Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SK SERI KELEBANG, 31200 CHEMOR

KERTAS KERJA

PEMBENTUKAN MODAL INSAN MELALUI AKTIVITI KOKURIKULUM

KERTAS KERJA: LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN, SK SERI KELEBANG, 32000 CHEMOR

Pengenalan Guru-guru merupakan penggerak kepada kemajuan murid-murid bukan sahaja dalam bidang akademik malahan sahsiah. Guru-guru telah dibekalkan dengan ilmu untuk membentuk murid-murid supaya menjadi kendiri dan supaya kemenjadian. Maka tatkala menangani pelbagai pemasalahan hari demi hari, tiba waktunya guru-guru ini perlu dikumpul semula supaya boleh ditambah bekalkan ilmu dan semangat perjuangan keguruan.Untuk itu, guruguru ini telah dikumpulkan bersama-sama di satu tempat dalam keadaan sedikit santai sambil mendengar sedikit ilmu yang mugkin selama ini kaum guru terlepas pandang atau kita sudah terlupa.Dalam agama pun ada menjelaskan supaya kita sering ingat mengingati dalam perkara kebaikan.Oleh itu program ini adalah dirancang untuk memberikan sedikit ilmu tapi amat berguna kepada semua warga pendidik di SK SERI KELEBANG ini.

Objektif Objektif program ini adalah bertujuan untuk guru-guru: 1. Memacu barisan guru kepada meletakkan tugas dan tanggungjawab kepada Hieraki tertinggi. 2. .Memperjelaskan kepada guru-guru keistimewaan tugasan guru. 3. Memperkemaskan lagi dan memantapkan pengurusan disiplin sekolah. 4. Memberi keyakinan dan rasa tanggungjawab dalam melaksanankan tugas. 5. Melahirkan guru-guru yang berketerampilan, berwibawa, proaktif, pragmatis dan kreatif. 6. Memberi keyakinan diri guru mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah 7. Memantapkan lagi aktiviti kokurikulum yang sedia ada.

Maklumat Program

Tarikh Masa Tempat:

: 05/ 04/2013 ( Jumaat ) : 2.30 petang : Bilik Seri Mutiara

Kerjasama : Pengerusi LADAP sekolah Tema : Kokurikulum

Penyertaan Kumpulan sasaran yang akan menyertai program ini adalah semua guru-guru SK Seri Kelebang yang berjumlah seramai 63 orang dan empat orang pentadbir sekolah.

Jawatan Kuasa Pelaksana / Penganjur Penasihat : En Ismail B Mohd Sam ( Guru Besar SKSK ) Pn Noor Axla B Nasaruddin ( GPK Pentadbiran ) En Embok Ungah B Embok Tahak (GPK HEM ) Pn Noorizan Bt Idris ( GPK Ko-ku )

Setiausaha : Pn Fadilah Bt Ibrahim Bendahari : Pn Zuriatai Bt Ibrahim AJk : 1. Pn Nazirah Bt Bidin 2. Pn Nuriani Bt Mohd Nor 3. Pn Haslina Bt Abu Samah 4. En Balamuraly 5. Pn Rohana Bt Buang 6. Pn Rosmawati Bt Yahya 7.Pn Nihayatul Husna Bt Nazmi

Aturcara Program 2.00 petang - Pendaftaran 2.30 petang ucapan pengerusi majlis 2.35 petang Ucapan Penasihat Guru Besar SK Seri Kelebang 2.40 petang- Pembentangan LADAP-Pembentukan Modal Insan Melalui Aktiviti Kokurikulum. 4.50 petang Sessi soal jawab 5.00 petang Ucapan penutup dan penyampaian cenderahati 5.20 petang Jamuan 5.40 petang - Bersurai

Penceramah Penceramah jemputan :

En Hanafi Bin Ghazali Pensyarah Cemerlang Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Jalan PPH. 31150 Hulu Kinta, Perak, MALAYSIA.

Belanjawan Peruntukan Kewangan dari Kelab Guru Dan Sumbangan Guru Besar SK Seri Kelebang. Perbelanjaan Minum peserta dan penceramah RM 2.00 X 70 = RM 140.00 Saguhati penceramah Jumlah = RM 50.00 = RM 190.00

Penutup Diharapkan dengan adanya program seperti LADAP ini dapat membantu guru guru dan pentadbir sekolah menguruskan aktiviti dan program kokurikulum dengan lebih baik di sekolah khasnya dan amnya dapat memberi kesan yang terbaik untuk membentuk sahsiah diri murid tidak mengira latar belakang keluarga, pendidkan , kaum mahu pun etnik.

Di sediakan oleh, . ( Pn Fadilah Bt Ibrahim ) Setiausaha Program LADAP SK Seri Kelebang, 31200 Chemor.

Disahkan oleh, .. ( En Ismail B Mohd Sam ) Guru Besar, SK Seri Kelebang, 31200 Chemor.


SEK. KEB. SERI KELEBANG 31200 CHEMOR .. PERAK DARUL RIDZUAN
ABA 2052 _____________________________________________________________________________________________________________ _______ 1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Tel Faks : 05-2916844 : 05-2924485

. ..

Ruj. Tuan : Ruj. Kami : Bil. (3 ) SKSK/07/01 Tarikh : 27 .03.2013 En Hanafi Bin Ghazali Pensyarah Cemerlang Kokurikulum, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Jalan PPH. 31150 Hulu Kinta, Perak, MALAYSIA.

Melalui, Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh Jalan PPH. 31150 Hulu Kinta, Perak, MALAYSIA. Tuan JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) UNTUK GURU-GURU SK SERI KELEBANG.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman pihak tuan, satu program Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP ) untuk guru-guru SK Seri Kelebang yang akan diadakan seperti ketetapan berikut: TARIKH : 05.04.2013 ( JUMAAT ) TEMPAT : DEWAN SERI MUTIARA SK SERI KELEBANG MASA : 2.30 PETANG

BIL GURU: 63 orang 3. Sehubungan ini, En Hanafi Bin Ghazali,Pensyarah Cemerlang Kokurikulum Institut Pendidikan Kampus Ipoh, dijemput hadir sebagai penceramah bagi menjayakan program tersebut. 4 . Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai .

Sekian terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah,

. (ISMAIL BIN MOHD SAM) Guru Besar SK Seri Kelebang, 31200 Chemor.

You might also like