Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

LAPORAN

HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH


SEKOLAH RENDAH ISLAM SRI SURIA
2013
ANJURAN:
SEKOLAH RENDAH ISLAM SRI SURIA

TARIKH:
16 NOVEMBER 2013

TEMPAT:
DEWAN SEK KEB SUBANG BESTARI 2

LAPORAN DISEDIAKAN:
2 DISEMBER 2013

HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013

ISI KANDUNGAN

BIL.
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0

PERKARA
PENGENALAN PROGRAM
PENDAHULUAN
LAPORAN EKSEKUTIF
LAPORAN AKTIVITI
RUMUSAN PROGRAM
LAMPIRAN 1: JAWATANKUASA

MUKA SURAT

PELAKSANA PROGRAM
LAMPIRAN 4: ATURCARA MAJLIS
LAMPIRAN 5: LAPORAN MEDIA
PROGRAM

LAPORAN HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013


SEK REN ISLAM SRI SURIA 2013

MUKA SURAT 2

HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013

1.0

PENGENALAN PROGRAM

NAMA MAJLIS
PENGANJUR
TARIKH

: HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013


: Sekolah Rendah Islam Sri Suria
: 16 November 2013

TEMPAT
MASA
PENGERUSI
KEHADIRAN

: Dewan SK Subang Bestari 2


: 08.00 a.m. 02.00 p.m.
: En. Zaim Hadi bin Meskam
:
200
Orang

LAPORAN HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013


SEK REN ISLAM SRI SURIA 2013

MUKA SURAT 3

HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013

2.0

PENDAHULUAN
Program Hari Ikhtifan dan Tautan Mahabbah Sekolah Rendah Islam (SRI) Sri
Suria ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan ibu bapa dan guru guru SRI Sri
Suria dalam majlis yang sama bagi memberi kesempatan kepada para ibu bapa untuk
mengenalpasti potensi dan kelemahan anak anak mereka dalam pembelajaran dan
berdiskusi bersama sama guru kelas anak masing masing berkenaan prestasi
pembelajaran anak mereka di sekolah.
Di samping itu, program ini juga dirangka bertujuan untuk mengiktiraf dan
meraikan para pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan sahsiah diri sepanjang
belajar di sekolah ini. Selain itu, program ini dirancang bagi mempromosikan program
program yang dianjurkan oleh pihak pengurusan sekolah untuk pelajar pelajar
bersempena cuti sekolah yang akan tiba.

OBJEKTIF LAWATAN
1.1 Memberikan peluang kepada para ibu bapa dan penjaga untuk menemui guru
guru anak mereka bagi mengetahui prestasi pelajaran anak di sekolah.
1.2 Merapatkan hubungan mesra antara guru SRI Sri Suria dengan para ibu bapa dan
penjaga.
1.3 Mendapat maklum balas mengenai perkhidmatan pendidikan yang telah
diberikan untuk pelajar pelajar.
1.4 Meraikan kejayaan para pelajar dalam pelajaran melalui penganugerahan dan
pemberian insentif kepada para pelajar yang layak.
1.5 Menggalakkan para pelajar untuk mendalami ilmu agama dengan lebih
mendalam.
1.6 Memperbaiki mutu perkhidmatan dengan meminta pandangan dan berkongsi
pendapat daripada ibu bapa dan penjaga para pelajar SRI Sri Suria.
1.7 Mempromosi perkhidmatan lain yang disediakan oleh pihak pengurusan sekolah
sempena cuti sekolah yang akan tiba.

LAPORAN HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013


SEK REN ISLAM SRI SURIA 2013

MUKA SURAT 4

HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013

3.0

LAPORAN EKSEKUTIF
Pada 16 November 2013, Sekolah Rendah Islam (SRI) Sri Suria telah
mengadakan Hari Ihtifal dan Tautan Mahabbah 2013 bertempat di Dewan Sekolah
kebangsaan Subang Bestari 2, jalan Nova, Subang Bestari, Seksyen U5, Shah Alam.
Majlis ini mendapat kerjasama dan sokongan daripada Majlis Guru Guru Besar
Sekolah KAFA Daerah Petaling dan semua ibu bapa pelajar pelajar SRI Sri Suria.
Pada dasarnya, objektif pelaksanaan majlis ini adalah untuk mengiktiraf dan meraikan
kejayaan para pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang terbaik dalam pelajaran
sepanjang persekolahan mereka di SRI Sri Suria di samping untuk beramah mesra
antara guru guru SRI Sri Suria dengan ibu bapa pelajar.
Majlis ini disertai oleh 80 orang pelajar dan 116 orang ibu dan bapa pelajar.
Secara umumnya, majlis ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang
baik daripada semua pihak termasuklah ibu bapa pelajar pelajar yang telah banyak
menyumbang untuk membantu kelancaran

