Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Pembolehubah

Labels: Penyelidikan dan inovasi, Rekabentuk dan teori pengajaran, Sekolah Malaysia DEFINISI PEMBOLEHUBAH

Pembolehubah boleh didefinisikan sebagai something that may vary or differ (Brown, 1998:7). Terdapat penyelidik yang mendefinisikan dengan lebih mendalam iaitu mengatakan bahawa pembolehubah adalah is simply symbol or a concept that can assume any one of a set of values (Davis, 1998:23).

Definisi yang pertama menyatakan bahawa pembolehubah adalah sesuatu yang berbeza atau bervariasi. Ia dapat diperjelaskan dalam definisi kedua iaitu simbol atau konsep yang diandaikan sebagai nilai-nilai atau angka-angka. Definisi yang abstrak tersebut dapat dijelaskan dengan menggunakan contoh berikut:

a. Hubungan di antara kecerdasan dan prestasi pelajar.

b. Pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal.

c. Hubungan di antara jenis promosi dengan jumlah penjualan.

Contoh-contoh pembolehubah ialah: kecerdasan, prestasi pelajar, warna, minat membeli, promosi, jumlah penjualan dan sebagainya.

Berdasarkan kepada definisi di atas, didapati bahawa pembolehubah adalah suatu simbol yang diberikan angka atau nilai yang berkaitan dengan hipotesis. Dalam erti kata lain, pembolehubah mempunyai sifat yang boleh berubah. Sebagai contoh, jantina boleh mempunyai dua nilai iaitu lelaki dan perempuan. Bangsa pula boleh mempunyai lebih banyak nilai seperti Melayu, Cina, India, Serani dan sebagainya. Kepuasan juga boleh dioperasikan supaya ianya mempunyai nilai seperti sangat tidak puas, puas, dan sangat puas. Jika sesuatu itu mempunyai dua nilai sahaja seperti lelaki-perempuan, jauh-dekat, tinggi-rendah, maka ini disebut sebagai pembolehubah dikotomi.

Pembolehubah ialah sesuatu yang boleh mengambil nilai yang berbagai. Nilai tersebut boleh berubah-ubah untuk objek atau untuk seseorang individu.

Contoh pembolehubah:

Markat Ujian: markat ujian berubah-ubah mengikut ujian1,2,3 untuk subjek yang sama. Markat ujian juga berubah-ubah mengikut pelajar yang berlainan.

Ketidakhadiran: Ketidakhadiran juga berubah-ubah mengikut hari; di mana hari ini mungkin 5 orang tidak hadir kelas, esok 3 orang dan mungkin ada hari yang semua orang hadir.

Motivasi: Motivasi seseorang mungkin boleh diukur daripada sangat tidak bermotivasi hingga ke sangat bermotivasi.

E) JENIS-JENIS PEMBOLEHUBAH

Apabila dalam penyiasatan awal penyelidik menjangkakan kewujudan beberapa pembolehubah, maka penyelidik akan cuba mempastikan kewujudan pembolehubah tersebut. Penyelidik juga akan cuba mengenalpasti perhubungan-perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut. Bagi mengenalpasti dengan lebih mendalam lagi berdasarkan maklumat yang diperolehi, maka penyelidik akan cuba membentuk sebuah model. Pada peringkan pembentukan model tersebut, penyelidik akan cuba mengkategorikan beberapa pembolehubah. Di antara pembolehubah-pembolehubah yang mungkin wujud adalah:

1. Pembolehubah bersandar (dependent variable)

2. Pembolehubah bebas / tidak bersandar (independent variable)

3. Pembolehubah penyerdahana (moderating variable)

4. Pembolehubah pengacau / mencelah (interverning variable)

Pembolehubah bersandar:

Pembolehubah bersandar adalah pembolehubah yang memberikan tindakbalas atau respon jika dihubungkan dengan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar adalah adalah pembolehubah yang faktornya diperhati dan diukur untuk menentukan pengaruh yang disebabkan oleh pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar juga dikenali sebagai pembolehubah kriterion. Sebagai contoh, pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal, maka

pembolehubah bersandarnya adalah minat membeli. Bagaimana berpengaruhnya warna merah terhadap minat membeli pengguna terhadap motosikal tersebut.

