasmian
daripada jemputan khas; Ybhg. En. Hamdan selaku perasmi majlis. Beliau telah
merasmikan majlis yang julung kalinya diadakan ini dengan upacara memotong kek
pulut kuning. Selesai upacara perasmian, pihak penaja yang diwakili oleh En. Hasri bin
Irkani telah menyampaikan cenderahati untuk perasmi; Ybhg. En. Hamdan. Pihak
sekolah juga turut menyerahkan cenderahati kepada En. Hasri bin Irkani selaku wakil
kepada pihak penaja majlis ini.
Selesai upacara perasmian tersebut, pada jam 10.00 pagi, semua peserta
khatan berkumpul untuk diarak bersama sama para hadirin yang lain. Perarakan
tersebut diiringi bersama alunan zikir dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi
Muhammad S.A.W. Semua tetamu tidak melepaskan peluang untuk sama sama
berarak dan berselawat. Mereka kelihatan gembira terutamanya para peserta khatan
yang kelihatan bersemangat. Selelsai perarakan, tiba saat semua peserta khatan

disembur dengan air. Acara tersebut disempurnakan oleh pihak Bomba dan Penyelamat
cawangan kota Damansara. Semua peserta kelihatan gembira.
Pada masa yang sama, peserta peserta Khatam Al Quran telah mengambil
tempat masing masing dan bersedia untuk mengalunkan bacaan Al Quran daripada
Juzuk Amma iaitu Juzuk Ketiga Puluh. Persembahan Khatam Al Quran dimulakan
dengan bacaan daripada saudara Mohd. Faizal bin Hj. Md. Miftahuddin. Mereka
memulakan bacaan daripada Surah Ad Dhuha hingga Surah An Naas. Sementara itu,
para peserta khatan menukar pakaian mereka di Blok 9A.
Peserta peserta khatan dan khatam ini diberikan cenderahati daripada pihak
penaja; Bank Rakyat iaitu bekas pensil Nuri dan Tabung Nuri dan juga senaskhah Al
Quran setiap seorang sumbangan Persatuan Masyarakat Prihatin (MASYAR
PRIHATIN). Cenderahati tersebut disampaikan oleh En. Hasri Irkani; Pengurus Besar
Bank Rakyat cawangan Subang Perdana.
Para peserta khatan berkumpul semula di khemah majlis sementara
menunggu giliran untuk berkhatan di Blok 15A. Sementara menantikan giliran, mereka
menjamu selera dengan hidangan nasi ayam yang disediakan oleh penganjur. Pada masa
yang sama, acara majlis diteruskan dengan cabutan bertuah yang pertama yang
disampaikan oleh Ybhg. En. Hamdan. Beliau mencabut sepuluh nombor bertuah. Semua
tetamu jemputan kelihatan teruja untuk mendapat hadiah cabutan bertuah yang
disediakan oleh pihak penganjur. Tetamu yang bertuah membawa pulang cenderahati
sumbangan pihak persendirian. Selesai cabutan bertuah yang pertama, para hadirin
dihiburkan

dengan

persembahan

Nasyid

daripada

Kumpulan

Divine

yang

mendendangkan beberapa buah lagu. Mereka turut berkolaborasi bersama peserta


khatam Al Quran yang terdiri daripada pelajar pelajar Sekolah Rendah Islam Sri
Suria yang mendendangkan dua buah lagu iaitu lagu Pondok Kecil dan Hukum Tuhan.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan cabutan bertuah kedua yang
disampaikan oleh Pengerusi Sekolah; Ybhg. En. Zaim Hadi bin Meskam. Beliau
mencabut sepuluh nombor bertuah. Kali ini hadirin yang bertuah membawa pulang
hadiah senaskhah Al Quran yang disumbangkan oleh MASYAR PRIHATIN.
Selesai acara cabutan bertuah tersebut, majlis diteruskan dengan persembahan
nyanyian lagu sekolah yang dinyanyikan oleh para pelajar Sekolah Rendah Islam Sri

Suria. Selepas persembahan yang penuh semangat daripada pelajar pelajar Sekolah
Rendah Islam Sri Suria, acara diteruskan dengan cabutan bertuah yang ketiga. Hadiah
cabutan bertuah ini disampaikan oleh Pengerusi Sekolah; Ybhg. En. Zaim Hadi bin
Meskam. Kali ini terasa debarannya kerana tiga hadiah istimewa berupa hamper tajaan
pihak persendirian menjadi hadiah utama cabutan bertuah kali ketiga selain tujuh hadiah
senaskhah Al Quran.
Majlis diteruskan dengan persembahan dengan ceramah daripada Aman
Palestin. Ceramah tersebut berkisar tentang penderitaan masyarakat Palestin dan
perjuangan mujahidin di sana. Semua tetamu yang hadir memberikan tumpuan kepada
ceramah terbabit.
Sepanjang perjalanan majlis ini, pameran turut berjalan dengan lancar.
Terdapat empat booth pameran iaitu booth pameran Aman Palestin Berhad, booth
pameran Pejabat Kesihatan Daerah, booth pameran Sekolah Rendah Islam Sri Suria dan
Bank Bergerak Bank Rakyat. Para tetamu tidak membuang masa dengan melawat setiap
booth pameran yang ada. Tetamu jemputan juga tidak ketinggalan untuk melawat booth
pameran tersebut. suasana kelihatan meriah dengan kunjungan daripada masyarakat
setempat yang turut mengambil bahagian dalam pemeriksaan kesihatan yang diadakan
secara percuma oleh PKD Petaling.
Tetamu