perjalanan

majlis

ini. Sekalung

penghargaan buat semua ibu bapa yang telah memberikan sumbangan. Majlis ini telah
mencapai objektif dan telah berlangsung mengikut perancangan dengan jayanya.
Secara keseluruhannya, Hari Ihtifal dan Tautan Mahabbah 2013 ini telah
berlangsung dengan jayanya dan mendapat sokongan daripada semua pihak dalam
usaha merealisasikan majlis ini khususnya kepada semua ibu bapa dan pelajar SRI Sri
Suria yang terlibat. Semua hadirin memberikan respons yang positif terhadap
keseluruhan pengurusan dan perjalanan program dan mereka berharap agar program
seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

4.0

LAPORAN AKTIVITI
Pada 16 November 2013 bersamaan hari Sabtu, Sek Ren Islam Sri Suria telah
mengadakan Hari Ihtifal dan Tautan Mahabbah 2013 bertempat di Dewan SK Subang
Bestari 2, Jalan Nova, Subang Bestari, Seksyen U5, Shah Alam. majlis tersebut telah
berjalan dengan jayanya dan disambut baik oleh semua hadirin yang hadir pada majlis
tersebut.

LAPORAN HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013


SEK REN ISLAM SRI SURIA 2013

MUKA SURAT 5

HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013

Majlis ini bermula pada jam 08.00 pagi. majlis dimulakan dengan nyanyian
Negaraku dan Asmaul-Husna. seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan
daripada Guru Besar Sek Ren Islam Sri Suria; Ustaz Mohd. Fahmi bin Hj. Md.
Miftahuddin dan dirasmikan oleh Pengerusi Sekolah; Ybhg. En. Za'im Hadi bin
Meskam. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ustaz. Mohd. Nasir; Yang DiPertua
Majlis Guru-Guru Besar Sek. Ren. Islam KAFA Daerah Petaling. majlis ini dihadiri
oleh 200 orang hadirin yang terdiri daripada ibu bapa pelajar seisi keluarga bersama sama pelajar.
Majlis turut diserikan dengan persembahan oleh para pelajar yang dimulakan
dengan

persembahan

daripada

pelajar

Tahun

Imam

Bukhari

yang

mempersembahkan persembahan nyanyian nasyid. Mereka menyanyikan sebuah lagu


iaitu Lagu 'Budi Budi Pekerti' yang dibimbing oleh Ustaz Amiruddin. seterusnya
persembahan Bicara Berirama (Choral Speaking) daripada pelajar Tahun 2 Imam
Muslim dan Tahun 3 Abu Daud yang bertajuk 'Sri Suria'. mereka dibimbing oleh
Ustazah Shamimi dan Ustazah Norhafidah. acara diteruskan dengan persembahan oleh
pelajar-pelajar Tahap 2 yang terdiri daripada pelajar Tahun 4 Imam Tarmidzi, Tahun 5
Imam An - Nasaa'i dan Tahun 6 Ibnu Majah. mereka menyanyikan 3 buah lagu iaitu
lagu Sekolah yang digubah sendiri oleh Ustaz Amiruddin yang bertajuk 'Sekolah
Rendah Islam Sri Suria', lagu 'Pondok Kecil' dan lagu 'Hukum Tuhan'. Mereka
mendapat bimbingan daripada Ustaz Aliff dan Ustaz Amiruddin.
Persembahan ini diselangi dengan penyampaian anugerah untuk para pelajar
yang telah menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran. Anugerah penyampaian
dimulai dengan Anugerah Pencapaian Terbaik dalam kelas bermula dari Tahun 1
Imam Bukhari hingga Tahun 5 Imam An - Nasa'ai. Anugerah disampaikan oleh Tuan
Pengerusi dan diiringi oleh Guru Besar; Ustaz Mohd. Fahmi. Seterusnya,
penyampaian anugerah Pelajar Terbaik Peperiksaan Sekolah Rendah Agama (PSRA)
untuk Tahun 6.
Anugerah yang seterusnya disampaikan oleh Ustaz Mohd Nasir yang diiringi
oleh Tuan Pengerusi Sek., Ybgh. En. Za'im Hadi iaitu anugerah - anugerah khas yang
diwujudkan bagi mengiktiraf para pelajar yang telah menunjukkan prestasi yang
terbaik dalam akademik dan sahsiah. mereka dipilih oleh para guru berdasarkan
prestasi sepanjang tahun mereka bersekolah. Anugerah Khas yang pertama ialah
Anugerah Pelajar Terbaik Sekolah yang disandang oleh adik Hakeem Imran bin Hairul
LAPORAN HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013
SEK REN ISLAM SRI SURIA 2013