Bagi meyakinkan pengaruh pembolehubah bebas iaitu warna merah terhadap minat membeli maka warna merah dapat diganti dengan warna biru. Jika pengaruhnya berbeza maka manipulasi terhadap pembolehubah bebas membuktikan adanya hubungan antara pembolehubah bebas warna dan minat membeli pengguna. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah bersandar ialah pembolehubah bilamana kesan olahan dicerap. Perlakuan atau perubahan pembolehubah bersandar bergantung kepada perlakuan atau perubahan pembolehubah-pembolehubah lain.

Contohnya, hasil jualan, peningkatan keuntungan, produktiviti, sikap pekerja, komitmen, kesetiaan dan motivasi serta kepuasan kerja.

Text Box: Soalan latihan (i) Seorang penyelidik ingin meningkatkan komitmen para pekerja dalam sebuah organisasi. Apakah pembolehubah bersandar bagi kes di atas? (ii) Seorang pengurus pemasaran bimbang tentang strategi pengiklanan syarikat XYZ yang tidak menjadi. Apakah pembolehubah bersandar bagi kes di atas?

Pembolehubah tidak bersandar (bebas):

Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah stimulus atau pembolehubah yang mempengaruhi pembolehubah lain. Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah yang faktornya diukur, dimanipulasi, atau dipilih oleh penyelidik untuk menentukan hubungannya dengan sesuatu gejala yang diperhatikan.

Berdasarkan contoh di atas, warna adalah pembolehubah bebas yang dapat dimanipulasi dan dilihat pengaruhnya terhadap minat beli, misalnya apakah warna merah sebuah motosikal dapat menimbulkan minat membeli pengguna terhadap motosikal tersebut. Ia adalah pembolehubah yang mempengaruhi pembolehubah bersandar sama ada secara positif atau negatif. Contoh lain: jenis promosi dapat mempengaruhi jumlah jualan. Dalam kes ini, jenis promosi ialah pembolehubahpembolehubah tidak bersandar.

Contoh 1: Diagram skematik menunjukkan perhubungan antara perbolehubah tidak bersandar (Warna motosikal) dengan pemboleh ubah bersandar (Jumlah pembelian)

Contoh 2: Diagram skematik menunjukkan perhubungan antara perbolehubah tidak bersandar (Promosi) dengan pemboleh ubah bersandar (Jumlah jualan)

Hubungan di antara Pembolehubah Tidak Bersandar dan Pembolehubah Bersandar

Pada umumnya penyelidik akan melakukan penyelidikan dengan menggunakan lebih dari satu pembolehubah, iaitu pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar. Kemudian, pembolehubah tersebut akan dicari perhubungannya.

Contoh 1

Hipotesis penyelidikan: Terdapat hubungan di antara gaya kepemimpinan dengan motivasi pekerja

Pembolehubah bebas: gaya kepemimpinan

Pembolehubah bersandar: minat membeli

Gaya kepemimpinan mempunyai hubungan dengan motivasi pekerja, misalnya gaya kepemimpinan yang autokratik akan memberi kesan kepada terhadap motivasi pekerja secara berbeza dengan gaya kepemimipinan yang bersifat demokratik.

Contoh 2

Hipotesis penyelidikan: Terdapat hubungan di antara jenis promosi dengan jumlah jualan.

Pembolehubah bebas: Jenis promosi

Pembolehubah bersandar: Jumlah jualan

Promosi mempunyai hubungan dengan ada dan tidaknya peningkatan jumlah jualan di organisasi tertentu.

Pembolehubah Penyederhana (Moderating Variable):

Pembolehubah penyederhana adalah pembolehubah bebas kedua yang sengaja dipilih oleh penyelidik untuk menentukan apakah kehadirannya berpengaruh terhadap hubungan antara pembolehubah bebas pertama dan pembolehubah bersandar. pembolehubah penyederhana merupakan pembolehubah yang faktornya diukur, dimanipulasi, atau dipilih oleh penyelidik untuk mengetahui apakah pembolehubah tersebut mengubah hubungan antara pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar.

Pada kes terdapat hubungan di antara warna motosikal dengan minat membeli, penyelidik memilih pembolehubah penyederhananya ialah harga. Dengan dimasukannya pembolehubah penyederhana harga, penyelidik ingin mengetahui apakah terdapat hubungan kedua pembolehubah tersebut berubah. Jika berubah maka kehadiran pembolehubah penyederhana adalah berpengaruh. Jika tidak berubah maka pembolehubah penyederhana tidak mempengaruhi hubungan kedua pembolehubah yang dikaji.

