Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

SEMESTER JANUARI / 2013

HBPE 2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

NAME MATRICULATION NO IDENTITY CARD NO. TELEPHONE NO. E-MAIL LEARNING CENTRE

: : : : : :

CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001 790616-13-5544 016-5252170 teadorra@hotmail.com PPT MIRI

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001

Pengenalan

Pendidikan jasmani di Malaysia telah dilaksanakan dua abad yang lalu yang mana dibahagikan kepada empat masa iaitu Zaman Pra-British (sebelum 1786), Zaman Pemerintahan British (17811941), Zaman Sebelum Kemerdekaan dan Zaman Selepas Kemerdekaan. Walau bagaimanapun penilainannya tidak dilakukan secara formal dan sistematik. Secara rasminya penilaian-penilaian formal dalam pendidikan jasmani telah dilakukan pada tahun 1989 untuk pelajar Tingkatan Satu. Pada masa itu markah atau gred pendidikan jasmani dimasukkan dalam buku pelaporan pelajar. Salah satu aspek yang ditekankan ialah kecergasan fizikal di mana pencapaian pelajar diukur melalui Ujian Daya Tenaga Asas (UDTA). Pada tahun 2005 ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menggantikan UDTA. Ujian SEGAK ini telah dilaksanakan sepenuhnya di sekolah seluruh Malaysia mulai sesi persekolahan tahun 2008. Dalam ujian SEGAK, rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Di samping itu, murid akan lebih bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020 yang dicitakan oleh seluruh rakyat Malaysia. Oleh itu, semasa pengajaran pendidikan jasmani kita tidak dapat lari daripada membuat penilaian dan pengukuran kerana ianya adalah suatu instrument yang akan digunakan untuk mendapat maklumat murid sebelum, semasa dan selepas suatu pengajaran dijalankan. Ianya juga membolehkan guru memberikan maklum balas terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran murid serta dapat membantu guru melihat keberkesanan pengajarannya. Ujian SEGAK terdiri daripada beberapa bateri ujian seperti naik turun bangku, tekan tubi, ringkuk tubi separa dan jangkaun melunjur. Dalam tugasan ini saya akan menggunakan bateri ujian jangkauan melunjur untuk mengukur komponen kecergasan berasaskan kesihatan (pengukuran kelenturan) kepada populasi yang terdiri daripada murid kelas Tahun Lima. Sampel ujian ini terdiri daripada 20 orang murid
2

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001

(lampiran 1) yang terdiri daripada 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan. Sampel dipilih secara rawak daripada populsai yang ditetapkan.

2 2.1

Pentadbiran dan arahan ujian Nama ujian: Jangkauan Melunjur

2.2

Tujuan: Mengukur fleksibiliti.

2.3 i. ii. iii.

Objektif : Untuk mengukur kelenturan di bahagian bawah belakang dan bahagian atas paha. Meningkatkan kelenturan dalam kalangan murid. Mengenal pasti murid-murid yang mempunyai kelenturan yang tinggi dan yang bagi meningkatkan kelenturan pada masa yang akan datang. lemah

2.4

Tahap: Murid Tahun 4 hingga Tingkatan 5

2.5

Jantina: Lelaki dan perempuan

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001

2.6 i. ii. iii.

Alatan dan kemudahan: Alat pengukur jangkauan Borang skor. Tikar

2.7 i. ii.

Pengurusan dan organisasi: Alat ujian haruslah dielakkan dalam keadaan licin. Gunakan alat pengukur jangkauan yang disediakan.

2.8 i.

Prosedur: Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter.

ii. iii.

Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama.

iv.

Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur.

v. vi.

Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001

vii. 2.9

Murid yang membantu memegang lutut pelaku tidak menganggu pelaku. Langkah-langkah keselamatan

Sebelum melakukan sebarang ujian kelenturan, guru haruslah memberi arahan kepada semua murid atau peserta ujian untuk melakukan perkara-perkara seperti berikut; i. Melakukan 5 hingga 10 minit senaman aerobik yang ringan untuk meningkatkan kadar nadi dan otot. ii. Lakukan dengan perlahan, dengan cara menahan regangan statik terhadap sendi-sendi yang terlibat. iii. Maklumkan jika mereka mempunyai masalah belakang. Jika peserta ujian mempunyai masalah belakang, benarkan mereka untuk berlatih dengan alat-alat ujian yang diberikan. Jika mereka rasa tidak selesa, anda boleh menyuruh mereka berhenti.