jemputan

dijemput

untuk

menjamu

selera

setelah

selesai

persembahan yang terakhir. Para hadirin turut diberikan makanan yang disediakan oleh
pihak penganjur. Makanan diagihkan mengikut kupon yang telah diberikan kepada
semua hadirin ketika pendaftaran. Jualan makanan daripada Koperasi Sekolah Rendah
Islam Sri Suria turut mendapat sambutan.
Majlis berakhir pada jam 02.30 petang. Semua peserta khatan telah selamat
berkhatan dengan menggunakan perkhidmatan dua orang Tok Mudim iaitu En. Md.
Shariff bin Hj. Riduan; Pembantu Perubatan PKD Petaling dan Tn. Hj. Md.
Miftahuddin bin Karmani; Pembantu Perubatan PKD Muar.
Secara keseluruhannya, majlis berjalan dengan lancar mengikut perancangan.
Semua hadirin dan peserta yang terlibat memberikan respons yang positif terhadap
pengurusan majlis ini. Mereka turut menyatakan rasa puas hati dan berharap agar majlis
seumpama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang.

5.0

RUMUSAN PROGRAM
Kesimpulannya, Majlis Khatam Al Quran dan Berkhatan 2013 ini telah
berlangsung dengan baik dan jayanya. Majlis ini mendapat sokongan daripada semua
pihak terutama kepada penaja utama; Bank Rakyat yang telah menaja majlis ini dan
juga para penumbang yang telah memberikan sumbangan sama ada dalam bentuk
material, tenaga dan juga wang. Sokongan dan galakan yang diberikan telah
membantu majlis ini mencapai objektifnya.
Dengan berlangsungnya majlis ini dengan jayanya, sekolah ini telah
mendapat tempat sebagai antara sekolah rendah Islam yang telah berjaya
menganjurkan majlis yang besar seumpama ini. Penganjuran majlis ini juga menjadi
titik permulaan untuk kejayaan sekolah ini dalam meneruskan agenda pendidikan
berasaskan Al Quran dan As Sunnah.
Seterusnya, kerjasama antara Sekolah Rendah Islam Sri Suria dan Bank
Rakyat diharapkan dapat diteruskan lagi dengan penganjuran majlis-majlis seumpama
ini yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat. Ribuan terima kasih
diucapkan kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan majlis ini.

6.0

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

POSISI / JAWATANKUASA
PENAUNG
PENASIHAT
PENYELARAS & KETUA

NAMA
JAWATAN
En. Zaim Hadi bin Meskam
Pengerusi Sekolah
En. Mohd. Fahmi b. Hj. Md. Miftahuddin Guru Besar Sekolah
Cik Nurul Syahida binti Hassan
Ketua Pentadbir Sekolah

PENGARAH
TIMBALAN PENGARAH
SETIAUSAHA
BENDAHARI
AJK PENDAFTARAN &

Shamimi binti Shareff


Nor Hafidah binti Solehan
Muhammad Alif b. Md. Zuli
Suhaila binti Sautar

JEMPUTAN
AJK MAKANAN
AJK CENDERAHATI

Shamirah binti Ahmad Shakir


Amiruddin bin Hj. Azman

Guru Penolong Kanan

7.0

SENARAI NAMA PESERTA KHATAM AL QURAN

8.0

SENARAI NAMA PESERTA BERKHATAN

9.0

ATURCARA MAJLIS
ATURCARA MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN BERKHATAN
SEKOLAH RENDAH ISLAM SRI SURIA
24 NOVEMBER 2013

WAKTU
08.00 a.m.
08.30 a.m.

09.00 a.m.
10.00 a.m.

10.15 a.m.
12.30 p.m.

AKTIVITI
Ketibaan tetamu
Pendaftaran peserta
Bacaan doa
Ucapan alu aluan daripada Pengerusi SRI Sri Suria
Ucapan daripada penaja (Bank Rakyat)
Ucapan dan perasmian daripada tetamu khas jemputan
Upacara perasmian
Penyampaian cenderamata untuk tetamu khas.
Perarakan peserta berkhatan
Acara mandi ramai ramai (untuk peserta khatan) BOMBA
Sesi berkhatan (Tertutup)
Majlis Khatam Al Quran
Persembahan
Pemeriksaan kesihatan (PKD)

01.00 p.m.
02.00 p.m.

Jamuan makan / pameran / jualan


Bersurai

You might also like