Contoh lain:

Hipotesis: Tunjuk ajar ibu bapa mempengaruhi hubungan di antara jumlah buku dengan kebolehan membaca.

Pembolehubah bebas: Jumlah buku

Pembolehubah bersandar: Kebolehan membaca ibubapa.

Pembolehubah penyederhana: Celik ibu bapa

Text Box: Contoh 3: Diagram menunjukkan kerangka teori tentang perhubungan antara perbolehubah tidak bersandar (Kebolehan Membaca) dengan pembolehubah bersandar (Jumlah buku) dipengaruhi juga oleh pembolehubah penyerdahana (Celik huruf Ibubapa).

Kadangkala dipanggil pembolehubah ini di panggil sebagai pembolehubah penengah. Ia mempengaruhi jangkaan penyelidik tentang hubungan antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah ini akan mendatangkan kekeliruan kepada penyelidik perniagaan yang sedang mengkaji hubungan sebab musabab. Kekeliruan ini sudah pasti akan menyebabkan penyelidik tersebut membuat kesimpulan yang salah.

Text Box: Kepelbagaian kemahiranText Box: Keberkesanan OrganisasiText Box: Kesan peningkatan keberkesan dengan adanya gaya pengurusan yang sesuaiText Box: Kesan peningkatan keberkesan tanpa gaya pengurusan yang sesuaiText Box: Rajah menunjukkan pengaruh pembolehubah tidak bersandar ke atas pembolehubah bersandar bila terdapat pengaruh pembolehubah penyerdahana.

Sebagai contoh, penyelidik mungkin akan menjangkakan bahawa kepelbagaian kemahiran dalam sesuatu kumpulan dalam organisasi akan meningkatkan keberkesanan organisasi tersebut. Bagaimanapun sebenarnya akan terdapat pembolehubah penyederhana yang akan mempengaruhi hubungan tersebut. Pembolehubah penyederhana tersebut ialah gaya kepimpinan ketua dalam sesuatu kumpulan. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah penyederhana hadir bersama-sama dengan pembolehubah bebas pada masa yang sama.

Pembolehubah campurtangan/pengacau (intervening)

Pembolehubah bebas, bersandar, kawalan dan penyederhana merupakan pembolehubahpembolehubah konkrit. Ketiga pembolehubah, iaitu pembolehubah bebas, kawalan dan penyederhana tersebut dapat dimanipulasi oleh penyelidik dan pengaruh ketiga-tiga pembolehubah tersebut dapat dilihat atau diperhatikan. Lain halnya dengan pembolehubah pengacau yang mana pembolehubah tersebut bersifat hipotetikal. Ini bermaksud secara konkritnya, pengaruhnya tidak kelihatan, tetapi secara teoritis dapat mempengaruhi hubungan antara pembolehubah bebas dan bersandar yang sedang dikaji. Oleh kerana itu, pembolehubah pengacau didefinisikan sebagai pembolehubah yang secara teoritis mempengaruhi hubungan pembolehubah yang sedang diteliti tetapi tidak dapat dilihat, diukur, dan dimanipulasi. Pengaruhnya harus disimpulkan dari pengaruhpengaruh pembolehubah bebas dan pembolehubah penyederhana terhadap gejala yang sedang dikaji.

Contoh:

Hipotesis: Jika minat terhadap tugas meningkat, maka motivasi mengerjakan tugas tersebut akan semakin meningkat

Pembolehubah bebas: minat terhadap tugasan

pembolehubah bersandar: motivasi dalam mengerjakan tugas

Pembolehubah pengacau: proses belajar

Keterangan kes di atas dapat diterangkan sebagai berikut. Jika pelajar tertarik terhadap tugasan yang diberikan oleh pensyarah, maka hasilnya akan baik. Besar atau kecilnya motivasi dipengaruhi oleh minat. Namun demikian, hasil akhir tugasan tersebut dipengaruhi oleh faktor pelajar itu sendiri sama ada belajar atau tidak terlebih dahulu sebelum melakukan tugasan tersebut. Dengan minat yang tinggi dan persiapan belajar yang baik, maka motivasinya akan semakin tinggi.