2.10

Kesahan:

Kesahan logikal telah digunakan. Dalam ujian jangkauan melunjur mengesahkan bertentangan daripada sesetengah ujian, jarak koefisien adalah antara 0.80 dan 0.90 (AAHPERD 1980)

2.11

Kebolehpercayaan:

Kebolehpercayaan ujian ini adalah 70 atau lebih (AAHPERD 1980)

2.12 Pemarkahan i. Pemarkahan diberikan berdasarkan percubaan terbaik diambil kira sebagai skor, ukur kepada sentimeter yang hampir.

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001

ii.

Jika tangan tidak sama dan peserta ujian tidak dapat bertahan dalam masa satu saat, atau lutut tidak lurus, ujain haruslah dilakukan semula.

2.13

Norma skor ujian jangkauan melunjur Peserta / Skor Lelaki 10 tahun Lelaki 11 tahun Lelaki 12 tahun Perempuan 10 tahun Perempuan 11 tahun Perempuan 12 tahun A 37 ke atas 38 ke atas 39 ke atas 37 ke atas 38 ke atas 39 ke atas B 32 - 36 32 - 37 33 - 38 32 - 36 32 - 37 33 - 38 C 25 - 31 25 - 31 25 - 32 24 30 24 31 25 - 32 D 24 - 19 17 - 24 19 24 18 23 17 - 23 18 - 23 E 18 ke bawah 16 ke bawah 18 ke bawah 17 ke bawah 16 ke bawah 17 ke bawah

Jadual 1: Norma Skor bagi Ujian Jangkaan Melunjur

Skor 5 Tahniah.

Ulasan Teruskan

Cadangan aktiviti dengan Lakukan aktiviti kelenturan.

melakukan aktiviti mematuhi prinsip latihan. 4 Tahap kelenturan anda baik Tingkatkan usaha untuk mencapai tahap dan boleh dipertingkatkan lagi. cemerlang seperti aktiviti kilas pinggang dan rengkuk. 3 Tahap kelenturan anda pada Tahap kecergasan yang lebih baik boleh tahap sederhana dan perlu dicapai dengan melakukan aktiviti seperti berusaha lagi. 2 Gandakan usaha anda. berenang dan senamrobik. Tingkatkan tahap pencapaian yang

dikehendaki dengan melakukan aktiviti duduk dan kilas pinggang lebih kerap 1 Tahap kelenturan anda mesti Perlu melakukan aktiviti yang melibatkan

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001

diperbaiki.

kelenturan lebih kerap seperti lentik belakang dan bangkit tubi.

Jadual 2: Rumusan Pelaporan Ujian Jangkauan Melunjur Petunjuk GRED SKOR A 5 B 4 C 3 D 2 E 1

Dokumentasi Bergambar Ujian

Peserta ujian kecergasan (jangkauan melunjur)

Murid mengadakan pemanasan badan


7

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001

Peserta lelaki

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001

Peserta perempuan

Pengumpulan Data dan Perbandingan

Setelah ujian jangkauan melunjur ini diadakan, data yang diperolehi telah dianalisis bagi memberikan maklumat yang lebih terperinci berkenaan dengan pencapaian murid. Data-data yang diperolehi akan dianalisis secara kuantitatif berdasarkan pencapaian murid iaitu dengan menjumlahkan skor setiap individu secara manual dalam borang yang disediakan.

4.1

Data/skor mentah

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Nama murid Affendy Moris Alice Kuba Calvin Luhat Candia Avat Dexter Murang Easter Matius Hezronandez Suni Inmal Madya Jane Abraham Lisnawatie Josep Mohd Hafiq Moses Anyie Raymond Nathaniel Rose Lim Robinson Sang Robert Roina Sergio Roslind Kampung Shalin Enda Daniel Stefanus Stephen Jenny William Ujang Lelaki

Jantina

Skor 25 23 22 23 17 23 33 29 35 30 24 23 32 32 39 29 22 24 32 40

Nilai gred 3 2 2 2 1 3 4 3 4 3 2 2 4 4 5 3 2 2 4 5

Perepmuan Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Lelaki Lelaki Perempuan Perempuan Lelaki Lelaki Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan Perempuan Perempuan Lelaki Perempuan