MUKA SURAT 6

HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013

Hisyam dan adik Rumaisya Yasmin binti Mohd Nazri. Seterusnya ialah Anugerah
Pelajar Harapan yang menjadi milik adik Muqri Aiman bin Norazizi; pelajar Tahun 5
Imam An - Nasa'ai. Seterusnya ialah Anugerah Kedatangan Penuh yang menjadi milik
adik Irdina Aisyah bin Khairul Nizam; pelajar Tahun 1 Imam Bukhari. Anugerah Khas
yang berikutnya ialah Anugerah Lonjakan Ikhtisas. Pelajar yang dipilih untuk
anugerah ini merupakan pelajar yang telah menunjukkan peningkatan dalam pelajaran
sepanjang pembelajaran beliau di sekolah. Anugerah ini menjadi milik adik Izzat bin
Hasbullah; pelajar Tahun 4 Imam Tarmidzi.
Anugerah Khas yang terakhir ialah Anugerah Khas Pengerusi. Penerima
anugerah ini dipilih bukan daripada sudut kecemerlangan akademik sahaja, malah
beliau dipilih berdasarkan peningkatan dalam sahsiah diri. Penerima anugerah khas
yang ulung kalinya diadakan ini ialah adik Nik Muhammad Ashraf bin Nik
Shahanshah; pelajar Tahun 6 Ibnu Majah. Bagi Anugerah Kelas Terbaik, Kelas Tahun
4 Imam Tarmidzi telah dipilih sebagai Kelas Terbaik untuk Tahun 2013 berdasarkan
keperibadian yang telah ditunjukkan oleh pelajar - pelajar Kelas Tahun 4 Imam
Tarmidzi. Pihak sekolah mengucapkan tahniah atas kejayaan para pelajar yang telah
menunjukkan prestasi yang baik dalam akademik dan sahsiah diri.
Majlis ini diadakan untuk meraikan para pelajar yang telah mendapat
keputusan yang cemerlang dalam akademik dan juga cemerlang dari segi sahsiah diri.
Selain itu, majlis ini diadakan untuk memperkenalkan para ibu bapa pelajar dengan
barisan kepimpinan guru dan pentadbir yang baru di samping menaut mahabbah antara
guru Sek Ren Islam Sri Suria dengan para ibu bapa pelajar-pelajar. Majlis ini turut
dirangka untuk ibu bapa dan guru kelas anak masing-masing bagi membincangkan
prestasi pelajaran anak - anak di sekolah serta memberi maklumbalas mengenai
perkhidmatan yang diberikan kepada para pelajar.
Selesai majlis penyampaian anugerah, para ibu bapa bergerak ke Bilik
Perjumpaan untuk bertemu dengan guru - guru kelas anak masing - masing. Sesi
perjumpaan berjalan dengan baik. semua ibu bapa menandatangani Buku Laporan
Kemajuan Pelajar anak masing-masing dan juga Laporan Mengaji untuk anak - anak
yang mengaji sahaja.
Berakhirnya sesi perjumpaan antara ibu bapa dengan guru kelas anak masingmasing maka berakhirlah majlis yang serba ringkas ini. Walaupun majlis ini diadakan
LAPORAN HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013
SEK REN ISLAM SRI SURIA 2013

MUKA SURAT 7

HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013

secara tertutup, namun sambutan daripada ibu bapa pelajar amat menggalakkan.
pelbagai maklum balas diterima untuk pihak kami memperbaiki dan menaiktaraf
sistem pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah ini. diharapkan agar majlis
seumpama ini dapat diteruskan pada masa yang akan datang dan terus mendapat
sokongan dan dorongan daripada semua ibu bapa. terima kasih juga diucapkan kepada
semua ibu bapa yang telah memberikan sumbangan kepada pihak sekolah untuk
menjayakan majlis ini.