Contoh 2:

Hipotesis: Layanan yang baik mempengaruhi kepuasan pelanggan

Pembolehubah bebas: layanan yang baik

Pembolehubah bersandar: kepuasan pelanggan

Pembolehubah pengganggu: kualiti produk

Pada umumnya layanan yang baik akan memberikan kepuasan yang tinggi terhadap pelanggan. Namun demikian kualiti produk akan mempengaruhi hubungan pembolehubah layanan dengan pembolehubah kepuasan. Layanan yang baik belum tentu memberikan kepuasan kepada pelanggan jika kualiti produknya rendah. Misalnya pemilik sebuah kedai kasut memberikan layanan yang baik kepada pelanggannnya. Ketika seorang pembeli mengetahui bahawa kasut yang dijual rosak pada bahagian tertentu maka tingkat kepuasannya akan turun.

Sebagai contoh yang lain kita dapati pendapatan atau gaji yang lumayan dipengaruhi oleh kemahiran Seperti di dalam kes di atas di mana pembolehubah tidak bersandar iaitu kepelbagaian kemahiran akan mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu keberkesanan organisasi, pembolehubah campurtangannya ialah pembolehubah yang timbul daripada kepelbagaian kemahiran yang dipanggil sinergi kreatif. Sinergi kreatif timbul daripada kepelbagaian etnik, budaya dan adat resam. Di mana kepelbagaian kaum akan menyumbang kemahiran mereka dalam bidangbidang tertentu dalam menyelesaikan masalah pengurusan organisasi. Oleh itu, pembolehubah campurtangan akan timbul dalam masa yang berlainan. Apabila ada kepelbagaian dalam sumber tenaga kerja maka kemudian baru timbul kepelbagaian dalam kemahiran dan akhirnya akan menyumbang kepada keberkesanan organisasi.

Contoh 3: Diagram menunjukkan motivasi untuk bekerja adalah pembolehubah pengacau (intervening variable). Prestasi pekerja akan meningkat apabila diberikan kerja yang mencabar, tetapi kerja itu sendiri memberikan motivasi untuk bekerja kuat.

Hubungan Antara Pembolehubah Tidak Bersandar, Pembolehubah Pengacau, Pembolehubah Penyederhana Dan Pembolehubah Bersandar.

Contoh Kes

Contoh di atas menunjukkan perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah bebas (umur, peluang kenaikan pangkat, kepuasa kerja, jangkamasa bekerja dan jantina) terhadap pembolehubah bersandar (Komitmen terhadap organisasi)

Contoh 2: Diagram Kerangka Teori

Sebuah kerangka kerja teoritikal dengan kehadiran pembolehubah pengacau dan pembolehubah penyederhana dalam sebuah rajah skematik.

Penerangan

Pembolehubah tidak bersandar adalah meningkatkan keaadaan kerja yang selesa, gaji yang lumayan dan peluang bercuti akan mempengaruhi penghargaan diri seseorang pekerja (self-esteem). Apabila ketiga-tiga pembolehubah tidak bersandar ini adalah tinggi di dalam keaadaan kerja, maka penghargaan diri juga akan tinggi. Walau bagaimanapun peningkatan gaji bukanlah semata-mata boleh meningkatkan penghargaan diri seseorang pekerja. Ini kerana pendapatan yang lumayan adalah dipengaruhi oleh pekerja yang berpengalaman yang mana mereka dapat mencari pendapatan sampingan. Pendapatan sampingan ini akan menyebabkan pekerja itu gembira (intervening variable) maka akan menyebabkan penghargaan diri (morale) meningkat.

F) HIPOTESIS KAJIAN

Setelah masalah didefinisikan, maka langkah berikutnya ialah membentuk hipotesis. Apakah hipotesis itu? Hipotesis adalah jawapan sementara terhadap masalah yang sedang dikaji. Berdasarkan definisi tersebut, hipotesis ialah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau saranan sementara sebagai penyelesaian masalah. Hipotesis membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan analisis. Hipotesis memberi jangkaan penyelidik mengenai hubungan

antara pembolehubah-pembolehubah. Bukti-bukti daripada analisis kajian akan menentukan sama ada sesuatu hipotesis itu perlu diterima atau diketepikan.

Tujuan Pembentukan Hipotesis

1. Memberi jangkaan atau ramalan sementara tentang fenomena yang dikaji.

Penjelasan sementara ini menghubungkan fenomena dan penyelesaian masalah dengan badan pengetahuan berdasarkan fakta-fakta yang telah didapati.

2. Memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung.

Kewujudan hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji boleh dinyatakan dengan jelas dan dibuktikan dengan fakta-fakta.

3. Sebagai panduan kepada penyelidikan kerana

Ini kerana hipotesis dapat mewakili objektif penyelidikan. Hipotesis menentukan apa yang harus dilakukan, jenis data yang perlu diperolehi, kesesuaian fakta-fakta terpilih serta menentukan asas pemilihan sampel. Hipotesis juga boleh menentukan kaedah penyelidikan yang harus digunakan, mencadangkan analisis berstatistik yang diperlukan serta kaitan pembolehubah-pembolehubah yang harus diuji. Hipotesis juga dapat menolong penyelidikan agar tidak terkeluar dari batasan dan menghalang penyelidikan dari menjadi kabur.

4. Sebagai rangka laporan dapatan dan kesimpulan kajian.

Hipotesis yang baik dapat memandu kesimpulan yang harus dibuat bagi menyelesaikan masalah. Hipotesis juga boleh memberi panduan bagaimana laporan harus dibuat dan disebarkan.

Ciri-ciri Hipotesis

Sesuatu hipotesis mestilah memenuhi ciri-ciri yang tertentu bagi membolehkannya diterima sebagai hipotesis penyelidikan. Di antara ciri-ciri tersebut ialah:

a. Dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat. Hipotesis yang mudah, jelas dan tepat bukan sahaja membolehkan penyelidikan dilakukan dengan sempurna malah memudahkan orang ramai

memahami laporan sesuatu penyelidikan. Hipotesis yang umum boleh dipermudahkan kepada beberapa hipotesis yang lebih khusus.

b. Tekal dengan pengetahuan yang ada. Hipotesis seharusnya tidak bertentangan dengan teori dan hukum yang ada. Sebagai contoh, Misalnya, peningkatan jumlah pesakit SARS adalah disebabkan semakin peningkatan jumlah penduduk yang berpelajaran adalah hipotesis yang tidak tekal dan tidak sesuai dengan pengetahuan yang ada.

c. Mempunyai kuasa penjelasan. Kuasa penjelasan ialah keupayaan hipotesis menerangkan fenomena yang dikaji dengan logik, tepat dan jelas. Misalnya, masalah pengenalan subjek komputer di sekolah-sekolah. Satu hipotesis yang menyatakan matapelajaran komputer sukar diperkenalkan di sekolah-sekolah kerana kekurangan guru yang terlatih dalam bidang komputer adalah mempunyai kuasa penjelasan.

Hipotesis yang menyatakan matapelajaran komputer sukar diperkenalkan kerana sekolah tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi merupakan hipotesis yang tidak mempunyai kuasa penjelasan kerana gagal menjelaskan denagn logik, jelas dan tepat kaitannya antara kesukaran memperkenalkan komputer dengan ketiadaan bekalan air di sekolah-sekolah.

d. Mempunyai jangkaan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Misalnya hipotesis penambahan masa belajar dan markat ujian1 Prinsip Pemasaran tidak mempunyai jangkaan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah penambahan masa belajar dengan pembolehubah penambahan markat. Hipotesis tersebut akan mempunyai jangkaan hubungan sekiranya dinyatakan sebagai penambahan masa belajar akan menambahkan markat ujian1 Prinsip Pemasaran.

e. Boleh diuji. Pengujian hipotesis membolehkan kepastian dibuat sama ada bukti-bukti yang ada menyokong atau tidak menyokong hipotesis yang bersifat sementara. Inferens yang dibuat ke atas populasi berdasarkan maklumat sampel hanya boleh dilakukan sekiranya hipotesis telah diuji.

JENIS HIPOTESIS

1. Hipotesis penyelidikan 2. Hipotesis operasional dan 3. Hipotesis statistik.

Hipotesis penyelidikan ialah hipotesis yang kita buat dan dinyatakan dalam bentuk ayat.

Contoh:

Terdapat hubungan antara gaya kepempininan dengan motivasi pekerja

Terdapat hubungan antara iklan dan jumlah jualan

Hipotesis operasional ialah mendefinisikan hipotesis secara operasional yang mana pembolehubahpembolehubah yang ada di dalamnya dapat dioperasikan. Misalnya gaya kepemimpinan dioperasionalisasikan sebagai cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan. Motivasi pekerja dioperasionalisasikan sebagai tinggi rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat. Hipotesis operasional dijadikan menjadi ada dua jenis, iaitu hipotesa kosong (H0) yang bersifat neutral dan hipotesa alternatif (HA) yang bersifat tidak neutral (pincang).