Jadual 3: skor mentah ujian jangkauan melunjur Berdasarkan skor mentah di atas (Jadual 3), hanya terdapat 2 orang murid yang memperolehi skor 5 iaitu 10%. Lima orang murid tersebut mendapat skor 4 iaitu 25%. Lima orang murid juga mendapat skor 3 bersamaan dengan 25%. Tujuh orang murid mendapat skor 2 dengan peratusan sebanyak 35%. Seterusnya hanya seorang sahaja murid mendapat skor 1 iaitu 5% daripada keseluruhan murid yang mengambil uijian ini. Berdasarkan keputusan ujian ini, didapati 12 orang murid atau 60% daripada pelajar yang mengambil ujian ini mencapai tahap kelenturan yang baik. Manakala selebihnya iaitu 40% orang murid mempunyai tahap fleksibiliti atau
10

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001

kelenturan yang rendah. Peratusan pencapaian murid dalam ujian jangkauan melunjur ditunjukkan dalam carta pai di bawah (Carta 1).

skor murid dalam ujian jangkauan melunjur


skor 1 skor 2 skor 3 skor 4 skor 5

Carta 1: Skor murid Perbandingan pencapaian antara lelaki dan perempuan dalam ujian ini mendapati bahawa tahap kelenturan mereka adalah seimbang di mana 6 orang lelaki dan 6 orang perempuan mencapai sekurang-kurangnya skor 3. Walau bagaimanapun, terdapat seorang peserta lelaki yang memperolehi skor 1 dan 3 orang murid memperolehi skor 3 berbanding dengan peremnpuan yang mendapat skor 2. Ini memberi gambaran bahawa peserta lelaki mempunyai tahap kelenturan yang rendah berbanding murid perempuan. Perbandingan itu dapat diperhatikan dalam graf dan carta pai di bawah.( Graf 1, Carta 2 dan Carta 3)

11

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001
4.5 4 3.5 3 2.5 2 1.5 1 0.5 0 skor 1 skor 2 skor 3 skor 4 skor 5 lelaki perempuan

Graf 1: Perbandingan skor murid lelaki dan perempuan

lelaki
skor 1 skor 2 skor 3 skor 4 skor 5

Carta 2: Skor murid lelaki Berdasarkan carta pai di atas, bilangan murid yang memperolehi skor 2 dan skor 4 lebih kurang sama. Ini menunjukkan kebanyakan murid lelaki mempunyai kelenturan pada peringkat sederhana.

12

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001

perempuan

skor 1 skor 2 skor 3 skor 4 skor 5

Carta 3: Skor murid perempuan Berdaarkan carta pai (Carta 3) di atas, murid perempuan yang mendapat skor 2 adalah yang paling banyak jika dibandingkan dengan skor-skor yang lain. Ini diikuti oleh murid yang memperolehi skor 3 dan skor 4. Tidak terdapat murid perempuan yang mendapat skor, ini menunjukkkan bahawa mereka mempunyai kelenturan yang baik jika dibandingkan dengan murid lelaki yang mana seorang murid lelaki mendapat skor 1.

X 3 2 2 2 1 3 4 3 4 3

M 3 3 3 3 3 3 3 3 3 3

X-M 0 -1 -1 -1 -2 0 1 0 1 0

(X-M) 0 1 1 1 4 0 1 0 1 0
13

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001

2 2 4 4 5 3 2 2 4 5 60

3 3 3 3 3 3 3 3 3 3

-1 -1 1 1 2 0 -1 -1 1 2 -1

1 1 1 1 4 0 1 1 1 4 24

Jadual 4: Sisihan piawai Berdasarkan data-data yang diperolehi dalam ujian seperti dalam Jadual 4, didapati bahawa min untuk ujian kelenturan ini ialah 3. Ini menunjukan bahawa tahap kelenturan yang ada adalah pada tahap sederhana.untuk meningkatkan pencapaian ini maka murid-murid yang terlibat

perlulah meningkatkan lagi usaha mereka kea rah pencapaian yang lebih baik lagi. Tahap kecergasan yang lebih baik boleh dicapai dengan melakukan aktiviti seperti berenang, senamrobik dan sebagainya. Manakala median untuk ujian ini ialah 3 dan modnya pula ialah 2. Ini menunjukkan bahawa paling ramai murid yang mengikut ujian ini memperolehi skor 2. Skor 2 adalah skor yang menunjukkan tahap kelenturan murid yang kurang baik. Untuk meningkatkan pencapaian murid dalam ujian ini pada masa akan datang, guru perlu mengadakan pelbagai seperti latih tubi untuk bahagian otot yang terlibat dengan kelenturan.