5.0

RUMUSAN PROGRAM
Secara keseluruhannya, Sekolah Rendah Islam (SRI) Sri Suria telah berjaya
menjalankan majlis Hari Ihtifal dan Tautan Mahabbah 2013 dengan jayanya. Segala
usaha dan perancangan yang dilakukan untuk menjayakan majlis ini mendapat
kerjasama yang sewajarnya daripada pihak-pihak yang terlibat dan aktiviti-aktiviti
yang dirancang dapat berjalan dengan lancar.
Semoga dengan adanya program ini, pihak sekolah dapat mempertingkat mutu
perkhidmatan dalam pendidikan dan mengenalpasti kehendak para ibu bapa melalui
perbincangan antara guru guru kelas dan para ibu bapa dan penjaga dalam
memastikan para pelajar cemerlang dalam bidang Pendidikan Islam seterusnya dapat
memantapkan pembelajaran Pendidikan Islam di Daerah Petaling ini.

LAPORAN HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013


SEK REN ISLAM SRI SURIA 2013

MUKA SURAT 8

HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013

6.0

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM


CARTA ORGANISASI PROGRAM
Penaung
En. Zaim Hadi bin Meskam
Pengerusi Sekolah
Penasihat
En. Mohd. Fahmi b. Hj. Md. Miftahuddin
Guru Besar Sekolah
Penyelaras & Ketua Pengarah
Cik Nurul Syahida binti Hassan
Ketua Pentadbir Sekolah
Timbalan Pengarah & Pengarah Program
Shamimi binti Shareff
Setiausaha
Nor Hafidah binti Solehan
Bendahari
Suhaila binti Sautar
AJK Pendaftaran & Jemputan
AJK Makanan
AJK Publisiti
AJK Teknikal
AJK Cenderahati
AJK Persembahan

: Nurul Syahida binti Hassan


: Suhaila binti Sautar
: Norhafidah binti Solihan
: Bukhari bin Buang
: Mohd. Hafiq bin Mod. Husni
: Amiruddin bin Hj. Azman
: Amiruddin bin Hj. Azman
Muhammad Aliff bin Md. Zuli

LAPORAN HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013


SEK REN ISLAM SRI SURIA 2013

MUKA SURAT 9

HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013

Pengacara Majlis

7.0

: Norhafidah binti Solihan


: Muhammad Aliff bin Md. Zuli

ATURCARA MAJLIS
ATURCARA
HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013
16 NOVEMBER 2013
WAKTU
08.30 a.m. 09.00
a.m.

PERKARA
Ketibaan tetamu / para ibu bapa

Pendaftaran ibu bapa (mengikut kelas anak)


MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR

Bacaan doa

Ucapan Pengerusi SRI Sri Suria

09.00 a.m. 11.30

Ucapan Guru Besar

a.m.

Perasmian majlis

Penyampaian anugerah

Persembahan pelajar
Sesi perjumpaan guru kelas dan ibu bapa
11.45 a.m. 02.00

Pameran (buku, program sekolah dll.)

p.m.

Jualan (Makanan, baju dll.)

Pendaftaran sekolah untuk tahun 2014.


Sesi Bergambar

LAPORAN HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013


SEK REN ISLAM SRI SURIA 2013

MUKA SURAT 10

HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013

8.0

Jamuan makan

Bersurai

LAPORAN MEDIA PROGRAM

LAPORAN HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013


SEK REN ISLAM SRI SURIA 2013

MUKA SURAT 11

HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

(NURUL SYAHIDA BINTI HASSAN)


PENGARAH PROJEK
a.k.a KETUA PENTADBIR
SEKOLAH RENDAH ISLAM SRI SURIA
SHAH ALAM

(MOHD. FAHMI B. HJ. MD. MIFTAHUDDIN


GURU BESAR
SEKOLAH RENDAH ISLAM SRI SURIA
SHAH ALAM

Disahkan oleh:

(EN. ZAIM HADI BIN MESKAM)


PENGERUSI
SEKOLAH RENDAH ISLAM SRI SURIA
SHAH ALAM
Bertarikh

: 2 Disember 2013

LAPORAN HARI IHTIFAL DAN TAUTAN MAHABBAH 2013


SEK REN ISLAM SRI SURIA 2013

MUKA SURAT 12

You might also like