Maka bunyi hipotesisnya adalah seperti berikut:

H0 :

Tidak terdapat hubungan di antara cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan dengan tinggi rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat

HA :

Terdapat hubungan di antara cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan dengan tinggi rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat

Hipotesis statistik ialah hipotesis operasional yang diterjemahkan ke dalam bentuk angka-angka statistik sesuai dengan alat ukur yang dipilih oleh penyelidik. Dalam contoh ini di andaikan kenaikan kemasukan pekerja ke dalam syarikat adalah sebanyak 20%, maka hipotesisnya adalah sebagai berikut:

Hipotesis yang sudah dirumuskan kemudiannya harus diuji. Pengujian ini akan membuktikan H0 atau HA yang akan diterima. Jika HA diterima maka H0 ditolak. Ini bermaksud terdapat hubungan antara

cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan dengan tinggi rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat.

Dalam membuat hipotesis ada dua jenis kesilapan yang kadang-kala dibuat oleh penyelidik, iaitu:

a) Menolak hipotesis yang seharusnya diterima. Kesalahan ini disebut sebagai ralat alpha (a).

b) Menerima hipotesis yang seharusnya ditolak. Kesalahan ini disebut sebagai ralat beta (b).

Pembentukan hipotesis seharusnya jelas dan mudah difahami. Ramai pelajar yang tidak mempunyai masalah di dalam membentuk hipotesis null dan hipotesis alternatif. Begitu juga dengan hipotesis berarah dengan hipotesis tidak berarah. Namun demikian terdapat pelajar yang tidak membentuk hipotesis berdasarkan kepada kerangka teori yang telah dibangunkan. Sebagai contoh, terdapat pelajar yang tidak memasukkan pengaruh perbezaan jantina sama ada di dalam ulasan karya ataupun di dalam rangkakerja teoritikal, tetapi mereka membentuk hipotesis berkenaan dengan perbezaan jantina di dalam pembolehubah bersandar. Masalah lain yang mungkin timbul, bila pelajar membentuk hipotesis di mana dengan memasukkan pembolehubah penyederhana (moderating variable). Terdapat pelajar yang membentuk hipotesis dengan meletakkan pembolehubah penyederhana sebagai pembolehubah bebas yang mana mempunyai hubungan secara langsung dengan pembolehubah bersandar seperti yang digambarkan di dalam gambarajah di bawah.

Contoh kekeliruan di dalam membentuk hipotesis jika terdapat pembolehubah penyederhana (moderating).

Maksud Keertian

Keertian Statistikal

Perbezaan yang di dapati bukanlah disebabkan oleh turun -naik rawak dalam pensampelan

Contoh:

Seorang akauntan syarikat mengatakan mengikut data lampau purata masa kutipan akaun belum bayar adalah 50 hari dengan sisihan piawai 10 hari. Akauntan itu mengambil semua akaun pembeli dan mendapati bahawa purata kutipan akaun belum bayar adalah 52 hari.

Keertian Praktikal

Katakan akauntan merasakan mengambilkira kesemua akaun adalah mahal kosnya dan memilih hanya 25 akaun dan di dapati bahawa purata masa kutipan akaun belum bayar adalah 54 hari. Adakah patut di simpulkan bahawa perbezaan ini bererti secara statistik?

Contoh cara menulis pernyataan hipotesis null dan alternatif jikan melibatkan pembolehubah penyederhana (moderating).

Bagi model skematik di atas menunjukkan, cara yang betul dan cara yang salah di dalam membentuk hipotesis null dan hipotesis alternatif di mana dengan memasukkan pembolehubah penyederhana seperti di bawah.

CARA YANG BETUL:

H0 :

Pembolehubah ekonomi tidak membawa apa-apa perbezaan ke atas hubungan antara iklan dan jualan.

HA :

Hanya jika terdapat pertumbuhan ekonomi yang baik maka ia akan meningkatkan jumlah jualan.

CARA YANG SALAH:

H0: Faktor ekonomi tidak memberi kesan ke atas jualan.