5 5.1

Pengurusan dan pentadbiran ujian Persediaan pra ujian

14

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001

Sebelum suatu ujian atau penilaian dibuat, persediaan awal adalah penting agar pentadbiran ujian akan berjalan dengan lancar. Persediaan pra ujian adalah merangkmi kesemua persediaan yang wujud sebelum pentadbiran ujian tersebut. Ia termasuklah beberapa tugasan seperti memahami ujian tersebut, memajukan prosedur ujian, memajukan arahan, pra perancangan terhadap individu yang hendak dilakukan ujian, merancangkan ujian percubaan dan pemanasan, menyediakan peralatan dan kemudahan untuk ujian tersebut, membuat kertas pemarkahan, mengganggar masa ujian yang diperlukan dan memberi ujian.

5.2

Pelaksanaan ujian

Semasa pelaksanaan ujian, jika perancangan yang teliti diambil, maka penilaian yang dilakukan akan berjalan dengan lancar. Ini termasuklah kesediaan, motivasi dan keselamatan para peserta. Para pengambil ujian perlu mengetahui ujian apa yang akan dilakukan dan objektif ujian dilaksanakan. Oleh itu guru akan menerangkan arahan dan prosedur ujian. Jika perlu guru akan melakukan demonstrasi agar ia boleh mengurangkan ketidak tepatan ujian serta

ketidakbolehpercayaan ujian tersebut.

5.3

Penilaian dan pelaporan

Setelah analisis data telah dilakukan terhadap pencapaian setiap murid terdapat beberapa dapatan telah dibuat. Keputusan ujian jangkauan melunjur perlulah disimpan sebagai rujukan pada masa akan datang di dalam kad penyimpanan rekod. Rekod kad yang disimpan selalunya mengikut perkembangan para pelajar daripada satu tahap ke satu tahap dan para peserta dari tahun ke tahun, di mana kita boleh mengenal pasti peningkatan dari masa ke semasa. Penyimpanan keputusan ujian selalunya digunakan untuk menempatkan kertas pemarkahan dan menganalisis mereka dalam fail yang tertentu. Makluman yang dibuat boleh memberi perbezaan di antara kelas dan kumpulan di antara tahun, program penilaian setiap tahun, dan pembangunan normanorma.

15

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001

Kesimpulan Penilaian dalam pendidikan jasmani merupakan suatu alat yang boleh digunakan unuk menilai keberkesanan sesuatu program , sama ada ia berjaya atau tidak. Sesebuah program yang didapati berkesan akan terus digunakan untuk masa hadapan sebagai bahan rujukan. Sekiranya didapati tidak berkesan, pengubahsuaian perlu dilakukan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam sesuatu program tersebut. Penilaian juga boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif dan keperluan program pendidikan jasmani di sekolah. Penilaian yang dijalankn memberi maklum balas sama ada program itu berkesan atau tidak. Ini memberi peluang kepada pihak tertentu seperti guru dan pentadbir sesebuah sekolah untuk mengubah strategi pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan objektif yang dirancangkan mencapai matlamatnya. Penilaian ini juga mengharapkan setiap murid mencapai tahap kecergasan yang tinggi dan optimum. Kecergasan yang optimum ini boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, penilaian tahap kecergasan yang terancang telah dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan ujian yang tinggi mengikut norma yang telah ditetapkan.

16

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI CHERISTINA WILLIAM TAM 790616135544001

Rujukan Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK),Mei 2007: Pusat Perkembangan Kurikulum. Open University Malaysia (2012). HBPE2203 Ujian, Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan Jasmani. Selangor Darul Ehsan: Meteor doc. Sdn. Bhd. Open University Malaysia (2008). HBEF2203 Penilaian dan Pengukuran Dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Meteor doc. Sdn. Bhd.

17

You might also like