HA: Faktor ekonomi mempunyai kesan positif ke atas jumlah jualan.

EXERCISES

1. An applied researcher wants to increase the commitment of organisational members in a particular bank. What would be the dependent variable in this case?

2. A marketing manager wonders why the recent advertising strategy does not work. What would be the dependent variable here?

3. List the variables in these exercises individually, and label them as dependent or independent, explaining why they are so labelled. Illustrate the relationships diagrammatically.

a. A manager believes that good supervision and training would increase the production level of the workers.

b. A consultant is of the opinion that much benefit would accrue from buying and selling at the appropriate times in a financial environment in which the shares are volatile.

4. List and label the variables in these exercises and explain and illustrate in a diagram the relationships among the variables.

a. A manager finds that off-the-job classroom training has a great impact on the productivity of the employees in her department. However, she also observes that employees over 50 years of age do not seem to derive much benefit and do not improve with such training.

b. A visitor to a factory observes that the workers in the packing department have to interact with one another to get their jobs done. The more they interact, the more they seem to tend to stay after hours and go to the local pub together for a drink. However, the women packers, even though they interact with the others as much as the men do, do not stay late or visit the pub after work hours.

5 Make up three different situations in which motivation to work would be, respectively, an independent variable, an intervening variable and a moderating variable.

6 List and label the variables in the following situation. explain the relationships among the variables and illustrate these in a diagram. Failure to follow accounting principles causes immense confusion, which in turn creates a number of problems for the organisation. Those with vast experience in bookkeeping, however, are able to avert the problems by taking timely corrective action.

7 List and label the variables in the following situation. Explain the relationships among the variables and illustrate them in a diagram. What might be the problem statement or problem definition for the situation?

a. The manager of Haines Company observes that themorale of employees in his company is low. He thinks that if the working conditions, the pay scales and the holiday benefits of the employees are improved, morale will improve. He doubts, though, that increasing the pay scales is going to raise the morale of all employees. His guess is that those with good side incomes will just not be `turned on' by higher pay. However, those without side incomes will be happy with increased pay and their morale will improve.

8 Develop a theoretical framework for the following situation after stating what the problem definition of the researcher would be in this case.

A family counsellor, engaged in counselling married couples who are both professionals, is caught in a dilemma. He realises that the focus of the counselling sessions should be on both family satisfaction and job satisfaction; however, he is not sure how job and family satisfactions can be integrated in the dual-career family. Husbands, the traditional breadwinners, seem to derive more job satisfaction as they get more involved in their jobs and also spend more discretionary time on jobrelated activities. This, however, does not seem to be true in the case of their wives, who perform the dual role of career person and homemaker. However, both husbands and wives seem to enjoy high levels of family satisfaction when they spend more time together at home and help each other in planning family-oriented activities.

9 Define the problem and develop the theoretical framework for the following situation.

The probability of cancer victims successfully recovering under treatment was studied by a medical researcher in a hospital. She found three variables to be important for recovery. These were:

i. early and correct diagnosis by the doctor

ii. the nurse's careful follow-up of the doctor's

iii. instructions

iv. peace and quiet.

In a quiet atmosphere, the patient rested well and recovered sooner. Patients who were admitted in advanced stages of cancer did not respond to treatment even though the doctor's diagnosis was performed immediately on arrival, the nurses did their best, and there was plenty of peace and quiet.

10 For the theoretical framework developed for the Haines Company in exercise 7, develop five different null hypotheses and the alternate hypothesis for each null.

11 A production manager is concerned about the low output levels of his employees. The articles he has read on job performance frequently mention four variables as important to job performance: skill required for the job, rewards, motivation and satisfaction. Several of the articles also indicate that only if the rewards are valent (attractive) to the recipients will motivation, satisfaction and job performance increase.

Given this situation:

a. Define the problem.

b. Evolve a theoretical framework.

c. Develop at least six hypotheses.

12. Retention of minority women in the workplace is becoming more and more difficult. Not finding an influential mentor in the system who is willing to help them, lacking the informal network with influential colleagues, a lack of role models and a dearth of high visibility projects result in dissatisfaction at work, and the minority women ultimately decide to leave the organisation. Of course, not all minority women quit. Only those who have the wherewithal (for example the resources and the self-confidence) to start their own business leave the organisation. For the preceding situation, define the problem, develop a theoretical framework and fornullate six hypotheses.

You might also like